Malaysia ke-71 daripada 144 negara
MALAYSIA menduduki tempat ke-71 di kalangan 144 negara yang
tersenarai dalam Laporan Tahunan 2012 : Kebebasan Ekonomi Dunia yang
dikeluarkan Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) dengan
usaha sama Fraser Institute Kanada serta 86 golongan pemikir dunia.
Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata, Malaysia membuat
kemajuan yang baik apabila menduduki tempat ke-71 tahun ini berbanding
tempat ke-78 pada 2011.
“Laporan ini sebenarnya sangat
penting untuk Malaysia memandangkan ia mengukur prestasi kita dalam
tahun ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
Model Baru Ekonomi (NEM) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP),”
katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.
Indeks Kebebasan Ekonomi tertangguh dua tahun berikutan kelewatan
penyiaran data global dan peningkatan kedudukan itu menunjukkan agenda
ekonomi kerajaan berjaya meningkatkan kedudukan negara yang susut sejak
beberapa dekad lalu.
Beliau berkata, kerajaan juga perlu
terus komited dalam meliberalisasikan semangat NEM dan mengelak
kecenderungan menawarkan habuan populis serta subsidi menjelang pilihan
raya umum memandangkan ia memberikan impak negatif ke atas kedudukan
Malaysia di peringkat dunia.
Laporan kali ini juga
menunjukkan sistem ekonomi yang lebih liberal berkait rapat dengan
pendapatan per kapita yang lebih tinggi serta pertumbuhan ekonomi.
“Ini bermakna kita boleh meningkatkan kualiti hidup golongan miskin
di Malaysia jika kita terus komited dalam meliberalisasikan lagi
ekonomi,” katanya.
Hong Kong sekali lagi mendominasi senarai
berkenaan dengan menduduki tangga teratas diikuti Singapura, New
Zealand dan Switzerland. Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia
mencatatkan kedudukan lebih baik berbanding Indonesia yang berada di
tangga ke-76, Thailand (87) dan Vietnam (96) namun, masih jauh
ketinggalan berbanding Singapura yang berada di tangga kedua.
Negara lain yang disenaraikan termasuk Amerika Syarikat menduduki
tangga ke-18, Jepun (20), Jerman (31), Perancis (47), Itali (83), Russia
(95), Brazil (105), China (107), dan India (111).
Teruskan membaca..
Kasih sayang sesama manusia
KITA digalakkan membaca lafaz Bismillah
dalam setiap urusan seharian
seperti dalam
zikir, doa, bacaan al-Quran, lebih-lebih
lagi ketika
mengerjakan solat.
Membaca Bismillah adalah lambang akidah,
betapa Allah amat menyayangi
hamba-Nya
walaupun kita menderhakai-Nya.
Dia masih mengurniakan kita
segala-galanya.
Apabila membaca Bismillah,
kita mengisytiharkan diri kita mesti
belajar
menyayangi sesama manusia. Nilai kasih sayang
amat hebat
kesannya dalam kehidupan.
Sekiranya nilai itu
hilang daripada hati manusia,
ia mengundang
pelbagai bencana.
Kejian demi kejian dan segala kebiadaban
menular
gara-gara hilangnya kasih sayang.
Cuba lihat masyarakat jahiliah yang
hancur nilai kemanusiaannya itu
mula berubah
sekelip mata apabila iman dibawa Rasulullah
mengajar cinta
dan kasih sayang.
Golongan tua perlu hormat kepada orang muda,
si kaya simpati dengan
si miskin sementara yang berkuasa menghormati golongan lemah.
Malah, sifat saling memberi keutamaan
kepada orang lain itu begitu
takjub hingga
tidak pernah direkodkan dalam sejarah.
Bukan saja sesama
manusia malah
terhadap haiwan juga.
Semua rahmat Allah mula mengalir
dalam sanubari insan. Lantaran itu
bagi
memulakan sesuatu kebaikan,
saling menghormati dan apa saja
kebaikan mesti bermula
dengan mencintai Allah.
Seorang mukmin juga perlu sentiasa
memelihara lidahnya daripada
mengeluarkan
perkataan keji, mencela dan melaknat orang lain,
malah
berhati-hati sepanjang masa.
Selain itu, umat Islam juga perlu
bersifat amanah kerana orang
yang
tidak amanah
tidak sempurna imannya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Tidak sempurna iman
bagi orang yang tidak beramanah
dan tidak sempurna
agama
bagi orang yang tidak menepati janji”
(Hadis riwayat Ahmad).
Sekali pun manusia mengaku dirinya beriman
dan beragama tetapi
khianat itu menjadi
pakaiannya, segala perintah Allah diabaikan
serta
larangan-Nya ‘dilanggar’.
Seorang mukmin sejati perlu memandang
semua orang beriman itu
sebagai saudaranya.
Kita perlu saling menghormati, menasihati dan
menerimanya dalam apa keadaan.
Orang yang tidak boleh menerima nasihat
atau tidak mahu menasihati
saudaranya
dinodai nafsunya. Mereka yang suka
bermusuhan sesama mukmin
bukanlah
daripada kalangan mukmin sejati.
Diriwayatkan daripada
Abdullah bin Amru bin al-As, katanya:
“Seseorang sudah bertanya Rasulullah:
Apakah sifat orang Islam yang
paling baik?
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Seseorang yang
menyelamatkan
orang Islam dengan lidah dan tangannya”
(Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
Allah pernah menunjukkan marah-Nya
pada kaum terdahulu seperti kaum
Nabi Nuh
lalu didatangkan banjir besar
selama berbulan-bulan.
Kepada kaum Nabi Luth yang melakukan
hubungan homoseksual, Allah
tunjukkan
juga marah-Nya dengan menterbalikkan
permukaan bumi ke bawah
dan
menaikkan segala isi yang berada
di dasar ke permukaan. Kesan dan
tandanya
masih boleh dilihat di Jordan sehingga kini.
Allah juga tenggelamkan Firaun dan Qarun
kerana keegoan mereka.
Justeru, sekiranya
kita ingkar, tidak mustahil juga kita
pasti menerima
nasib yang sama seperti
golongan yang dinyatakan itu.
Mohonlah kepada Allah
supaya kita sama-sama dijauhkan
daripada
segala bentuk malapetaka dan bala.
Semoga Allah mengampunkan dosa kita
dan mengurniakan barakah dan rahmat ke
atas bumi yang kita diami ini.
....
...
Teruskan membaca..