Photobucket

Sahabat Maya :

Wednesday, May 1, 2013

Burung sujud di Masjidil Haram





Teruskan membaca..

Surah Al-Mulk bacaan Mishari Al Afasy

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbd4P41d0o-q-DpD3pswQVFdkKbVW8G1A-FR5zGPKq6ePdLMDVdaHfBEUUMYUSKLP26KsMfrlRPAk3F87mlF68PAFKr2kHoEkcwR2zyrfPd43v18GE-fqJ-6QND3TN1L5YM6nf4mu0vIM/s400/al-mulk.bmp


Teruskan membaca..

Hablum min al-nas (hubungan sesama manusia)


Peguam Syarie Menulis: 

Hubungan baik majikan, pekerja



Tugasan harus dilaksana
 dengan amanah,
 bersama kongsi keuntungan

Seluruh negara sibuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
 dan parti yang bertanding giat berkempen dengan agresif demi
 mencapai keinginan menjadi wakil untuk memegang tampuk 
pemerintahan negara.


Namun, di sebalik kesibukan masing-masing,
 eloklah kita berehat dan menyambut hari yang tidak kurang
 pentingnya di seluruh dunia, iaitu Hari Pekerja yang disambut pada
 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja dulunya dikenali Hari Buruh.



Rasulullah SAW bersabda: 

“Orang yang bekerja di bawahmu adalah saudaramu. 
Orang yang bekerja di bawah kamu sebenarnya diizinkan Allah 
mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya
 sebagai pekerja wajib memberikannya makanan dari apa yang
 mereka makan dan memberikan pakaian dari apa yang kamu pakai. 
Dan pekerja tidak harus dibebankan dengan tugas-tugas di luar 
kemampuan mereka. Jika kamu telah memberikan tugas berat 
maka hendaklah kamu menolong mereka.” 

(Riwayat al-Bukhari)

Bekerja adalah suruhan agama Islam bersandarkan 
nas al-Quran dan hadis Nabi menyentuh keperluan bekerja
 bagi tujuan mencari nafkah. Islam tidak menggalakkan kemiskinan 
kerana enggan berkerja dan tidak mampu menampung 
keperluan asas diri serta keluarga.

Diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Baihaqi ada menyebut,
 mencari sara hidup yang halal adalah satu kewajipan 
di samping kewajipan yang difardukan.

 
Firman Allah SWT: 

“Dan carilah apa-apa yang Allah sediakan 
bagi kamu untuk akhirat dan janganlah kamu lupa 
nasib habuan kamu dalam kehidupan dunia.” 

(Surah al-Qashash, ayat 27) 


Oleh itu, bekerjalah kerana Allah. 
Carilah rezeki yang mencukupi untuk keperluan keluarga.
 Pelihara hubungan antara majikan dan pekerja untuk memastikan
 perniagaan yang dijalankan mencapai kejayaan. 


Hak dan tanggungjawab pekerja


Kita perlu mengkaji kembali apakah hak dan tanggungjawab 
pekerja dan majikan seperti digariskan agama Islam kerana
 hubungan baik serta pelaksanaan tanggungjawab oleh
 kedua-duanya menjadi asas untuk menaikkan sesebuah organisasi.


Umumnya hubungan majikan dan pekerja terikat
 dalam satu acuan yang disebut hablum min al-nas
 (hubungan sesama manusia) yang wajib dijaga oleh kedua-dua pihak. Kesempurnaan hubungan antara manusia ini akan lahir
 hablum min Allah (hubungan dengan Allah) dijaga baik.


Firman Allah SWT: 

“Mereka ditimpa kehinaan di mana saja 
mereka berada kecuali mereka berpegang kepada tali Allah 
dan tali dengan sesama manusia.”

 (Surah Ali-Imran, ayat 112)

Di sisi Islam, majikan dan pekerja umpama satu anggota
 dalam ikatan persaudaraan. Harapan yang diberikan seorang s
audara kepada saudaranya yang lain diberikan oleh pekerja 
kepada majikannya dan begitulah sebaliknya. 


Hubungan majikan, pekerja


Seorang saudara tidak akan merasa tenteram dan aman jika
 melihat saudaranya yang lain berada dalam keadaan sukar. 
Begitulah juga perasaan perlu ada dalam hubungan antara majikan dan pekerja.
 Tidak harus ada rasa prejudis antara kedua-dua golongan bersaudara itu. 



Majikan walaupun bebas mencari kekayaan dalam perniagaannya, 
tidak harus memerah keringat orang bawahan tanpa perkongsian 
keuntungan yang setimpal dan hanya mementingkan diri sendiri. 
Kebajikan yang adil juga harus diberikan oleh majikan kepada pekerja
 dan haruslah golongan pekerja diberi upah yang setimpal.

 

Rasulullah SAW bersabda:

 “Orang yang bekerja di bawahmu adalah saudaramu. 
Orang yang berkerja di bawah kamu sebenarnya diizinkan
 Allah mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya
 sebagai pekerja wajib memberikannya makanan dari apa yang
 mereka makan dan memberikan pakaian dari apa yang kamu pakai.
 Dan pekerja tidak harus dibebankan dengan tugas-tugas di luar 
kemampuan mereka. Jika kamu telah memberikan tugas berat
 maka hendaklah kamu menolong mereka.” 

(Riwayat al-Bukhari)

Di sebalik itu, pekerja harus jujur menjalankan tugasan
 yang telah diberikan dan tidak menekan majikan dengan tuntutan
 yang tidak wajar. Islam menggariskan prinsip yang perlu 
dalam melaksanakan tanggungjawab bekerja.

Hendaklah mencari pekerjaan yang halal dan tidak melanggar syarak. 
Melaksanakan amanah bekerja mestilah niat kerana Allah SWT dan 
tugas dilakukan dengan tekun, cekap, profesional serta penuh ihsan. 


Jangan curi tulang


Jangan sekali-kali mencuri tulang untuk melakukan
 aktiviti yang tidak berkaitan dengan pekerjaan seperti 
melayari laman sosial dan sebagainya pada waktu berkerja.

 

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Nabi bersabda:

“Sesungguhnya Allah suka melihat hamba-Nya 
yang menjalankan pekerjaan dengan tekun (teliti).”



Imam Ahmad meriwayatkan, Rasulullah bersabda:

 “Allah sukakan hamba-Nya yang berkerja.
 Barang siapa yang bertungkus lumus mencari sara hidup 
keluarganya maka ia seperti seorang mujahid pada jalan Allah.” 


Syariat Islam adalah rahmat untuk seluruh alam. Penghayatan kepada seluruh aspek syariat Islam membawa kita kepada jaminan kerahmatan daripada Allah. Selamat menyambut Hari Pekerja dan semoga selepas ini kita menjadi majikan serta pekerja yang lebih baik.


Penulis ialah Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) 



Teruskan membaca..

" Pekerja Pemangkin Transformasi Negara "

http://www.mppg.gov.my/image/image_gallery?uuid=ed02b877-0ae6-4aba-a0b0-f329bd49510b&groupId=275715&t=1367206742709






Sajak "Lebah dan Madu"
Antologi Kasut Kelopak Jantung,
 muka surat 20. 
Karya Siti Zaleha M. Hashim



Di pohon sana
pada dahan pohon tualang 
lihatlah lebah-lebah 
sudah membuat sarang 
serangga yang cergas 
sentiasa hidup sepakat
 sikap yang terpuji.


Ada ratu ada pekerja 
berkumpul dan bekerjasama
          madu manisnya
          penawar penyakit manusia.



Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meninggalkan jasa
seperti madumu yang istimewa

  https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhT2gwi8M9G4KPpONMrkZhfx8bfhEgkamYCIpJp_Xoa-t_NzYtYWFJ_JEdNYs_yi593PBca5huSBNTfso5gWz6HST46Hhiid_J_Aj-DscbK0n7OlfOxYxlUEyuBCc8zxVGpG6cH-HG7SZyM/s400/Katun+Hari+Pekerja.jpg
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...