Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, December 10, 2011

Insentif sukan diganda











PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak,

menyampaikan imbuhan sukan menerusi

Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)

kepada penjaga gol skuad Bawah 23 tahun,

Khairul Fahmi Che Mat, yang membantu

pasukan negara memenangi pingat emas

dalam acara bola sepak pada temasya

Sukan SEA ke-26, Indonesia 2011.

- Foto Supian Ahmad




Insentif sukan diganda


NAJIB bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong bergambar bersama penerima Anugerah Skim Hadiah Kemenangan Sukan di Bukit Kiara, semalam.
NAJIB bersama Menteri Belia dan Sukan,
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pengarah MSN,
Datuk Zolkples Embong bergambar bersama penerima
Anugerah Skim Hadiah Kemenangan Sukan
di Bukit Kiara, semalam.



Ganjaran hargai pengorbanan, kecemerlangan atlit: Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mencadangkan bayaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada atlit negara yang memenangi pingat emas pertama peribadi pada Sukan SEA akan datang dinaikkan kepada RM20,000 berbanding RM10,000 yang diberikan kepada pemenang pada Sukan SEA ke-26 di Indonesia baru-baru ini.



Perdana Menteri yang sebelum itu mengumumkan ganjaran tambahan RM3,000 untuk menjadikan jumlah keseluruhan RM5,000 bagi setiap pemenang pingat emas berpasukan melebihi lima atlit pada Sukan SEA 2011 di Indonesia itu juga turut mencadangkan penambahan sekali ganda untuk pingat emas seterusnya yang dimenangi seseorang atlit pada Sukan SEA akan datang menjadi RM10,000 berbanding RM5,000.
Najib yang melahir perasaan gembira dan bangga di atas pencapaian atlit negara pada Sukan SEA berkata, insentif yang diberikan adalah bagi menghargai segala pengorbanan dan kecemerlangan ditunjukkan semua atlit.
Saya berharap insentif sebegini akan dapat menjadi pendorong untuk setiap atlit mempertingkatkan usaha mereka mencapai prestasi lebih tinggi, katanya ketika berucap pada majlis meraikan kejayaan kontinjen Sukan SEA Indonesia 2011.



Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Siew; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong; dan Ketua Kontingen Negara ke Sukan SEA Indonesia, Datuk Naim Muhamad.



Kontinjen negara merangkul 59 pingat emas, 50 perak dan 82 gangsa untuk menduduki tempat keempat keseluruhan daripada 11 negara yang bertanding pada Sukan SEA ke-26, pencapaian kedua terbaik untuk kontinjen negara pada temasya di luar Kuala Lumpur ketika negara menjadi tuan rumah pada 2001.



Pada majlis semalam, seramai 91 atlit daripada 13 jenis sukan yang memenangi pingat emas menerima hadiah kemenangan SHAKAM masing-masing, membabitkan nilai keseluruhan RM629,996.
Atlit bowling negara, Adrian Ng yang memenangi empat pingat emas menerusi acara individu dan berpasukan muncul sebagai penerima hadiah kemenangan tertinggi berjumlah RM20,333, diikuti atlit berbasikal wanita, Fatehah Mustapa yang menerima RM20,000 susulan kejayaan meraih tiga pingat emas individu dan berpasukan.



Jumlah itu bagaimanapun tidak termasuk tambahan RM3,000 yang diumumkan Perdana Menteri bagi setiap emas berpasukan melebihi lima atlit.



Sementara itu, Najib berkata, atlit negara tidak harus cepat berpuas hati dengan kejayaan dicapai di peringkat Asia Tenggara, sebaliknya menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan di peringkat Asia dan dunia.



Kita mesti melihat bagaimana kita boleh melakukan usaha lebih baik dan berkesan termasuk mendedahkan atlit melalui satu sistem latihan yang tersusun dari peringkat usia semuda mungkin, katanya.



Selain itu, beliau menggesa syarikat korporat untuk tampil menghulurkan dana lebih besar kepada bidang sukan negara kerana ia adalah pelaburan kepada penjenamaan syarikat dan mendatangkan keuntungan jangka panjang.













No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...