Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, February 2, 2010

ANAK-ANAK KITA









Artikel Motivasi Kecemerlangan Pelajar
Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang, Artikel Motivasi untuk Pelajar, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Ciri Remaja Cemerlang, Disiplin Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kata-kata Motivasi Pelajar, Kata-Kata Semangat Belajar, Keperibadian Pelajar Cemerlang, Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Motivasi Belajar, Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Motivasi Pelajar, Penampilan Diri Cemerlang, Peribadi Pelajar Cemerlang, Sikap Pelajar Cemerlang, Strategi dan Teknik Menghadapi Peperiksaan
Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar CemerlangMotivasi Belajar : Artikel Motivasi Pelajar Cemerlang

Petikan Kata-Kata Motivasi Belajar:
"Kemahiran belajar disertai dengan motivasi belajar yang tinggi telah terbukti boleh meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan." (Gall & Rakan-Rakan, Tools for Learning, 1990).


Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang, Artikel Motivasi untuk Pelajar, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Ciri Remaja Cemerlang, Disiplin Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kata-kata Motivasi Pelajar, Kata-Kata Semangat Belajar, Keperibadian Pelajar Cemerlang, Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Motivasi Belajar, Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Motivasi Pelajar, Penampilan Diri Cemerlang, Peribadi Pelajar Cemerlang, Sikap Pelajar Cemerlang, Strategi dan Teknik Menghadapi Peperiksaan
Pengenalan
Artikel ini memaparkan 9 sifat, ciri-ciri serta jati diri (keperibadian atau identiti diri) pelajar cemerlang yang diadun berdasarkan Abjad ABCDEFGHI, agar lebih mudah pelajar terapkan dalam diri dan sanubari.


Pelajar Cemerlang

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang.


Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:


Amanah
Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.


Motivasi Belajar, Artikel Motivasi untuk Pelajar, Motivasi Pelajar, Sikap Pelajar Cemerlang, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Ciri Remaja Cemerlang, Disiplin Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kata-kata Motivasi Pelajar, Keperibadian Pelajar Cemerlang, Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Penampilan Diri Cemerlang, Peribadi Pelajar Cemerlang, Strategi danTeknik Menghadapi Peperiksaan
Bijak
Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekelilingnya. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.


Cergas
Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.



Dedikasi
Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam apa juga perkara yang harus dilaksanakan ke arah dan untuk mencapai hasil yang terbaik.



Elok
Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan.


Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.


Faham
Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.


Kualiti-Kualiti dan Jati Diri Pelajar Cemerlang, Artikel Motivasi untuk Pelajar, Ciri Ciri Pelajar Cemerlang, Ciri Remaja Cemerlang, Disiplin Pelajar Cemerlang, Jati Diri Pelajar Cemerlang, Kata-kata Motivasi Pelajar, Kata-Kata Semangat Belajar, Keperibadian Pelajar Cemerlang, Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Berjaya, Kualiti-Kualiti Pelajar Cemerlang, Motivasi Belajar, Motivasi Kecemerlangan Pelajar, Motivasi Pelajar, Penampilan Diri Cemerlang, Peribadi Pelajar Cemerlang, Sikap Pelajar Cemerlang, Strategi dan Teknik Menghadapi Peperiksaan
Gigih
Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat dan tekun. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ianya juga pandai dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.



Hasrat
Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.



Iman
Pelajar yang cemerlang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W. dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan tuntutan agama iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.


Sumber : http://www.ugmc.bizland.com/pelajarcemerlang.htm




====================================================================





15 FORMULA SAKINAH LAHIRKAN ANAK CEMERLANG



Anak cuma seorang dua. Tetapi, tidak dapat tidak tentu si ibu mahupun ayah berasa amat girang dan bangga apabila anak yang pernah ditatang menjadi cemerlang setelah dewasa kelak. Namun bagaimanakah cara untuk memperoleh anak yang berjaya sedemikian rupa? Berikut adalah 15 Tip menjadikan anak kita cemerlang.

1. Anak kecil memang gemar bertanya itu dan ini. Ada kalanya tingkah lakunya ini boleh menyebabkan anda bosan dan rimas. Namun, usahlah memandangnya remeh. Sebaliknya, layanilah sifat ingin tahu anak kita itu secara ikhlas dan positif. Elakkan daripada mengelak atau berbohong.

2. Zaman kanak-kanak hanya sekali seumur hidup. Jadi berilah peluang anak kecil anda bermain sepuas-puasnya. Walaupun tampak membuang masa, tetapi anda harus ingat bahawa proses pembelajaran kanak-kanak khususnya pra sekolah berlangsung sewaktu mereka sedang bermain. Ketika itulah dia membina kreativiti dan imaginasinya.

3. Asah kemahiran mendengar yang baik di kalangan anak kita. Cara yang paling mudah ialah menjadikan diri anda sebagai contoh kepadanya iaitu dengan memberi tumpuan apabila dia berbicara.

4. Usah kedekut memberi pujian kepada anak kita si comel apabila dia layak menerimanya. Pujian merupakan suatu bentuk penghargaan. Apabila dia menerima pujian daripada anda, dia akan berasa bahawa dirinya memperoleh perhatian anda.

5. Berilah galakan yang positif kepada anak dan elakkan daripada memaksanya. Walau bagaimanapun, galakan harus diberikan berdasarkan tahap kemampuan si kecil.

6. Berilah ruang yang cukup dan selamat untuk diterokai anak kecil anda. Pada masa yang sama, usah sekat peluangnya untuk menconteng, melukis, membina dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

7. Bantulah anak agar bersedia menerima kesilapan yang telah dilakukan. Tenangkanlah dia dan suruhlah dia belajar daripada kesilapan tersebut. Pada masa yang sama, beritahulah anak bahawa kesilapan itu boleh diperbaiki dan diatasi. Berilah galakan untuk dia terus mencuba.

8. Elakkan daripada menegah mahupun melarang anak kita daripada melakukan sesuatu perkara secara negatif. Ini boleh menyebabkan anak kita hilang kepercayaan terhadap kebolehan dirinya untuk mendayausahakan sesuatu aktiviti.

9. Usahlah berleter dan bersungut di hadapan anak apabila dia gagal melakukan sesuatu. Tindakan anda ini hanya akan menyebabkan dia tidak dapat menguasai daya inisiatif.

10. Elakkan daripada bersifat baran dan mengeluarkan kata-kata negatif terhadap anak-anak. Tindakan anda boleh menyebabkan dia gemar menyisihkan diri, murung dan tidak proaktif.

11. Usah amalkan budaya berkata ’ jangan ’ dan ’ tidak boleh ’ kepada anak. Ia kurang sesuai untuk dipraktikkan sekaligus tidak membantu perkembangan positif dalam diri anak. Sebaik-baiknya tukar bentuk arahan negatif kepada lebih positif iaitu dengan cara memberitahunya apa yang patut dia lakukan.

12. Tanam dan cambahkan perasaan ’ saya boleh ’ dalam diri anak. Ini mampu menjadi pemangkin untuk dia mencuba perkara baru sekaligus menghadapi pelbagai keadaan hidup dengan penuh yakin.

13. Kaji terlebih dahulu sesuatu tingkah laku yang ditonjolkan oleh anak. Ada kalanya mengubah persekitaran mampu menyelesaikan kekecewaan anak. Cubalah fikirkan bagaimana anda boleh menbantu dia melakukan sesuatu.

14. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan bagi mempamerkan kasih sayang kepada anak. Namun, bukan semua cara anda mampu difahaminya. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menunjukkan kasih sayang anda dengan cara yang lebih langsung dan bukan melalui kebendaan.

15. Kanak-kanak pra sekolah tidak mahir dalam membuat keputusan sendiri. Jadi dia akan lebih cenderung untuk memilih berdasarkan naluri ataupun kemahuan yang mungkin bertentangan dengan kehendak anda. Oleh itu, corakkanlah dengan baik dan berhikmah agar supaya anak kita dapat memahami dengan sepenuhnya.

Wassalam.

” ILTIZAM, HARMONI, CEMERLANG ”



Sumber : http://www.ypkdt.org.my/ypkdt/articles.php?id=367
Teruskan membaca..

Monday, February 1, 2010

MESIN WUDUK AUTOMATIK

Mesin wuduk automatik di pasaran enam bulan lagi


KETUA Imam Masjid Jamek, Mohd. Adam Sarpan mengambil wuduk menggunakan Auto Wudu Washer di Hotel Impiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri akhirnya mencetuskan idea inovasi kepada seorang juruterbang.

Kosmo!

Teruskan membaca..

Sunday, January 31, 2010

THANK YOU ALLAH





I was so far from you


Yet to me you were always so close


I wandered lost in the dark


I closed my eyes toward the signs


You put in my way


I walked everyday


Further and further away from you


Ooooo Allah, you brought me home


I thank You with every breath I take.




Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah

Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah.



I never thought about

All the things you have given to me

I never thanked you once

I was too proud to see the truth

And prostrate to you

Until I took the first step

And that’s when you opened the doors for me

Now Allah, I realized what I was missing

By being far from you.



Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah

Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah.



Allah, I wanna thank You

I wanna thank you for all the things that you’ve done

You’ve done for me through all my years I’ve been lost

You guided me from all the ways that were wrong

And did you give me hope



O Allah, I wanna thank you

I wanna thank You for all the things that you’ve done

You’ve done for me through all my years I’ve been lost

You guided me from all the ways that were wrong

I wanna thank You for bringing me home



Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah

Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah.





Teruskan membaca..

~Ketika Cinta Bertasbih~










Ketika Cinta Bertasbih is derived from a novel by Habibburahman El Sirazy. Ketika cinta Bertasbih is content two serial book and they are popular in Indonesian book society.





indah damai





Teruskan membaca..

Saturday, January 30, 2010

YOU NEED TIME ...



" You need time to learn.

You need time to make mistakes.

You need time to learn from mistake.

You need time to rebound back.

You need time to grow.”






Teruskan membaca..

Friday, January 29, 2010

Google jadi medan ujian

Jika Barat percaya bahawa penapisan terhadap sesetengah kandungan Internet melangkaui etika kebebasan maklumat, China pula berpendapat tindakan itu perlu bagi mengukuhkan struktur pemerintahannya.




POLEMIK antara penyedia enjin carian Internet paling berpengaruh di dunia, Google dengan pemerintah China belum menampakkan tanda akan berakhir. Segala-galanya bermula berikutan insiden penggodaman terutama pada e-mel Gmail yang dimiliki oleh golongan aktivis yang lantang menyuarakan pendapat mereka terhadap kerajaan China.

Itu belum dicampur dengan pelbagai bentuk penapisan yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pengguna Internet di negara komunis tersebut.

Google menyatakan serangan itu berlaku secara terancang dan datangnya dari China. Situasi itu nyata dimarakkan lagi oleh sentimen nilai budaya dan pemerintahan rejim yang berbeza.


E-MEL Gmail milik aktivis yang lantang menyuarakan pendapat terhadap kerajaan China menjadi mangsa penggodaman.


Rungutan Google mendapat sokongan daripada Rumah Putih. China pula membalasnya dengan menuduh Washington menggunakan Internet untuk menyokong pemberontakan di Iran.

Perkembangan itu menambah pergeseran di antara kedua-dua buah negara kuasa besar dunia tersebut. Sebelum ini, mereka berdepan dengan masalah penjualan senjata Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan dan isu hak asasi manusia.

Menurut Profesor Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Renmin, Beijing, Jin Canrong, perbezaan fahaman politik dan ideologi terhadap kes Google menjadikan kerjasama antara Beijing dan Washington semakin sukar.

"Keperluan asas untuk kerjasama dalam aspek ekonomi dan diplomatik tidak berubah. Tetapi isu-isu sebegini boleh membantutkan perkembangannya," kata Jin Canrong.


RAMAI pengguna Internet tidak mahu melihat Google memberhentikan operasinya di China.


Terbaru, jurucakap bagi Pejabat Lembaga Maklumat Negara menegaskan bahawa China mengharamkan penggunaan Internet yang mengancam perpaduan warganya. Terutama kandungan yang boleh mencetuskan kebencian antara etnik, mempromosikan ajaran sesat, pornografi dan keganasan.

"China mempunyai asas perundangan yang jelas untuk menyekat kandungan sebegini. Ia jauh berbeza dengan apa yang dikatakan sebagai kebebasan Internet," jelas kenyataan yang disiarkan di laman web www.gov.cn.

Pejabat Lembaga Maklumat Negara merupakan salah satu cabang dalam kabinet China. Ia bertanggungjawab dalam menyebarkan propaganda kerajaan Parti Komunis dan menjadi salah satu agensi berkaitan polisi Internet.

China telah menyekat laman YouTube, Twitter dan Facebook, di samping mengaplikasikan penapisan Great Firewall untuk menghalang warganya daripada menonton imej dan membaca idea-idea haram yang disiarkan di laman web luar negara.

Masyarakat Barat beranggapan ucapan Setiausaha Negara AS, Hilary Clinton mengenai kebebasan Internet dan keperluan dikenakan tindakan terhadap aktiviti penggodaman amat dialu-alukan. Namun bagi China, ia lebih bersifat imperialisme maklumat.

Medan ujian

Dalam erti kata lain, akses terhadap sambungan (links) sensitif daripada laman-laman web di China dihalang atas arahan rasmi kerajaan tidak dapat diterima. Situasi itu mungkin mendorong Google mengambil keputusan untuk menghentikan penapisan atau menutup terus laman web berbahasa Cina miliknya, Google.cn.

Ironinya, Beijing menyifatkan tiada penapisan di China. Apa yang ada ialah sistem Internet yang terbuka. Memberi maklum balas terhadap situasi itu, banyak syarikat teknologi AS yang beroperasi di China menjauhkan diri daripada Google. Mereka tidak mahu mengalami kerugian di negara yang menawarkan tenaga kerja murah itu.

Harus diakui bahawa golongan muda China berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun membesar dalam suasana pengaruh kebaratan dan lebih terbuka berbanding ibu bapa mereka. Kini, ramai yang berada di persimpangan antara semangat patriotik, keinginan untuk menyuarakan pendapat dan akses terhadap maklumat. Itu pun jika mereka mampu menerima batas yang diletakkan oleh Parti Komunis China.


SAMA ada Google akan keluar atau tidak dari China, ia bergantung kepada kejayaan rundingannya dengan pihak pemerintah negara komunis tersebut.


Justeru, Google dilihat menjadi medan ujian tersebut.

"Ciri khas Internet ialah syarikat seperti Google melihat pertumbuhan keuntungan bergantung kepada kebebasannya. Ia seakan-akan satu ujian. Sejauh mana anda menyokong Google menunjukkan anda mahukan lebih kebebasan di China. Walaupun anda tahu Google lebih mengutamakan keuntungan," kata seorang aktivis, Chen Yongmiao yang laman webnya telah disekat oleh pihak berkuasa.

Para pegawai kerajaan China mengelak untuk bersemuka dengan Google tetapi menjelaskan bahawa syarikat-syarikat Internet perlu mengikut undang-undang, termasuklah penapisan.

Lokasi tumpuan percanggahan tersebut berlaku di Zhongguancun, barat laut Beijing. Jalan Chengfu di wilayah yang digelar sebagai Lembah Silikon China itu menempatkan ibu pejabat Google menjadi bukti kepada pertumbuhan pesat negara tersebut. Sedekad lalu, ia hanya sebuah kawasan perumahan kos murah, selain restoran-restoran yang dibina berhampiran tapak pertanian.

Kini, suasana itu sudah jauh berubah. Ia padat dengan kampus-kampus universiti, pejabat yang canggih, pusat beli-belah barangan berteknologi tinggi, makmal komputer, kafe dan restoran.


INTERNET dipercayai boleh menggugat perpaduan dan menyemarak kebencian dalam kalangan rakyat China.


Para pelajar dari kampus berdekatan mengisi banyak peluang pekerjaan di sana. Mereka merupakan produk daripada sistem pendidikan yang menjadi kebanggaan terhadap pencapaian China selain ketaatan kepada Parti Komunis dan kepekaan warganya terhadap tekanan asing.

Pendirian rakyat China

Majoriti rakyat China tidak begitu faham apabila Google menyatakan China menjadi dalang di sebalik penggodaman yang begitu sofistikated. Ia mungkin disebabkan tidak banyak media tempatan China yang melaporkan cerita itu. Sementara yang lain seolah-olah memperlekehkan Google kerana ingin keluar dari China berikutan isu tersebut.

Para pelajar, pencari kerja dan golongan profesional teknologi melihat pendirian Google dengan rasa kagum dan bimbang. Ia terserlah menerusi banyak forum dalam talian.

"Saya rasa kagum kerana sebuah syarikat sanggup mengorbankan keuntungan demi idea. Kenapa tidak boleh mengkritik kerajaan? Kenapa kita tidak boleh memilih apa yang hendak dibaca di Internet?" soal Liu Wei, 29, seorang akauntan yang memakai cermin mata tebal.

"Itu kerana China berbeza!" celah teman wanitanya, Sun Jingying, 26, seorang pelajar perakaunan.

"Ada sesuatu yang hanya kita perlu menerimanya. Memang sedih kalau Google tidak lagi beroperasi. Saya suka bekerja dengan mereka," tambahnya.

Kaji selidik terakhir di China menunjukkan 60 peratus daripada populasinya yang melayari Internet berusia antara 10 tahun hingga 29 tahun.

Sewaktu lawatannya ke China November lalu, Presiden AS, Barack Obama berjumpa dengan golongan muda China menerusi web-cast. Mesej Obama ialah beliau merupakan penyokong utama terhadap kebebasan penggunaan Internet.

Di sebalik kekangan dan penapisan, Internet di China merupakan forum awam yang cukup berpengaruh. Para blogger dan kumpulan-kumpulan tertentu begitu lantang menggertak kerajaan atas isu pencemaran dan rasuah.

Tahun lalu, kerajaan China membatalkan rancangan untuk mewajibkan semua komputer peribadi hadir bersama Green Dam, satu perisian penapisan Internet. Pembatalan itu dibuat selepas kritik menyatakan ia satu tindakan melampau dan tidak efektif.

Namun, ada juga generasi muda China melihat isu Google sebagai satu tindakan buli AS. Bagi mereka, Parti Komunis yang memerintah China harus mencari jalan untuk mengurangkan tekanan asing terhadap kawalan penggunaan Internet.


PENGGUNA Internet di China berdepan dengan pelbagai bentuk penapisan.


"Memang ada segelintir yang berasa semakin tidak bebas dan terhalang (iaitu mereka yang menyokong Google). Tetapi ramai juga yang dibentuk oleh media rasmi dan melihat wujud campur tangan kerajaan AS di sebalik tindakan Google," kata Li Yonggang, pakar bidang masyarakat dan Internet dari Universiti Nanjing.

"Jika mereka tidak dapat menangani masalah penggodam dan penapisan, itu masalah mereka. Setiap negara memiliki kekangan mereka sendiri. Jadi, biasalah jika China juga menguatkuasakannya. Kalau China ingin mengubahnya, itu hak China," kata seorang juruteknik perkakasan komputer, Derek Huang.

Kaji selidik pendapat menunjukkan ketika rakyat China yang berusia antara 20 hingga 30 tahun dilihat lebih kritikal terhadap kerajaan berbanding golongan tua dan mahukan lebih kebebasan. Golongan sama juga sangat patriotik dan peka mengenai perubahan landskap politik negara.

Internet memainkan peranan penting. Buktinya, ia telah menyebarkan sentimen kemarahan rakyat China ke atas protes-protes yang dilakukan oleh Barat berkaitan isu Tibet sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik pada 2008.

Tahun lalu, Internet menjadi medium menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat China yang marah terhadap Jepun.

"Google bertindak atas dasar komersial. Saya fikir, kita perlu menerima kekangan demi kestabilan negara," kata Su Xin, 25, graduan bidang kejuruteraan euronatik.

Namun begitu, sesetengah pelajar yang kurang berminat dengan perkembangan politik melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Google mungkin keluar dari China.

"Jika berlaku, saya rasa ia satu kerugian besar," kata Guo Xin, seorang pelajar berusia 19 tahun. Guo Xin memberitahu dia menggunakan Internet dan Google untuk mencari maklumat tentang permainan video dan filem.

"Tidak bagus jika terlalu ketat. Ia menjauhkan kita daripada maklumat yang diperlukan pada zaman moden ini," katanya.

Kosmo!

Teruskan membaca..

Kelebihan Jintan Hitam


Jintan hitam mampu cegah penyakit kardivovaskular, saraf


MAZNAH menunjukkan produk TQRF yang dihasilkan daripada jintan hitam di Institut Biosains UPM, Serdang, Selangor semalam.

SERDANG - Produk Fraksi Kaya Timokuinon (TQRF) yang dihasilkan daripada jintan hitam atau lebih dikenali sebagai habbatus sauda mampu mencegah penyakit kardiovaskular dan neuro (saraf).

Menurut Ketua Laboratori Bioubatan Molekul, Institut Biosains Universiti Putra Malaya (UPM), Prof. Madya Dr. Maznah Ismail, sifatnya yang tidak toksik membolehkan pengguna menjadikan produk itu sebagai makanan kesihatan tambahan.

"Melalui penyelidikan yang telah dijalankan selama tujuh tahun ke atas jintan hitam, kami dapati dengan menggunakan teknologi supercritical fluid extraction (SFE), ia berupaya memerangkap dan memekatkan kandungan bahan bioaktif timokuinon (TQ).

"Berikutan itu, TQRF mampu bertindak sebagai agen antioksidan dan berpotensi mencegah risiko penyakit kardiovaskular serta kanser dan alzheimer dengan berkesan," katanya kepada pemberita di sini semalam.


KOSMO!

Teruskan membaca..

Alat Berwudhu Automatik Pertama Di unia


Najib Lancar Alat Berwudhu Automatik Pertama Di Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis malam melancarkan alat berwudhu automatik pertama dan satu-satunya alat di dunia, ciptaan rakyat Malaysia yang inovatif untuk kegunaan umat Islam global.

Pada majlis itu, Najib menandatangani sebuah plak melambangkan pelancaran peranti itu di sebuah hotel di sini.

Perdana Menteri kemudian melihat demonstrasi penggunaan alat yang dicipta oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez yang kini merupakan seorang ahli perniagaan.

Gomez merekabentuk alat mengambil air sembahyang itu.

Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al Quran.

Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu. Gomez berkata beliau mendapat idea untuk mencipta alat itu sewaktu mengembara menaiki feri di Jordan pada 2006.

"Apabila saya memasuki tandas di dalam feri itu saya melihat kira-kira 40 orang sedang mengambil wudhu di dalam sinki... saya kemudian memutuskan untuk mencari satu kaedah lebih baik dan mereka alat khas untuk umat Islam berwudhu," katanya.

Ia mengambil masa dua tahun untuk Anthony membangunkan alat itu dan membelanjakan lebih US$2.5 juta untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembangunan prototaip.

Gomez, yang merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk itu berkata sewaktu proses pengeringan ia berupaya mengurangkan kos penyelenggaraan dan dapat menghindar umat Islam daripada sakit akibat kesan lembapan dan jangkitan daripada permaidani dan kawasan sekeliling.

Katanya, alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

Alat itu, katanya mempunyai ciri-ciri mesra alam dan menjimatkan 1.3 liter air setiap kali berwudhu, bersih dan dapat mengatasi kesesakan di dalam bilik wudhu.
BERNAMA
Teruskan membaca..

Thursday, January 28, 2010

Tunku Mahkota Johor

RAJA Muda Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim berkenan membaca ikrar taat setia selepas dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar di Johor Bahru, hari ini. - Bernama

Tunku Ismail dimasyhur sebagai Tunku Mahkota Johor



2010/01/28

JOHOR BAHARU: Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar di sini, jam 3.20 petang tadi.


Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan

oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab"


Pemasyhuran berdasarkan Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, diisytiharkan
oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

"Setelah diisytiharkan sebagai Sultan, saya berhak dan bertanggungjawab
mengikut Undang-Undang Tuboh Negeri Johor memilih dan melantik seorang waris
bergelar Tunku Mahkota Johor.

"Bahawasanya, bagi menjalankan tugas di bawah perenggan 1, fasal 7, bahagian
pertama Undang-Undang Tuboh Negeri Johor 1895, saya Sultan Ibrahim ibni Almarhum

Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor
mengikut nasihat Jumaah Diraja dengan ini memilih dan melantik anakanda Duli
Yang Maha Mulia Tunku Ismail menjadi waris takhta kerajaan Johor dan digelar
Tunku Mahkota Johor," isytihar baginda.

Sejurus perisytiharan itu, Tunku Ismail menjunjung kasih ke atas ayahanda
baginda atas limpah perkenaan dilantik sebagai waris takhta Johor.

Tunku Ismail turut melafaz taat setia untuk melaksanakan amanah dan
tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas selain mendoakan kesejahteraan ayahanda
baginda, Sultan Ibrahim dan bonda baginda, Raja Zarith Sofiah almarhum Sultan
Idris serta rakyat Johor.

Istiadat pemasyhuran itu turut disaksikan kerabat diraja yang lain dan
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot membacakan doa sejurus
istiadat pemasyhuran selesai.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan
Sri Norainee Abdul Rahman; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan
isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin; barisan Exco dan Anggota Dewan Undangan
Negeri Johor serta pegawai-pegawai kerajaan.

Tunku Ismail, 26, dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor menggantikan Sultan
Ibrahim yang dimasyhur sebagai Sultan Johor, Sabtu lalu.

Pemasyhuran bagi mewarisi takhta Johor itu berikutan kemangkatan nenda baginda
Sultan Iskandar, Jumaat lalu.

Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu, Tunku Ismail merupakan putera
sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.

Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan
nenda baginda Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.

Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Baharu dan
Sekolah Rendah Kebangsaan St Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian
di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia,
mulai tahun 1999 hingga 2002.

Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja,
Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai
pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA)),
Dehradun, India, mulai Julai 2003.

Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember
2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai
pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.

Aktif dalam menunggang kuda dan sukan polo sejak kecil, Tunku Ismail juga
dianugerahkan "Best in Riding" antara kadet-kadet IMA tahun 2003-2004 selain
dipilih pemain polo Rejimen 61 Cavalry yang membawa kejayaan kepada rejimen
itu memenangi beberapa piala kejohanan polo.

Tunku Ismail menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing yang pertama
mengetuai pasukan tentera India pada perbarisan hari kebangsaan negara itu, pada
26 Januari 2007.

Dengan berpangkat kapten, Tunku Ismail mengetuai rejimen berkuda memberi
tabik hormat kepada Presiden India Dr APJ Abdul Kalam ketika itu semasa
sambutan hari kebangsaan ke-58, yang turut dihadiri tetamu khas termasuk
Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tunku Ismail dikurniakan Darjah Mahkota Johor yang Amat Mulia Pangkat Ketiga
Setia Mahkota Johor (SMJ) pada 16 September 2004 dan dikurniakan Pangkat Pertama
Darjah Mahkota Johor yang Amat Mulia, Seri Paduka Mahkota Johor(SPMJ) sempena
ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar pada 2005.

Seterusnya, Tunku Ismail dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati
Pangkat Kedua (DK II) pada ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar, pada
2006 dan dianugerahkan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK I)
pada ulang tahun keputeraan Almarhum Sultan Iskandar, tahun lalu. -Bernama


========================================



ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR (JMF)

Askar Timbalan Setia Negeri Johor
atau JMF ( Johore Military Forces ) telah ditubuhkan pada 1885. Angkatan ini merupakan angkatan bersenjata milik Sultan Johor. Umumnya bagi penduduk di Johor, angkatan ini juga dikenali sebagai "Askar Tuanku". Penubuhan angkatan ini terlaksana semasa Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar menjadi Sultan Johor. Baginda menerima saranan pihak British agar memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi Institusi Diraja dan juga bumi Johor. Oleh itu pada peringkat awal penubuhan, angkatan JMF terdiri daripada 60 orang askar Melayu dan 20 orang askar Punjabi. Askar Melayu JMF dilatih sebagai infantri manakala askar Punjabi dilatih dalam unit artileri.


Pada awal penubuhan JMF, Komandan pertama yang dilantik adalah dari kalangan pegawai British iaitu Kapten Newland dan kemudiannya diserahkan kepada Kapten Daud Sulaiman sebaik ditauliahkan.

Tanpa kita sedari, banyak jasa JMF yang terpahat dalam lipatan sejarah kemerdekaan tanah air khususnya dalam negeri Johor. Misalnya pada tahun 1915, iaitu semasa perang dunia pertama, JMF telah menyekat dan menghentikan pemberontakan pasukan tentera India dari Fifth Light Infantry di Singapura. JMF berjaya menahan tentera pemberontak yang berjaya membolosi sempadan ke Johor dalam usaha mereka melepaskan diri dari terus menjadi Tentera British.

Pada masa yang lain dalam perang dunia pertama juga, kerajaan telah menghantar satu kontinjen JMF terdiri dari dua orang pegawai dan 100 anggota lain-lain pangkat menyertai misi ke Tanglin Barracks di Singapura. Matlamat utamanya adalah untuk melindungi republik tersebut semasa peperangan. Di samping itu, kontinjen yang dihantar diberikan tanggungjawab mengawal tahanan perang dan melindung Pulau Belakang Mati ( kini dikenali sebagi Pulau Sentosa ) sehinggalah era peperangan dunia pertama tamat.

JMF juga pernah diberikan tanggungjawab memastikan keselamatan dan keamanan sepanjang laluan Mersing, Kluang, Batu Pahat dan lapangan terbang Kluang ( kini menjadi Lapangan Terbang TUDM ).

Siapa tahu pengasas UMNO dan bekas Menteri Besar pertama Johor Datuk Onn Jaafar, anaknya yang juga bekas Perdana Menteri Tun Hussein Onn, dan bekas Chief of Armed Forces General (Rtd) Tun Ibrahim Ismail merupakan individu yang telah banyak berjasa dalam keanggotannya sebagai Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Jangan terkejut kalau ada yang kata bahawa Professor Diraja Ungku Aziz juga pernah menyandang pangkat Major dalam angkatan JMF ini.



Teruskan membaca..

Antro Solo Kereta 2012

12 Antro Solo Kereta 2012

Antro Solo merupakan salah satu kereta yang mesra alam. Menggunakan tenaga solar, tenaga kinetik (manusia), dan gas-elektrik. Apa yang pasti, kereta ni mampu menyelesaikan isu minyak yang melambung sekarang

antrosolo2 Antro Solo Kereta 2012

Selain dari guna tenaga gas-elektrik,kereta ni menjanakan tenaga solar yang mampu digunakan selama 15-25km (untuk ulang-alik pergi keje boleh la kot). Kalau tenaga solar tidak cukup, setiap penumpang boleh kayuh pedal ramai-ramai (macam naik basikal).

Prototaip kereta ni ada kat Budapest Museum of Transport. Dan dijangka ada kat pasaran pada tahun 2012, harganya pulak $20,000 dollars (RM 66,000)

Macam murah je.......mai sebuah :jalan:

antrosolo3 Antro Solo Kereta 2012

Teruskan membaca..

Pulau Pinang 2012

penang1 Pulau Pinang 2012

Dikenali sebagai “Penang Global City Center (PGCC)” yang terletak di Bukit Bendera Pulau Pinang. Pembangunan ni dikatakan untuk mencipta satu imej baru bagi bandar Pulau Pinang sebagai Koridor Utara Malaysia.

Ia juga dikatakan mampu menarik minat pelabur dan juga pelancong asing. Ia dilengkapi hotel 5 bintang, Penang Performing Arts Center (PenPAC), pusat konvensyen yang terbaik dunia (world-class convention center), pusat membeli-belah, dan lain-lain.

Hurm…adakah penang akan jadi macam ni pada tahun 2015?

penang2 Pulau Pinang 2012

penang3 Pulau Pinang 2012

penang4 Pulau Pinang 2012

penang5 Pulau Pinang 2012

penang6 Pulau Pinang 2012

Pembinaannya dirancang bermula pada akhir 2008 ni.

Total Area: 1.000.000 square meters
Retail Complex: 400,000 square meters
Convention Center: 100,000 square meters
Performing Arts Center (PenPAC): 75,000 square meters
Condominiums: 70,000 square meters
Hotel and Service Apartments: 50,000 square meters
Offices: 25,000 square meters
Observatory: 1,500 square meters
Parking: 190,000 square meters

Developer: Abad Naluri, a subsidiary of Equine Capital
Architects: Asymptote Architecture
Master Plan: Atelier Seraji

Asymptote Architecture arcspace features

p/s: Aku tak pasti projek ni akan diteruskan atau tak selepas pilihan raya lepas. Apa yang pasti aku harap nasibnya tak jadi macam Plaza Rakyat KL yang sudah terbengkalai lebih dari 10 tahun.

SUMBER:

penang peaks Pulau Pinang 2012

Projek “Penang Peaks” ni pulak dirancang pada tahun 2004, ia dikatakan projek asal penang sebelum digantikan kepada Penang Global City Center (PGCC) ni. Funsinya sama cuma designnya je lain. Design ni lagi hebat sebenarnya, kenape la tak teruskan je.

+ sorkinstudio.com

plaza rakyat Pulau Pinang 2012

plaza rakyat2 Pulau Pinang 2012

Ini pulak projek plaza rakyat yang bernilai US$1.5 Billion tu, dikatakan akan menjadi bangunan ke-7 tertinggi di dunia. Projek ni dikatakan mampu mengatasi masalah kesesakan di puduraya dan juga masalah pengangkutan awam..

Tapi projek ni dah terbengkalai, tak tahu la sampai bila (Tranungkite.net) :korek2:

Kalau ade sape-sape tau perkembangan projek ni, sila bagitau ye…

UPDATE: Projek PGCC telah dibatalkan atas bantahan penduduk penang dan juga masalah kerajaan yang memerintah. Rasa berbangga sebab Malaysia pernah bercita-cita nak jadi macam Dubai walaupun tak kesampaian…hehehehehehehe. " Semoga negara kita balik time zaman Mahathir dulu, time tu ade KLCC, Putrajaya, KLIA, Sukan komanwel….huhuhuhu”

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...