Photobucket

Sahabat Maya :

Showing posts with label Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima 2011). Show all posts
Showing posts with label Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima 2011). Show all posts

Sunday, December 11, 2011

LIMA pemangkin pertahanan negara







LIMA pemangkin pertahanan negara

BUKAN menjadi rahsia lagi Singapura memperuntukkan perbelanjaan perolehan aset pertahanan yang amat besar walaupun berada dalam rantau yang agak stabil dan jarang melalui konflik ketenteraan yang ekstrem.



Pulau tersebut yang hanya sebesar Perlis dan mempunyai penduduk seramai 5.2 juta dijangka akan membelanjakan hampir RM71.3 bilion untuk membeli pesawat peronda, helikopter dan peralatan tentera lain menjelang 2015.



Begitu juga dengan bajet pertahanan tahunan Singapura jauh di hadapan dengan menyediakan peruntukan lebih dari RM30 bilion setiap tahun berbanding dengan Malaysia hanya RM2 bilion, satu perbezaan yang begitu ketara. Peruntukan tahunan pertahanan Singapura yang berada dalam lingkungan 5 hingga 6 peratus Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) adalah antara yang sepuluh tertinggi di dunia. Tetapi jika dikaitkan dengan per kapita pula, maka peruntukan tersebut adalah kedua tertinggi di dunia iaitu hanya di belakang Israel. Begitu juga jika dikaitkan dengan jumlah jet pejuang F-15 dengan nisbah keluasan negara, Singapura dalam kes ini berada jauh di hadapan di ikuti oleh Israel dan negara-negara lain yang mempunyai F-15.



Hakikatnya adalah segala apa jua yang berkaitan dengan pertahanan Singapura, statistik dan fakta menggambarkan sesuatu yang ekstrem. Tetapi anehnya rakyat mereka menerima hakikat tersebut sebagai keperluan untuk melangsungkan kemajuan negara mereka. Tetapi begitu ironis sekali kerana sebilangan rakyat Malaysia tidak mempunyai persepsi pertahanan yang selari seperti mana yang dimiliki oleh rakyat Singapura.



Sesetengah pihak di Malaysia begitu gemar mencampur-adukan isu pertahanan dengan politik sehinggakan mengaburi fakta semata-mata kepentingan agenda politik masing-masing. Pihak pembangkang terutama sekali DAP sering mempertikaikan keupayaan aset pertahanan terbaru kapal selam negara iaitu KD Tun Razak dan KD Tunku Abdul Rahman.



Begitu juga dengan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa (LIMA) yang dilangsungkan setiap dua tahun di Pulau Langkawi bagaikan dijadikan kambing hitam dan sumber untuk mengkritik kerajaan sebagai satu usaha yang membazir dan tidak memberi faedah kepada negara dan rakyat.



Secara tersuratnya sememangnya LIMA boleh ditafsirkan sebagai pertunjukan aset pertahanan terkini dan termaju kerana itu adalah sebahagian dari objektif yang telah ditentukan. Tetapi apa yang lebih penting adalah habuan tersirat yang disumbangkan oleh LIMA tetapi sering diketepikan oleh pihak yang mengkritik.



Diungkitkan



Menarik jika diungkitkan titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika baginda melakukan lawatan kerja ke LIMA beberapa hari lepas. Baginda bertitah supaya industri pertahanan negara perlu lebih peka kepada perubahan landskap keselamatan supaya ia sentiasa ke hadapan dan kekal bersaing dalam dunia yang semakin mencabar. "Sebagai tambahan terhadap aspek keselamatan, ia mempengaruhi permintaan sistem pertahanan dan kelengkapan lebih canggih dan berteknologi tinggi," tambah baginda.



Pandangan Raja Muda Perlis adalah selari dengan pengasas LIMA iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menegaskan sejak pameran tersebut mula dianjurkan pada tahun 1991, ia telah berjaya mengembangkan sektor industri pertahanan tempatan khususnya yang berkaitan dengan aeroangkasa.



Industri aeroangkasa negara bagaikan tidak wujud terutama sekali pada tahun 1970 dan 1980-an dan tidak begitu banyak menyumbang kepada KDNK. Bukan itu sahaja, LIMA telah dipergunakan sebaik-baiknya oleh industri aeroangkasa tempatan untuk melangsungkan kerjasama pintar dengan syarikat aeroangkasa yang lebih maju.



Industri aeroangkasa negara telah menyumbang RM12.7 bilion atau 3.6 peratus KDNK pada tahun 2002 dan dijangkakan meningkat sehingga 8 peratus menjelang tahun 2015. Malaysia sudah tentu tidak mahu ketinggalan dalam industri aeroangkasa walaupun penuh dengan cabaran tetapi memberikan pulangan yang lumayan sekali.



Tetapi apa yang penting ialah industri ini dilihat bukan sahaja sebagai pemacu ekonomi sesebuah negara tetapi juga dianggap sebagai faktor penting penentuan sistem pertahanan dan kedaulatan sesebuah negara.



Pada ketika ini industri aeroangkasa negara diwakili oleh hampir 200 syarikat yang dianggap sebagai bilangan yang besar bagi sebuah negara yang kecil. Antara pemain utama industri aeroangkasa negara ialah Composite Technology Research Malaysia (CTRM), Airod Sdn. Bhd, Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB) dan Zetro Aerospace yang masing-masing mempunyai kekuatan dalam bidang tertentu.



Singapura sebaliknya tidak mempunyai industri aeroangkasa yang kuat seperti Malaysia tetapi kelemahan tersebut ditimbal balas dengan bajet pertahanan yang lumayan. Umpamanya sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome yang dibangunkan oleh Rafael Advanced Defense System Israel adalah dipercayai dibiayai sebahagiannya oleh Singapura. Israel menghebohkan bahawa Iron Dome dibentuk untuk mempertahankan dari serangan roket Qassam and Katyusha yang berpunca dari Genting Gaza. Tetapi jika benar Singapura telah membiayai Iron Dome maka spesifikasi peluru berpandu tersebut sudah pasti mengikut kehendak republik tersebut.



Sebaliknya Malaysia tidak boleh mengharapkan pengamalan strategi seperti Singapura untuk membangunkan sistem pertahanan kerana tidak mempunyai peruntukan pertahanan yang lumayan. Tidak ada cara lain selain dari mengharapkan industri pertahanan tempatan yang berkait rapat dengan bidang aeroangkasa untuk memastikan kedaulatan negara tidak diceroboh.



Satu perkara yang menarik ialah Singapura telah meletakkan asas kemakmuran industri pertahanan mereka sebagai salah satu faktor utama doktrin pertahanan yang mementingkan konsep cegah rintang sebagai asas kekuatan mereka. Malah tidak keterlaluan jika diandaikan kemakmuran industri pertahanan adalah lebih penting berbanding strategi diplomasi sebagai penentu kedaulatan Singapura.



LIMA sepatutnya digunakan sebaik-baik sebagai landasan untuk melonjakkan industri pertahanan negara kerana keunikannya yang merangkumi sistem pertahanan laut, udara dan juga darat yang mampu menarik perhatian dunia. Mahu tidak mahu rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa kedaulatan negara berkait rapat dengan sistem pertahanan negara.



Pilihan Malaysia agak terhad kerana tidak mampu membuat perolehan aset pertahanan mengikut kemahuan. Negara perlu bergantung kepada kekuatan industri pertahanan tempatan terutama sekali bidang aeroangkasa. Landasan LIMA adalah pemangkin terbaik dan paling optimum untuk merealisasikan hasrat tersebut.



Sudah tiba masanya rakyat membuat anjakan dan perubahan daripada sikap pasif dan negatif kepada sikap lebih prihatin terhadap hal ehwal yang berkait rapat dengan isu pertahanan negara. Tidak salah untuk mempersoalkan strategi dan jumlah peruntukan pertahanan negara tetapi jangan sampai ke tahap memperlekehkan atau mempersenda apa yang dimiliki.



Sumber








Teruskan membaca..

Saturday, December 10, 2011

Tunku Idris tunjuk keberanian kendali helikopter ‘Tiger’




Tunku Idris tunjuk keberanian


kendali helikopter ‘Tiger’





TUNKU Idris Iskandar (kiri) menaiki
Helikopter Eurocopter Tiger LIMA ’11 di Langkawi semalam.







LANGKAWI – Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim semalam menunjukkan keberanian baginda mengendali helikopter ‘Tiger’ keluaran Eurocopter sempena lawatan baginda ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ’11) di sini.



Baginda menaiki helikopter itu yang dipandu juruterbang Fabrice Bonne dan mengambil masa kira- kira 25 minit berada di ruang udara berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.



Baginda yang ditemui selepas menaiki helikopter berkata, ini kali kelima baginda membuat penerbangan dengan pesawat pejuang tetapi helikopter ini mempunyai kelengkapan senjata yang lebih canggih.



Tunku Idris Iskandar berkata, walaupun hanya 25 minit tetapi ia suatu pengalaman yang berharga dan berharap dapat menerbangkan helikopter itu dengan lebih lama lagi.




Teruskan membaca..

Kris Sakti bentuk pasukan pelapis



Kris Sakti bentuk pasukan pelapis


PESAWAT Ringan Kris Sakti yang dipamer
di LIMA’11 di Langkawi semalam.







LANGKAWI – Tim aerobatik negara, Kris Sakti akan melatih juruterbang muda untuk diserap ke dalam pasukan pelapisnya yang akan dibentuk tidak lama lagi.



Menurut ketua pasukan ini, Datuk Halim Othman, calon-calon bagaimanapun perlu melalui pemilihan khas seterusnya menjalani latihan penyesuaian penerbangan aerobatik.



Katanya, tim pelapis ini nanti akan melengkapi juruterbang sedia ada dan turut dilatih bersama-sama bagi melakukan aksi-aksi aerobatik dalam pertunjukkan udara di seluruh negara.



“Keutamaan adalah kepada calon yang memiliki lesen penerbangan dan berusia tidak kurang 20 tahun selain berdisiplin.



“Program penyesuaian dan latihan ini nanti dijangka mengambil masa enam bulan sebelum calon layak ditauliahkan ke pasukan Kris Sakti,” ujarnya kepada Kosmo! pada Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2011 (LIMA ’11) di sini semalam.



Kris Sakti adalah hasil gabungan syarikat Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. (Aerotree) dan Kementerian Pertahanan (Kementah) bertujuan menonjolkan nama negara dalam sukan penerbangan serta aerobatik.




Sumber












Teruskan membaca..

Guan Eng teruja naik kapal selam



Guan Eng teruja naik kapal selam





GUAN ENG mencuba alat peninjau kapal selam KD Tun Razak semalam.




LANGKAWI – Keupayaan kapal selam negara beroperasi di bawah permukaan laut diakui Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng setelah merasai sendiri pengalaman menyelam di perairan Langkawi petang semalam.



Ketua Menteri Pulau Pinang itu disertai dua Timbalannya, Datuk Mansor Othman serta Dr. P. Ramasamy menaiki kapal selam KD Tun Razak kira-kira pukul 3 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.



Mereka dibawa menaiki dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum mendarat di geladak frigat KD Lekiu.



Mereka kemudian dipindahkan ke sebuah bot laju untuk merapati kapal selam KD Tun Razak yang berlabuh di tengah-tengah perairan Awana Porto Malai dan selepas itu belayar kira-kira 30 batu nautika ke barat perairan Langkawi.



Pelayaran KD Tun Razak yang turut disertai Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman itu kemudian menyelam pada kedalaman kira-kira 55 meter.



Guan Eng, Mansor dan Ramasamy berada kira-kira satu jam setengah di atas KD Tun Razak sebelum kapal itu timbul di permukaan laut dan dibawa kembali ke KD Lekiu dan tiba semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira pukul 6.50 petang.



Baru-baru ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjemput tujuh pemimpin parti pembangkang termasuk Ketua Publisiti DAP, Tony Pua; Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad serta Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang begitu lantang mengkritik keupayaan KD Tun Razak untuk menaiki dan melihat sendiri aset pertahanan negara itu. Nurul Izzah bagaimanapun memaklumkan beliau tidak boleh datang.



Guan Eng yang ditemui kemudian memuji keupayaan kru kapal selam TLDM mengoperasikan KD Tun Razak yang merupakan aset strategik bagi mengawasi kedaulatan perairan Negara.




Sumber








Teruskan membaca..

Thursday, December 8, 2011

LIMA '11: Catat rekod pengunjung

LIMA '11: Catat rekod pengunjung



Foto







15,000 pelawat perdagangan hadir hari pertama pelancaran





LANGKAWI: Pameran Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2011 (LIMA '11) mencatat kunjungan 15,000 pelawat perdagangan pada hari pertama dilancarkan, kelmarin.






Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perangkaan itu amat membanggakan, malah ia jumlah kunjungan tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah penganjuran acara berkenaan sejak 20 tahun lalu.






Bagaimanapun, katanya, perangkaan itu tidak termasuk jumlah pelawat perdagangan pameran maritim di Jeti Awana Porto Malai dan hanya membabitkan ruang pameran aeroangkasa di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC).





"Kita menjangkakan jumlah ini terus meningkat apabila pameran mula dibuka kepada umum esok, malah sejumlah 70,000 pengunjung disasarkan melawat LIMA '11 sepanjang lima hari acara ini berlangsung," katanya di sini, semalam.





Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr Ismail Ahmad; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Pengarah Urusan HW LIMA Sdn Bhd, Ahmad Dzuhri Abd Wahab.





Zahid berkata, sehingga semalam tujuh kontrak ditandatangani membabitkan pelbagai projek pertahanan dan komersial, malah keseluruhan 15 perjanjian dijangka ditandatangani sehingga pameran berakhir.





Malah, beliau menegaskan kementeriannya tidak bercadang menandatangani sebarang memorandum persefahaman (MoU) berhubung pembelian aset baru sepanjang pameran kali ini.





"Kita akan buat pengumuman kalau ada. Jika boleh, kita mahu kurangkan MoU tetapi melebihkan kontrak perjanjian, terutama di antara syarikat prinsipal dan pembekal tempatan. Contohnya, kontrak pemasangan dan penyelenggaraan helikopter antara gergasi dunia, Augusta Westland dengan syarikat tempatan, Westar Aviation.





"Ini yang diharapkan dari LIMA '11... kita mahu banyak perjanjian ditandatangani dalam sektor komersial, terutama membabitkan 178 syarikat berkaitan aeroangkasa dan maritim kita yang menyertai pameran kali ini. Ia penting bagi mendukung perkembangan industri pertahanan kita," katanya.







Teruskan membaca..

Tuesday, December 6, 2011

Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima 2011)




Kapal selam kedua milik negara,
KD Tun Razak berlabuh di Awana Porto Malai
sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi
(Lima 2011)
edisi ke-11, di Langkawi pada Isnin.
LIMA 2011 yang akan bermula esok
sehingga 10 Disember ini melibatkan
400 syarikat daripada 35 negara
.



Langkawi Permata Berharga: Ahmad Zahid



LANGKAWI: Kerajaan melihat Langkawi sebagai permata yang amat berharga dan akan memastikan pembangunan pulau lagenda ini dilaksanakan secara menyeluruh dan tersusun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Katanya, pembangunan yang dilaksanakan kerajaan melalui Perbadanan Pembangunan Langkawi (LADA) dengan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, lapangan terbang, jeti, saliran, air dan elektrik bertujuan memberi keselesaan kepada pelancong dan kehidupan penduduk Langkawi.




Beliau berkata setakat ini kerajaan Persekutuan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik sebanyak 350 mega voltan dan bekalan air (13,448 juta gelen) yang dibekalkan dari tanah besar.




"Jalan raya yang mengelilingi pulau adalah sejauh lebih 200 kilometer pula adalah dianggap antara yang terbaik berbanding kawasan pulau peranginan di negara lain," katanya ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat Sempena Pameran Mritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Perkarangan Masjid Aishah, Sungai Menghulu, Kuah dekat sini, semalam.




Katanya, banyak kemudahan penginapan, pengangkutan, perdagangan dan pelbagai perniagaan berkembang maju sekaligus memberi banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk Langkawi sendiri.




Ahmad Zahid berkata jumlah pelancong ke Langkawi terus meningkat, dengan pada 2000, seramai 1,810,460 pelancong datang ke Langkawi dan meningkat kepada 1,835,287 (2005) dan 2,303,098 pada 2008.




"Ini menunjukkan bahawa Langkawi sentiasa berada di hati pelancong seluruh dunia setiap tahun dan rekod cemerlang ini harus dikekalkan," katanya.




Beliau berkata, selain penganjuran LIMA di Langkawi, acara peringkat antarabangsa seperti Kejohanan Paintball Antarabangsa, Regata Antarabangsa Langkawi. Le Tour De Langkawi dan Thriatlon Ironman merancakkan lagi industri pelancongan di Langkawi.




Menurutnya, program LIMA yang mula diperkenalkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan diteruskan selagi ia dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan rakyat tempatan.




Bagaimanapun, beliau kesal kerana melalui program LIMA, ada pengusaha hotel menawarkan harga bilik yang terlalu mahal apabila mereka mengenakan bayaran selama tujuh hari sedangkan pelancong hanya tinggal di situ tiga hari.




"Baru-baru ini saya berjumpa dengan pengusaha hotel terbabit supaya LIMA kali ini mereka tidak mengenakan kadar bayaran tinggi sebaliknya berjanji mengikut peraturan biasa.




"Kita jangan cemarkan imej pulau ini supaya ia terus dikunjungi pelancong asing dan tempatan," tegas Ahmad Zahid. - BERNAMA







Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...