Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, September 17, 2012

Beriani Batu Pahat Mattop


Beriani Batu Pahat Mattop

Beriani ayam.



SEBUT saja Batu Pahat, Johor, sudah tentu kita terbayangkan nasi berianinya yang sempurna segala rasa. Bagi yang inginkan nasi beriani persis yang ada di Batu Pahat, apa salahnya mencuba ke Restoran Mattop Bariani di Bandar Baru Bangi berhampiran Kompleks PKNS.



Anda boleh memilih daripada empat lauk iaitu kambing, ayam, daging dan ayam goreng berempah.



Nasinya yang lembut dengan aroma rempah-ratus memikat selera memang gabungan sesuai dengan lauk beriani ditambah dengan air sirap bandung cincau atau milo tabur.



Selain nasi beriani, jangan lupa mencuba martabak Singapura yang enak bagi mereka yang sukakan pedas.



Menurut jurucakap yang juga ahli kelurga pemilik restoran, Fatimi Estar Ibrahim Estar, semua rempah ratus bagi membuat nasi dan lauk beriani dibeli khas dari Pasar Melayu Batu Pahat.



"Rempah yang dibeli akan dibancuh sendiri oleh penjualnya yang memang pakar dalam masakan beriani.



"Pembeli hanya perlu memberitahu berapa banyak yang diperlukan seperti berapa kilogram daging atau ayam yang akan dimasak," katanya.



Fatimi berkata, restoran Mattop kepunyaan ahli keluarganya Mohd. Azani Mansor yang pakar memasak.



"Keluarga kami terutama bapa mertua memang pakar memasak nasi beriani di kampung terutama semasa kenduri.



"Malah mereka juga mempunyai restoran di Batu Pahat yang diuruskan oleh keluarga di sana," katanya.



Fatimi menambah banyak resipi yang dikongsi bersama-sama dengan keluarga yang berada di Batu Pahat.



Restoran yang mula beroperasi pada 2008 ini juga aktif dalam katering untuk pelbagai majlis kecil dan besar.



Sumber





Teruskan membaca..

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkIjUnwTGm6Mz25ajVVSWm3pCi1AhplLhzHmB7OdmsG3J1ySXXboydb7VjC8gmRE0H-yk5neGrrXgzuO4cR3R4enK9d5tcPSOUlKro0M3AGWWkNuQZgVh-P_lJltpnf83XMqjsUHutNv0/s1600/Presentation1.jpg


Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh

dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di

Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

bermula 15 September 2012


http://www.moe.gov.my/












Lawak la pulak :)






Teruskan membaca..

Sukatan Pelajaran STPM Baharu 2012

Teruskan membaca..

MBMMBI 2012

Teruskan membaca..

320 bakal haji pertama berlepas







320 bakal haji pertama berlepas







Sepang: Kumpulan pertama seramai 320 jemaah haji berangkat ke Makkah awal pagi tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.




Mereka adalah sebahagian daripada 28,000 jemaah haji Malaysia menaiki pesawat Saudi Airlines kira-kira jam 1.30 pagi dan dijangka tiba di Madinah kira-kira jam 5.50 pagi waktu Arab Saudi.



Ketibaan mereka akan disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad al-Saggaf, sebelum dipindahkan ke sebuah hotel dan dibawa menziarahi makam Rasulullah dan sekitar Masjid Nabawi.




Penerbangan kumpulan pertama jemaah haji menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) akan berlepas dari KLIA ke Madinah, kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.




Sebelum ke KLIA, bakal jemaah haji berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum melaporkan diri dan dibawa untuk berlepas menaiki bas Tabung haji.




Sehingga ini, 200 petugas Tabung Haji berada di Tanah Suci, manakala selebihnya akan mengiringi kumpulan jemaah yang akan berlepas ke Makkah.




Jumlah keseluruhan petugas yang menguruskan jemaah tahun ini seramai 800 orang.
Penerbangan terakhir jemaah haji ialah pada 17 Oktober depan.













Teruskan membaca..

KL sekat filem hina Rasulullah


KL sekat filem hina Rasulullah


PENGHINA NABI DITAHAN...Penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula, menyerah diri kepada pihak berkuasa di Los Angeles, semalam.
PENGHINA NABI DITAHAN...
Penerbit filem Innocence of Muslims,
Nakoula Basseley Nakoula, menyerah diri
kepada pihak berkuasa
di Los Angeles, semalam.



Malaysia menyekat penyiaran filem Innocence of Muslims yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW.



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata beliau sudah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berunding dengan semua pihak berkuasa supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui YouTube atau saluran lain.



YouTube tak peduli bantahan



Google menyekat klip video filem itu dalam YouTube di India, Libya dan Mesir, manakala Kerajaan Afghanistan menyekat sepenuhnya seluruh laman YouTube.



Rais berkata, adalah menjadi tanggungjawab YouTube untuk mengeluarkan filem itu daripada arkibnya.



Bagaimanapun, beliau berkata, YouTube dilihat seolah-olah tidak peduli dengan kekecohan dan bantahan yang berlaku di negara-negara Islam ketika ini.



Video itu yang dimuat naik ke YouTube baru-baru ini, mencetuskan bantahan besar-besaran di negara Islam kerana memberikan gambaran negatif mengenai Islam.
Menyatakan langkah mengeluarkan video itu daripada YouTube tidak termasuk dalam keupayaan teknikal kami, Rais berkata SKMM bertanggungjawab daripada segi undang-undang mengambil langkah sesuai dan pencegahan untuk menyekat kandungan video itu daripada diakses di Malaysia.



Rais berkata, sekatan terhadap filem itu bertujuan memberi amaran kepada mana-mana pihak, sama ada di dalam atau luar negara bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana elemen negatif yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.



Impak negatif




Kerajaan tidak mahu penyiaran filem itu mendatangkan impak negatif jangka panjang, katanya kepada pemberita di Bintulu, Sarawak, semalam.



SKMM pula memaklumkan sudah meminta kerjasama pihak luar negara agar kandungan filem itu tidak dapat diakses di Malaysia.



Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata pihaknya sudah mengambil tindakan segera apabila filem itu mendapat kecaman dari seluruh umat Islam di dunia.



Kandungan filem itu di luar negara, jadi pihak luar sedang membantu kita... dari segi teknikal ia memerlukan masa, katanya kepada BERNAMA, malam tadi.



Dalam pada itu, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula, menyerah diri secara sukarela kepada pihak berkuasa di Los Angeles, semalam.



Ketika dibawa keluar dari rumahnya, Nakoula, 55, kelihatan menutup mukanya, selain memakai topi.



Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pembikinan filem berkenaan jelas berniat jahat untuk menimbulkan provokasi terhadap umat Islam supaya melakukan sesuatu tindak balas untuk memburukkan agama Islam.



Kita di KDN belum menerima permintaan untuk (kelulusan) menayangkan filem ini tetapi jelas kemarahan umat Islam membuak-buak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, semalam.



Di MEMBAKUT (Sabah), Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata pihak yang bertanggungjawab menghasilkan filem menghina Islam itu perlu melakukan sesuatu bagi membetulkan keadaan demi keamanan sejagat.



Dalam hal ini, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem itu.



Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis, berkata penerbitan filem itu adalah antara contoh kebebasan bersuara yang kadang kala tidak membawa manfaat kepada rakyat.






Teruskan membaca..

Pertahan semangat Malaysia


Pertahan semangat Malaysia

Najib bersalaman dengan orang ramai ketika sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak malam tadi. - Foto Effendy Rashid
Najib bersalaman dengan orang ramai
ketika sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak malam tadi.
- Foto Effendy Rashid



Bintulu: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat jangan sekali-kali membenarkan Malaysia yang dibentuk 49 tahun lalu berpecah seperti dilakukan penjajah menggunakan dasar pecah dan perintah.



Perdana Menteri turut mengajak rakyat memastikan pembentukan Malaysia yang menggabungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak pada 1963 sentiasa bersama dan kekal kukuh.



“Jangan pisah antara kita sesama kita, kita sudah masak dengan zaman penjajah dulu, pecah perintah, itu zaman dulu. Sekarang ini kita bersama dalam satu keluarga, keluarga 1Malaysia.



Hari esok penuh sinar harapan




“Kalau kita bersikap sedemikian, insya-Allah hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok penuh dengan sinaran harapan untuk rakyat Malaysia. Itu janji besar kita,” katanya berucap pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 di sini, malam tadi.












Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...