Photobucket

Sahabat Maya :

Friday, March 22, 2013

:) keep smiling..




152 : BAHASA  DAN  BANGSA

 

  

Bahasa dan bangsa
semestinya bersatu
dalam jiwa bangsa.

Bahasa dan bangsa
cintanya harus utuh
kasihnya harus teguh
sayangnya harus kukuh.

Sucinya cinta bahasa
murninya kasih bahasa
luhurnya sayang bahasa
seabadinya setia.

Bangsa sering curang
cintanya berkurang
kasihnya terlarang
sayangnya melayang.

Layu bahasa
kuyulah bangsa!

Musnah bahasa
punahlah bangsa!

Lesap bahasa
lenyaplah bangsa!

Gagah bahasa
dahsyatlah bangsa!

Gemilang bahasa
terbilanglah bangsa! 


Ridzuan Kamis
Sanggar Kayangan, Perlis.

Teruskan membaca..

'1Malaysia Around The World' (1RTW)


Juruterbang muda Malaysia 

mulakan ekspedisi keliling dunia Selasa ini

 


KUALA LUMPUR: Juruterbang Malaysia, Kapten James Anthony Tan akan memulakan ekspedisi solo '1Malaysia Around The World' (1RTW), mengelilingi dunia selama 50 hari menggunakan pesawat satu enjin Selasa ini.

Tan, 21, akan terbang sejauh 22,000 batu nautika meliputi 20 negara termasuk negara ASEAN, Russia, Amerika Syarikat, Kanada, Pakistan, Arab Saudi, Itali, Perancis dan United Kingdom. 



"Saya berharap untuk meninggalkan legasi terutama dalam kalangan belia agar berani melakukan yang dianggap mustahil," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Katanya, dengan cara itu, anak muda di negara ini akan menjadi pemimpin masa depan yang lebih baik.

Dilahirkan dengan disleksia, anak muda itu pernah mencipta nama dalam Malaysian Book of Records sebagai 'The Youngest Malaysian to Fly a Single Engine Piston Aircraft in an Expedition'.

Jika berjaya, ekspedisi 1RTW yang dianjur bersama Persatuan Juruterbang Muda Malaysia, Majlis Belia FELDA Malaysia dan 1Malaysia for Youth (1M4U) itu akan tercatat dalam World Guiness Book of Records sebagai "The Youngest Pilot in Malaysia and South East Asia To Have Flown Around the World."

Penerbangan Tan dijadual dilancar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langkawi sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. - BERNAMA 

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...