Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, March 19, 2010

Berkorban apa saja......






Most people are about as happy as they make up their minds to be. ---Abraham Lincoln



Tabah urus 4 anak terencat akal


Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud(kiri) bersama Habshah Said, 82, dan empat anaknya yang terencat akal di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob, Kulim, semalam.


KULIM 18 Mac - Seorang ibu tunggal bertekad untuk meneruskan kehidupan dengan tabah walaupun menghadapi segala kepayahan dan kedaifan bersama empat anaknya yang terencat akal.

Habshah Said, 82, yang kematian suaminya sejak 20 tahun lalu kini terpaksa bergantung kepada ihsan jiran-jiran di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob, Karangan, dekat sini.

Lebih menyedihkan, beliau yang kabur penglihatan juga terpaksa menguruskan empat anaknya dalam keadaan serba kekurangan.

Habshah memberitahu, dia tidak dapat bekerja kerana faktor usia, di samping penyakit rabun mata yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, kesempitan hidupnya juga menyebabkan dia tidak mampu membeli makanan dan ubat-ubatan untuk merawat diri sendiri.

"Bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanyalah RM300 sebulan.

Namun ia tidak cukup kerana terpaksa menanggung makan minum.

"Kadang-kadang kena minta dari jiran sekampung. Walaupun malu tapi saya bersyukurlah kerana mereka semua sudi membantu," katanya.

Habshah berkata, selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abu Bakar Din, kira-kira 60 tahun lalu, mereka dikurniakan enam anak.

Bagaimanapun katanya, seorang daripada anaknya meninggal dunia manakala seorang lagi telah mendirikan rumah tangga.

"Sementara empat lagi anak saya iaitu Mat Nayan Abu Bakar 62; Othman, 57; Ahmad, 55 dan Rahimin, 50, terencat akal sejak mereka diserang penyakit sawan masa kecil," katanya.

Tambah Habshah, selepas kematian suaminya, dia terpaksa hidup berpindah-randah dengan bekerja mengambil upah sekitar ladang kelapa sawit di Karangan.

Bagaimanapun, disebabkan usia lanjut dan keadaan kurang mengizinkan, dia kemudian mengambil keputusan pulang ke kampung suaminya di Kampung Belakang Masjid Sungai Kob.

"Walaupun terencat akal, dengan bantuan anak-anak saya yang bekerja sambilan mengambil upah daripada penduduk kampung, saya dapat bina rumah ini untuk dijadikan tempat berteduh," katanya.


Berita Penuh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...