Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, December 5, 2013

:)


http://farm6.static.flickr.com/5045/5302383949_9a5f0a6c2a.jpg
Teruskan membaca..

Kertas Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 tidak bocor

Kertas Matematik,

 Matematik Tambahan 

SPM 2013 tidak bocor


KUALA LUMPUR 4 Dis. - Polis mengesahkan tiada berlaku sebarang kebocoran soalan peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 seperti yang didakwa baru-baru ini.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis telah menyiasat kes itu di bawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan seramai 56 saksi telah dipanggil memberi keterangan.



Beliau berkata, polis menerima laporan kes tersebut selepas satu seminar peperiksaan yang dianjurkan di sebuah masjid di Setiawangsa. 



Katanya, dalam seminar itu soalan-soalan ramalan telah dibincangkan bagi membantu pelajar menghadapi SPM 2013.



"Bagaimanapun, ada pihak salah faham dan menganggap perbincangan soalan ramalan sebagai soalan bocor dan lanjutan daripada itu, satu laporan polis diterima," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.



Beliau berkata, mereka yang hadir dalam seminar tersebut antara yang telah dipanggil sebagai saksi untuk direkodkan keterangan.



Sehubungan itu, menurut Mohmad kes itu dianggap selesai kerana siasatan menyeluruh dijalankan mengesahkan tidak wujud sebarang elemen yang boleh dikaitkan dengan kebocoran soalan peperiksaan.



Pada 22 November lalu, beberapa individu membuat laporan polis berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa kertas peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan dibocorkan di dalam beberapa seminar khas yang dianjurkan menjelang hari-hari terakhir peperiksaan berlangsung.



Kementerian Pendidikan sebelum ini turut memaklumkan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas peperiksaan tersebut selepas media turut melaporkan penglibatan seorang guru tuisyen yang didakwa bertanggungjawab ke atas perkara itu.



Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...