
Bahagiakan hatimu...........
 
Pengurus Penerbitan : Tuan Haji Faris Hasbullah
Editor Perolehan : Mohd Hariri Mohamad Daud
Editor Pengurusan : Firdaus Md Tahir
Kulit Buku : Hisham Salmin
Tim PTS ISLAMIKA - Ustaz Imran Azmi, Utsaz Fariz Firdaus dan Ustazah Asyuura
Buku ini pada asalnya berjudul Tombo Hati, namun selepas pembentangan konsep buku maka buku ini ditukar judul iaitu Bahagiakan Hatimu. Ulama Besar Ibnu Qayyim menulis untuk mereka yang inginkan kebahagiaan hidup, ketenangan jiwa dan dekat dengan Allah. Ikuti ulasan dari Prof Kamil Ibrahim (Penulis buku Travelog Haji dan Travelog dakwah). - Kredit buat ProfKamil Ibrahim dan universitipts.com
Ibnu Qayyim adalah  salah seorang pakar psikologi  Islami yang sangat terkenal. Beliau lahir  hampir 800 tahun yang lalu,  iaitu pada tahun 1292 Masehi di kota  Damsyik, Syria. Sebagai contoh,  menurut Ibnu Qayyim, tingkah laku  menangis dapat dikategorikan ke dalam  10 jenis tangisan:
a. Air mata yang tercetus oleh emosi kasih sayang, dan hati yang lembut.
b. Tangisan yang disebabkan oleh perasaan amat takut.
c. Air mata yang disebabkan  oleh rasa  cinta.
d. Air mata gembira.
e. Tangisan yang  disebabkan oleh penderitaan.
f. Air mata kesedihan.
g. Air mata  yang mengalir  disebabkan diri berasa lemah dan hina.
h. Air mata  belas kasihan.
i. Menangis kerana  terikut-ikut orang lain menangis.
j. Tangisan hipokrit, yakni pura-pura.
======================================
Tips kejayaan
daripada Steve Jobs.
 Beliau  merupakan salah seorang
pereka teknologi yang begitu dikenali.
  Pernah dengar iPhone?
Itulah penghasilan beliau.
 Beliau  merupakan
pengasas kepada Syarikat  Apple.
Tetapi oleh  sebab-sebab  tertentu,
beliau telah  disingkirkan
daripada syarikat  tersebut.
Tetapi akhirnya kembali ke syarikat tersebut
 kerana  hanya beliau sahaja
mampu membuat Apple
pergi jauh dengan kebolehannya.
 
1. Lakukan perkara yang anda sukai.Hasil karya yang baik datang daripada melakukan perkara yang anda suka. Semua orang yang berjaya pada hari melakukan perkara yang mereka minati.Tiger Woods dengan golfnya. Donald Trump dengan minatnya berurusan dengan hartanah. Tony Fernandes dengan minatnya dalam pemasaran.
3.Lakukan yang terbaik. Dalam setiap perkara yang dilakukan, berikan yang terbaik. Mungkin hasilnya tidak nampak sekarang, tetapi percayalah ianya pasti kembali.
4. Lakukan analisis SWOT . Senaraikan kelemahan dan kekuatan anda. Membuat senaraian membuat anda tahu apa yang perlu dikuatkan dan apa yang perlu dielakkan.
5. Bermula kecil dan berfikiran besar. Jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara dengan begitu kompleks. Bermulalah dengan sesuatu yang mudah.Think big and start small.
6. Memberi fokus pada hasil akhir. Hal ini kerana tidak kira apa yang anda lakukan, masyarakat menilai pada hasil akhir. Buktikan kepada mereka.
Itulah 6 tips yang dikongsi oleh Steve Jobs.
 
 
  



 
				
 
 
