Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Tuesday, December 4, 2012
Sunday, December 2, 2012
Harimau Malaya makin garang
Harimau
Malaya
makin
garang
MASALAH komunikasi dilihat masih menghantui skuad Harimau Malaya sebaik melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012 apabila membenam Indonesia 2-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Andai ia tidak diatasi segera, tidak mustahil anak-anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas getir ketika melayan kunjungan juara Kumpulan A, Thailand dalam aksi separuh akhir pertama pada 9 Disember ini.
Kesukaran benteng pertahanan Harimau Malaya mengekang larian deras Andik Vermansyah, Elie Aiboy dan Oktovianus Maniani malam tadi juga seolah-olah memberikan petunjuk jelas buat Thailand nanti.
Namun pada masa sama, kejayaan menewaskan Sang Garuda malam tadi sememangnya detik yang paling istimewa buat seluruh rakyat Malaysia, sekali gus mengulangi kecemerlangan final edisi dua tahun lalu yang menyaksikan Malaysia muncul juara buat julung kalinya.
Ternyata, skrip yang lebih kurang sama seperti mana edisi dua tahun lalu masih menjadi pilihan Rajagobal kali ini apabila kembali bangkit melakar dua kemenangan bergaya setelah dikejutkan Singapura 0-3 dalam aksi pembuka tirai kumpulan, Ahad lalu.
Sebaik membelasah Laos 4-1 dalam perlawanan kedua, Harimau Malaya tidak lagi menoleh ke belakang apabila menjadikan Sang Garuda sebagai medan melepaskan geram malam tadi sebaik dikritik hebat penyokong fanatik negara pada permulaan kempen kali ini.
Lebih manis, kekalahan Indonesia itu juga bermakna Sang Garuda ditunjukkan jalan keluar lebih awal dalam kempen kali ini setelah Singapura berjaya menewaskan Laos 4-3 dalam satu lagi aksi dramatik kumpulan yang berlangsung serentak di Stadium Shah Alam malam tadi.
Dengan keputusan itu, Singapura muncul juara kumpulan biarpun berkongsi enam mata dengan Harimau Malaya, namun kedua-dua pasukan dibezakan dengan jaringan gol.
Dalam perlawanan malam tadi, Harimau Malaya nyaris 'lemas' dengan asakan bertali-arus Sang Garuda yang dilihat beberapa kali berjaya memerangkap benteng pertahanan negara yang diterajui Aidil Zaquan Abdul Razak dan Mohd. Fadhli Shas.
Masalah komunikasi antara jentera tengah dan benteng pertahanan negara juga nyaris mengundang padah pada awal babak pertama, mujurlah kecekapan penjaga gol negara, Farizal Marlias melegakan lebih 60,000 penyokong tuan rumah.
Namun, keghairahan skuad kendalian Nil Maizar memburu gol awal akhirnya dihukum pasukan negara apabila Azammuddin Mohd. Akil tenang memecah kebuntuan pada minit ke-26.
Pemain pertahanan, Mahalli Jasuli menambah derita Indonesia apabila menggandakan kelebihan tiga minit kemudian hasil hantaran kemas Wan Zack Haikal Wan Nor sekali gus mengatasi jangkauan penjaga gol lawan, Wahyu Tri Nughoro.
Indonesia yang terdesak memburu gol penyamaan dilihat semakin garang lantas mengundang aksi kasar beberapa pemain negara selepas itu sehingga memaksa pengadil dari Uzbekistan, Kovalenko Valentin melayangkan kad kuning kepada Aidil dan Shakir Shaari.
Mujur kebijaksanaan Fadhli dan Zubir Azmi merantai pergerakan Andik dan M. Syafiq sepanjang babak kedua juga menyebabkan Indonesia berputih mata bagi menyamakan kedudukan.
Begitupun, kecederaan beberapa pemain seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha yang dilihat terhincut-hincut pada penghujung babak kedua dilihat meresahkan menjelang pertemuan menentang Thailand nanti.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1202&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2DtmEnTla
Thursday, November 29, 2012
'kerana' dan 'sebab'

Perihal “kerana” dan “sebab”
Banyak
orang keliru dengan penggunaan perkataan “kerana”. Sebagai contoh,
banyak yang bertanya tentang ayat yang bermula begini: ”Ini kerana ...”
seperti dalam ayat ”Ini kerana ibunya sakit.” Bolehkah ayat seperti ini
digunakan? Jikalau tidak boleh, mengapa, dan bagaimanakah penggunaan
yang betul?
Sekali imbas binaan ayat yang berbentuk ”Ini kerana
...” jelas merupakan terjemahan literal bagi ayat dalam bahasa Inggeris
yang berbunyi, ”This is because ...” Oleh itu, sebenarnya binaan ini
bukan binaan bahasa Melayu sejati. Hanya dalam bahasa lisan, atau bahasa
basahan, penggunaan bentuk ini digunakan dan memang hal ini kerap
berlaku.
“Kerana” ialah kata hubung yang mencantumkan dua ayat.
Misalnya ayat “Dia tidak datang kerana ibunya sakit.” Dalam ayat ini,
“kerana” menghubungkan ayat induk (Dia tidak datang) dengan ayat kecil
keterangan (ibunya sakit). Dalam ayat ini, “kerana” ialah kata hubung
ke-terangan.
Ayat yang bermula dengan “Ini kerana ...”, seperti
dalam ayat: “Ini kerana ibunya sakit”, adalah tidak tepat, disebabkan
perkataan “kerana” tidak boleh berfungsi sebagai predikat kepada subjek
“ini”. Maka binaan ayat ini patut diubah supaya “kerana” benar-benar
berfungsi sebagai kata hubung. Contohnya: “Hal ini demikian kerana
ibu-nya sakit”. Dalam ayat ini, ayat induk ialah “Hal ini demikian”, dan
“kerana” yang mengikutinya kini berfungsi sebagai kata hubung.
Soal binaan ayat begini memang mengelirukan kerana banyak orang kurang
faham tentang golongan kata sesuatu perkataan, lantas berlaku kesalahan
dalam menggunakan perkataan tersebut. Dalam contoh di atas, “kerana”
yang tergolong sebagai kata hubung telah digunakan sebagai predikat
ayat. Hal ini berlaku kerana pengaruh binaan bahasa Inggeris.
Satu
lagi persoalan yang berkait dengan perkataan “kera-na” ialah dalam
konteks penggunaan “oleh kerana”. “Oleh kerana” kerap digunakan bertukar
ganti dengan “oleh sebab” yang berfungsi sebagai frasa sendi nama.
Dalam binaan frasa sendi nama, frasa yang bermula de-ngan kata sendi
nama mesti diikuti oleh kata nama. Kata sendi nama dalam frasa “oleh
kerana” dan “oleh sebab”, ialah “oleh”. Yang menjadi persoalan ialah,
apakah golongan kata “kerana” dan “sebab”?
“Kerana” dan “sebab”
tergolong sebagai kata hubung. Ayat “Dia tidak datang kerana ibu-nya
sakit”, misalnya, boleh juga menjadi “Dia tidak datang sebab ibunya
sakit”. Ini membuktikan bahawa kedua-dua perkataan “kerana” dan “sebab”
ialah kata hubung.
Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan yang boleh menduduki lebih daripada satu golongan kata, bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Perkataan “dalam”, misalnya, berfungsi sebagai kata adjektif dalam ayat “Perigi itu sangat dalam”, dan berfungsi sebagai kata arah dalam ayat “Bukunya tersimpan di dalam almari”.

Demikian juga halnya dengan perkataan “sebab”. Dalam ayat “Dia tidak
datang sebab ibunya sakit”, kata “sebab” berfungsi sebagai kata hubung.
Tetapi dalam ayat “Nyatakan empat sebab mengapa kamu tidak datang”, kata
“sebab” berfungsi sebagai kata nama dan bukannya kata hubung.
Penggunaan frasa nama “oleh sebab” adalah lebih tepat dalam bahasa
Melayu kerana “sebab” boleh berfungsi sebagai kata nama, sedangkan
“kerana” tidak tergolong sebagai kata nama. Misalnya kita tidak pernah
menyatakan: “Nyatakan empat kerana mengapa kamu tidak datang”; melainkan
“Nyatakan empat sebab mengapa kamu tidak datang”. Jelas, penggunaan
“oleh kerana” tidak mematuhi hukum nahu bahasa Melayu.
Sumber:
Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim,
Berita Harian 16 Ogos 2006

Wednesday, November 28, 2012
OK..teruskan
AKSI pemain Malaysia,
Khyril Muhymeen Zambri (tengah) ketika
menjaringkan gol keempat pada perlawanan
Piala Suzuki AFF 2012
menentang
Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil,
sebentar tadi.
Keputusan penuh
Malaysia 4, Laos 1.
- Foto AFP
p/s :
Alhamdulillah, puas hati menonton perlawanan malam ini.
Sungguh bertenaga dan menunjukkan fokus yang tinggi dalam diri pemain Malaysia.
Teruskan ....
Semoga Berjaya!
Malaysia Boleh!!!!!!
Kepemimpinan Islam mesti berlandas takwa
Kepemimpinan Islam
mesti berlandas takwa
Rasulullah, 4 sahabat jadi contoh
setiap pemerintahan berwibawa
Pemimpin yang baik sentiasa ingin berkhidmat dan berkorban demi kebahagiaan rakyat yang dipimpinnya dan tidak sekali-kali mengutamakan kepentingan dirinya, keluarga mahu pun kerabat terdekatnya.
Lebih daripada itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Pemimpin sesuatu bangsa
pada hakikatnya adalah
pelayan bagi bangsa itu.”
(Riwayat Abu Na’im dan Ibnu Babuwaih)
Sehubungan itu, memadailah Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin sebagai contoh ikutan terbaik dalam konteks kepemimpinan unggul dalam lipatan sejarah Islam. Rasulullah SAW sendiri seorang pemimpin yang mengambil berat kebajikan rakyatnya dan sanggup berkorban demi rakyat.
Pernah satu hari, Saidatina Aisyah kebingungan untuk menyediakan hidangan makanan untuk dimakan bersama Baginda. Di dapur tidak ada apa-apa kecuali segenggam gandum. Akhirnya, gandum yang sedikit itulah dimasaknya untuk hidangan bersama Rasulullah.
Tatkala Rasulullah SAW hendak makan, tiba-tiba datang seorang lelaki kurus mengucapkan salam. Dia pun berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini orang miskin. Kami sekeluarga dalam beberapa hari ini menahan lapar kerana tidak memiliki apa-apa lagi untuk dimakan. Oleh itu, tolonglah kami.”
Rasulullah hanya terdiam dan tidak tahu bagaimana harus menjawab kerana Baginda sendiri tidak memiliki apa-apa. Akhirnya Baginda berkata: “Wahai saudaraku! Aku pun hari ini tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan kecuali sekeping roti bakar. Namun, kalau kamu mahu menerimanya, dengan senang hati akan aku berikan kepadamu.”
Saidatina Aisyah tidak senang hati kerana tidak ada makanan lagi yang dapat mereka berdua makan pada hari itu. Lalu Aisyah berkata: “Mengapa Rasulullah lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri?” Baginda menjawab: “Wahai isteriku! Aku adalah pemimpin rakyatku. Kewajipanku adalah memberikan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Ingatlah, bagaimana aku harus menjawab apabila kelak Allah bertanya kepadaku: ‘Wahai Muhammad! Mana tanggungjawabmu sebagai pemimpin? Mengapa rakyatmu kelaparan sedangkan perutmu selalu kenyang?’”
Seorang pemimpin berkewajipan memberikan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang berada di bawah pimpinannya. Pendek kata, kebahagiaan dan kesengsaraan rakyat adalah cermin kejayaan atau kegagalan pemimpin.
Keadaan ini berbeza dengan realiti masyarakat dewasa ini yang rata-rata ramai manusia yang tertipu dengan kekuasaan sehingga mereka sanggup berusaha untuk mendapatkannya dan meraihnya dengan pelbagai cara.
Kadang-kadang menyembunyikan agama, keyakinan, dan tidak kurang pula ada yang sanggup mempermainkan agama demi kepentingan politiknya. Sedangkan Rasulullah SAW pernah memberi peringatan keras bermaksud:
“Sesungguhnya
kalian semua berlumba-lumba
untuk mendapatkan kekuasaan padahal
pada hari akhirat nanti akan menjadi
penyesalan kamu sekalian.
Berbahagialah orang yang tidak
mengejarnya dan celakalah orang
yang berlumba-lumba mendapatkannya.”
(Riwayat Jama’ah)
Kekuasaan dan amanah kepemimpinan yang dimiliki seseorang manusia jika tidak dilandas dengan ketakwaan kepada Allah dan kesedaran bahawa kuasa adalah amanah dari Allah, maka dia akan cenderung berlaku zalim, sombong serta menindas rakyatnya.
Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW memberi amaran keras kepada umatnya supaya jangan tersalah memilih pemimpin daripada kalangan mereka.
Sabda Baginda SAW:
“Apabila amanah disia-siakan,
maka tunggulah saat kehancuran.”
Seorang sahabat bertanya:
“Apakah yang dimaksudkan dengan
mensia-siakan amanah itu, wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Apabila sesuatu urusan diserahkan
kepada orang yang tidak berkelayakan,
maka tunggulah saat kehancurannya.”
(Riwayat Bukhari)
Kepemimpinan dalam Islam bukan sekadar kontrak perjanjian yang termeterai antara seorang pemimpin dengan masyarakat di bawah pimpinannya, tetapi satu ikatan perjanjian yang suci antaranya dengan Allah.
Seorang pemimpin yang sebenar akan berkhidmat kerana Allah dan akan berjuang menegakkan keadilan Islam demi kesejahteraan hidup rakyatnya.
Pemimpin yang baik sentiasa ingin berkhidmat dan berkorban demi kebahagiaan rakyat yang dipimpinnya dan tidak sekali-kali mengutamakan kepentingan dirinya, keluarga mahu pun kerabat terdekatnya.
“Pemimpin sesuatu bangsa
pada hakikatnya adalah
pelayan bagi bangsa itu.”
(Riwayat Abu Na’im dan Ibnu Babuwaih)
Kekuasaan dan amanah kepemimpinan jika tidak dilandas ketakwaan kepada Allah dan kesedaran bahawa kuasa adalah amanah Allah, maka dia cenderung berlaku zalim, sombong serta menindas rakyatnya”
Sehubungan itu, memadailah Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin sebagai contoh ikutan terbaik dalam konteks kepemimpinan unggul dalam lipatan sejarah Islam. Rasulullah SAW sendiri seorang pemimpin yang mengambil berat kebajikan rakyatnya dan sanggup berkorban demi rakyat.
Pernah satu hari, Saidatina Aisyah kebingungan untuk menyediakan hidangan makanan untuk dimakan bersama Baginda. Di dapur tidak ada apa-apa kecuali segenggam gandum. Akhirnya, gandum yang sedikit itulah dimasaknya untuk hidangan bersama Rasulullah.
Tatkala Rasulullah SAW hendak makan, tiba-tiba datang seorang lelaki kurus mengucapkan salam. Dia pun berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini orang miskin. Kami sekeluarga dalam beberapa hari ini menahan lapar kerana tidak memiliki apa-apa lagi untuk dimakan. Oleh itu, tolonglah kami.”
Rasulullah hanya terdiam dan tidak tahu bagaimana harus menjawab kerana Baginda sendiri tidak memiliki apa-apa. Akhirnya Baginda berkata: “Wahai saudaraku! Aku pun hari ini tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan kecuali sekeping roti bakar. Namun, kalau kamu mahu menerimanya, dengan senang hati akan aku berikan kepadamu.”
Saidatina Aisyah tidak senang hati kerana tidak ada makanan lagi yang dapat mereka berdua makan pada hari itu. Lalu Aisyah berkata: “Mengapa Rasulullah lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri?” Baginda menjawab: “Wahai isteriku! Aku adalah pemimpin rakyatku. Kewajipanku adalah memberikan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada mereka. Ingatlah, bagaimana aku harus menjawab apabila kelak Allah bertanya kepadaku: ‘Wahai Muhammad! Mana tanggungjawabmu sebagai pemimpin? Mengapa rakyatmu kelaparan sedangkan perutmu selalu kenyang?’”
Seorang pemimpin berkewajipan memberikan layanan dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang berada di bawah pimpinannya. Pendek kata, kebahagiaan dan kesengsaraan rakyat adalah cermin kejayaan atau kegagalan pemimpin.
Keadaan ini berbeza dengan realiti masyarakat dewasa ini yang rata-rata ramai manusia yang tertipu dengan kekuasaan sehingga mereka sanggup berusaha untuk mendapatkannya dan meraihnya dengan pelbagai cara.
Kadang-kadang menyembunyikan agama, keyakinan, dan tidak kurang pula ada yang sanggup mempermainkan agama demi kepentingan politiknya. Sedangkan Rasulullah SAW pernah memberi peringatan keras bermaksud:
“Sesungguhnya
kalian semua berlumba-lumba
untuk mendapatkan kekuasaan padahal
pada hari akhirat nanti akan menjadi
penyesalan kamu sekalian.
Berbahagialah orang yang tidak
mengejarnya dan celakalah orang
yang berlumba-lumba mendapatkannya.”
(Riwayat Jama’ah)
Kekuasaan dan amanah kepemimpinan yang dimiliki seseorang manusia jika tidak dilandas dengan ketakwaan kepada Allah dan kesedaran bahawa kuasa adalah amanah dari Allah, maka dia akan cenderung berlaku zalim, sombong serta menindas rakyatnya.
Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW memberi amaran keras kepada umatnya supaya jangan tersalah memilih pemimpin daripada kalangan mereka.
Sabda Baginda SAW:
“Apabila amanah disia-siakan,
maka tunggulah saat kehancuran.”
Seorang sahabat bertanya:
“Apakah yang dimaksudkan dengan
mensia-siakan amanah itu, wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab:
“Apabila sesuatu urusan diserahkan
kepada orang yang tidak berkelayakan,
maka tunggulah saat kehancurannya.”
(Riwayat Bukhari)
Kepemimpinan dalam Islam bukan sekadar kontrak perjanjian yang termeterai antara seorang pemimpin dengan masyarakat di bawah pimpinannya, tetapi satu ikatan perjanjian yang suci antaranya dengan Allah.
Seorang pemimpin yang sebenar akan berkhidmat kerana Allah dan akan berjuang menegakkan keadilan Islam demi kesejahteraan hidup rakyatnya.
Tuesday, November 27, 2012
Berfikir Sesaat itu lebih baik.....
"Berfikir sejenak, merenung masa lalu
adalah permulaan
yang baik untuk bertindak."
Dipetik dari:
Mengapa kita perlu BERFIKIR SEJENAK
dan
MERENUNG MASA LALU?
Ini kerana dengan BERFIKIR SEJENAK,
kita akan BERTINDAK menggunakan AKAL dan BUKAN menggunakan EMOSI. Apabila kita bertindak menggunakan akal,
segala tindakan yang dilakukan tidak bersifat keterlaluan atau di luar batas
ketatasusilaan, adat, budaya dan agama kita.
Begitu juga jika kita MERENUNG MASA
LALU, kita akan PERTIMBANGKAN SEGALA
TINDAKAN atau PERBUATAN kita pada MASA KINI sama ada baik atau buruk untuk
dijadikan sebagai ikhtibar atau pengajaran.
MASA LALU merupakan PENGALAMAN yang PALING BERHARGA yang boleh membantu
kita agar dapat BERTINDAK dengan lebih BERHATI-HATI dan berasaskan FIKIRAN YANG
WARAS serta RASIONAL.
Oleh itu, BERFIKIRLAH walaupun SEJENAK, dan RENUNGLAH
MASA LALU sebelum sesuatu TINDAKAN dibuat.
Ini kerana dengan BERFIKIR SEJENAK dan MERENUNG MASA LALU, Insya Allah
segala TINDAKAN yang akan kita lakukan dapat memberi FAEDAH bukan sahaja kepada
DIRI SENDIRI, malahan juga kepada ORANG-ORANG LAIN yang ada di sekeliling kita.
Mengapa guna bahasa asing?
Mengapa guna bahasa asing?
"MEMANG wujud kesukaran dalam mencipta sesuatu istilah," kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan.
Namun begitu katanya, bukanlah alasan untuk melabelkan bahasa Melayu sebagai satu bahasa tiada standard. Hal ini tidak berlaku pada bahasa Melayu sahaja, bahasa lain turut menghadapi keadaan serupa termasuklah bahasa Inggeris.
Bahasa Inggeris, lebih 65 peratus daripada kosa kata tidak termasuk istilah bukan asli berasal daripada bahasa tersebut. Ada yang diambil daripada bahasa Arab dan Perancis.
"Contohnya perkataan bread (roti) diambil daripada bahasa Jerman, brott dan menurut kamus dwibahasa RJ Wilkinson, perkataan compound (kompaun) berasal daripada perkataan kampung," jelasnya.
Awang berkata, dalam bidang sains istilah atau perkataan sebahagiannya diambil daripada perkataan bahasa asing kerana amat sukar untuk dicari atau dipadankan ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu, perkataan atau istilah asing yang diperoleh diambil dan diubah suai.
"Mencipta sesuatu istilah bukan mudah. Ia memerlukan kajian mendalam dan memakan masa lama. Harus diingat, mencipta istilah atau menggubal sesuatu istilah bukan bidang kuasa DBP sebaliknya golongan cendekiawan atau sarjana yang terlibat secara langsung dalam bidang berkenaan.
"Peranan DBP sebagai penyelaras yang melantik dan mempertemukan ahli ilmu daripada pelbagai bidang sebagai jawatankuasa istilah bagi tujuan menggubal dan mencipta istilah menurut bidang masing-masing," katanya sambil memberitahu DBP antara lain berperanan memberi khidmat nasihat dari segi bahasa, tatabahasa dan ejaan.
Menjawab pertanyaan, mengapa banyak berlaku keadaan menggunakan bahasa asing yang diubah suai sedangkan bahasa Melayu mempunyai perkataan bagi maksud serupa, beliau berkata, hal ini terjadi kerana tidak merujuk DBP terlebih dahulu.
"Contohnya perkataan bajet, kita ada belanjawan; konsisten, kita ada tekal; kolaborasi, kita ada kerjasama; informasi, kita ada maklumat. Tetapi orang tidak peka.
"Mahu juga menggunakan bahasa asing yang diubah suai sendiri, seterusnya kekal dan diisytiharkan sebagai bahasa, sedangkan belum lagi diangkat sebagai bahasa baku," ujar Awang.
Di dalam kamus DBP, beliau menambah, mana-mana perkataan ditandakan dengan BP adalah penanda bagi merujuk perkataan tersebut sebagai bahasa percakapan umum.
"Saya mengajak supaya agensi kerajaan, pihak swasta mahupun NGO merujuk dengan DBP terlebih dahulu sebelum mencipta sesuatu singkatan, istilah ataupun mencipta sesuatu perkataan. Ini penting dalam usaha menjaga dan memartabatkan bahasa Melayu," katanya.
Monday, November 26, 2012
Mutiara Kata
“Sokong
mereka yang kuat,
galakkan mereka yang pemalu,
ingatkan mereka yang
cuai,
dan beri amaran kepada
mereka yang menentang”
Whitney W Young
“ Ramai orang
yang boleh memiliki
jam tangan yang tinggi harganya
tetapi
tidak ramai boleh
menetapi masa yang berharga”
Dr. Mahathir Mohamad.
Subscribe to:
Posts (Atom)