Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, December 1, 2009

Tanam ros dengan penuh kasih sayang


Mawar yang cantik perlu penjagaan rapi.

SESIAPA saja akan tertarik dan jatuh cinta jika memandang bunga mawar mekar di kelilingi pepohon renek dan rumput menghijau di laman. Namun, untuk menanam sendiri mawar di laman, ramai yang mengelak kerana berpendapat pokok berkenaan sukar dijaga dan perlu penjagaan rapi. Berikut adalah teknik yang betul...
"Kita perlu lahirkan rasa cinta jika mahu menanam mawar sebagaimana bunga berkenaan sering dikaitkan sebagai lambang cinta. Kita juga tidak perlu menggunakan baja kimia kerana ia boleh menyebabkan pokok tidak sihat. Menanam mawar perlulah belaian dan kasih sayang, jadi gunakan bahan semula jadi serta elakkan penggunaan air dan baja berlebihan” .....Inilah pesan bijak bestari dalam soal penanaman pokok mawar.
  • Bagi mereka yang mahu membina laman mawar perlulah memastikan tanah yang digunakan sesuai iaitu adanya campuran tanah kompos yang mengandungi sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.
  • Sebelum mula menanam, bersihkan kawasan dan buang batu-batu kecil kerana akar mawar sangat sensitif. Bunga mawar juga tidak boleh ditanam berselang seli dengan pokok atau tumbuhan lain.
  • Seeloknya, taman mawar hanya dikhususkan untuknya saja kerana akarnya sensitif dan tidak boleh berselirat dengan akar pokok lain. Pokok mawar juga dikategorikan sebagai pokok manja yang tidak boleh bersaing dengan pokok lain.




  • Ubat sembur dan baja khas untuk mawar.
    Selepas tanah dibersihkan dan dicampurkan dengan tanah kompos, dan tanam anak pokok bunga seperti biasa. Kemudian, pokok berkenaan perlu disiram dua kali sehari, pagi dan petang. Air yang disiram mesti sampai ke atas bukannya hanya semburan biasa yang hanya terkena kepada daun. Seeloknya untuk pokok mawar dalam pasu air perlu membasahi tanah bagi membolehkan akar mendapat air secukupnya. Selepas itu, pokok perlu di baja dan disiram dengan ubat semburan seminggu sekali. Baja khas yang terdiri daripada isi ikan, kulit udang, sayuran, serbuk soya dan ekstrak sawit. semburan daripada bahan organik dihasilkan untuk mengelakkan serangan virus, daun nampak lebih segar dan bertindak sebagai anti fungus.
    Baja juga tidak boleh digunakan berlebihan dan jika boleh elak menggunakan baja kimia atau kumbahan seperti tahi ayam dan kambing kerana ia tidak membantu menyihatkan pokok sebaliknya mengurangkan jangka hayat pokok mawar. Baja najis haiwan biasanya panas dan membawa pelbagai virus yang boleh mencacatkan daun dan bunga. Pokok bunga mawar memerlukan cahaya matahari dan air mencukupi. Namun, air berlebihan tidak baik untuk pokok. Oleh kerana, mawar dikategorikan sebagai pokok manja, maka ia perlu dicantas dan tanah digembur selalu. Namun tanah tidak perlu digembur terlalu dalam kerana boleh mencederakan akar. Seeloknya, pokok dicantas setiap kali selepas bunga gugur dan dahan yang dicantas perlulah sepanjang enam ruas daripada tangkai bunga gugur atau kira-kira 15.2 sentimeter.

Fakta Mawar

  • Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat barat percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, ibu baru atau persahabatan.




  • Setulus penghargaan - Rohaniza Idris roha@bharian.com.my- dikutip dan disebarkan...

  • No comments:

    Post a Comment

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...