Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, August 5, 2012

‘Saya tidak gentar lagi jumpa Lin Dan’







‘Saya tidak gentar lagi jumpa Lin Dan’


Chong Wei beraksi mantap menewaskan Chen Long, kelmarin.

Chong Wei beraksi mantap menewaskan Chen Long, kelmarin.





Lee Chong Wei bersuara betapa dia tidak akan terasa gementar lagi seperti dirasai di Beijing, empat tahun lalu ketika kecundang mudah kepada Lin Dan dalam final.




Pada firasatnya, Wembley Arena adalah gelanggang berkecuali dan dia - seperti lawan - juga berpeluang memburu pingat emas, hari ini.



"Saya akan bermain di gelanggang berkecuali kali ini. Saya amat harap tuah akan memihak saya esok (hari ini)," kata pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2008 itu.




Selepas empat perlawanan, termasuk menewaskan Chen Long di separuh akhir, kelmarin, Chong Wei seperti sudah kembali kepada tahap keyakinan asal tapi berpandu kepada corak permainan dan kekuatan Lin Dan setakat ini jaguh negara tetap bakal meniti ranjau sukar.




Kata-kata pujian daripada pengulas televisyen BBC di London, kelmarin ada kewajarannya apabila dia menyifatkan persembahan wakil negara dalam separuh akhir tempoh hari sebagai cemerlang dan mantap.




Andai dua elemen ini mampu disambung lagi, tiada apa yang mustahil, hari ini kerana detik menang atau kalah nanti berada di tangan Chong Wei.




"Lin Dan hebat dan saya pun rasa selesa ketika ini. Peluang kami 50-50," katanya yang hanya mahu memberi tumpuan kepada permainannya dan bukan apa yang mampu dilakukan lawan.



Beri semangat




Dalam separuh akhir, kelmarin Chong Wei mengatasi Chen Long 21-13, 21-14 manakala Lin Dan menewaskan Lee Hyun-il dari Korea Selatan 21-12, 21-10.




Sementara itu, Lin Dan berkata dia gembira dapat bertemu lawannya itu sekali lagi dalam final Olimpik dan berkata mereka tetap hebat kerana mampu layak ke peringkat sama selepas empat tahun.




"Saya berharap kami mencapai cita-cita memburu emas dan saya harap Lee (Chong Wei) juga akan mendapat tuah sama dalam misinya," kata juara bertahan itu.




Sementara itu, Rashid Sidek - pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 di Atlanta - amat mengharapkan Chong Wei akan membawa pulang emas untuk negara.




"Saya akan cuba memberi semangat dan mencurahkan segala pengalaman kepada Chong Wei kerana saya mahu dia menang. Dia tampak ada sifat ghairah mahu menang dan saya akan membantunya kerana saya pernah merasai suasana itu dulu," kata bekas jaguh kebangsaan itu.




Seperkara yang ketua jurulatih perseorangan negara itu bimbang adalah muslihat milik Lin Dan yang sukar dibaca dan meminta anak buahnya berwaspada setiap minit kerana pemain China itu bijak mengajak lawan melakukan kesilapan.




"Saya nampak semangat Chong Wei tinggi... dia sudah tidak diganggu faktor kecederaan dan ini satu petanda baik. Dia kena fokus, fokus dan fokus kepada permainan dan pantas sekat langkah Lin Dan," katanya.














Teruskan membaca..

Jadual acara Sukan Olimpik hari kesembilan







Aksi atlit Malaysia di Olimpik hari ini


LONDON: Berikut ialah jadual acara hari kesembilan Sukan Olimpik ke-30 membabitkan atlit Malaysia hari ini:




BADMINTON:
Perseorangan Lelaki (Akhir)




Datuk Lee Chong Wei (MAS) lwn Lin Dan (CHN)

(1 tengah hari waktu London, 8 malam waktu Malaysia).




Beregu lelaki (Gangsa)




Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) lwn Chung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR)
(9 pagi waktu London, 4 petang waktu Malaysia).




OLAHRAGA:




Lari Berpagar wanita 400m - Pusingan Pertama
Noraseela Khalid - (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia)




Link


Lompat Tinggi Lelaki (Kelayakan)





Lee Hup Wei (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia)













Teruskan membaca..

Saturday, August 4, 2012

Jadual acara Sukan Olimpik hari kelapan









Aksi atlit Malaysia

di Olimpik hari ini

LONDON: Berikut jadual acara Sukan Olimpik pada hari kelapan membabitkan atlit Malaysia hari ini:





Badminton



Beregu lelaki separuh akhir - KOO KIEN KEAT/TAN BOON HEONG (MAS) mln Cai Yun/Fu Haifeng (CHN) (9 pagi waktu London. 4 petang waktu Malaysia)





Terjun





3m Springboard Wanita separuh akhir - Cheong Jun Hoong, Ng Yan Yee (2.30 petang waktu London. 9.30 malam waktu Malaysia)






Berbasikal





Sprint Lelaki kelayakan ke final - Mohd Azizulhasni Awang (10 pagi waktu London. 5 petang waktu Malaysia)





Perahu Layar





Dinghy Lelaki (Laser) - Khairulnizam Mohd Afendy - (12 tengah hari waktu London. 7 malam waktu Malaysia)



















Teruskan membaca..

Mercun dibalut ayat al-Quran



Berang mercun

dibalut ayat al-Quran


PANTON Labu, Aceh - Beberapa penduduk di sini terkejut besar apabila menemui cebisan pembalut mercun diperbuat daripada kertas yang tertulis ayat-ayat suci al-Quran.



Penemuan yang turut dilaporkan berlaku di Matang Kuli dan Nibong itu, sekali gus mendatangkan kemarahan penduduk yang menyifatkan perbuatan menggunakan kertas yang mengandungi ayat kitab suci tersebut sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam.



Kes itu dilaporkan berlaku di Panton Labu apabila seorang peniaga, Nurdin, 34, menemui kertas mercun yang dipenuhi tulisan Arab pada minggu lalu ketika sedang berniaga di kedainya.



"Saya terjumpa cebisan mercun di depan kedai saya dan setelah diteliti, saya dapati tulisan Arab tersebut merupakan ayat al-Quran.



"Saya menemui beberapa cebisan lain dan bertindak melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye untuk tindakan lanjut," katanya.



Ketua MPU, Tgk Ramli Syam berkata, cebisan yang ditemui oleh Nurdin itu disahkan merupakan helaian daripada al-Quran.



"Perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam dan disengajakan. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu ditangkap dengan segera," katanya. - AGENSI





Sumber








Teruskan membaca..

Britain cipta helikopter perang terkecil



Britain cipta

helikopter perang terkecil


Sumber: AGENSI


LONDON 3 Ogos - Sebuah helikopter sebesar tapak tangan dan seberat 198 gram bakal menjadi senjata terbaru yang akan digunakan oleh tentera Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Amerika Syarikat untuk menentang militan Taliban.




Ketua-ketua tentera percaya, drone perisikan berharga 20,000 pound (RM97,249) itu yang dikenali sebagai SQ-4 Recon dan merupakan kenderaan udara tanpa juruterbang terkecil di dunia, akan dapat menyelamatkan nyawa tentera AS sekutunya di Afghanistan.




SQ-4 Recon sebenarnya pesawat versi kecil Little Nellie, autogiro yang diterbangkan oleh James Bond dalam filem You Only Live Twice.




Helikopter atau 'nanodrone' itu memiliki dua kamera yang membolehkan tentera melihat keadaan di sebalik bukit atau di dalam kubu musuh tanpa risiko terbunuh atau cedera.




Ia boleh dikendalikan menggunakan alat kawalan jauh oleh tentera yang duduk di sebuah bilik kawalan yang terletak beribu-ribu batu jauhnya atau oleh tentera peronda dengan menggunakan komputer tablet tujuh inci.




Dengan ukuran sembilan inci diameter, helikopter itu boleh terbang dan berada di udara selama 30 minit dan enjinnya boleh dimatikan dan bertenggek seperti burung di tingkap bangunan tanpa disedari ssiapa sambil merakam sebarang aktiviti selama lebih lapan jam.




Kameranya pula boleh menghantar imej secara langsung atau mengambil gambar atau video yang boleh merakam pada waktu malam dan siang.




Ini bermakna tentera boleh menjalankan misi tinjauan tanpa menghadapi sebarang risiko diserbu atau terkena jerangkap samar.




SQ-4 direka oleh BCB International and Middlesex University's Autonomous Systems Laboratory yang beribu pejabat di Cardiff, Britain dan sedang diuji oleh tentera AS.




Pengarah urusan BCB International, Andrew Howell berkata, teknologi terbaru itu menawarkan kaedah pertempuran moden dan keupayaan melakukan intipan tanpa membahayakan diri. - AGENSI





Sumber












Teruskan membaca..

Thursday, August 2, 2012

Bersedekah Di Bulan Puasa




Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa










Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:



" Sedekah yang paling utama


adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”





Riwayat at- Tirmidzi







Huraian Pengajaran Hadis:




i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba
untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan
sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan
di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar
di sisi Allah di hari akhirat kelak.






ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang,
tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa
kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.






iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan
secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan
bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah
akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi
dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu
akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya
di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan
di dalam anggota masyarakat tanpa mengira
taraf dan kedudukan seseorang itu.






iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah
adalah sedekah yang ikhlas,
bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.










Wallahualam
























Teruskan membaca..

Syukuri keamanan dikekalkan BN: Najib




Syukuri keamanan

dikekalkan BN: Najib


Najib  melihat kain rentang  yang ditandatangani  wanita daerah Raub  pada majlis berbuka puasa bersama  penduduk Kampung Gali Tengah,  di Raub, malam tadi. - Foto Luqman Hakim Zubir

Najib melihat kain rentang yang ditandatangani
wanita daerah Raub pada majlis berbuka puasa
bersama penduduk Kampung Gali Tengah, di Raub, malam tadi.
- Foto Luqman Hakim Zubir






Raub: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat mensyukuri nikmat keamanan dan ketenteraman yang berjaya dikekalkan Barisan Nasional (BN) sejak memerintah negara 55 tahun lalu.





Perdana Menteri berkata, rakyat pelbagai lapisan kecuali generasi muda pernah merasai kesusahan pemimpin BN terdahulu menangani ancaman besar dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.




Beliau berkata, nikmat keamanan dan ketenteraman itu sebenarnya adalah hasil pengorbanan pahlawan negara yang sanggup menggadai nyawa dan berkorban untuk mempertahankannya demi kepentingan generasi sekarang.





“Keamanan dan ketenteraman yang dikecapi sekarang ini dibayar dengan darah... ini semua untuk rakyat Malaysia.






“Banyak dugaan yang terpaksa diharungi untuk wujudkan suasana aman dan tenteram seperti sekarang,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama lebih 10,000 penduduk Kampung Gali Tengah di sini, malam tadi.






Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong merangkap Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin.






Selain itu, Najib turut mengumumkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) bernilai RM230 juta di daerah ini yang dijangka siap tiga tahun akan datang.














Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...