Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda:
" Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit,
maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi
ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut
maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini
kami berikan kepada orang yang membaca
surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s. "
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an
dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa
ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)
tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan
bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca
30 jus Al-Quran.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
" Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan
para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka
melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby)
No comments:
Post a Comment