Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, April 21, 2013

Doa Belajar





Teruskan membaca..

Remaja perlu bijak hindari stres



Remaja perlu bijak hindari stres

 

 

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR



MASALAH perhubungan dengan rakan sebaya dan keluarga sering timbul dalam kalangan remaja di sekolah menengah yang boleh menyebabkan tekanan atau stres. Antara situasi yang boleh menyebabkan tekanan adalah berkaitan dengan masalah hubungan dengan rakan sebaya dan keluarga.



Masalah ini walaupun nampak kecil, namun ia boleh menjejaskan perkembangan sosial anak-anak remaja yang sedang membesar. Kajian psikologi dan pembangunan manusia menjelaskan bahawa anak remaja memerlukan dorongan, bimbingan dan juga perhatian dalam permasalahan sosial mereka.



Kajian menunjukkan lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengah di seluruh negara yang terbabit dalam projek perintis kelolaan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk.



Kajian menunjukkan sebanyak 4.8 peratus atau 313 pelajar didapati mengalami masalah tekanan yang teruk (17.1 peratus atau 1,118 pelajar) dan tanda kemurungan yang teruk (5.2 peratus atau 340 pelajar).



Jika di kaji terdapat beberapa masalah hubungan dengan rakan sebaya dan keluarga. Antara sebabnya, kehilangan sahabat baik kerana berpindah rumah atau sekolah dan disebabkan kematian. Tidak dapat menerima kehadiran orang baru dalam keluarga seperti ipar, kelahiran adik atau pasangan baru membabitkan ibu atau bapa.



Ibu atau bapa yang pilih kasih. Berasa terasing dan rendah diri dengan kekurangan diri berbanding dengan rakan sebaya atau adik-beradik. Perbezaan umur antara adik-beradik yang terlalu jauh. Sukar menyesuaikan diri dengan rakan sebaya ketika berpindah ke sekolah baru.



Remaja daripada keluarga berpendapatan rendah dan golongan etnik minoriti selalunya menghadapi masalah di sekolah jika dibandingkan dengan rakan mereka daripada golongan sosioekonomi yang sederhana.




Lantaran itu, beberapa pandangan telah diambil kira iaitu pihak sekolah tidak mengambil inisiatif untuk membaiki keadaan remaja daripada keluarga golongan ini.



Mengikut pandangan tokoh psikologi, yang mengatakan remaja yang miskin selalunya berdepan dengan masalah sama ada di rumah atau di sekolah. Di rumah mereka mungkin mempunyai ibu bapa yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi dan mereka tidak mampu membantu dari segi pencapaian akademik anak-anak.



Selain itu, mereka juga tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk membeli kemudahan pembelajaran seperti membeli buku rujukan, menghantar anak ke kelas tuisyen dan sebagainya.



Walau bagaimanapun, semua masalah ini akan mematangkan kehidupan seseorang remaja dalam menuju ke alam dewasa. Ibu bapa sewajarnya berperanan memberikan nasihat dan bimbingan kepada anak-anak dan tidak membiarkan mereka hanyut serta menyelesaikan masalah ini sendirian. Masalah ini jika tidak ditangani akan menjejaskan masa depan pelajar dan juga masalah dalam hubungan sosial mereka pada masa depan.



Seterusnya jika tidak ditangani, masalah ini akan menyebabkan anak-anak terjebak dengan kegiatan merokok, mengasingkan diri, dan juga terbabit dengan penagihan dadah. Perhubungan kendiri yang baik akan dapat memperbaiki diri, mempertingkatkan keyakinan dan berfikiran positif. 



Sayidina Ali bin Abi Talib mewasiatkan: 

 " Teman manusia yang sebenar ialah
 akal dan musuhnya yang celaka adalah jahil."



PENULIS ialah bekas pendidik.


Teruskan membaca..

Wira figura si kecil


Wira figura si kecil

Ratusan kanak-kanak bersemangat melukis
 pelbagai figura yang dianggap wira oleh mereka 
seperti pemimpin negara, bapa, kawan dan guru.

(Klik di sini)

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...