Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, January 18, 2010

CHINESE " ELEPHANT MAN "

echina 01 Dia Digelar “Elephant Man”

Dia digelar “Elephant Man” kerana tumor di mukanya. Lelaki ni berumur 31 tahun dan mendapat tumor dimukanya sejak lahir. Kesannya bukan sahaja dari segi fizikal malah membawa kesan dari segi mental dan emosi dirinya. Dia terpaksa membawa tumor ni kemana-mana dan mengalami kesukaran untuk berjalan.

Tetapi baru-baru ini, dia mengambil keputusan untuk membuang tumor dimukanya. Kata doktor, kes seperti ini adalah paling jarang dan pelik pernah berlaku walaubagaimanapun membuang tumor tersebut tidak menjadi masalah buat mereka.

echina 02 Dia Digelar “Elephant Man”

echina 03 Dia Digelar “Elephant Man”

echina 04 Dia Digelar “Elephant Man”

echina 05 Dia Digelar “Elephant Man”

echina 06 Dia Digelar “Elephant Man”


Teruskan membaca..

SPM 2010 ikut Formula 10 + 2


NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL (20A)


KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Formula 10 + 2 iaitu dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada pelajar bagi mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan sahaja.

Perkara itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009 untuk menerima rayuan pelbagai pihak agar calon SPM dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan mulai tahun peperiksaan 2010.

Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil. Sementara itu, calon-calon SPM yang mengambil aliran agama sains pula dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.

Kelonggaran itu boleh diguna pakai bagi semua pelajar di semua aliran. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada dikekalkan.

Formula 10 + 2 diterima oleh kerajaan dengan syarat mata pelajaran tambahan yang dinyatakan akan hanya diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional tajaan Kerajaan sekiranya ia termasuk dalam 10 mata pelajaran maksimum yang diambil oleh murid.

Selain itu mata pelajaran tambahan tersebut hanya diambilkira dalam pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kedua-dua mata pelajaran tambahan itu boleh digunakan bagi menyertai latihan perguruan untuk menjadi guru bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab.

Keputusan dalam peperiksaan SPM bagi kedua-dua mata pelajaran tambahan itu akan dicatakan di atas sijil SPM yang sama.

Dengan formula 10 + 2 itu, diharap tidak timbul lagi masalah pelajar yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil.

Selain itu, pelajar aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab walaupun selepas 2010.

Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Teruskan membaca..

Tragedi Perahu Naga

2 lemas, 4 hilang


AHLI keluarga meratapi mangsa tragedi perahu naga.

Latihan mendayung perahu naga Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang bertukar tragedi selepas berlanggar dengan tongkang

GEORGETOWN: Latihan mendayung perahu naga oleh pasukan Sekolah Menengah Chung Ling bertukar tragedi apabila guru penasihatnya serta seorang pelajar lemas, manakala empat lagi hilang selepas perahu mereka dipukul ombak dan berlanggar dengan tongkang di Perairan Pantai Macalum di sini, semalam.BERITA PENUH
Teruskan membaca..

Panik!!!!!!!

Terasa mual, pening dan menggigil

Serangan panik melampau boleh diatasi asalkan individu bijak mengawal stres dan ketakutan yang dialami.




MEMBERSIHKAN muntah setiap hari sudah menjadi rutin wajib ibunya. Dia muntah bukan kerana sakit atau demam. Tapi, hanya disebabkan serangan panik melampau yang sering dialami.BERITA PENUH

Teruskan membaca..

Buaya Di PD

Mungkin kes buaya sesat - Pakar


KESAN luka pada kaki kanan Mohamad Helme yang didakwanya mungkin gigitan buaya.



KERATAN muka depan Kosmo! Ahad semalam.


KUALA LUMPUR - Jika benar dakwaan ada buaya di pantai Port Dickson, reptilia itu telah tersesat dan tidak mungkin boleh hidup lama disebabkan sukar mencari makanan berbanding habitat asalnya.

Pensyarah Institut Oceanografic Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Sulung Ibrahim berkata, kehadiran buaya di kawasan pantai bukan sesuatu yang mustahil kerana ia boleh hanyut dan dibawa arus pada waktu banjir.

"Walaupun secara rasionalnya buaya dari muara Sungai Linggi tidak mungkin hanyut ke Port Dickson kerana jauh, tidak mustahil jika ia datang dari sungai-sungai kecil berhampiran,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! Ahad semalam melaporkan insiden membabitkan seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima 50 jahitan selepas mendakwa dia diserang haiwan dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai itu pada 2 Januari lalu. KOSMO

Teruskan membaca..

Tragedi Perahu Naga

Guru, pelajar lemas, empat hilang


ANGGOTA penyelamat mengusung mayat yang ditemui dalam kejadian perahu naga terbalik di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Latihan menyertai Kejohanan Perahu Naga pada bulan Jun ini oleh pasukan Sekolah Tinggi Chung Ling di sini berakhir tragedi apabila bot yang dinaiki terbalik dan mengorbankan dua nyawa manakala empat pelajar lagi hilang.BERITA PENUH

Teruskan membaca..

Kena buang sekolah ke ?

Hukuman buang sekolah kalau tidak pakai topi keledar


KA SIONG (tengah) bersama Suret Singh (kiri) dan Kay memakaikan topi keledar kepada tiga orang murid di Gelang Patah, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

"Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

"Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali," katanya.

Teruskan membaca..

Anugerah Tertinggi Untuk Najib

PM terima anugerah tertinggi


PM TERIMA ANUGERAH TERTINGGI ARAB SAUDI

RIYADH 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu Anugerah Raja Abdulaziz Kelas Pertama, menyifatkan ia satu manifestasi hubungan yang sangat akrab antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri yang menerima anugerah berkenaan daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini semalam berkata, ia juga melambangkan potensi yang amat besar untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam konteks kepentingan negara itu dan Malaysia tetapi bagi kepentingan ummah sejagat. BERITA PENUH

Teruskan membaca..

Britain Cadang Haram Purdah

Parti di Britain cadang haram purdah

18/01/2010 3:14am

LONDON 18 Jan. – Parti berhaluan kanan Britain, Parti Bebas United Kingdon (UKIP) mengesa supaya pemakaian purdah di kalangan wanita Islam di tempat awam di negara ini diharamkan.

Kerajaan, bagaimanapun berkata, cadangan mengenakan larangan tersebut akan mencabul nilai toleransi di Britain.

Penggubal undang-undang UKIP, Nigel Farage memberitahu BBC bahawa pemakaian purdah melambangkan `simbol yang membahagi-bahagikan Britain’ dan menghalang wanita Islam berasimilasi dengan cara hidup negara ini.

Bagaimanapun, tidak ada parti utama di Britain yang menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Pendidikan, Ed Balls berkata, pengharaman pemakaian purdah di tempat awam `bukan amalan Britain, ia tidak adil dan tidak selari dengan tradisi kebebasan yang diamalkan di negara ini’. – AP

Teruskan membaca..

Gempa - Haiti

Korban gempa di Haiti mungkin capai 200,000 orang

18/01/2010 3:14am

WASHINGTON 18 Jan. – Masyarakat antarabangsa bimbang angka kematian akibat bencana gempa bumi di Haiti mungkin mencapai sehingga 200,000 orang.

Timbalan Komander Pemerintah Tentera Selatan Amerika, Leftenan Jeneral Ken Keen, bagaimanapun berkata, buat masa ini tidak ada sesiapa boleh mengesahkan angka itu.

“Kami sedang bersiap sedia untuk sebarang keadaan buruk,” katanya ketika ditanya oleh ABC News, sama ada angka kematian mencapai sehingga 150,000 ke 200,000 orang.

Beliau menyifatkan angka tersebut sebagai `angka permulaan’ tetapi mengingatkan bahawa `ia terlalu awal untuk memberikan jumlah sebenar mangsa yang terkorban’.

Kerajaan Haiti dan agensi bantuan sebelum ini menganggarkan jumlah kematian akibat gempa di negara itu ialah antara 50,000 hingga 100,000 orang. – AFP

Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

Sunday, January 17, 2010

Berhati-hati Beli Tauhu Kering atau Pucuk!!!!!!!

Sungguh menjijikkan!!! Itulah kata-kata yang paling sesuai untuk ditujukan kepada sebuah kilang yang memproses tauhu kering di kawasan Kajang apabila kilang tersebut terletak berhampiran dengan kandang anjing. Kilang tersebut telah menjadi pengedar tauhu kering selama 4 tahun dan mengedar tauhu kering tesebut di kawasan Lembah Klang. Apa yang lebih menjijikkan lagi terdapat puluhan lalat yang menghurungi sebatian tauhu kering yang masih dalam pemprosesan dengan keadaan bau yang sangat busuk dan meloyakan. Di samping itu juga, kilang tersebut menjadi laluan keluar masuk anjing-anjing yang dipelihara bersebelahan dengan kawasan kilang terbabit.

Serbuan tersebut telah dilakukan berdasarkan tinjauan pihak KOSMO! yang sebelum ini membuat siasatan terhadap kilang tersebut berdasarkan aduan yang diterima daripada para penduduk dan mendakwa kilang tersebut diproses berhampiran dengan kandang babi. Serbuan yang dilakukan pada jam 11.00 pagi itu turut disertai oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Unit Tindakan Khas, Persatuan Pengguna Islam Malaysia(UTK PPIM). Apa yang lebih mengecewakan, sijil halal kilang tersebut telah tamat tempoh pada tahun 2003 tetapi masih lagi menggunakan logo halal tersebut di bungkusan tauhu kering itu untuk memperdayakan pengguna.

PPIM difahamkan bahawa terdapat sebuah kolam kumbahan yang digunakan oleh kilang tersebut untuk memproses tauhu kering tersebut. Apabila ditinjau keadaan kolam kumbahan itu amatlah kotor dan sungguh menjijikkan dengan keadaan air yang kelihatan kehitaman-hitaman.

Kilang tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM1000 oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mereka diminta untuk menghentikan operasi selama 2 minggu untuk tujuan pembersihan dan pemberian suntikan kepada para pekerja. Kandang anjing yang berhampiran telah diarahkan untuk merobohkan premis terbabit kerana tidak mempunyai sebarang lesen dan dikenakan kompaun sebanyak RM 25,000.


























Sumber:

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.602
http://www.terjah.com/v2/news.php?readmore=34
Teruskan membaca..

Yuna - Tabah Bertudung di Pentas 'Indie'

TIDAK seperti imej antis wanita yang bermekap tebal, pakaian berjenama dan glamor, apalagi dengan aksesori pelengkap diri, hadirnya cukup ringkas; berseluar jean, kemeja T, jaket kelabu serta hertudung.

Namun gadis manis berusia 22 tahun, tinggi lampai itu menjadi kegilaan remaja kerana karyanya. Memang tidak sepopular penyanyi ciptaan program realiti tetapi dia, Yunalis Zarai, atau lebih dikenali sebagai Yuna, tetap ada sisi tersendiri mencipta nama sebagai penyanyi. Tidak perlulah mempersoalkan siapalah dia, hanya kerana mukanya tidak pernah kelihatan di dada akhbar atau majalah hiburan. Namun kalau hendak tahu dia popular atau tidak, cuba beranikan diri melawat Myspace Yuna. Pengunjung yang masuk ke Myspace Yuna hampir mencecah 500 ribu orang! Itu semua peminatnya, yang terdiri daripada kalangan remaja sekolah, universiti dan pekerja. Minat mereka hanya satu, iaitu muzik.

Yuna menjadi satu fenomena baru di kalangan remaja. Gadis tinggi lampai bertudung memetik gitar di tengah-tengah pentas dengan lagunya yang tersendiri. Bagi remaja sekarang, lagulagu yang dikategori sebagai genre muzik indie atau independent music, memang mendapat `layanan’ yang balk.

Kenapa Yuna dikatakan sebagai satu fenomena? Kerana belum pernah ada penyanyi indie di Malaysia yang bertudung. Selama ini sebut saja tentang muzik ini, ramai yang terus terfikir kelompok underground dengan rambut berwarna, muzik bingit dan menyanyi terjerit-jerit.

Tetapi Yuna adalah sesuatu yang berbeza. Paling menarik kerana penampilannya, bertudung ketika di atas pentas dan di dalam kehidupan hariannya. Yuna memiliki suara mirip Norah Jones, bila mendengar suaranya buat kali pertama, tidak sangka pula dia adalah anak Malaysia kelahiran Subang Jaya, Selangor. “Inilah cara saya. Tudung ni saya p a k a i sebelum saya aktif menyanyi secara serius, dan saya akan pakainya sampai bila-bila. Inilah keselesaan saya walaupun

sebenarnya saya ambil risiko yang besar apabila mengambil keputusan untuk menyanyi dengan imej seperti ini,” luah Yuna yang ditemui di Shah Alam, baru-baru ini. Pelajar Jurusan Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam ini memang berjiwa seni. Selain boleh bermain piano dan gitar, Yuna juga boleh melukis dengan balk. Semua bakat seni itu datang daripada ayahnya yang juga pandai bermain muzik.

Ketika berusia tujuh tahun, Yuna sudah boleh bermain piano, dan dalam diam dia mula mencipta lagu serta menulis link. Sejak menuntut di UiTM dia mula belajar memetik gitar sendiri tanpa mendapat bimbingan guru terlatih. Apabila usianya mencecah 19 tahun, Yuna mula mencipta lagu dengan gitarnya dan merakamkannya di dalam komputer riba.

“Bila ada idea saja, saya terns main gitar dan rakamkan di dalam laptop, kemudian beri kawan-kawan dengar. Mereka suka, dan memberi galakan supaya saya membuat persembahan di pentas.

“Saya ambil galakan kawan-kawan itu sebagai satu cabaran dan beranikan diri untuk menyertai penyanyi indie yang lain untuk membuat persembahan secara terbuka, kira-kira dua tahun lalu. Bukan mudah bagi saya yang tidak pernah menyertai pertandingan menyanyi, tiba-tiba membuat persembahan.

“Tapi saya percaya saya boleh buat. Satu perkara yang menjadi pegangan saya, be brave, always believe your dream,” cerita Yuna.

Mengenang kembali saat indah itu, Yuna memberikan kejutan kepada ibu dan bapanya yang selama ini tidak mengetahui pun kebolehan anaknya mencipta lagu. Yuna hanya meminta ibu bapanya datang menyaksikan persembahan pertamanya. Antara percaya dengan tidak, ibu bapa Yuna hadir menyaksikan anak tunggal mereka membuat persembahan.

Persembahan pertama itu dibuat kerana desakan kawan-kawan, malah nama Yuna tidak dicatatkan pun di dalam Man. Tapi itulah titik yang mengubah Yuna yang tidak pernah pun menyimpan cita-cita untuk menjadi pnyanyi sejak kecil.

“Mula-mula saya naik pentas ramai yang `boo’ bila tengok penampilan saya dengan bertudung. Ada juga yang kata kalau nak nyanyi nasyid, lebih balk balik. Ejekan itu membuat saya sedikit gementar kerana saya memilih cara berbeza daripada kumpulan muzik indie yang ada.

“Tapi bila saya mina bermain gitar dan menyanyi, ramai yang terlopong. Penonton mina diam dan memberi tumpuan kepada nyanyian saya. Itulah permulaan muncul Yuna...” gelak Yuna yang penuh sopan santun.



Sungguhpun sekarang Yuna sering dijemput membuat persembahan, tetapi pelajaran adalah perkara pertama di dalam hidupnya. Dia hanya membuat persembahan pada hujung minggu sahaja. Kala minggu peperiksaan atau sibuk dengan tugasan kuliah, Yuna akan menolak semua tawaran. Terlanjur memilih untuk tampil dengan imej bertudung, Yuna lebih berhati-hati menjaga imejnya supaya tidak dikaitkan dengan minuman keras, dadah dan gejala yang tidak senonoh. Dalam setiap jemputan persembahan, perkara pertama yang akan dipastikan adalah tempat.

“Sesuai dengan imej saya yang macam ini, saya akan tanya dulu tempat persembahan macam mana, sama ada selamat dan sesuai dengan imej. Kalau tempat itu macam kelab malam atau pub yang ada minuman keras clan rokok, saya fikir tempat itu tidak sesuai dengan saya.
“Saya tengok juga penaja utama persembahan itu, kalau dari syarikat minuman keras memang sah saya tolak. Tidak mahu ada campur aduk antara muzik dengan gejala yang tidak elok,” jelas Yuna.

Sejak Yuna muncul, satu fenomena baru dapat disaksikan. Remaja bertudung sudah mula memberanikan diri menyaksikan persembahan muzik indie. Mereka semua datang kerana minat muzik Yuna. Malah, tidak ada kaitan langsung dengan dadah ataupun minuman keras.
Sejak dua tahun lalu, Yuna telah mencipta 28 lagu dan telah merakamkan 20 daripadanya. “Bila berjaya dirakam dalam bentuk CD, rasanya ia satu kejayaan. Boleh kongsi muzik dengan orang lain. Ada peminat yang hantar e-mel, kata muzik saya jadi teman belajar clan penawar ketika terlantar sakit. Saya rasa bangga kerana dapat membantu dan kongsi sesuatu,”
jelas Yuna yang menjadikan Myspace dan Facebook sebagai gelanggang untuk memperkenalkan muziknya.

Muzik dan lirik lagunya disenangi remaja kerana la mudah difahami dan sedap didengar. Yuna lebih senang menulis lirik di dalam bahasa Inggeris, namun tidak takut mencuba untuk menghasilkan beberapa link lagu di dalam bahasa Melayu. Dia mengakui sedang mengasah bakatnya untuk menghasilkan Erik di dalam Bahasa Melayu.

“Liriknya adalah pengalamannya sendiri, cerita kawan-kawan yang ada masalah dan peristiwa yang berlaku setiap hari. Saya gunakan bahasa yang mudah dan bercerita tentang perkara yang rapat dengan remaja. Masalah saya adalah masalah remaja. Mungkin kerana lagu saya ada kaitan dengan remaja, merasai sesuatu yang mereka rasa dan suka,” terang Yuna yang pernah membuat persembahan di layar Tanchap, Shah Alam, Annexe di Pasar Seni, Kuala Lumpur, The Apartment, KLCC dan di universiti. Secara peribadi, Yuna amat meminati muzik flok rock, akustik dan alternatif yang dimainkan oleh kumpulan The Cardigans, Garbage No Doubt, Sherly Crow dan Tori Amos. Sebahagian muzik itulah yang menjadi sumber inspirasinya di dalam mencipta lagu.

Yuna sedar bakatnya dalam bidang muzik boleh digunakan sebagai sumher pendapatan selepas tamat belajar. Namun buat masa ini, tumpuan utama Yuna adalah menamatkan pengajian hingga ke peringkat ijazah di dalam bidang undang-undang. Dia berhasrat mempunyai firma guaman sendiri di samping bergiat aktif mencipta lagu, suatu hari nanti.Apa pun lagu Deeper Conversation ciptaan dan nyanyain Yuna, pernah menduduki tempat pertama di dalam carta Champur Chat Fly FM selama lima minggu. Malah hingga ini masih lagi kekal di dalam carta sejak albumnya dilancarkan Oktober tahun lalu.


Sumber : AL - ISLAM
Teruskan membaca..

Lelaki Boleh Mengandung?

THOMAS Beatie merupakan seorang lelaki yang pernah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Julai tahun lepas.

Jejaka berumur 35 tahun ini sebenarnya dilahirkan sebagai seorang perempuan bernama Tracy Logondino. Dia kemudiannya menukar jantinanya kepada lelaki apabila jatuh cinta dengan seorang lagi perempuan bernama Nancy Roberts yang kini beumur 46 tahun.



Isterinya Nancy, terpaksa membuang rahimnya kerana masalah kesihatan 21 tahun yang lalu dan itulah yang membuatkan Thomas untuk cuba mengandung. Untuk menukar jantinanya, Thomas terpaksa menjalani beberapa prosedure seperti pembedahan jantina, pembinaan semula buah dada, mengambil terapi testosteron serta suntikan hormon.

Tetapi satu perkara uang Thomas tidak lakukan ialah membuang rahimnya yang masih membolehkannya mengandung seperti wanita lain.

“Bagaimana rasanya jika seorang lelaki mengandung? Tidak masuk akal, bukan! Namun hakikatnya, perut saya semakin membesar dan saya yakin saya masih lelaki,”
katanya kepada sebuah majalah luar negara pada bulan Mac tahun lalu.

Sebelum mengandung, Thomas berhenti mengambil suntikan testosteron dan hormon untuk mengembalikan kitaran haidnya. Menurutnya, dia menggunakan sperma dari seorang penderma yang diperolehi daripada bank sperma bagi membolehkannya mengandung.




Meskipun perutnya semakin membesar pada masa itu, Thomas tetap meneruskan kehidupan sebagai lelaki.

“Lapan tahun haid saya terhenti dengan pengambilan suntikan hormon ini. Saya berhenti mengambilnya selama empat bulan untuk kembali normal dan tidak mengambil ubat untuk hamil,”katanya.

Pasangan Thomas dan Nancy yang kini menetap di Pacific North West, Amerika, menyembunyikan rahsia ini selama sepuluh tahun daripada kawan-kawan dan jiran-jiran di tempat tinggal mereka sebelum bersetuju ditemu bual oleh majalah tersebut.

“Memiliki anak adalah impian semua dan kerana itu kami sanggup lakukan apa saja, termasuk menggunakan kaedah biologi bagi memastikan hasrat ini tercapai,” tambahnya lagi.

Sumber:
http://nmjnh.wordpress.com
Teruskan membaca..

Bahaya Jantung Terhenti Tiba-tiba

Oleh Ummi Nadiah Rosli

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Para peminat bola sepak Liga Portugis di Guimar�es teruja apabila kelab bola sepak Lisbon, Benfica, mendahului lawannya Vitoria S.C 1-0.

Dalam perlawanan yang juga disiarkan secara langsung di televisyen pada 25 Jan, 2004, pemain Benfica, Miklos Feher menerima kad kuning semasa waktu kecederaan.

Semasa semua kamera menumpukan perhatian kepada pemain Hungary ini di padang dengan tiba-tiba beliau menunduk ke depan, wajahnya berkernyut kerana kesakitan dan beliau terus rebah di atas padang.
Berita Penuh
Teruskan membaca..

Sumbangan Islam Dalam Bidang Matematik

Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan.

Firman Allah
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). (Surah Al-Kahfi : 25)
Ini semua membuktikan bahawa ilmu Sains dan juga Ilmu Hisab sudah ada di dalam Quran, walaupun ianya di turunkan 1400 tahun yang lalu, tetapi apa yang patut kita sematkan dalam hati kita, Kitab Quran bukanlah kitab Sains, Ilmu Hisab atau Sejarah tetapi ianya adalah kitab pedoman kepada umat Islam dalam mengecapi kesejahteraan di dunia dan juga akhirat jika beramal dengannya.


Tokoh Matematik

1. Al-Khawarizmi

Nama sebenar beliau ialah Mohammad Bin Musa Al-Khawarizmi (Meninggal 840 M). Beliau dikenali di Barat dengan nama Algorizm, Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm..beliau amat terkenal dalam bidang ilmu matematik. Beliau adalah pengasas kepada ilmu algebra, malah nama algebra diambil bersempena dengan nama buku beliau Al-Jabr wal-Muqabilah.

Dalam bidang trigonometri, beliau mengetengahkan konsep sinus (sine) yang kemudiannya diperkembangkan kepada tangen. Konsep algoritma yang dinamakan mengikut namanya juga diasaskan oleh Khwarizmi.

Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).
Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

2. Umar al-Khayyam

telah memajukan lagi pengetahuan penemuan al-Khawarizmi dalam memuatkan pecahan-pecahan, persamaan geometrik dan algebra serta klasifikasi tentang persamaan. Proses mengkaitkan aljabar dengan Geometri telah pun dapat dilihat dengan jelasnya dalam penulisan al-Khawarizmi. Geometri analisis memerlukan tiga peringkat perkembangan iaitu penemuan sistem koordinat, mencantumkan perhubungan antara satu sama lain dalam kaedah aljabar dengan geometri, dan akhirnya menyatakan hubungan dalam bentuk geraf.

3. Al Bironi dan Trigonometri
Beliau menetapkan panjang sendeng bulatan1/10 lalu menentukan kosain dan seterusnya menjelaskan sendeng yang baki. Beliau juga mencipta kaedah untuk mengira ukur lilit bumi yang dinamakan kaedah Al Bironi.
Teruskan membaca..

Najib Dianugerahi Anugerah Oleh Raja Arab Saudi Raja Abdullah

Daripada Muin Abdul Majid

RIYADH, 17 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dianugerahi anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini pada Sabtu malam.

Upacara penganugerahan itu berlangsung di Conference Palace, di mana sebelum itu Najib menghadap Raja Arab Saudi itu sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu. Berita Penuh
Teruskan membaca..

Gapena Dakwa Wujud Pemimpin Melayu Tidak Cintakan Bangsa Sendiri


KANGAR, 17 Jan (Bernama) -- Gabungan Penulis Nasional (Gapena) melahirkan kebimbangan dengan kewujudan segelintir pemimpin Melayu yang didakwanya sebagai tidak cintakan bangsa sendiri. Ketua Satu Gapena Tan Sri Ismail Hussein berkata mereka sepatutnya menjadi pihak yang sentiasa berbangga dengan kemajuan bangsa sendiri dan bukannya mengaibkan bangsa sendiri. "Sebagai contoh, ada pemimpin Melayu yang bersikap anti sastera Melayu," katanya semasa merasmikan seminar kenegaraan dan jati diri Melayu peringkat negeri di sini hari ini.


Selain itu, beliau berharap bangsa Melayu terus dimartabatkan sewajarnya dalam gagasan 1Malaysia. Menurutnya Gapena telah mengadakan hubungan dengan hampir semua kelompok Melayu di seluruh dunia dan ini menunjukkan kaum Melayu begitu besar dan bangsa itu perlu dimartabatkan. Seminar anjuran bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Gapena dengan kerjasama Persatuan Penulis Perlis (3P) itu dihadiri kira-kira 100 peserta daripada pelbagai pertubuhan budaya dan sastera di Perlis. -- BERNAMA

Teruskan membaca..

Rakyat Malaysia Terkenal Di Dubai

Gayat di ketinggian 800 meter

Rakyat Malaysia, Datuk A.K Nathan, sering diberi kepercayaan untuk menyiapkan struktur terakhir bangunan-bangunan pencakar langit termasuk Burj Khalifa dan Menara Berkembar Petronas.




TIDAK semua orang mampu melakukan perkara ini. Berdiri pada ketinggian 828 meter di atas struktur bangunan yang belum siap dan melakukan kerja-kerja pemasangan struktur besi di atasnya.

Tanpa sebarang dinding dan hanya berpijak pada tapak yang semakin mengecil, sesekali tubuh dibuai angin kencang musim panas dengan suhu minimum 39 darjah Celcius.

Membayangkan keadaan itu sahaja sudah mampu membuat sesiapa saja kecut perut, apatah lagi jika ia menjadi rutin harian.

Biarpun terdedah dengan pelbagai risiko, demi menjaga nama baik dan reputasi elit yang disegani, Datuk A.K Nathan tidak berkompromi dengan perasaannya sendiri.

"Saya bukan jenis orang yang takut pada ketinggian. Tetapi di Burj Khalifa, melihat pemandangan luar dari cermin lif sudah cukup menjadikan saya gayat, lebih-lebih lagi jika terpaksa naik ke aras tertinggi dan keluar untuk memantau kerja-kerja pemasangan besi.

"Saya memang kecut perut lebih-lebih lagi apabila pandang ke bawah. Semua nampak kecil, ada juga yang tak nampak langsung.

"Bila bangunan itu siap, saya tersenyum sendiri bila teringat semula pengalaman ketika berada di puncaknya.

"Rasa macam tak percaya pula," seloroh Pengarah Urusan dan Pengerusi Kumpulan Eversendai, syarikat Malaysia yang diberi tanggungjawab menyiapkan pemasangan struktur besi pada bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.




Ujarnya, 260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang dibina oleh Eversendai. Selain itu, apa yang lebih membanggakan, Eversendai juga menjadi syarikat pertama di dunia yang membuat kerja-kerja pembinaan pada ketinggian lebih 700 meter.

"Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian ini. Ia satu cabaran besar kerana tiada kesilapan boleh dilakukan apatah lagi kemalangan. Semua aspek gerak kerja perlu diperhalusi kerana risiko memasang besi yang telah difabrikasi lebih pada aras 700 meter bukan mudah.

Menurutnya, pemasangan struktur keluli dalam bangunan sangat kompleks kerana ia memainkan peranan penting sebagai rangka bangunan seperti yang dimahukan di dalam pelan rekaan.

Selain itu, gabungan besi yang telah difabrikasi juga digunakan sebagai rasak yang mengukuhkan lagi bangunan sebelum ditampal dengan simen mahupun kemasan lain.

"Bayangkan jika sudah berada di atas, ukuran besi yang mahu disambungkan beralih 1 sentimeter daripada struktur sedia ada.

"Ia tidak hanya soal kos dan keselamatan pekerja tetapi apa yang lebih penting, ketidaktepatan itu boleh memberi kesan kepada keseluruhan struktur bangunan dan kualiti kerja secara keseluruhannya," ujar lelaki berusia 53 tahun ini.

Kualiti


EVERSENDAI mengambil masa selama enam bulan untuk memasang struktur besi setinggi 260 meter di puncak Burj Dubai.


Sungguhpun Eversendai diberi kepercayaan penuh oleh beberapa pihak untuk memberi sentuhan inovatif di pelbagai bangunan berprofil tinggi, Nathan tidak sekali-kali mendabik dada.

"Saya tidak berkompromi dengan kualiti kerja. Bagi saya, semuanya perlu disiapkan lebih bagus daripada apa yang pelanggan mahukan mengikut spesifikasi yang tepat dan masa yang ditetapkan.

"Merangka di atas kertas memang lebih senang daripada melaksanakannya. Sebab itu, saya sangat menjaga kualiti kerja.

"Untuk membina nama dan menjaga reputasi bukan mudah. Perlu bekerja keras, bijak serta berfikiran kreatif. Sebab itu saya selalu berpesan kepada pekerja supaya keluarkan seberapa banyak idea.

"Tidak perlu meniru kerja orang sebaliknya buat lain daripada yang lain tetapi dengan kualiti yang sempurna.

"Ia ternyata berhasil malah belum ada satu pun projek Eversendai yang pernah tertangguh. Sama ada ia siap awal ataupun diserahkan kepada pelanggan mengikut masa yang ditetapkan.

"Dengan kerja yang teliti, siap pada masanya dan kualitinya tidak dipertikaikan, ia akan menarik sendiri pelanggan untuk datang kepada kita," ujar anak kelahiran Puchong, Selangor ini.

Kebetulan


SELAIN bangunan tinggi, Nathan turut diberi kepercayaan membina stadium bertaraf Olimpik.


Membina empayar Eversendai pada tahun 1984, Nathan yang pernah bekerja sebagai operator mesin menceritakan detik penglibatannya dalam industri besi dan pembinaan hanya satu kebetulan.

"Saya sebenarnya terbabit dalam bidang ini secara kebetulan.

"Pada tahun 1982, saya bekerja sebagai ejen insurans apabila abang saya meminta saya membantunya melaksanakan sementara projek pemasangan besi rancah di bangunan Dayabumi kerana pada waktu itu dia masih terikat dengan sebuah syarikat Jepun di Singapura.

"Masa itu saya tak tahu apa-apa mengenai perniagaan keluli. Kerana masih setahun jagung, saya rujuk di Yellow Pages untuk mencari subkontraktor yang boleh menyiapkan projek itu.

"Selepas itu, saya mula ditawarkan kontrak lain. Dari situlah bermulanya kerjaya saya.

"Selepas itu pada tahun 1988, saya berpindah ke Singapura untuk memantau kerja-kerja keluli di Stadium Tertutup Singapura, Plaza Republic, Pusat Pemeriksaan Imigresen Tuas dan beberapa projek lain.

"Pada tahun 1993, saya pulang ke Malaysia dan bekerja untuk projek Menara Berkembar Petronas di KLCC.

"Saya sangat bertuah pada masa itu kerana mendapat faedah daripada polisi Pandang Ke Timur kerajaan kerana saya memang sudah memiliki hubungan baik dengan syarikat Jepun dan Korea," katanya.

Masih jelas mengingati detik pertama kali bekerja dengan syarikat asing iaitu Nippon Steel Corporation pada tahun 1984, apabila beliau menyaksikan majlis penyerahan kunci kilang Proton di Shah Alam.

"Dengan rekod yang masih samar, saya memberanikan diri mengetuk pintu Pengurus Projek Jepun pada masa itu.

"Pada akhir perbincangan, saya terkejut apabila dia menawarkan saya projek. Selepas itu apabila saya terserempak dengannya di lapangan terbang, saya bertanya, mengapa saya diberikan projek itu.

"Dia menjawab, Nathan, apabila saya bercakap dan merenung mata awak, awak tidak mengelak. Saya fikir itu petanda baik kejujuran dan integriti," katanya.

Selain menyiapkan struktur tertinggi Burj Khalifa, sayap Eversendai juga telah lama melebar di rantau Asia terutama Singapura, Indonesia, Hong Kong, Thailand dan India selain Malaysia sendiri.

Negara Arab




Mengakui tidak memiliki bahagian pemasaran di Dubai, Nathan memberitahu semua pelanggan yang berpuas hati dengan hasil kerjanya bertindak menjadi ejesn pemasaran tidak rasminya.">

Lewat 1990-an, Nathan turut menerima pelbagai projek pembinaan di negara-negara Arab seperti Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain dan Abu Dhabi.

Antara projek yang mendapat sentuhan Eversendai ialah The Emirates Tower, Hotel Burj Al-Arab, Stadium Olimpik Khalifa, Ski Dome, Menara kedua Petronas (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Selepas projek berprofil tinggi Burj Khalifa, Eversendai kini sedang melaksanakan beberapa projek mega lain seperti Princess Tower, Emirates Park Tower, Capital Gate dan Tiara United Tower, semuanya di Dubai serta Dubai Tower di Doha.

"Ini semua hasil titik peluh pekerja-pekerja saya. Mereka adalah kekuatan saya sehingga syarikat ini berupaya berada di tahap sekarang," tuturnya yang memiliki empat kilang fabrikasi keluli iaitu di Malaysia, Sharjah dan Dubai di UAE, Qatar dan sebuah lagi bakal siap di India.

Teruskan membaca..

Si Kenit bertemu dengan SiTinggi


SULTAN (kanan) bergambar bersama Ping Ping di Istanbul, Turki kelmarin.

ISTANBUL - Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen dari Turki bertemu dengan pemegang rekod lelaki paling kecil di dunia dari China, He Ping Ping di sini kelmarin.

Sultan memiliki ketinggian 246.5 sentimeter (sm) manakala Ping Ping serendah 73sm.

Manusia tertinggi dunia itu bertemu dengan Ping Ping pada satu majlis pelancaran persembahan secara langsung Guinness World Records.

Kosen yang merupakan seorang buruh ladang berkata: "Saya mahu bertemu dengan Ping Ping sejak saya mendapat gelaran lelaki tertinggi dunia. Saya berasa gembira kerana dia (Ping Ping) bersetuju untuk pergi ke Turki."

Ping Ping tinggal bersama keluarganya di Inner Mongolia, China dan dia kerap pergi ke luar negara selepas diiktiraf oleh Guinness World Records - Agensi.


Teruskan membaca..

Kepala anak biri-biri mirip manusia


GAMBAR yang menjadi perbincangan di Internet menunjukkan seekor biri-biri memiliki wajah seperti manusia.


IZMIR - Seorang doktor haiwan di sebuah kampung di Turki, Erhan Elibol terkejut selepas dia mendapati terdapat seekor anak biri-biri memiliki wajah seperti manusia, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anak biri-biri itu dikeluarkan menerusi pembedahan daripada ibunya.

Anak biri-biri itu yang mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia.

"Saya pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima.

"Namun, apabila melihat anak biri-biri itu memiliki mata, hidung dan mulut seperti manusia, saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat," kata doktor veterinar berusia 29 tahun itu.

Ramai pakar haiwan menganggap anak biri-biri yang mempunyai wajah mirip manusia itu berlaku kerana ibunya kekurangan zat vitamin A.

Menurut doktor itu, ibu biri-biri itu tidak dapat melahirkan anaknya itu secara normal menyebabkan pembedahan tersebut dilakukan.

Pada September tahun lalu, seekor anak kambing dilahirkan dengan mukanya mirip manusia dan hidup beberapa jam sebelum dibunuh dan dibakar oleh penduduk di sebuah kampung di Zimbabwe.

Gabenor di wilayah tempat anak kambing itu dilahirkan di Zimbabwe menyatakan kejadian tersebut berlaku akibat hubungan seks antara seorang lelaki dengan seekor kambing betina. - Agensi

Kosmo!

Teruskan membaca..

Malu membawa mudarat


KUTIL dan ketuat bermula dengan tekstur kecil sebegini pada kulit.


Bermula dengan bintil halus atau tompok kecil bertekstur kasar di permukaan kulit, ketuat membawa kepada rasa jijik dan kegatalan jika sistem ketahanan tubuh tidak berupaya mengekang pertumbuhannya.

MUNGKIN kewujudannya tidak disedari. Kalau kelihatan pun, mungkin juga ia segera dilupakan kerana disangka tidak memberi apa-apa kesan berpanjangan.

Namun begitu, bagi kes-kes tertentu, kehidupan seseorang boleh berubah kerananya.

Perkara yang dimaksudkan itu adalah kutil dan ketuat. Variasi dengan ketumbuhan kecil yang bertekstur kasar sama ada di tangan atau di kaki, ia boleh merebak menjadi bintil-bintil bercecair seperti melepuh.

Lebih mendatangkan rasa khuatir adalah apabila kutil dan ketuat ini ditemui di bahagian lain pada tubuh seperti di dada, ketiak, kemaluan, leher dan juga tengkuk.

Kutil yang tumbuh pada kulit lelaki tua mungkin suatu yang dianggap biasa. Namun, kutil yang sama jika tumbuh di muka seorang wanita berusia dalam lingkungan 40-an, ia suatu cabaran kosmetik yang ‘menggemparkan’!

Ini berbalik kepada soal persepsi, maklumat, aspek kesihatan dan usaha untuk menghilangkannya.

“Kutil dan ketuat terjadi disebabkan virus papiloma manusia (HPV).

“Ada juga yang bukan disebabkan virus iaitu kutil seborrhoeic yang biasa terjadi pada kulit wajah,” kata Perunding Dermatologi, Pusat Perubatan Pantai Cheras, Kuala Lumpur, Dr. Ruban Nathan.

Walaupun terdapat lebih daripada 100 strain HPV, terdapat beberapa jenis yang lazim terjadi kepada seseorang seperti kutil biasa (verruca vulgaris), ketuat leper (verruca plana) atau ketuat filiform seperti yang terjadi pada muka terutamanya di kelopak mata dan bibir.

“Bergantung kepada sistem ketahanan tubuh dan juga prosedur klinikal untuk menghilangkannya, jangka hayat ketuat pada permukaan kulit berbeza.


KUTIL dan ketuat bermula dengan tekstur kecil sebegini pada kulit.


“Ada yang akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh beberapa minggu manakala ada yang kekal selama bertahun-tahun ataupun hilang dan muncul kembali,” terang Ruban.

Kutil dan ketuat mungkin bukan suatu masalah jika jumlah bintilnya wujud secara tunggal, sedikit dan tidak terasa sakit atau gatal.

Jika bernasib baik atau dalam erti kata lain sistem imunisasi tubuh dapat merencat pertumbuhannya, ia akan lenyap tanpa disedari.

Namun, ia bukan lagi satu perkara main-main jika kutil atau ketuat itu mengalami perubahan secara fizikal hingga membuatkan kulit kemerah-merahan, membengkak ataupun bintil-bintil kasar itu semakin merebak dan menyebabkan rasa gatal.

Bahagian sulit

Menurut Ruban, kegelisahan pasti akan bertambah bagi seseorang yang mempunyai ketuat di bahagian alat kelamin mereka. Ketuat jenis ini dinamakan condyloma, condylomata acuminata ataupun venereal.

“Ketuat alat kelamin, misalnya yang tumbuh pada kepala dan pangkal zakar, merupakan salah satu daripada penyakit yang merebak melalui hubungan kelamin (STD). Ia boleh mengganggu perhubungan intim antara pasangan suami isteri.

“Pada masa yang sama, risiko jangkitan boleh meningkat di kalangan mereka yang aktif melakukan hubungan seks berbilang pasangan,” jelasnya.


PEMBUANGAN ketuat tegar meninggalkan parut.


Ketuat kelamin tersebar melalui sentuhan langsung daripada kulit ke kulit ketika melakukan hubungan seks melalui faraj, dubur atau secara oral dengan seseorang yang telah pun dijangkiti penyakit tersebut.

“Mereka perlu sedar bahawa penggunaan kondom juga tidak dapat 100 peratus melindungi pasangan seks daripada kemungkinan mendapat jangkitan ketuat ini,” katanya.

Bagi wanita pula, ketuat dan kutil yang disebabkan HPV mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan kemungkinan menghidap barah serviks.

Lebih teruk jika ketuat ini menjadi punca komplikasi barah di bahagian anus, faraj dan vulva (bahagian di sekeliling bukaan faraj).

Walaupun begitu, sekarang terdapat vaksin yang mengekang HPV daripada menjadi penyebab barah serviks dan ketuat kelamin.

Di negara-negara tertentu, suntikan rutin vaksin Gardasil diberi kepada anak perempuan dalam lingkungan usia 11 dan 12 tahun sebagai usaha mengelakkan komplikasi yang berkaitan dengan kanser serviks.

Wanita yang dalam lingkungan usia sehingga 26 tahun juga digalakkan mengambil Gardasil ini jika tidak pernah divaksin sebelumnya.

Rawatan terbaik

Terdapat banyak jenis rawatan dan prosedur yang berkaitan dengan pembuangan kutil dan ketuat yang disebabkan virus.

Antara yang paling popular dan sudah diterima ramai adalah penggunaan produk topikal yang lazimnya bersifat ‘membakar’ seperti podophyllin, asid salycilic dan fluorouracil.

“Pembedahan kecil memanfaatkan teknologi sejuk beku juga boleh dipilih. Kryosurgeri dan penggunaan nitrogen cecair boleh membantu mematikan sel ketuat dengan pencapaian suhu dingin melampau,” jelas Ruban.

Selain daripada kaedah tersebut, rawatan laser disifatkan sebagai pilihan yang paling efektif.

Pembuangan sel ketuat boleh dilakukan dengan pantas dan mudah kerana laser yang dijana dengan karbon dioksida (CO2) itu mampu bertindak secara khusus dan tepat ke atas ketuat.


KETUAT boleh merebak jika tiada rawatan sewajarnya.


“Bagi ketuat seborrheic yang sering tumbuh pada muka, rawatan laser ini mampu memberikan hasil terbaik,” kata Ruban yang memberi contoh ketuat pada kulit muka aktor veteran handalan Hollywood, Morgan Freeman.

Apabila bercakap tentang ubat pelenyap kutil dan ketuat yang ditawarkan di kaunter farmasi, Ruban menjelaskan bahawa seseorang mungkin akan tersilap cara penggunaannya.

Suatu yang berbahaya juga jika larutan asid yang didakwa dapat ‘membakar’ dan mengecutkan ketuat itu disalah kendali, misalnya disapukan di permukaan kulit yang sensitif dan peka rasa sakit seperti di kemaluan dan kelopak mata.

“Semua orang malu untuk menunjukkan ketuat mereka, apatah lagi jika ia tumbuh di sekitar bahagian sulit. Sebab itu mereka cuba merawat diri mereka sendiri.

“Bagaimanakah mereka benar-benar yakin bahawa itu adalah ketuat dan penyelesaiannya adalah dengan menggunakan ubat dari kaunter itu?

“Masalah ketuat mereka perlu mendapat perhatian doktor pakar kulit, dan bukannya mengambil keputusan sendiri di farmasi,” pesan Ruban.

Kosmo!

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...