Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, March 10, 2013

Koleksi Rencana








Sekolah aspirasi bangsa Malaysia 



patut diwujud

 

 


Bangsa Malaysia ialah konsep yang menggambarkan perpaduan dalam negara kita yang mempunyai ciri kepelbagaian etnik. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik memerlukan unsur persamaan dan memahami perbezaan antara satu sama lain. Pembentukan perpaduan adalah usaha berpanjangan sejak mencapai kemerdekaan. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam usaha berkenaan. 









Sekolah menjadi institusi asas pembinaan perpaduan dari peringkat awal. Di sekolah, kanak-kanak daripada pelbagai latar belakang dapat bertemu dan bergaul. Persoalan kini adakah sama ada sekolah telah benar-benar dapat menyediakan ruang dan persekitaran untuk berlakunya interaksi antara etnik. 







Kepelbagaian aliran




 


Sistem persekolahan Malaysia berbeza dengan negara lain kerana kewujudan sekolah pelbagai aliran. Banyak pihak mengaitkan sekolah pelbagai aliran pada peringkat rendah sebagai punca berlarutannya masalah perpaduan. Kepelbagaian aliran sekolah dianggap menjadi penghalang berlakunya proses interaksi antara etnik. 










Memang tidak dapat dinafikan polarisasi dari segi pemilihan sekolah oleh etnik berbeza begitu ketara. Ibu bapa semakin cenderung menghantar anak ke sekolah beraliran bahasa ibunda. Data Kementerian Pelajaran menunjukkan setiap tahun bilangan mereka yang memilih sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil semakin meningkat. Pelbagai sebab diutarakan mengenai pemilihan sekolah berkenaan. Namun kajian menunjukkan sebab utama adalah kepentingan budaya dan bahasa ibunda yang ingin dikekalkan. 









Fenomena memilih sekolah mengikut etnik tidak boleh dihalang. Perlu diakui bahawa kewujudan SJK adalah sebahagian daripada keperluan etnik yang terbabit. Dari segi sejarah, sekolah aliran ibunda telahpun wujud sebelum merdeka. Kini Akta Pendidikan secara jelas menyatakan SJK tidak boleh ditutup kecuali kumpulan etnik berkenaan sendiri yang mahu berbuat demikian. Dalam senario semasa, agak mustahil menutup SJK memandangkan permintaan terhadapnya bukan semata-mata daripada komuniti Cina dan India, tetapi juga Melayu. 








Kritikan terhadap kewujudan SJK hanya akan menimbulkan polemik berpanjangan. Etnik berkenaan tentu akan terus mempertahankannya. Namun kita juga harus menyedari kesan pengelompokan di sekolah apabila dalam jangka panjang ia boleh menjejaskan perpaduan. Sikap prejudis dan prasangka akan tertanam dalam diri sekiranya pelajar tidak berpeluang mengenali etnik lain secara lebih rapat. 








Jalan penyelesaian perlu dicari untuk mengatasi fenomena pengelompokan. Memandangkan sekolah rendah tidak dapat menyediakan ruang interaksi antara etnik dengan memuaskan, sekolah menengah adalah alternatifnya. Majoriti murid masih melanjutkan persekolahan peringkat menengah di sekolah kebangsaan. Walaupun terdapat permintaan terhadap sekolah pelbagai aliran dan persendirian pada peringkat menengah, bilangannya masih terkawal. 








Isunya kebelakangan ini terdapat desakan yang mahukan penambahan bilangan sekolah menengah pelbagai aliran dan persendirian. Maka dikhuatiri matlamat perpaduan bangsa Malaysia tidak tercapai sekiranya pemilihan sekolah mengikut aliran berleluasa hingga ke peringkat menengah. 









Sehingga kini diperhatikan kebanyakan sekolah begitu menumpukan kecemerlangan akademik melebihi aspirasi pembentukan bangsa Malaysia. Misalnya Sekolah Bestari, Sekolah Cemerlang, Sekolah Kluster, Sekolah Bitara dan sekolah berasrama penuh (SBP) adalah untuk kecemerlangan akademik. Belum ada sekolah yang benar-benar memberi fokus kepada interaksi etnik di samping kecemerlangan akademik. 









Masukkan unsur etnisiti



 

Kajian menunjukkan terdapat ciri-ciri bersama sekolah menengah yang dikehendaki dalam memenuhi hasrat kumpulan etnik. Sekolah yang dikehendaki dalam konteks kepelbagaian adalah sekolah yang juga memasukkan unsur etnisiti ke dalam persekitarannya. Selain daripada kecemerlangan akademik, sekolah perlu mempunyai antaranya komposisi etnik berbeza, ketrampilan bahasa ibunda, pengiktirafan budaya dan pentadbiran yang memahami. Oleh itu, perlu diwujudkan sekolah menengah sebagai model di mana ia mempunyai elemen kepelbagaian yang memberi ruang kepada kecemerlangan dan interaksi antara etnik. 











Fokus sekolah menengah dimaksudkan adalah memupuk perpaduan yang dalam jangka panjang memberi kesan kepada pembentukan bangsa Malaysia. Sekolah Bangsa Malaysia memberi peluang kepada pelajar berinteraksi serta memahami etnik lain dan diberi ruang untuk meneruskan elemen budaya serta bahasa masing-masing. Sekolah menengah bercirikan bangsa Malaysia diharapkan menjadi pemangkin kepada usaha menjadikan semua etnik bersama-sama mempunyai semangat kekitaan sebagai rakyat Malaysia. 







 

 

Penulis ialah

 Prof Madya Sosiologi dan Pendidikan

 di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, 

Universiti Pendidikan Sultan Idris






 




  

A QUOTE FROM SUN TZU 
 Thanks google :)

Teruskan membaca..

:) lawak ker..



Teruskan membaca..

Saturday, March 9, 2013

Jangan bergantung pada nasib

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAibHDjE2sJc3dRq8EkEroRG95MvvqlFpiWZASblMhYoUXaXbL5NdqEDxTZzkCjmlyzsrmmeyYpFaFG9VDePp-Y-FCM9lxEGUa8BoSvMuly4iA-JO5tAa_kJVQcO2Yw5SC5Q0tEgwVoyiy/s320/pp.jpg

 

Jangan bergantung pada nasib

 

 

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYRpBQrDJfE8pnIIejdtZEwJa4mYIYYfKzbKGWyIyZsA1S20ktI89haCbJFCuyBZ4OX-srI6CVaUEQqRARtHExqYDoVuzfA859nqm01lXMye5fAcdu4W_F0yrinm45iqqBlXzBSfzC7Rr-/s1600/1.jpg

 

Persiapkan diri dari segi ilmu 
dan ketahanan mental untuk berjaya.




KITA sering mendengar orang berkata bahawa dia gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan atau gagal mendapat tempat ke universiti atau temuduga bagi mendapatkan pekerjaan.




Apabila ditanya kenapa gagal, jawapan yang sering kita dengar ialah, "Apa nak buat sudah nasib. Belum ada rezeki." Begitu juga apabila seseorang itu dapat projek yang nilainya berjuta, berniaga menjadi, dapat menyambungkan pelajaran ke luar negara maka akan ada orang berkata, "dah nasibnya baik".




Adakah benar wujud apa yang dikatakan nasib dalam kehidupan? 





Satu hari ketika berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di kotaraya, saya dihampiri oleh seorang penilik nasib. Dia memberitahu yang dia mampu meramal masa depan saya. Saya senyum lalu berkata: "Kalau begitu tidak perlu tilik jauh-jauh, tiliklah sekarang juga sama ada saya akan melangkah kaki kiri atau kanan selepas ini."
Dia kata dia tidak tahu. Dia kata kalau dia kata kaki kiri, nanti saya langkah kaki kanan dan begitu juga sebaliknya. 




Lalu saya membalas, "Lihat, awak tidak tahu apa yang akan saya lakukan sebentar lagi, bagaimana awak akan tahu apa yang akan saya lakukan setahun, dua tahun, lima tahun selepas ini?"
Saya terus berkata lagi: "Baiklah, biar saya beritahu awak sekarang, saya meramalkan yang saya langkah kaki kiri (Lalu saya angkat kaki kiri ke depan). 



Lihat ramalan saya tepat! Jadi biarlah saya beritahu awak sekarang, saya mampu meramal masa depan saya lebih tepat daripada awak, maka saya tidak memerlukan awak dalam hidup saya." 




Saya tinggalkan penilik nasib itu terpinga-pinga. Itu belum lagi kita ambil kira dosa syirik bagi mereka yang suka sangat tilik nasib. 



Kesimpulannya, kita lebih tahu akan nasib kita. Allah telah memberikan kita kuasa akal untuk memilih dan membuat keputusan. Apa sahaja yang mahu dilakukan Allah tidak akan halang sama ada baik atau buruk. 


Namun, kita mesti bertanggungjawab
 atas setiap tindakan. Sebab itulah 
hidup ini ada peraturan, perundangan
 dan hukum-hakam.



Jadi bagaimana untuk sentiasa bernasib baik?



1 Tahu apa yang kita mahu. 

Cara paling
tepat meramal masa depan ialah 
dengan menciptanya sendiri. Apa yang kita mahukan itu mestilah sesuatu yang besar serta mampu menggoncang jiwa. Ia juga perlu spesifik dan jelas. Tidak cukup dengan berkata aku mahu kaya, tetapi kena jelas kaya yang bagaimana. Berapa jumlah wang yang dimahukan? Apa rumah yang mahu dimiliki? Kereta apa yang mahu dibeli? Dan sebagainya. 



2 Dapatkan maklumat 
tentang apa yang dimahukan itu. 

Boleh dikatakan apa sahaja yang kita mahu capai dalam hidup ini telah pun dicapai oleh orang lain. Oleh itu, dapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang apa yang dimahukan itu. 



3 Tahu apa yang perlu dilakukan.

 Setelah kita tahu apa yang dimahukan dan segala maklumat tentangnya maka tibalah masanya mengatur perancangan. Senaraikan pelan tindakan jangka pendek dan panjang.



4 Berdisiplin dan konsisten 
dalam melaksanakan perancangan. 

Disinilah perlu sikap yang positif dan hasrat yang sungguh-sungguh. Ramai orang gagal kerana mereka tidak lakukan apa yang sepatutnya dilakukan. Mereka kurang disiplin dan tidak kurang juga ramai yang sekadar rajin memulakan tetapi tidak rajin menghabiskan. Disiplin dan kesungguhan tinggi inilah yang menjadi kekuatan kepada bangsa Jepun dan Korea.



5 Tahu siapa yang boleh membantu kita. 

Kejayaan itu 99 peratus bergantung kepada usaha dan satu peratus bergantung kepada siapa yang kita kenal. Tetapi usah remehkan faktor yang satu peratus itu kerana ia mampu membezakan antara usahawan biasa dengan luar biasa. Oleh itu, cari cara untuk rapat dan kenal dengan mereka yang telah berjaya. Ia mempercepatkan jalan menuju kejayaan.



6 Banyakkan berdoa. 

Manusia hanya mampu berusaha dan Allah yang menentukan rezeki dan segalanya. Persiapkan diri dari segi ilmu dan ketahanan mental sebab apabila peluang berada di depan mata, kita sudah bersedia untuk memulakan langkahnya. Kalau sudah lakukan yang terbaik tetapi belum berhasil, itulah namanya takdir.

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSBX6qnvyVZjUv-MC1oAW_md775Wy5SQGo5Z-eU5eChFW2U9tGZrh0xv4AV4mK7_DdxKzElyor8yHyocqExFMkI4XJ1RyRD_uSsvQpscHONppBP5U-G3ILoDUJJl29SLkcfCyLGHNJw_E/s1600/kesulitan.png
 http://images.travelpod.com/tw_slides/ta00/d6b/804/12963257403-tpfil02aw-762.jpghttp://senyom.files.wordpress.com/2012/05/426926_352017011503669_1307469933_n.jpg  
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5gwWCVHw7P6Htkpwb3O2rvHzm7F2ZCS-2P2QtPA5YpGQlYOPvrd421FnYcvoV10rJsdfgl_nYNaC08ueJ2ZZkkHl7cNlH7FKokzESWCiPE-yeVB9cj6H_TY_n_lc7Yaak1iwtFOD4hHA/s1600/POSTER+copy.jpg
Teruskan membaca..

Teruskan usaha untuk menjadi yang lebih baik :)


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...