Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, December 1, 2013

:)


Teruskan membaca..

Flowers are red


Teruskan membaca..

Upin & Ipin - Pim Pim Pom

Teruskan membaca..

Cipta kaedah pelajari Sejarah secara interaktif

Cipta kaedah pelajari 

Sejarah secara interaktif


MOHD. Zulhelmi Mansor bersama guru-guru dari Koperasi Sekolah Menengah Teknik Gombak (KSMTG) yang berjaya mencipta Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS) pada sambutan Hari Koperasi Sekolah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 
 
 
 
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Koperasi Sekolah Menengah Teknik Gombak (KSMTG) muncul sebagai koperasi sekolah pertama di Malaysia berjaya mencipta program Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS) yang membolehkan para pelajar mempelajari subjek sejarah secara maya dan interaktif.





Perisian interaktif ECS dicipta khas bagi membolehkan penggunanya mengingati fakta sejarah dengan lebih mudah, efektif dan menyeronokkan dengan mengguna pakai kaedah interaktif tiga dimensi (3D), sekali gus membolehkan pelajar menjadi seorang sarjana sejarah.




"Aplikasi yang dibangunkan melalui ECS terbukti mampu membantu proses pembelajaran sama ada dalam kelas atau secara individu melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dihasilkan dalam tempoh dua tahun hasil bantuan pelajar dan guru-guru yang menyediakannya dalam dwibahasa iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris," kata Guru Pakar, Mohd. Zulhelmi Mansor.





Katanya, perisian yang menggunakan animasi 3D permainan monopoli, sistem kuiz, analisis prestasi turut dilengkapi dengan akses pangkalan data yang mengandungi lebih 2,000 maklumat berkaitan soalan Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikumpul dan dikemas kini setiap tahun.




Beliau berkata, yang menariknya, sistem perisian tersebut turut mengandungi soalan objektif, subjektif, kad memori serta kata kunci.





Kata beliau, perisian pendidikan maya yang pertama untuk subjek Sejarah berasaskan konsep 'Bermain Sambil Belajar' dihasilkan sebagai alat bantu mengajar secara persendirian atau kumpulan di dalam kelas tanpa perlu lagi seseorang pelajar itu menghadiri kelas tuisyen.




"Ciptaan inovatif ini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila memenangi pingat emas kategori Pendidikan di Pameran Produk Penyelidikan Peringkat Antarabangsa (INPEX) di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat dan SMTG menjadi koperasi sekolah pertama bertanding di peringkat universiti antarabangsa yang disertai oleh 30 buah negara dalam bahagian sejarah dan tamadun dunia," katanya yang merupakan seorang pencipta yang terlibat.




Dalam pada itu, Mohd. Zulhelmi menjelaskan, ECS juga menjadi johan keseluruhan Anugerah Menteri Pelajaran dalam Konvokesyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2012 dan Anugerah Emas di Konvensyen 'Pasukan Cemerlang 2013' Wilayah Selatan mewakili Kementerian Pelajaran anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).





"Penyertaan kali pertama koperasi sekolah dalam program penyelidikan antarabangsa ini telah ditaja oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB). 





"ECS ini turut diiktiraf oleh kementerian apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Anugerah Menteri Pelajaran dalam konvensyen berkenaan," katanya.





Perisian ECS ini meliputi silibus subjek Sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 untuk para pelajar yang menghadapi peperiksaan SPM kerana mata pelajaran tersebut kini ditetapkan wajib lulus di dalam peperiksaan.




Mohd. Zulhelmi menjelaskan, pada masa kini, 88 buah sekolah termasuk sekolah teknik telah menggunakan perisian ECS dan prestasi mata pelajaran Sejarah di sekolah tersebut telah meningkat dengan begitu memberansangkan berbanding pencapaian sebelum ini yang didapati agak merosot.





"Kita sasarkan dengan penggunaan ECS ini, kaedah pembelajarannya akan menjadikan sekolah cemerlang dengan pencapaian 98 peratus dan lebih penting lagi mereka boleh menjawab soalan dengan betul dan tepat.
"ECS ini juga mampu menjimatkan sebanyak RM73 juta perbelanjaan isi rumah untuk kos tuisyen dan sebagainya kerana semua ini boleh dilakukan di rumah.




"Apa yang lebih menarik, data-data kajian terhadap kesan penggunaan ECS untuk subjek Sejarah SPM di 88 buah sekolah teknik pada tahun 2011 telah menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 7.35 peratus iaitu daripada 90.77 peratus kepada 99.78 peratus," katanya.




Beliau berkata, produk ini telah pun berada di pasaran melalui kaedah jualan melalui Internet pada harga RM38 setiap satu dan secara konsep permainan papan dipasarkan dengan harga RM300 seunit. Adalah diharapkan sekolah-sekolah harian biasa akan turut menggunakan kaedah ini untuk pembelajaran subjek Sejarah.



Maklumat lanjut mengenai ECS, hubungi KSTG di talian 019-3605458 / 019-2766433 atau emel ke: info@eksplorasi-cabaran.com.my untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.



Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...