Tunku Idris tunjuk keberanian
kendali helikopter ‘Tiger’
LANGKAWI – Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim semalam menunjukkan keberanian baginda mengendali helikopter ‘Tiger’ keluaran Eurocopter sempena lawatan baginda ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ’11) di sini.
Baginda menaiki helikopter itu yang dipandu juruterbang Fabrice Bonne dan mengambil masa kira- kira 25 minit berada di ruang udara berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Baginda yang ditemui selepas menaiki helikopter berkata, ini kali kelima baginda membuat penerbangan dengan pesawat pejuang tetapi helikopter ini mempunyai kelengkapan senjata yang lebih canggih.
Tunku Idris Iskandar berkata, walaupun hanya 25 minit tetapi ia suatu pengalaman yang berharga dan berharap dapat menerbangkan helikopter itu dengan lebih lama lagi.
No comments:
Post a Comment