Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, October 22, 2011

PPG 2012 Online




Permohonan Online PPG ambilan 2012 kini dibuka sekarang. Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 telah dibuka bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP).

KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.






Teruskan membaca..

Mutiara Kata






Mutiara Kata



"Orang yang berakal,
tidak berdukacita kerana miskin,
bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah
sekiranya ia berkurangan akal
dan tidak mengerjakan amal soleh."




-Hamka-
















Teruskan membaca..





TEKS UCAPAN YAB

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MALAYSIA

SEMASA MAJLIS PELANCARAN

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

PERINGKAT KEBANGSAAN



YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI

MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK

BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

DI MAJLIS PELANCARAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

PADA 13 OKTOBER 2011; PUKUL 9.00 PAGI

BERTEMPAT DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA



Bismillahirrahmanirrahim.


Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia


1. Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya jua, kita dapat berhimpun bersama-sama dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2011. Bersempena dengan majlis ini, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Bulan Bahasa Kebangsaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Melaka, khususnya YAB Datuk Seri Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka, yang sudi menjadi tuan rumah sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini. saya juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka yang telah melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan di setiap daerah. Ini adalah satu inisiatif yang amat baik dalam usaha kita untuk menyemarakkan semangat cinta kepada bahasa Kebangsaan di segenap lapisan masyarakat di negara kita.



2. Bulan Bahasa Kebangsaan yang kita raikan saban tahun bukan sekadar satu acara tahunan. Lebih dari itu, sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan adalah sebahagian daripada rantaian perjuangan yang panjang dalam memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara kita. Saya katakan satu perjuangan kerana bahasa Melayu tidak akan berada pada darjat yang semulia ini tanpa perjuangan para pejuang bangsa kita yang terdahulu.



3. Ketika negara kita masih di bawah penjajahan Inggeris, bahasa Inggeris berada pada kedudukan yang amat tinggi. Ia digunakan dalam segala urusan rasmi dan juga sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Inggeris. Mereka yang mengikuti pendidikan Inggeris biasanya mendapat peluang pekerjaan dan peluang ekonomi yang lebih baik berbanding mereka yang bersekolah aliran Melayu dan aliran bahasa ibunda yang lain.



4. Namun, di luar lingkungan pejabat kerajaan sekolah-sekolah Inggeris, bahasa yang digunakan secara meluas bukanlah bahasa Inggeris, tetapi bahasa Melayu dan juga bahasa ibunda kaum-kaum lain. Oleh sebab peluang ekonomi dan status sosial dikaitkan dengan kemahiran berbahasa Inggeris, maka hanya segelintir sahajalah yang mendapat peluang untuk memajukan diri dengan menguasai bahasa Inggeris. Sebahagian besar penduduk Tanah Melayu ketika itu terus dicengkam kemunduran.



5. Apabila negara kita mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita yang terdahulu telah bersepakat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara, sementara bahasa-bahasa ibunda yang lain boleh digunakan di luar urusan rasmi. Dalam konteks Tanah Melayu sebagai sebuah negara pascakolonial pada ketika itu, penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dilihat amat penting dalam usaha memupuk perpaduan kaum dan membina sebuah negara bangsa yang bersatu padu. Bermula dengan termaktubnya Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan, diikuti dengan penggubalan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959, kemudiannya Akta Bahasa Kebangsaan pada tahun 1967, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi telah terpahat kukuh dalam perlembagaan dan undang-undang negara.



6. Namun, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja. Kedudukan bahasa Melayu kemudiannya dimantapkan lagi dengan pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Sekolah-sekolah yang dahulunya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar telah diwajibkan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Manakala sekolah-sekolah vernakular dibenar menggunakan bahasa ibunda masing-masing dengan harapan suatu hari nanti sekolah-sekolah ini juga akan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.



7. Pada peringkat awalnya, terdapat suara-suara yang tidak yakin dengan kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Ada yang menganggap bahasa Melayu adalah bahasa yang mundur. Bagi mereka bahasa Melayu tidak akan mampu mengungkapkan konsep-konsep ilmu moden yang diperlukan oleh bangsa kita untuk maju.




8. Andaian golongan ini ternyata meleset. Semenjak bahasa Melayu digunakan sebagai pengantar dalam sistem pendidikan kita, termasuk pada ketika itu di Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Kebangsaan Malaysia, berbondong-bondong pelajar dari segenap ceruk rantau berjaya memasuki universiti. Peluang melanjutkan pelajaran ke universiti bukan lagi menjadi milik eksklusif anak-anak golongan bangsawan dan hartawan, tetapi juga menjadi milik anak-anak petani, anak-anak nelayan, pekebun, peniaga kecil, pekerja estet, buruh kasar, guru, kerani dan lain-lain. Mereka mempelajari ilmu-ilmu moden dalam bahasa Melayu dan kemudiannya menguasai bahasa Inggeris.



9. Mereka inilah kemudiannya menjadi generasi awal rakyat tempatan yang mengisi keperluan tenaga kerja dalam sektor profesional. Dengan mendapat peluang pendidikan yang berkualiti dalam bahasa kebangsaan, anak-anak bangsa kita telah berjaya memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan dan kemudian negara yang pesat.



10. Jelasnya, pemeluasan kelas menengah secara besar-besaran dan kemajuan pesat negara kita dicapai selepas bahasa kebangsaan menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan kita. Bukankah ini satu bukti yang terang lagi nyata tentang kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Janganlah kerana ketaksuban kita kepada bahasa asing menyebabkan kita mempunyai pandangan yang juling terhadap bahasa kebangsaan kita sendiri.



11. Sebetulnya juga, banyak negara-negara yang telah maju, atau yang sedang berkembang maju, berjaya menempa kemajuan tanpa meminggirkan bahasa kebangsaan masing-masing. Negara-negara ini mementingkan penguasaan bahasa Inggeris, tetapi tidak sekali-kali menggantikan tempat bahasa kebangsaan mereka dengan bahasa Inggeris. Malah, daripada lapan ekonomi gergasi dunia, iaitu negara-negara G7 dan China, hanya tiba buah negara sahaja, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanda yang rakyatnya berbahasa Inggeris. Malah rakyat Kanda juga sebahagiannya berbahasa Perancis, manakala di United Kingdom sebahagiannya rakyatnya berbahasa Welsh, Soctish dan Irish.



12. Dalam kalangan negara-negara Brazil, Russia, India dan China atau BRIC, iaitu negara-negara yang sedang berada pada tahap kemajuan ekonomi paling ranca,, hanya India sahaja tidak mengekalkan bahasa sendiri. Kebanyakan negara-negara Nordik yang maju juga mengekalkan bahasa masing-masing. Daripada empat negara Ekonomi Perindustrian Baru di Asia Timur, hanya Singapura sahaja yang tidak mengekalkan bahasa ibunda.



13. Jika kita meneliti perkembangan di negara-negara yang sudah maju, atau yang sedang berkembang maju, kita akan dapati bahawa bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang penting, tetapi bukanlah satu-satunya bahasa yang menjamin kemajuan. Negara China tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikannya semata-mata kerana mahu meraih laba globalisasi. Mereka menyanjungi bahasa kebangsaan negara mereka, malah menghormati bahasa kebangsaan negara-negara lain.



14. Ketika saya melawat negara China baru-baru ini, mereka meminta saya supaya bertutur dalam bahasa Melayu yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Walaupun mereka boleh berbahasa Inggeris. Ini menunjukkan betapa sebuah negara yang telah menempa kemajuan, sebuah negara yang telah berjaya membina peradaban sejak ribuan tahun lampau, menghormati bahasa kebangsaan.



15. Saya percaya, yang penting ialah sikap kita terhadap bahasa kebangsaan. Kita perlu yakin dengan kemampuan bahasa kebangsaan kita sendiri sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Kerana itu, Dasar Pendidikan Kebangsaan menetapkan bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan di negara kita. Bayangkan kira sekiranya bahasa kebangsaan tidak lagi digunakan di sekolah dan di universiti. Perkembangan bahasa kebangsaan pastinya akan terbantut dan tamatlah riwayat bahasa kita sebagai bahasa ilmu.



16. Apabila bahasa kita tidak lagi mempunyai apa-apa nilai yang dikaitkan dengan ilmu dan kemajuan, lama-kelamaan ia akan menjadi bahasa pasar atau bahasa jalanan sahaja. Lebih malang sekiranya bahasa kita tidak lagi dituturkan orang dan pupus begitu sahaja. Pupus bahasa, pupuslah bangsa. Saya menimbulkan kebimbangan ini bukan kerana mahu bersikap pesimis terhadap nasib masa depan bahasa kebangsaan. Tetapi bak kata pepatah Melayu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.




17. Sebagai Menteri Pelajaran, saya memikul satu amanah yang amat berat untuk terus mempertahankan dan memperkukuhkan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang memartabatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. InsyaAllah, dengan sokongan anda semua, amanah ini akan saya galas sedaya upaya saya.



Angin berputar ombak bersahut


Membujur lalu melintang patah


Usahlah kita kelam kelibut


Amanah bangsa dijulang megah



18. Dalam melestarikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar perlu diperluaskan ke peringkat pengajian tinggi. Ketika berkunjung ke Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini, saya menegaskan tentang peri pentingnya Universiti Kebangsaan Malaysia, yang ditubuhkan di atas semangat dan keringat para pejuang bahasa, supaya mempertahankan peranan dan fungsi asalnya sebagai institusi keilmuan yang memartabatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Sehubungan itu, saya menyarankan supaya UKM terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi, serta menggalakkan para pensyarah menerbitkan karya-karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Usaha ini perlu juga dicontohi oleh universiti-universiti lain.



19. Kita memahami bahawa penerbitan dalam bahasa Inggeris adalah penting untuk meningkatkan penarafan universiti di peringkat antarabangsa. Tetapi ini tidak bermakna kita harus meminggirkan penerbitan karya-karya ilmiah dalam bahasa Melayu. Adalah lebih baik sekiranya karya-karya ilmiah, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi diterbitkan dalam bahasa Melayu untuk tatapan rakyat terbanyak. Dengan itu akan berlakulah limpahan ilmu yang lebih luas dalam kalangan masyarakat yang pastinya akan mendorong lebih banyak cetusan kreativiti dan inovasi rakyat.



20. Pada masa kini, daripada hampir 15,700 judul buku yang diterbitkan di negara kita, hanya terdapat sekitar 3,900 judul buku sains dan teknologi. Jumlah buku ilmiah dalam bidang sains dan teknologi yang bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu adalah amat sedikit. Sekiranya kita benar-benar mahu menyebarluaskan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi, maka jumlah buku-buku ilmiah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu perlu diperbanyakkan.



21. Sehubungan itu, sukacita saya mengumumkan kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka, akan mewujudkan dana berjumlah 2 juta ringgit bermula tahun 2012 untuk menggalakkan penerbitan buku-buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Setiap penulis yang menghasilkan buku-buku ini yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka akan menerima ganjaran sebanyak RM20,000.00 selain bayaran royalti yang biasa diterima. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan menentukan karya-karya yang layak diterbitkan berdasarkan manuskrip yang dihantar dan memberi ganjaran kepada penulis yang berjaya.



22. Selain memperkasakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, fungsinya sebagai bahasa rasmi, khususnya dalam pentadbiran dan urusan rasmi kerajaan, perlu dimantapkan. Sehubungan itu, kabinet telah bersetuju supaya semua penjawat awam diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi sama ada mesyuarat, surat-menyurat, seminar dan lain-lain. Untuk memastikan arahan ini dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.



23. Penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat-tempat awam juga perlu diberikan perhatian utama oleh pihak-pihak berkuasa tempatan. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan kepada dua pihak berkuasa tempatan, iaitu Majlis Perbandaran Melaka Bandar Raya Bersejarah dan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur yang telah mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul pada papan-papan iklan di tempat awam. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada kedua-dua pihak berkuasa tempatan ini atas komitmen yang ditunjukkan dalam usaha untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.



24. Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan juga perlu turut sama menyebarluaskan penggunaan bahasa kebangsaan dalam organisasi masing-masing. Saya menyeru syarikat-syarikat berkaitan kerajaan supaya turut memainkan peranan peting dalam usaha memperkasa bahasa kebangsaan dalam segala urusan syarikat. Sewajarnya syarikat-syarikat berkaitan kerajaan mempelopori usaha menyokong agenda nasional untuk memartabatkan bahasa kebangsaan dalam bidang-bidang berkaitan perbankan, kewangan, perdagangan, perniagaan, pembuatan dan lain-lain perkhidmatan. Sama-sama kita berganding bahu dalam menjayakan usaha memperluaskan penggunaan bahasa kebangsaan di negara kita.



25. Anggota masyarakat juga perlu sentiasa mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa kebangsaan. Ini bermakna, kita perlu memupuk rasa cinta dan bangga terhadap bahasa kebangsaan. Ungkapan “Bahasa Jiwa Bangsa” perlu benar-benar dijiwai oleh kita semua supaya kita merasakan bahawa bahasa kebangsaan adalah milik kita bersama. Justeru, saya amat berharap agar kempen Bulan Bahasa Kebangsaan ini dapat memupuk sikap positif rakyat terhadap bahasa kebangsaan.



26. Akhir kata, saya selaku pengerusi Jawatankuasa Induk Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada tahun ini. saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Antarabangsa, Profesor Wu, di atas sumbangan besar beliau terhadap usaha mengembangkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa, khususnya di negara China. Mudah-mudahan dengan sumbangan yang berliau curahkan ini, bahasa Melayu akan terus unggul di persada dunia.



Dengan lafaz “Bismillahirrahmanirrahim” saya dengan sukacitanya melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2011.



Wabillahi al-taufiq wal hidayah

wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wabaraktuh






PENGENALAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)



BULAN BAHASA KEBANGSAAN (BBK)
merupakan salah satu acara tahunan negara
bagi memperkasakan bahasa kebangsaan.



Suatu gerakan besar-besaran
di seluruh negara yang melibatkan
semua lapisan masyarakat.




Kegiatan-kegiatan khusus BBK
dilaksanakan di seluruh negara
pada bulan Oktober.




Tahun 2011
merupakan tahun ke-13
program ini diadakan.














Teruskan membaca..

Al Fatehah Untuk Muammar Gaddafi .




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSZGUzV7lOjChVOPxb2Y_jj0OJN3s5PZZ3ZUZe6xjCQk3RJO4FjR6pf3BpX0xQEARzAoXHXVhVeQ8PIPPp4OD-YmRXWo-63j6NE0Il92y4qe5VwQ43j9S_7eRb9CE4fLQnX3D4FNCbwjLu/s1600/Alquran_Quote_wallpaper.jpg


Gaddafi Tumbang.


Tamatnya Riwayat Seorang Diktator




Imej video diambil daripada stesen televisyen Al-Arabiya
merakamkan orang ramai mengambil gambar jenazah Gaddafi
menggunakan telefon bimbit di Sirte, kelmarin. - AP




SIRTE: Ditarik keluar dari pembentungan paip,
bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi,
yang cedera mengangkat tangannya dan merayu
kepada Pejuang Revolusi:
"Jangan bunuh saya, anak saya."



Dalam tempoh sejam, beliau meninggal dunia;
tetapi masih hidup ketika rakyat Libya
yang berang menarik rambut bekas pemimpin
yang memerintah negara itu selama 42 tahun
sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah
berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan. - AP




http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Janganbunuhsaya_anaksaya_MuammarGaddafi/Article/



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFK3Cg_i5J4OM988_wOVZavMnyB3fmFSlTLHWCR7u6z2SLJ2ljIvZp-mTos-MGiD5R7RSxKqpmpRijMi1JxipW_2_qSnxinZixEuTzHUVInBbAvkCxD1HvXOeDjiT1w3hMZkVvVDu5gkdA/s1600/Quran_Quotes.jpg





Berita mengejutkan.


Muammar Gaddafi
yang menggelarkan dirinya
"raja bagi segala raja di Afrika"
akhirnya tersungkur di kaki para penentangnya.



Dia meninggal dunia dengan penuh sengsara.
Penuh kesakitan. Penuh keaiban.
Ditembak di kepala dan kaki ketika sedang
bersembunyi di lubang saluran air.



Lagi menyedihkan,
terngiang di telinga penentangnya
kata-kata terakhir Gaddafi
"Anak, tolong jangan tembak saya",
"jangan tembak saya".
Namun, ajal sudah menjemputnya
ke pangkuan tuhan.



Janjinya untuk mati persama penyokongnya benar.
Dia tidak menyerah diri sehingga akhir ajal.
Kata-kata egonya sebelumnya yang mengelarkan
penentangnya sebagai "tikus"
dan akan menjejaki penentangnya
sehingga ke lubang cacing rupanya memakan diri.
Dia sebaliknya yang terbunuh
di saluran kumbahan
di penuhi najis dan sampah!



Terbunuhnya Gaddafi bermakna
42 tahun pemerintahan kuku besi
beliau akhirnya runtuh.



Begitulah nasib dikatator dunia .
Lihatlah di mana-mana.
Hebat dan gah semasa berkuasa
tapi berakhir penuh sengsara.
Saddam hussein di Iraq -
ditangkap,
dibicara dan akhirnya terkulai di tali gantung.
Hosni Mubarak di Mesir -
terpaksa melepaskan jawatan
dan kini menunggu bicara.
Ben Ali di Tunisia juga tersingkir
akibat pemberontakan rakyatnya.







_____________End of Gaddafi________________End











Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...