Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, July 31, 2010

Pesanan Luqmanul Hakim

25 Pesanan Luqmanul Hakim




  1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.




2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.







3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.









4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.








5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.






6. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.







7.
Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.








8.
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan..







9.Jauhilah bersifat dusta
, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
.







10. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
.







11. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan
, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
.






12. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
.







13. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.







14. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.








15. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.








16. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.







17. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.








18. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.








19. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya








20.
Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.









21. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.









22. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.









23. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.









24. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.










25. Hai anakku; Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.












clap clap clap thumbs up thumbs up


tatagrindance

Teruskan membaca..

Friday, July 30, 2010

《说说唱唱》《念歌谣 唱童谣》 天黑黑+氹氹转+Trek Trek Trek







【天黑黑】
天黑黑 要落雨, 阿公举锄头要掘芋。
掘啊掘 掘啊掘, 掘著一尾旋鰡鼓 ,依呀嘿都 真正趣味。
阿公要煮盐, 阿麽要煮淡, 两个相打弄破鼎,
依呀嘿都 啷当嗟当呛 哇哈哈 。
阿公仔要煮盐, 阿妈要煮淡,
阿公仔要煮盐, 阿妈要煮淡,两个相打弄破鼎,
依呀嘿都 啷当嗟当呛 哇哈哈。

【氹氹转】
氹氹转,菊花园,炒米饼,糯米团。
五月 初五,龙舟节,阿妈叫我去睇龙船,我唔去。
睇鸡仔,鸡仔大,捉去卖,卖到几多钱,卖左几多只。
我有只风车仔,佢转得好好睇,睇佢氹氹转, 菊花园....

【Trek tek tek】
Kalau tidak kerana bintang trek tek tek
Takkan bulan terbit tinggi trek tek tek,
Kalau tidak kerana abang,
Takkan saya datang ke mari trek tek tek。
Pulau pandan jauh ke tengah trek tek tek,
Gunung daik bercabang tiga trek tek tek,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga trek tek tek。






http://www.warm372.com/blog/wp-content/uploads/2010/06/malay-ge-yao2.jpg




Teruskan membaca..

Tuesday, July 27, 2010

RESEPI KEJAYAAN


BAHAN-BAHANNYA



250 gram daya usaha
100 gram kesabaran
100 gram keimanan
190 gram keinsafan
150 gram pengorbanan
150 gram campuran akhlak mulia
(boleh didapati daripada
didikan akhlak
yang baik dan sempurna)
8 sudu teh rasa tanggungjawab
250 gram senyum secukup rasa



CARA-CARA MEMBUATNYA:




  • Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.Masukkan usaha dan kesabaran,gaul sehingga sebati.Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit.


  • Biarkan adunan menjadi lembut.Setelah itu,campurkan keimanan,rasa tanggungjawab dan campurkan akhlak mulia.Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.


  • Kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa serta tolak ansur dan hias dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada…



PESANAN:



UNTUK MENDAPATKAN KEK

YANG CANTIK DAN ELOK,

JAUHILAH IA DARIPADA

AIR MATA PUTUS ASA WALAUPUN SETITIK.

OLEH SEBAB

KEK KEJAYAAN INI AMAT SUKAR UNTUK DIBUAT,

SYABAS KEPADA SESIAPA JUGA

YANG BERJAYA

MELAKSANAKAN DENGAN BAIK!!!

SELAMAT MENCUBA!!!

Teruskan membaca..

Friday, July 23, 2010

Majalah Solusi Isu No.13 (2009)







“Iman, Kamu Cuti hari Ini..?”



Iman : Assalamualaikum.

Diri : Waalaikumussalam. Oh,encik iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari en.nafsu?

Diri : Eh,tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat en.nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya mengiburkan saya. (sambil tersenyum..)

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)

Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok en.nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

Diri : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)

Iman : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat en.nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, en. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga en.nafsu, tak kiralah apa yang berlaku.en.iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-qur’an dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh ceo (Allah S.W.T) sebagai muttaqin.


Pengajaran:

Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.



Dipetik: Majalah Solusi Isu No.13 (2009)
Teruskan membaca..

Wednesday, July 21, 2010

Kisah Sufi Bernama Zun - Nun

Syeikh Zun Nun Al-Misri R.A

Beberapa waktu yang lalu,
di Mesir hidup seorang sufi yang tersohor
bernama Zun-Nun.




Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya :
"Tuan, saya belum faham
mengapa orang seperti anda
mesti berpakaian apa adanya,
amat sangat sederhana.
Bukankah di zaman yang ini
berpakaian moden amat perlu,
bukan hanya untuk penampilan
namun juga untuk tujuan banyak hal lain."




Sang sufi hanya tersenyum,
ia lalu melepaskan cincin
dari salah satu jarinya, lalu berkata :
"Orang muda,
akan kujawab pertanyaanmu,
tetapi lebih dahulu lakukan
satu hal untukku.
Ambillah cincin ini dan bawalah
ke pasar di seberang sana.
Cubalah, bisakah kamu menjualnya
seharga satu keping emas."




Melihat cincin Zun-Nun yang kotor,
pemuda tadi merasa ragu;
"Satu keping emas.
Saya tidak yakin cincin ini
bisa dijual seharga itu."





"Cubalah dulu orang muda.
Siapa tahu
kamu akan berjaya menjualnya..!."




Pemuda itu pun bergegas ke pasar.
Ia menawarkan cincin itu
kepada pedagang kain, pedagang sayur,
penjual daging dan ikan,
serta kepada yang lainnya.
Ternyata, tak seorang pun
berani membeli dengan harga
satu keping emas.
Mereka menawarnya
hanya satu keping perak.
Tentu saja,
pemuda itu tak berani
menjualnya dengan
harga satu keping perak.
Ia kembali
ke kediaman Zun-Nun dan melaporkan;




"Tuan,
tak seorang pun yang berani
menawar lebih dari satu keping perak."





Zun-Nun, sambil tetap tersenyum arif, berkata,
"Sekarang pergilah kamu
ke kedai emas di belakang jalan ini.
Cuba perlihatkan kepada
pemilik kedai atau tukang emas di sana.
Jangan buka harga.
Dengarkan saja,
bagaimana ia memberikan penilaian."





Pemuda itu pun
pergi ke kedai emas yang dimaksud.
Ia kembali kepada Zun-Nun
dengan raut wajah yang lain.
Ia kemudian melaporkan;




"Tuan,
ternyata para pedagang di pasar
tidak tahu nilai sesungguhnya
dari cincin ini.
Pedagang emas menawarnya
dengan harga seribu keping emas.
Rupanya
nilai cincin ini
seribu kali lebih tinggi
daripada yang ditawar oleh
para pedagang di pasar."




Zun-Nun tersenyum simpul
sambil berujar lirih;




"Itulah jawapan
atas pertanyaanmu tadi orang muda.
Seseorang tak bisa dinilai
dari pakaiannya.
Hanya
"para pedagang sayur,
ikan dan daging di pasar"
yang menilai demikian.
Namun tidak bagi "pedagang emas".

Emas dan permata
yang ada dalam diri seseorang,
hanya bisa dilihat dan dinilai
jika kita mampu melihat
ke kedalaman jiwa.
Diperlukan kearifan
untuk menjenguknya.
Dan itu memerlukan
proses wahai anak muda.
Kita tak bisa menilainya
hanya dengan tutur kata dan sikap
yang kita dengar dan lihat sekilas.
Seringkali
yang disangka emas
ternyata besi biasa dan yang kita lihat
sebagai besi biasa
ternyata emas."






p/s : Don't Judge a Book by Its Cover.

Don't Judge a book by its cover means
not to judge people or things
by what they look like
from the outside...




Broken Wing - Don't Judge a Book by Its Cover
By Jim Hullihan


Some people are just doomed to be failures.

That's the way some adults look at troubled kids.

Maybe you've heard the saying,

"A bird with a broken wing will never fly as high."

I'm sure that T. J. Ware was made to feel

this way almost every day in school.

By high school,

T. J. was the most celebrated troublemaker in his town.

Teachers literally cringed when they saw his name

posted on their classroom lists for the next semester.

He wasn't very talkative, didn't answer questions

and got into lots of fights.

He had flunked almost every class by the time

he entered his senior year,

yet was being passed on each year

to a higher grade level.

Teachers didn't want to have him again

the following year.

T. J. was moving on,

but definitely not moving up.





I met T. J. for the first time at a weekend

leadership retreat.

All the students at school

had been invited to sign up for ACE training,

a program designed to have students

become more involved in their communities.

T. J. was one of 405 students who signed up.

When I showed up to lead their first retreat,

the community leaders gave me

this overview of the attending students:



"We have a total spectrum represented today,

from the student body president to T. J. Ware,

the boy with the longest arrest record

in the history of town."

Somehow, I knew that I wasn't the first

to hear about T. J.'s darker side as the first words

of introduction.





At the start of the retreat,

T. J. was literally standing outside

the circle of students, against the back wall,

with that "go ahead, impress me" look on his face.

He didn't readily join the discussion groups,

didn't seem to have much to say.

But slowly,

the interactive games drew him in.

The ice really melted when the groups started building

a list of positive and negative things

that had occurred at school that year.

T. J. had some definite thoughts on those situations.

The other students in T. J.'s group

welcomed his comments.

All of a sudden

T. J. felt like a part of the group,

and before long he was being treated like a leader.

He was saying things that made a lot of sense,

and everyone was listening.

T. J. was a smart guy,

and he had some great ideas.





The next day,

T. J. was very active in all the sessions.

By the end of the retreat,

he had joined the Homeless Project team.

He knew something about poverty,

hunger and hopelessness.

The other students on the team

were impressed with his passionate

concern and ideas.

They elected T. J. co-chairman of the team.

The student council president

would be taking his instruction

from T. J. Ware.





When T. J. showed up at school on Monday morning,

he arrived to a firestorm.

A group of teachers were protesting

to the school principal about

his being elected co-chairman.

The very first communitywide

service project was to be a giant food drive,

organized by the Homeless Project team.

These teachers

couldn't believe that

the principal would allow this crucial

beginning to a prestigious,

three-year action plan to stay

in the incapable hands of T. J. Ware.





They reminded the principal,

"He has an arrest record as long as your arm.

He'll probably steal half the food."

Mr. Coggshall reminded them

that the purpose of the ACE program

was to uncover any positive passion

that a student had and reinforce its practice

until true change can take place.

The teachers left the meeting

shaking their heads in disgust,

firmly convinced that

failure was imminent.





Two weeks later,

T. J. and his friends led a group of 70 students

in a drive to collect food.

They collected a school record:

2,854 cans of food in just two hours.

It was enough to fill the empty shelves

in two neighborhood centers,

and the food took care of needy families

in the area for 75 days.

The local newspaper covered the event

with a full-page article the next day.

That newspaper story was posted

on the main bulletin board at school,

where everyone could see it.

T. J.'s picture was up there

for doing something great,

for leading a record-setting food drive.

Every day

he was reminded about what he did.

He was being

acknowledged as leadership material.





T. J. started showing up at school every day

and answered questions from teachers for the first time.

He led a second project,

collecting 300 blankets and 1,000 pairs of shoes

for the homeless shelter.

The event he started

now yields 9,000 cans of food in one day,

taking care of 70 percent of the need

for food for one year.

T. J. reminds us that

a bird with a broken wing only needs mending.

But once it has healed,

it can fly higher than the rest.

T. J. got a job.

He became productive.

He is flying quite nicely these days.


Teruskan membaca..

Wednesday, July 14, 2010

Apa Yang Tertinggal............





Yang ditinggalkan lelaki itu




HANYA sekali saja,

kami sempat melihat kelibat pengembara itu

- beberapa hari setelah dia pulang

- dan waktu itu, kerana tidak pernah tahu

ke mana ia berpergian,

maka kami menyebutnya:

“Pulang... entah dari mana.”

Wajahnya ketika itu nampak amat letih;

pelupuk matanya sedikit lebam

- bajunya keruh dan compang

- satu petanda, betapa jauhnya,

dia sudah berjalan.

Kami takkan lupa

akan sifat dan sikapnya waktu itu;

perawakan yang akan kami kenang

sampai bila-bila.

Kami takkan lupa

pada sepasang mata bundarnya yang lesu;

serta tubuh susutnya yang sedikit

terhoyong-hayang

waktu berjalan.

Malah,

ketika susuk tubuhnya

yang kurus jangkung itu,

melangkaui semak denai

yang dilitupi lalang melepasi pinggang,

nampaklah kami akan keadaan kakinya;

sepatunya dilumuri debu -uzur dan rabak.

Tanpa sarung kaki,

seluarnya yang tersinting itu

menampakkan buku lali yang lebam

- seakan-akan kematu

- satu lagi gambaran,

betapa jauhnya dia sudah berjalan.

Juga buat kami percaya,

semua itu tanda

akan betapa lamanya dia

bergelumang dalam

putaran masa.

“Barangkali...

dia banyak duduk bersimpuh...

lalu buku lalinya jadi lebam,”

kata seseorang.

“Ya...

tanda apa yang masa sudah

lakukan pada lelaki ini?”

Kata seseorang yang lain

Akhirnya,

tatkala matahari sudah condong

agak jauh di pelipis langit,

dan kami tahu asar sudah menunda pergi

- dia pun muncul berdekatan

pohon berembang tua.

Pohon yang membangka;

bogel di musim kering.

Berembang tua,

nan satu-satunya yang mewakili

masa lalu kampung kami.

Kulit pada batangnya yang tinggi

mendongak itu sudah teruk menggelupas

- dan ranting-rantingnya pula kurus melidi.

Desir angin sejak berbulan-bulan yang lalu,

menelanjang pohon ini;

melarikan pergi daun-daunnya,

dan sifat ketuaan menjadikan

berembang ini tak mampu berdaun lagi.

Kami akan selalu ingat,

keadaan pohon itu, pada saat itu.

Tiap kali terlihat pada keuzuran pohon ini;

terutama dahan-dahannya

yang terkulai patah serta rantingnya

yang jatuh bertebaran di tanah

- kami segera terfikir:

“Lelaki yang singgah ini,

sama sengsara dengan

berembang kami.”

“Berapa umur pokok ini?”

Tanya seorang budak.

“Barangkali kali

moyang kepada moyang kamu

yang menanamnya...”

jawab seorang tua.

Dalam keasyikkan

membeza-bezakan manusia dan alamnya,

kami tiba-tiba menjadi sedikit cemas.

Kami yang termanggu dan menunggu,

melatah perlahan;

saling mengaduh.

“Hati-hati!”

Jerit seorang gadis yang meluru ke depan;

dia terhenti separuh langkah

- kerudungnya diseka angin dan

nampaklah rambutnya yang hitam bergerai itu

- dia berundur dan kelihatan

tunduk tanda malu.

Kami akan selalu ingat saat itu

- saat kami tergamam

melihat lelaki itu hampir tergelincir;

dek kakinya tersandung akar berembang

yang terbonjol di muka tanah.






2

“SEPERTI sungai membelah bumi,”

kata lelaki itu

sambil jari telunjuk tangan kanan

lalu dilintangkan ke kiri.

Kami terkedu,

dan dia diam sebentar;

tunak matanya meluru lembut

menembusi pandangan kami semua.

Si gadis menarik sedikit kerudungnya

yang melorot ke bahu,

nampak dia melisah dan gugup,

tatkala renungan lelaki itu

melintas pada wajahnya.

“Mula-mula aku merasa

seperti melihat sungai

yang benar-benar sungai,

tetapi kemudiannya aku tersedar,

ia bukan pun sungai,”

katanya lagi.

Kami terus terpegun

mendengar kata demi kata;

terpana dalam lara bak mendengar

suara burung yang berdendang

dari taman syurga.

Lelaki itu tiba-tiba keluar

dari dunia lelahnya;

suaranya tiba-tiba jadi bertenaga

tatkala dia bercerita

walhal sungai nan sebatang itu.

“Aku duduk di atas lantai kaca,

atau barangkali di atas

permaidani telus yang tercipta

dari cairan kristal.

Dari angkasa nun jauh di sana,”

katanya sambil memandang ke langit,

“Aku nampak negerimu

- dan akhirnya aku pasti

yang kulihat bukanlah sungai,

tetapi hanyalah gambaran aneh

yang membimbangkan!”

Langit merah tembaga;

matahari menyongsong jatuh di balik awan

tetapi masih berjengkal-jengkal jauh

dari kaki ufuk.

Bagi kami semua,

dalam panjang lebar cerita pengembaraannya,

perihal sungai inilah paling mempesona.

Kerana, dalam siri ceritanya yang panjang

dan

menakjubkan, hanya sungai inilah

yang kami rasakan paling berharga,

paling bermakna.

“Ini cerita kampung kita,” kata si tua.

“Ya...

kampung yang wujud sejak

zaman moyang kepada moyang

kepada moyang kita,” tambah si budak.

Tanah yang nampak hitam

dari muka angkasa itu, kata lelaki ini

- tampak berbalam-balam pada mulanya.

Malah dia langsung tak menyangka,

bayangan tanah yang terselindung

di balik awan pada satu saat,

tiba-tiba terlihat

bergerak-gerak.

“Lalu akhirnya.....

aku nampak sebahagian

dari kampung itu merekah-rekah,

lalu memancur tinggi debu-debu

yang membuak-buak hingga lintasannya

membentuk satu garisan.

Makin lama makin besar,

hingga akhirnya aku yakin

yang terlihat bukanlah pancuran

asap atau debu,

yang melintang membelah tanah ini

bukanlah sungai.”

Saat itu dia diam, agak lama juga.







3

HANYA sekali itulah saja,

kami sempat melihatnya.

Apapun

- dek terpana akan ceritanya

- perihal pengembaraannya selama

44 bulan menjelajah angkasa;

atau

sebenarnya kami jadi amat terseru

pada segala macam pengalaman

yang ditempuhnya sepanjang perjalanan

merentas benua ke benua itu,

wajah dan kata-katanya

selalu ada di fikiran.

Dia menjelajah angkasa;

kami percaya begitu.

Tetapi demi Allah,

kami tidak pernah menyamakan

pengembaraan itu dengan

Israk Mikraj.

Malah kami bersetuju,

selama mana pun kami mahu

menyimpan kenangan

terhadap pertemuan dengan pengembara itu,

kami sepakat untuk tidak

melebih-lebihkannya melampaui hukum agama;

malah kami juga tidak akan

membanding-bandingkan kisah ini

dengan apa jua

bentuk cerita yang lain.

“Dia hanya pengembara......

ingat!

Jangan sesekali disamakan dengan apa-apa;

tidak juga menyamai Batuta atau Khaldun

- tidak juga Magellan dan Columbus!”

Itu peringatan yang kami pegang,

kata seseorang

di antara kami juga.






4

KAMPUNG kami dipugar

oleh moyang kepada

moyang kepada moyang kami

- atau lebih lama dari itu.

Kata orang,

sejak zaman bermoyang-poyang lagi,

kampung kami yang nun terletak

antara lembah pergunungan di balik belukar

dan belitan paya nan luas ini,

tidak pernah dikunjungi orang;

tak pernah bertamu,

tak pernah ditandang.

Kampung kami,

jaraknya tidaklah jauh

untuk menuju ke kota;

hanya menyusur selokan lembah

yang ditumbuhi rumput hijau

dan

sesekali ditembungi padang lalang

nan saujana

- meredah hutan menuruni lembah

yang dipenuhi pohon keruing dan kemuning

- dan akhir sekali,

tentulah meredah paya bakau

dengan selut separas lutut dan berair

separas dada di musim tengkujuh

- maka sampailah ke simpang kota.

Selalu, hampir setiap minggu

- ada saja di antara penduduk

yang meredah semua persekitaran ini

lalu menuju ke kota;

menempuh perjalanan pergi balik sekitar tiga hari

- mencari segala macam keperluan harian.

Cuma tujuh atau lapan bulan lalu,

ketika ditanya orang di kota

- seorang tua di kalangan kami pun

segera bercerita:

“Tidaklah besar kampung kami.....

tidaklah pula ramai penduduknya .

Kalau saudara berjalan-jalan anak,

dari kepala jalan menuju ke hujung kampung,

selesailah langkah dalam separuh hari.

Jumlah penduduknya pula,

kalau kami berkenduri,

tak cukuplah berjamu

kalau sekadar sepuluh ekor

kerbau.”

Dek cerita itu,

seminggu kemudian,

datanglah sejumlah orang.

Kata si budak,

kasihan benar dia melihat,

akan sejumlah orang itu

tatkala mereka tiba di muka kampung.

Dek paya banat yang dipenuhi

lumpur dan selut,

maka separas pingganglah kotor jadinya

akan pakaian sejumlah orang itu.

“Dek hutan yang dipenuhi duri jalar rotan,

maka bercalar-calarlah wajah semua orang,

dan dek lembah yang curam,

maka terhegeh-hegehlah nafas,”

cerita si budak dengan rasa lucu

yang menggeletek.

Sejak itu,

si budak dan kami semua

sering melihat sejumlah orang itu

dan

sejumlah orang lain

masuk keluar ke kampung.

Dua jumlah manusia

yang datang silih berganti

pada dua silang masa yang berbeza.

Dua jumlah manusia

yang tak pernah bertentang mata

sesama mereka.

“Akan kami bawa semua

yang dicari di kota ke kampung,”

kata seseorang dari kumpulan pertama.

Seseorang dari sejumlah orang yang lain

pula berjanji:

“Pilihlah wakil kami,

anda tak perlu menuruni gunung,

meredah hutan dan berselut paya.”

Kami tak begitu mengerti apa-apa;

tetapi sejak itu,

di kampung kami,

tiap tetamu baru itu ada pengikutnya.

Kalau datang saja sejumlah orang itu,

maka adalah sejumlah penduduk kampung

bersama mereka.

Sesuai dengan pekerti kami,

dek kerana tamu itu

dua kumpulan jumlahnya,

maka

kami yang menyambut mereka,

pun harus berpecah dua juga.

Sejak sibuk dengan tetamu kota itu,

serta sibuk mendengar

begitu banyak rencana dan harapan mereka;

maka kami penduduk

dari sejumlah orang di sini

hampir tidak lagi berkesempatan

ketemu dan bersapa-sapa dengan penduduk

yang melayani sejumlah orang

dari kumpulan sana.

“Hampir aku lupa ya,

siapa orang kita yang berada

di kumpulan sana,” kata seorang

dari penduduk di sini.

Pada satu hari yang lain,

ketika kami berkumpul

melihat orang menumbangkan kerbau

untuk majlis keraian entah untuk siapa

- kami mendengar pula

cakap-cakap orang di sana:

“Aku rasa cukuplah

kalau menjemput orang yang di sini saja,

kerana orang kampung yang di sana,

nampak sibuk sungguh

dengan tamu-tamu mereka!”






5

PENGEMBARA itu sudah lama pergi

- lesap dan melenyap entah ke benua mana pula.

Cuma kami selalu mengenangnya,

sekalipun setelah bertahun-tahun

atau

barangkali lebih lama dari itu

- lelaki bermata bundar dan bertubuh jangkung itu,

usai sudah bercerita

tentang kisah pengembaraannya.

Walhal perjalanannya merentas

langit atau angkasa

atau entah apa.

Cuma yang kami faham,

dia pernah melihat kampung ini

dari atas udara sana

- melihat keadaan kami

yang hidup di lembah antara dua gunung

- dilingkari hutan keruing dan kemuning

serta dilingkari paya berselut paras lutut.

Cuma dari udara,

lelaki itu tidak melihat semua ini

- yang dilihatnya hanyalah

gumulan debu atau asap

atau barangkali pancuran air bak sungai

membelah dua kampung kami.

Seperti katanya:

“Aku melihat tanah ini terbelah dua

- dua kumpulan manusia

di dua tebing berbeza

- dipisahkan jurang yang dalam pula.”

Kami tidaklah begitu faham

akan cakap-cakapnya itu;

tetapi kami terus

memikirkan maksudnya.

Si gadis yang nampak gementar

dan

pudar matanya sejak pemergian lelaki itu,

sering bermenung-menung

di bawah pohon berembang;

dan akhirnya selalu duduk di situ

hingga kami tak pernah tahu

sama ada dia pernah pulang ke rumahnya .

Apa pun, kami yakin,

dialah saksi yang melihat

sejarah tumbangnya

berembang ini.

Si gadis

yang selalu duduk termanggu

sambil sering mengelap mata

dengan kerudungnya itu,

adalah saksi masa;

dia yang melihat satu demi satu,

lesapnya batang,

dahan dan ranting

berembang tua itu

dimamah arakan waktu.

Dan

si tua pula,

kalau-kalau kami ketemunya

melintas kawasan itu,

selalu mengulang-ulang cakapnya:

“Sunyi sungguh kampung ini...

orang yang di sana,

sudah tak mau bertemu

orang yang di sini.”

Si budak yang selalu mengekori kami,

akan segera menokok cakap si tua:

“Moyang kepada moyang kepada moyang kita,

tentu tahu

- mengapa ini semua terjadi.”

“Ya... ya... ya...” kata kami.



Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...