Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, March 27, 2013

Faedah Lapar dan Bahaya Kenyang



Luqman Al-Hakim menasihati anaknya: 

“Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”
Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak: perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berkata Dzunnun: “Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.

Berkata ‘Aisyah r.aha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”

Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :
“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.

Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah: “Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata: “Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”

Diriwayatkan dari Amir bin Qois, bahawa dia berkata: “Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”

Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah: “Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah: “Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”Beliau juga berkata: “Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal solehnya.”Beliau berkata lagi: “Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”

Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya: “Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”

Berkata Abu Imran Al-Juwaini: “Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”

Beliau berkata: “Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”

Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”

“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.

Teruskan membaca..

Zikir bantu tenangkan perasaan

Zikir bantu tenangkan perasaan

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah boleh menimpa sesiapa saja. Walaupun selalunya perasaan negatif ini timbul selepas berlaku perkara tidak diingini dalam kehidupan tetapi ada masanya ia datang secara tiba-tiba. 


 

Tanda-tanda seseorang itu sedang mengalami kerisauan dan kesedihan ialah rasa letih atau tidak bermaya, pening kepala, jantung sentiasa berdebar-debar, tidak nyenyak tidur, sudah tidur, resah gelisah dan cepat naik darah. 



 
Kurang daya tumpuan, tidak lalu makan atau makan secara berlebihan, tidak boleh membuat keputusan, selalu dalam keadaan muram, suka mendiamkan diri serta menjadi anti sosial.


Banyak zikir tenang hati 


 

Perasaan risau, kusut hati, sedih dan resah ini sungguh bahaya kerana ia akan membuatkan kita membenci diri serta kehidupan. Justeru, mereka yang dilanda perasaan ini boleh menenangkan hati dengan banyakkan berzikir. 


 

Berzikirlah dengan nama Allah SWT, ‘Ya Allah’ seberapa banyak yang mungkin di mana saja kita berada. Jika dibaca dengan penuh iman dan khusyuk, nescaya Allah SWT akan menghilangkan segala perasaan negatif yang ada serta melapangkan dada kita. 


 

Begitu juga asmaul husna yang lain seperti Ar-Rahman bererti mempunyai rahmat yang luas dan melimpah. Barang siapa berzikir ‘Ya Rahman’, Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut di hatinya dan memudahkan urusan dunia. 




Al-Quddus bererti Allah SWT itu suci dan bersih daripada segala kesilapan, kecacatan, kegagalan , dan kekurangan. Barang Siapa membaca ‘Ya Quddus’ sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari akan menghilangkan kepadanya perasaan risau dan kusut fikiran. 


 

Hilangkan rasa sedih 


 

Al-Ghaffur bererti yang Maha Pengampun dan Pemaaf. Berzikir ‘Al-Ghaffur’ sebanyak mana yang boleh dengan penuh iman, nescaya Allah SWT akan menghilangkan perasaan kusut, resah dan sedih di hati hamba-Nya. 


 

Barang siapa berzikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak 1000 kali semasa dalam kesedihan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, Insya Allah, Yang Maha Pencipta akan membantunya semasa kesusahan dan menghilangkan perasaan sedih serta duka di hatinya. 


 

As-Sabuur ertinya yang Maha Sabar. Berzikir ‘Ya Sabuur’ sebanyak mana yang boleh, di mana saja kita berada, perasaan sedih atau risau akan hilang secepat mungkin dengan izin Allah. 


Sumber
Teruskan membaca..

- _ - :)


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...