
             Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
                             
 
       
 
GERAM... kanak-kanak juga boleh stres.
SUDAHLAH  kelam-kabut ke tempat kerja kerana terlambat bangun tidur,  di  perjalanan pula berlaku kemalangan yang menyebabkan kesesakan teruk.
     Dalam hati sentiasa berdoa supaya lalu lintas segera pulih bagi   membolehkan diri cepat sampai ke pejabat. Namun masa semakin menginjak   sedangkan kereta masih tidak bergerak dan ada kala merangkak-rangkak.   Aduh, kacau dibuatnya.
Keadaan begini  pastinya membuatkan  seseorang stres dan membayangkan alangkah baiknya  jika kenderaan yang  anda pandu boleh terbang bagi mengelak terperangkap  dalam kesesakan lalu  lintas.
       Ahli  psikologi klinikal Gleneagles Kuala Lumpur, Maureen Lim,  berkata stres  atau tekanan ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental  terhadap  sebarang perubahan atau tuntutan yang melebihi had atau  kapasiti  kemampuan seseorang. Pelbagai punca menyebabkan stres dan ia  berbeza  bagi setiap individu atau masa.
Walaupun  stres  sering dikaitkan dengan sesuatu yang negatif, kadangkala ia  boleh  memberi motivasi untuk kita memperbaiki diri atau berusaha  mencapai yang  terbaik.
Kebanyakan  individu mengalami tahap stres  sederhana yang memerlukan mereka  mendapat motivasi tinggi untuk  mengekalkan tugas atau menjalani  kehidupan seharian.
      
   
     “Tiada seorang pun terlepas daripada stres. Kanak-kanak berdepan   stres apabila perlu membuat persiapan menghadapi peperiksaan, tuisyen   mahupun hubungan dengan rakan sebaya.
“Pelajar  kolej stres  dengan peperiksaan dan masalah kewangan manakala golongan  dewasa stres  memikirkan mengenai anak, adik-beradik, ipar, kewangan dan  kesihatan,”  katanya pada Bengkel Tekanan Hidup anjuran Gleneagles  Kuala Lumpur,  baru-baru ini.
         
     Kadangkala seseorang bertanya, “Awak okay?” Jawapan yang kita  berikan  biasanya ialah “okay“ walaupun ada masanya tekanan dihadapi  tidak  mampu dibendung hingga menyesakkan dada.
Bagaimana keadaan setiap individu apabila berdepan stres? Adakah dia mampu mengurangkan tekanan atau menjadi semakin tertekan?
     Antara punca stres ialah tekanan kerja iaitu waktu kerja lebih   panjang mahupun timbunan kerja. Masalah hubungan dengan orang di   sekeliling sama ada keluarga, jiran, rakan mahupun masyarakat serta   persekitaran tempat tinggal yang kurang selesa.
“Anda   mungkin tertekan kerana perlu mengejar masa, kesesakan lalu lintas di   Kuala Lumpur, terutama ketika hujan lebat, mahupun isu kekeluargaan   iaitu berdepan kerenah anak yang kerap berkelahi atau menyepahkan   barang.
“Bagi wanita, masalah bentuk  badan kadangkala  membuatkan anda stres. Apabila pakaian mula ketat  hingga membuatkan anda  susah hendak bernafas atau menyukarkan  pergerakan, itu tanda amaran  anda perlu berbuat sesuatu untuk  menurunkan berat badan.
“Perubahan  ketara bentuk tubuh menimbulkan rasa kurang selesa hingga  membuatkan  anda berusaha keras mendapatkan bentuk diinginkan,” katanya.
Stres  yang positif biasanya dalam bentuk jangka pendek, dapat  memotivasikan  diri, gembira, meningkatkan produktiviti, meningkatkan  pencapaian,  selesa, bermanfaat, penting untuk ketahanan fizikal dan  mental dan  ketajaman minda.
Kesan negatif daripada  stres  ialah boleh membahayakan, terutama jika melaluinya bagi tempoh  yang  lama, terpaksa menggunakan tenaga simpanan, menyebabkan tekanan  emosi,  mengganggu sistem badan dan boleh mengubah cara seseorang itu  berfikir.
Menurutnya, wujud dua personaliti individu yang dilanda stres.  Individu jenis A  ialah yang bercakap laju, tekun bekerja, sangat  kompetitif,  bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kerja terbaik,  menghargai masa,  sukar untuk beristirahat, mudah marah dan gangguan.
Individu jenis B  pula menangani masalah dengan sabar, kurang bersaing  dengan orang  lain, terlalu memikirkan masalah, kurang tumpuan terhadap  had masa,  tidak merasa bersalah jika ingin beristirahat, bekerja dengan  pantas  dan tidak mudah marah.
  Bila kita berasa stres?
-  Cuba melakukan banyak perkara dalam satu masa
- lPengurusan masa yang teruk atau menetapkan anggaran masa yang tidak munasabah
-  Melengah-lengahkan urusan yang tidak menyenangkan
-  Melakukan semua seorang diri
-  Tidak sanggup berkata tidak
-  Membuat keputusan tergesa-gesa mengikut gerak hati
  Perkara biasa terjadi yang mungkin menyebabkan stres:
- Seseorang memungkiri janji
-  Menggunting rambut tetapi dapat gaya tidak diingini
-  Ingin mengadakan persembahan
-  Kematian (ahli keluarga, kawan atau haiwan peliharaan)
-  Pertengkaran, konflik dengan rakan
- Jadual yang tidak menentu
-  Kehilangan sesuatu, misalnya beg duit atau telefon bimbit
-  Prestasi kerja/tugas yang buruk
 
-  Tergesa-gesa kerana kesuntukan masa menghadiri temu janji
-  Mengalami kecurian harta benda
-  Menghadiri kelas yang membosankan
- Buku kira-kira yang tidak seimbang
-  Kereta/motosikal rosak atau tayar pancit
- Lambat datang haid dan tertunggu kedatangannya
-  Terperangkap dalam kesesakan jalan raya
  Biasanya stres dikaitkan dengan fenomena melampau, misalnya:
-  Pengharapan yang terlalu tinggi
  Antara punca menyebabkan stres:
- Perlu membentangkan kertas kerja atau projek — biasanya dihadapi oleh bos
-  Kerja — tekanan kerja, bekerja dalam waktu yang panjang atau beban kerja
-  Persekitaran — kadangkala kualiti hidup baik, ada masanya tidak, masalah yang ditimbulkan jiran
-  Kesesakan lalu lintas — misalnya di Kuala Lumpur, kesesakan perkara biasa dan bertambah buruk jika hujan lebat
-  Masalah keluarga — menangani kerenah anak dan isu keibubapaan
-  Bentuk badan — terutama wanita, jiwa tertekan apabila tidak mendapat bentuk badan yang diinginkan
  Tanda stres
-   Fizikal — gangguan tidur, pening, migrain, sakit belakang, lemah   sistem pertahanan badan, sakit otot, ulser, cirit-birit, hipertensi,   perut kurang selesa, mulut kering dan telapak tangan berpeluh
-   Emosi — kelesuan, sedih, gelisah, tegang, rasa tidak layak, marah, suka   bertengkar, mengelak berdepan masalah, menafikan ada masalah
  Kenapa saya stres?
-  Faktor diri — masalah kesihatan, perhubungan, emosi, perubahan gaya hidup dan konflik
-  Faktor sosial — persekitaran, pekerjaan, taraf ekonomi
-  Faktor trauma — berlaku situasi  tidak diingini
-  Faktor fikiran — risau dan takut sesuatu yang tidak pasti atau tidak diketahui.
 Situasi seperti gambar  di atas pun
Situasi seperti gambar  di atas pun
kadang-kadang boleh buat orang stress :)
ha ha ha ha ha ha ha ha ha