Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Sunday, September 29, 2013
Persoalan Agama
Persoalan Agama:
Tiada dalil Nabi Khidir
masih hidup
Sehingga sekarang saya
masih lagi keliru persoalan mengenai Nabi Khidir as. Ada yang mengatakan Nabi
Khidir masih hidup dan ada mengatakan Nabi Khidir sudah wafat. Saya harap dapat
penjelasan ustaz berkenaan Nabi Khidir. Jika masih hidup, di manakah beliau
sekarang.
Lan,
Lan,
Kota Damansara.
Khidir adalah seorang hamba yang salih dan kisahnya disebutkan dalam surah al-Kahfi ketika beliau menemani Musa dalam perjalanan yang bertujuan untuk memberi pelajaran kepadanya supaya bersabar.
Khidir memberi syarat kepada Musa supaya bersabar dan Musa menyatakan kesanggupannya. Khidir berkata kepada Musa: “Bagaimana mungkin engkau akan bersabar terhadap sesuatu yang pengetahuanmu tidak mampu menjangkaunya?.”
Pada perjalanan itu, tiba-tiba Musa melihat Khidir membuat lubang pada perahu. Melihat keanehan itu dengan spontan Musa berkata: “Apakah engkau membuat lubang itu supaya penumpangnya tenggelam? (Dan seterusnya seperti dikisahkan Allah SWT dalam surah al-Kahfi)
Musa berasa hairan melihat perbuatan Khidir sehinggalah Khidir menjelaskan sebab ia melakukan perkara itu. Kemudian pada akhir perbicaraannya, Khidir berkata: “...dan aku tidak melakukan hal itu menurut kemahuanku sendiri. Demikianlah takwil sesuatu yang engkau tidak dapat sabar terhadapnya.” (Surah al-Kahfi, ayat 26).
Maksudnya, Khidir tidak melakukan semua itu menurut kemahuannya sendiri melainkan menurut perintah Allah Taala. Sebahagian orang mengatakan Khidir masih hidup sesudah zaman Nabi Musa sehingga zaman Nabi Isa.
Hadis maudhuk
Kemudian berlanjutan hingga zaman Nabi Muhammad SAW bahkan beliau masih terus hidup hingga hari Kiamat. Daripada dakwaan itu muncullah mitos dan dongeng bahawa Khidir pernah bertemu si fulan, pernah memberikan sesuatu luar biasa kepada si anu, mengikat janji dengan si anu dan dongeng lain yang sama sekali tidak ada keterangan daripada Allah SWT.
Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi dalam fatwanya: “Tidak ada satu pun dalil yang menunjukkan bahawa Khidir masih hidup atau maujud seperti dakwaan orang itu, bahkan sebaliknya terdapat dalil al-Quran dan as-Sunnah, logik dan ijmak muhaqqiq bahawa Khidir sudah tidak ada.”
Memetik kitab al-Manarul Munif fil Hadisis Sahih wadh Dhaif karya Ibn Qayyim menyebut ciri hadis maudhuk (lemah) yang tidak boleh diterima dalam menetapkan suatu urusan ad-Din. Termasuk dalam kategori hadis maudhuk itu ialah hadis membicarakan Khidir dan kehidupannya.
Tiada hadis sahih
Semuanya adalah dusta dan tidak ada satu pun hadis sahih menceritakan kehidupannya. Antaranya ialah hadis yang menyebutkan Rasulullah SAW pernah berada dalam masjid, lalu Baginda mendengar suara dari belakang, kemudian orang melihatnya maka ternyata dia adalah Khidir.
Begitu juga hadis mengatakan Khidir bertemu Ilyas setiap tahun. Hadis mengatakan malaikat Jibril dan Mikail berkumpul bersama Khidir di Arafah.
Ibrahim al-Harbi pernah ditanya mengenai umur Khidir yang dikatakan masih hidup hingga sekarang. Ibrahim menjawab: “Tidak ada yang menyampaikan hal ini kepada orang ramai kecuali syaitan.”
Imam al-Bukhari pernah ditanya apakah Khidir dan Ilyas masih hidup? Beliau menjawab: “Bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan Nabi SAW pernah bersabda: “Tidak akan ada seorang pun yang masih hidup pada penghujung seratus tahun lagi di antara orang yang hidup di muka bumi pada hari ini.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perang Badar
Selain Imam al-Bukhari, banyak lagi imam lain yang ditanya mengenai masalah ini, lalu mereka menjawab dengan mengemukakan dalil al-Quran: “Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati, apakah mereka akan kekal?” (Surah al-Anbiya’, ayat 34)
Syeikhul Islam Ibn Taimiyah pernah ditanya mengenai masalah ini, lalu beliau menjawab: “Seandainya Khidir masih hidup, maka wajib baginya untuk mendatangi Nabi SAW dan berjuang bersama Baginda serta belajar daripada Baginda. Sebab, Nabi SAW pernah bermunajat pada waktu perang Badar: Ya Allah jika Engkau binasakan golongan (Islam) ini, nescaya Engkau tidak lagi disembah di muka bumi.”
Jumlah pasukan Islam pada waktu itu sebanyak 313 orang. Nama mereka sudah sangat dikenali, begitu juga nama bapa mereka serta kabilah mereka. Namun, tidak ada satu pun antara mereka yang bernama Khidir.
Saturday, September 28, 2013
Friday, September 27, 2013
Thursday, September 26, 2013
QGU3013-Tugasan-Esei Ilmiah UPSI
PERINCIAN
TUGASAN KURSUS QGU 3013
KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM
PENDIDIKAN JASMANI
DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SEM
1 SESI 2013/2014
TUGASAN BERTULIS
(40 MARKAH)
Arahan kepada pelajar:
SOALAN TUGASAN INI
MENGANDUNGI DUA (2) SOALAN.
JAWAB SEMUA SOALAN.
(Pensyarah E-Learning:
Sila masukkan arahan ini dalam ruangan Assignment)
SOALAN 1. Pelajar dikehendaki menyediakan satu folio berkenaan Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
a. Dalam folio tersebut,
pelajar hendaklah berupaya mengurus,
melakukan sintesis dan membincangkan dengan jelas tentang konsep TGFU berdasarkan objektif yang
disenaraikan seperti berikut:
i.
Mendefinisikan TGFU.
ii.
Menerangkan kepentingan TGFU.
iii.
Menyatakan komponen TGFU.
iv.
Menjelaskan kepentingan pengajaran PJ
menggunakan kaedah TGFU.
v.
Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah
TGFU.
vi.
Menyediakan EMPAT modifikasi permainan bagi setiap kategori dalam komponen
TGFU dengan pecahan seperti berikut:
Ø Komponen menyerang dan bertahan – SATU
modifikasi permainan
Ø Komponen sasaran – SATU modifikasi permainan
Ø Komponen jarring dan dinding – SATU
modifikasi permainan
Ø Komponen memadang – SATU modifikasi permainan
Modifikasi permainan yang
dibina hendaklah lengkap dengan maklumat berikut:
Ø Lakaran
Ø Huraian penjelasan
Ø Peraturan
Ø Borang skor
b. Untuk menghasilkan portfolio yang berkualiti,
pelajar dikehendaki:
i Menyediakan bukti sokongan dalam perbincangan tersebut dengan menggunakan bahan seperti dapatan kajian,
gambarajah, carta, statistik dan sebagainya yang
diperoleh sumbernya selain daripada buku teks.
ii.
Setiap bukti dan penjelasan yang
dihasilkan mesti disertakan bersama rasional dan refleksi kendiri oleh pelajar.
iii.
Menggunakan kreativiti secara maksimum untuk menghasilkan
portfolio yang bernas, bermutu, menarik dan mudah difahami pembaca.
c. Format penulisan
portfolio:
i.
Mengandungi muka
hadapan.
ii.
Mengandungi
bahagian isi kandungan.
iii.
Mempunyai tajuk,
sub tajuk dan rujukan.
iv.
Di taip langkau
1.5.
v.
Tiada had jumlah
muka surat bergantung sebanyak mana pelajar boleh membuktikan kefahaman beliau
terhadap tajuk yang diberi secara kreatif dan efektif.
vi.
Portfolio
disusun dalam bentuk soft copy dan
hendaklah diupload ke dalam tapak
penghantaran tugasan yang terdapat dalam MYGURU.
d.
Kaedah pemarkahan:
KRITERIA
|
5
|
4
|
3
|
2-1
|
MARKAH
|
Organisasi
|
Organisasi
portfolio mengikut format yang ditetapkan, kreativiti yang sangat memuaskan
|
Organisasi
portfolio mengikut format yang ditetapkan tetapi kreativiti yang ditunjukkan
kurang memuaskan atau sebaliknya.
|
Organisasi
portfolio tidak mengikut format yang ditetapkan, kreativiti yang ditunjukkan
kurang memuaskan.
|
Organisasi tidak
tersusun dan tidak dirancang dengan baik. Kurang kreativiti.
|
|
KRITERIA
|
15-12
|
11-8
|
7-4
|
3-1
|
MARKAH
|
Isi Kandungan
|
Mengandungi
maklumat yang relevan, tepat dan mencukupi, mengandungi unsur penyelidikan
yang teliti, dan integrasi maklumat yang sistematik.
|
Mengandungi
maklumat yang relevan tetapi kurang mencukupi, unsur penyelidikan adalah
memuaskan, namun masih menunjukkan integrasi maklumat yang sistematik
|
Mengandungi
maklumat yang kurang relevan dan kurang mencukupi, mengandungi unsur penyelidikan
yang sangat sedikit. Tiada integrasi maklumat.
|
Mengandungi
maklumat yang kurang relevan dan kurang mencukupi, kebanyakan maklumat
berasaskan pendapat peribadi, tiada sebarang penyelidikan dibuat.
|
|
JUMLAH MARKAH
KESELURUHAN
|
20
|
SOALAN 2.
Bincangkan tentang masalah obesiti
dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
Huraian anda hendaklah dikaitkan dengan matlamat
Pendidikan Kesihatan menurut Ewles dan Simnett (1986).
Penulisan hendaklah disertakan dengan rujukan
seperti jurnal, buku dan sumber internet.
Anda dikehendaki memasukkan sumber rujukan
di dalam bahagian Rujukan dalam tugasan.
Bincangkan tentang masalah obesiti
dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.
Huraian anda hendaklah dikaitkan dengan matlamat
Pendidikan Kesihatan menurut Ewles dan Simnett (1986).
Penulisan hendaklah disertakan dengan rujukan
seperti jurnal, buku dan sumber internet.
Anda dikehendaki memasukkan sumber rujukan
di dalam bahagian Rujukan dalam tugasan.
Panjang tugasan ialah 10-15 muka surat termasuk muka depan,
isi kandungan dan rujukan.
a. Kaedah
pemarkahan:
KRITERIA
|
16-20
|
11-15
|
6-10
|
1-5
|
MARKAH
|
Isi Kandungan
|
Mengandungi
maklumat yang relevan, tepat dan mencukupi, mengandungi unsur penyelidikan
yang teliti, dan integrasi maklumat yang sistematik.
|
Mengandungi
maklumat yang relevan tetapi kurang mencukupi, unsur penyelidikan adalah
memuaskan, namun masih menunjukkan integrasi maklumat yang sistematik
|
Mengandungi
maklumat yang kurang relevan dan kurang mencukupi, mengandungi unsur
penyelidikan yang sangat sedikit. Tiada integrasi maklumat.
|
Mengandungi
maklumat yang kurang relevan dan kurang mencukupi, kebanyakan maklumat
berasaskan pendapat peribadi, tiada sebarang penyelidikan dibuat.
|
|
JUMLAH MARKAH
KESELURUHAN
|
20
|
Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:
a.
Kedua-dua soalan
tugasan di atas membawa sebanyak 40 MARKAH.
b.
Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan diupload dalam tapak penghantaran tugasan.
c.
Tugasan ini hendaklah dihantar kepada
PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN MASING-MASING SAHAJA!
Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana
mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa
sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda.
Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana
mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa
sahaja yang bukan menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda.
d.
Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui
TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA!
Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah E-Learning anda
TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel
kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning.
TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM TUGASAN MYGURU3 SAHAJA!
Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah E-Learning anda
TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel
kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning.
e. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH
TUTUP
IAITU PADA 23 NOVEMBER (MINGGU KE -10)!
Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak akan
dibuka lagi selepas itu.
f.
Oleh yang demikian,
pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya
dalam proses “upload’
tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning
berjaya membuka tapak penghantaran tugasan anda.
g.
Merujuk kepada pengalaman semester lepas,
pensyarah
e-learning
tidak ada masalah dalam membuka tapak tugasan
pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan
proses ‘upload’ dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka.
Subscribe to:
Posts (Atom)