Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Wednesday, July 9, 2014
Tuesday, July 8, 2014
Ramadan bulan jana motivasi :)

Ramadan
bulan jana motivasi
Setiap detik dalam kehidupan harian dikira ibadah
Ucapkan syukur kepada Allah SWT kerana masih memilih kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang berkat ini. Pasti diari Ramadan seorang Muslim sudah sarat dengan pelbagai agenda yang memberi vitamin kepada jiwa dan rohnya.
Sesungguhnya puasa, solat tarawih, qiamullail,
sedekah, iktikaf, membaca al-Quran dan sebagainya yang diisi dalam Ramadan
sudah cukup menandakan bulan ini bulan pesta ibadah. Apatah lagi bulan Ramadan
bulan bonus yang dilipatgandakan pahala.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang melakukan
kebaikan akan diberikan pahala fardu, manakala sesiapa yang melakukan amalan
fardu akan digandakan 70 kali ganda pahala.”
(Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang melakukan kebaikan akan diberikan pahala
fardu, manakala sesiapa yang melakukan amalan fardu akan digandakan 70 kali
ganda pahala.”
(Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Pahala ibadah Ramadan hak Allah
Biarpun hadis ini bertaraf daif, namun ia tetap diharuskan berpegang hanya untuk beramal. Walaupun begitu, hakikatnya pahala ibadah pada Ramadan ini hak prerogatif Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap amalan manusia itu
untuknya kecuali puasa. Ia untuk-Ku dan Aku yang memberi ganjarannya.”
(Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Bagi jiwa yang merindukan ‘pandangan’ Allah SWT, pasti sanggup mengetepikan segala susah payah untuk memburunya. Sanggup berjaga malam, masa tidak dibiarkan bersisa dengan aktiviti sia-sia dan sebagainya. Inilah peluang untuk beramal, biarpun sedikit, namun ganjarannya besar daripada Allah SWT.
Jika umur umat terdahulu beratus dan beribu tahun, tetapi mengapa umur umat Nabi Muhammad hanya sekitar 60 sehingga 70 tahun? Ini yang pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW: “Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, hanya sedikit daripada mereka yang usianya lebih daripada itu.” (Riwayat al-Tirmizi).
Umur yang pendek ini jika dibandingkan dengan umat terdahulu besar hikmahnya. Apa tidaknya, tujuan umur ‘dipendekkan’ ini daripada rahmat Allah SWT. Antaranya, dosa dilakukan lebih minimum berbanding umat terdahulu.
Istimewanya, Allah SWT memaksimumkan pahala umat Nabi Muhammad SAW melalui tawaran ibadah yang lumayan. Antara tawarannya ialah bulan Ramadan dan bonusnya Lailatulqadar, malam seribu bulan.
Bukan itu saja, Allah SWT tidak menilai ibadah hanya pada amalan keagamaan, tetapi segala pekerjaan dan amalan kebaikan dilakukan turut dikira sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Sebab itu, jika dilihat kepada amalan Rasulullah, sahabat dan salafussoleh, Ramadan menjadikan mereka lebih luar biasa daripada biasa.
Peristiwa besar dahulu menjadi saksi mereka kepada kita antaranya peperangan Badar, peperangan Khandak, perang Tabuk dan pembukaan kota Makkah, semuanya berlaku pada bulan Ramadan.
Bukan itu saja, penaklukan Andalus (Tariq bin Ziyad mengalahkan Raja Frederick), peperangan Salib (tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera salib), penawanan garis Bar Lev (kubu kebanggaan Zionis Israel), pembebasan Sinai dan peperangan Ain Jalut (tentera Muslimin mengalahkan tentera Mongul) juga turut berlaku dalam bulan Ramadan.
Skop ibadah luas
Jika diikutkan, boleh saja Ramadan menjadi alasan mereka tidak pergi berjihad, namun disebabkan Ramadan bulan ibadah dan skop ibadah itu luas maksudnya, bersungguh-sungguh mereka menyarung baju perang dan turun ke medan juang serta melakukannya sehingga berjaya.
Begitu juga dengan masa kini. Bayangkan tujuh hingga lapan jam kita bekerja sama ada di pejabat atau di mana-mana, setiap detik waktu itu dikira dan dinilai Allah SWT sebagai ibadah..
Jika sudah dikira sebagai ibadah, bekerjalah dengan bersungguh-sungguh. Biarpun gaji dibayar mungkin tidak setimpal dengan usaha kita, tetapi percayalah ‘bayaran’ pahala di sisi Allah SWT itu lebih menguntungkan.
Andainya Ramadan ini menjadi penghalang kepada umat Islam menjadi lebih berdaya saing dan bersungguh-sungguh, itu tanda maksud Ramadan sudah tersasar daripada maksud sebenarnya.
Hakikatnya, Ramadan ialah bulan umat Islam menjadi lebih bermotivasi dan produktif, bukan bulan bermalasan dan mencari alasan. Inilah istimewanya Ramadan.
Monday, July 7, 2014
Sunday, July 6, 2014
Judi rosakkan jiwa, terdedah perbuatan syirik
Judi rosakkan jiwa,
terdedah
perbuatan syirik
Menjelang
Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung, dibimbangi ejen-ejen judi bola
kembali aktif membuat pertaruhan judi bola.
Mereka menjanjikan habuan dan keuntungan yang cukup lumayan demi menarik minat ramai orang. Dengan bermatlamatkan mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda itu, ia menyebabkan seseorang itu lupa atau sengaja melupai perkara yang ditegah syarak.
Dalam
al-Quran jelas larangan berjudi. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai
orang-orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menilik nasib dengan
batang anak panah adalah semuanya kotor, keji daripada perbuatan syaitan. Oleh
itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.”
(Surah al-Ma’idah,
ayat ke-90).
Di sini jelas Allah SWT melabelkan judi sebagai sesuatu yang kotor, keji dan jijik. Ia sedikit pun tidak mendatangkan kebaikan, bahkan akan mengotorkan roh dan jasad serta merosakkan perangai mahupun budi pekerti seseorang.
Bagi menjelaskan lagi betapa keji dan kotornya amalan berjudi itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa bermain kad (berjudi dengannya) maka
sesungguhnya ia seolah-olah mencelupkan tangannya ke dalam daging dan darah
babi.”
(Riwayat Muslim).
Dimaksudkan dengan judi itu ialah setiap perkara yang mempunyai unsur beradu nasib atau pertaruhan, sama ada ia sedikit atau banyak dan kecil atau besar.
Judi diberi nama yang bermacam-macam seperti loteri, tikam ekor, bertaruh, main ketam, semuanya itu adalah haram dosa besar. Islam awal-awal lagi mengharamkan judi, tapi masih ada dalam kalangan orang Islam yang terbabit dalam kegiatan judi.
Ada orang yang sanggup menghabiskan wang dan masa semata-mata untuk berjumpa bomoh, melakukan pemujaan di kubur lama, pokok besar serta sebagainya.
Allah SWT menerangkan judi adalah suatu daripada perbuatan syaitan, maksiat dan dosa. Ia perbuatan menjerumuskan diri kepada kerosakan akidah, sifat tamak dan rakus.
Ia boleh membawa kepada kebinasaan harta dan jiwa, keruntuhan rumah tangga, menimbulkan hasad dengki, pergaduhan, menghabiskan masa yang akhirnya membawa manusia kepada papa kedana, mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga atau masyarakat dan lebih buruk lagi tanggungjawab terhadap Allah SWT.
Penulis berkhidmat di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Saturday, July 5, 2014
Friday, July 4, 2014
Thursday, July 3, 2014
Penjawat awam, pesara terima bantuan khas raya
Penjawat awam, pesara
terima bantuan khas raya
Putrajaya: Kerajaan akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan
sebanyak RM500 sebagai hadiah persiapan menyambut Aidilfitri kepada
penjawat awam Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam satu kenyataan semalam, berkata bantuan khas itu akan turut dinikmati 684,000 pesara kerajaan, yang akan menerima RM250 setiap seorang sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.
Kerajaan berharap bayaran bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi menyediakan persiapan menyambut Hari Lebaran, katanya.
Wednesday, July 2, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)






















