Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, December 18, 2011

Janji sebagai amanah perlu ditepati



MENEPATI janji adalah amalan yang wujud dalam diri manusia sejak lahir lagi, yakni berbentuk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ini kerana, janji yang tersemai bukan saja dibuat sesama manusia, malah janji bersama pencipta, iaitu Allah SWT.

Namun, ramai tidak sedar apabila roh seorang Muslim ditiup ke dalam tubuh badan seseorang sewaktu dalam kandungan, wujud satu ikatan janji di antara Pencipta dan hamba-Nya.


Janji itu adalah berbakti kepada Allah SWT dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya.

Itu janji di antara hamba dan Pencipta dan sebagai khalifah yang dilantik mentadbir bumi, manusia juga terikat dengan tanggungjawab sebagai amanah atau janji yang perlu dilaksana.


Janji ini termasuk tanggungjawab pemerintah dengan rakyat, tanggungjawab Muslim terhadap agamanya dan paling mudah, tanggungjawab seorang suami terhadap isteri dan anak, tanggungjawab anak terhadap ibu dan bapa, tanggungjawab guru terhadap pelajarnya serta tanggungjawab pekerja terhadap tugasnya.


Tanggungjawab ini sebenarnya tergolong dalam amanah yang perlu dilaksana. Amanah ini pula diterima sebagai janji sama ada secara lisan, bertulis atau sebagainya.

Firman Allah SWT dalam surah Surah Al-Mukminun ayat 8 hingga 11, bermaksud:




“Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya,

mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus

mereka kekal di dalamnya.”





Disebabkan itu, apabila kita gagal melaksanakan janji, akan merosot iman dan jauh dirinya daripada ketakwaan kepada Allah SWT.


Menepati janji atau tanggungjawab adalah tuntutan syarak, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Israk, ayat 34, bermaksud:




“Dan sempurnakanlah perjanjian

dengan Allah dan dengan manusia,

sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.”




Namun, pada masa kini, ramai melihat kedudukan amanah, tanggungjawab dan janji dalam kedudukan berbeza. Sedangkan ketiga-tiga perkara ini sebenarnya ikatan janji yang perlu dilaksanakan setiap manusia.

Apabila seseorang itu meringan-ringankan janjinya atau gagal menepatinya, masuklah dia dalam golongan manusia munafik yang dibenci dan dimurkai Allah SWT sebagaimana firman- Nya bermaksud:




“Wahai orang-orang yang beriman,

mengapa kamu memperkatakan

apa yang kamu tidak lakukan.

Amat besar kebenciannya di sisi Allah,

kamu memperkatakan sesuatu yang kamu

tidak melakukannya.”

(Al-Saff, 2-3)







Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:





“Tanda-tanda orang munafik itu

ada tiga iaitu apabila dia bercakap,

dia berbohong dan apabila berjanji,

dia mungkir dan apabila diamanahkan, dia khianat.”





Perlu diingat dan diketahui, munafik adalah sifat sangat keji dan balasannya pula sangat berat sebagaimana firman Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 145, bermaksud:





“Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu

ditempatkan pada tingkat terkebawah sekali

daripada lapisan-lapisan dalam neraka.

Dan tidak sekali-kali akan mendapat pertolongan

daripada sesiapapun.”





Sebenarnya, agama Islam banyak menunjuk ajar dan melatih kita bagaimana untuk menepati janji tetapi mungkin kita tidak menyedarinya. Cuba kita lihat ibadat sembahyang lima waktu yang diwajibkan ke atas umat Islam, dengan ditentukan waktunya sekali.


Bukankah kita dikehendaki melakukan solat itu dalam waktunya? Ini bermakna ia perjanjian hamba dengan Allah SWT dan hamba itu wajib mentaati perintah-Nya. Jika perintah ini dapat kita lakukan, tentu kita boleh mendisiplinkan diri ke arah menepati janji.


Memandangkan janji itu satu amanah dan mungkir janji pula perbuatan orang munafik dan berdosa besar, agama Islam menentukan adab yang perlu diikuti apabila membuat janji seperti mengucapkan lafaz insya- Allah apabila berjanji.





Sumber











Teruskan membaca..

Pejabat canggih dunia


Pejabat canggih dunia





CANGGIH... bangunan syarikat Google.

CANGGIH... bangunan syarikat Google.


GOOGLE memerlukan juruteranya mencetuskan idea pintar. Untuk membolehkan mereka berbuat demikian, suasana kerja seperti di rumah siri Big Brother dapat membantu.

Ibu pejabat syarikat enjin pencarian Internet terkemuka di London yang terletak di Victoria meliputi tiga tingkat. Bagaimanapun, minggu lalu, sebahagian daripada 350 kakitangannya mula bekerja di tingkat kejuruteraan yang disusun semula, dipanggil L4, antara pejabat paling canggih di dunia.


Bilik mesyuarat dilengkapi sofa bersegi ganjil, koridornya kelihatan seperti di dalam kapal angkasa Enterprise dan pekerjanya boleh bermain snuker dan permainan video ketika waktu rehat.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pejabatcanggihdunia/pix_gal1


Naib Presiden Kejuruteraan Google, Nelson Mattos berkata: “Kami menggunakan khidmat jurutera terbaik dan paling pintar di Britain dan menempatkan mereka bersama dalam suasana yang mempunyai ciri kreativiti, santai dan paling menyeronokkan.


“Ketika Google merancang membina pejabat baru, mereka memulakannya dengan di atas kanvas kosong. Semua dinding diruntuhkan dan perabot dikeluarkan. Kemudian, impian memiliki pejabat yang unik diatur dan dijelmakan bagi memastikan kakitangannya berada di tahap kepuasan tinggi.” Jelas, idea menjadi bahagian terpenting untuk bekerja dengan Google dan pejabat baru itu memiliki ruang secukupnya untuk melakar idea itu kerana sebahagian dinding koridor dilengkapi dengan papan putih yang besar.


Dalam pada itu, untuk memastikan juruteranya tidak kekeringan idea, makanan dan minuman secukupnya disediakan. Ada ‘makmal kopi’ yang menyediakan 19 jenis minuman kopi dan empat restoran yang menyediakan makanan, termasuk tapas (makanan Sepanyol) dan sushi. Pekerja tidak perlu risau mengenai harga kerana semuanya percuma.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pejabatcanggihdunia/pix_gal2



Ada juga gimnasium, bilik muzik kalis bunyi dengan dram dan gitar serta bilik permainan dengan meja snuker, konsol video dan sebuah televisyen besar.


Malah, pejabat Google itu turut menawarkan versi tersendiri taman Big Brother, lengkap dengan kerusi santai, permaidani yang menyerupai rumput serta sampan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pejabatcanggihdunia/pix_gal3

“Pejabat yang santai dan ganjil tidak menjejaskan kepintaran dan kebijaksanaan. Pengalaman kami membuktikan suasana selesa, terbuka dan seronok meningkatkan kreativiti dan keterbukaan.


“Ruang terbuka memberi lebih banyak peluang untuk berinteraksi dan ia mendorong tercetusnya idea lebih baik. Sebahagian besar produk kami datang daripada kumpulan yang tidak mempunyai hubung kait tetapi menemui sesuatu mengenai kerja masing-masing menerusi perbincangan mengenai pendekatan terbaru,” kata Mattos.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pejabatcanggihdunia/pix_gal4




Syarikat itu berminat menunjukkan bahawa pejabat mereka di London sangat penting dalam operasi globalnya. Kakitangannya bertanggungjawab mencipta sebahagian besar aplikasi popular Android dan iPhone.


Pencarian suara, pencarian tempatan penyendirian dan elemen penyemak imbas semuanya dihasilkan di London. Sudah tentu tidak ada kakitangan di pejabat itu mahu disingkirkan.






Teruskan membaca..

Buka pejabat di laut



Buka pejabat di laut





pix_middle


ANDA pernah mendengar mengenai syarikat teknologi tinggi yang bermula di garaj di Lembah Silicon. Bagaimana dengan sebuah kapal?

Itu idea yang ditimbulkan oleh beberapa rakan yang mahu melabuhkan sebuah kapal di luar pantai dengan menjadikannya bandar terapung bagi menempatkan usahawan asing yang mempunyai impian mewujudkan sebuah syarikat seperti Google tetapi tidak memperoleh visa untuk bekerja di Amerika Syarikat.


Blueseed yang berpangkalan di Sunnyvale berkata, undang-undang imigresen Amerika Syarikat ketika ini boleh memusnahkan impian, inovasi dan peluang pekerjaan untuk warga asing di negara itu. Dengan adanya bandar raya terapung itu, ia boleh menjadi ‘penawar’ apabila ia dapat memberikan usahawan asing tempat untuk membina syarikat mereka dengan menaiki bot dalam masa yang singkat daripada hab teknologi tinggi.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukapejabatdilaut/pix_gal1


“Ramai orang berkata: ‘Saya berminat untuk ke Silicon Valley.’ Tetapi tidak ada cara untuk mereka berbuat demikian,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Blueseed, Max Marty.


Marty, anak pendatang Cuba mendapat idea mengenai bandar raya terapung itu selepas mendengar keluhan beberapa rakan sekuliah di Sekolah Perdagangan Universiti Miami yang kecewa kerana terpaksa meninggalkan Amerika Syarikat selepas menamatkan pengajian. Menurut Marty, bandar raya terapung itu akan dibina dengan menggunakan kapal pelancong, tongkang atau kapal pengangkut pesawat yang sudah diubah suai dan dan boleh menempatkan kira-kira 1,000 orang dan berlabuh kira-kira 19 kilometer di perairan antarabangsa ke barat daya San Francisco.


“Ia boleh didaftarkan di negara yang mempunyai sistem perundangan yang bereputasi baik, seperti Bahamas atau Kepulauan Marshall,” kata Marty.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukapejabatdilaut/pix_gal2


Katanya, kerana alasan ekonomi, kapal pelancong mungkin boleh dibeli dengan harga murah ketika ini. “Banyak kapal pelancong yang tersadai kerana masalah kemelesetan ekonomi. Tidak ada masalah untuk mendapatkannya.” Apabila menjadi kenyataan kelak, penduduknya akan diwajibkan mengikut undang-undang negara tempat kapal itu didaftarkan. Mereka akan dibawa ke darat dengan mengguna visa perniagaan sementara atau pelancong untuk menemui pelabur, rakan perniagaan dan lain-lain. Presiden Blueseed, Dario Mutabdzija, berkata, perbincangan bersemuka tidak boleh dipandang remeh apabila berusaha untuk mendapatkan kepercayaan dan mendapatkan dana daripada pelabur.


“Memang benar kita hidup dalam zaman yang saling berkait menerusi Skype atau dan sidang video yang lain. Tetapi, jika anda ingin mengembangkan sebuah syarikat, interaksi fizikal adalah amat penting. Dengan berpusat di bandar raya terapung itu, ia akan membolehkan usahawan untuk berinteraksi secara fizikal dengan bakal pelabur. Mereka hanya perlu menaiki bot dan mendarat di Lembah Silicon. Kerana itu kedekatan dengan hab teknologi tinggi itu.” Bandar raya terapung itu boleh terdiri daripada kapal pelancongan atau tongkang yang sudah diubahsuai dan disewa atau dimiliki oleh Blueseed. Ia akan mempunyai segala kemudahan teknologi tinggi yang diharapkan lengkap dengan kemudahan seperti yang terdapat di pejabat gergasi Internet seperti Facebook dan Google. Kos untuk ruang bekerja dan tempat tinggal mungkin sekitar AS$1,200 sebulan.




Sokongan logistik, termasuk makanan dan bekalan lain akan diperoleh menerusi perniagaan tempatan di sepanjang pantai, lantas membantu ekonomi Half Moon Bay dan San Francisco meskipun sehingga ini belum dapat dipastikan dengan tepat pelabuhan mana yang akan digunakan oleh Blueseed. Sebuah helikopter juga akan disediakan untuk kecemasan.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bukapejabatdilaut/pix_gal3



Idea Blueseed sudah mendapat sokongan. Pelabur Lembah Silicon, Peter Thiel yang juga pengasas PayPal mengumumkan, beliau akan mengetuai kajian membiayai Blueseed yang merancang mendapatkan pelaburan antara AS$10 juta hingga AS$30 juta dalam masa setahun setengah. Projek itu dijadual dilancarkan hujung 2013.




Sumber








Teruskan membaca..

One Dumb Blonde Goes Up The Down Escalator
























Teruskan membaca..

30 sekolah dipilih jalani projek tenaga solar



http://farm7.staticflickr.com/6095/6403369431_cd15c06707_b.jpg


30 sekolah dipilih jalani projek tenaga solar



SEKINCHAN: Sebanyak 30 sekolah khususnya di kawasan luar bandar akan dipilih tahun depan untuk menjalani projek tenaga solar dalam usaha membangun dan mempromosikan keupayaan teknologi sumber tenaga diperbaharui itu.



Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata projek itu akan dilaksanakan penjana tenaga bebas (IPP) dengan pembiayaan menerusi dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) di bawah kendalian kementeriannya.


"Projek ini akan dijalankan di 30 sekolah terpilih mulai tahun depan, didahului sebuah sekolah di Parlimen Sungai Besar," katanya selepas melancarkan Karnival Komuniti Hijau Peringkat Selangor bertemakan '1 Hijau 1 Komuniti' anjuran kementerian berkenaan di sini, hari ini.
Peter Chin berkata, tenaga solar yang dihasilkan di sekolah itu kelak akan disalurkan menerusi talian kabel Tenaga Nasional Berhad untuk dijual kepada syarikat utiliti itu.




Peter Chin berkata, lima sekolah di negara ini sudah menjalani projek perintis tenaga solar itu sebelum ini.



Beliau berkata, program itu adalah usaha kementerian untuk mendidik dan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.



“Pelbagai insentif kewangan turut disediakan bagi menggalakkan syarikat swasta mengambil langkah serius mengamalkan aplikasi teknologi hijau dalam penghasilan produk dan perkhidmatan mereka,” katanya. - BERNAMA





Teruskan membaca..

Wanita Terkecil Di Dunia




IYOTI bintang baru di Bollywood.

YOTI bintang baru di Bollywood


RASMI... Iyoti diukur untuk memastikan rekod dunia terbaru, miliknya.

RASMI...

Iyoti diukur untuk memastikan

rekod dunia terbaru, miliknya.





INDIA: Si Kecil Iyoti Amge yang genap 18 tahun semalam, sudah berjaya memenuhi impian besarnya - menjadi wanita terkecil, di dunia.



Remaja setinggi 59.7 sentimeter dan mempunyai berat badan lima kilogram ini, berjaya merampas ‘takhta’ itu daripada seorang wanita Amerika Syarikat, Brigette Jordan yang mempunyai ketinggian 60.96 sentimeter.



Dengan gembira, Iyoti berkata, “Sudah menjadi impian saya sejak beberapa tahun untuk dikenali sebagai wanita terkecil dunia. Sekarang saya tidak perlu menunggu lama lagi!”
Semalam, wakil dari Rekod Dunia Guinness mengukur beliau dan secara rasmi isytiharkannya sebagai wanita paling kecil di dunia.



Dia menyambut hari jadinya dengan sebuah kek yang hampir sama besar dengan tubuhnya.



Iyoti dari Nagpur India, mengalami penyakit kerdil dinamakan ‘achondroplasia’ yang menyekat pertumbuhan sejak usianya satu tahun.



Masalah pertumbuhan menyebabkan tulangnya rapuh dan menyebabkan dia memerlukan penjagaan untuk seumur hidupnya.




Tetapi, Iyoti yang juga seorang pelakon baru tidak akan membiarkan masalah kesihatannya menghalang dia daripada berlakon dalam dua filem Bollywood tahun depan.




Katanya, “Saya mahu buatkan orang gembira.”



Dia mahu dilayan seperti gadis remaja lain.





Dia gemar bersolek dan keluar membeli belah bersama rakan-rakannya.




Sumber








Teruskan membaca..

Abu al-Quran jadi buruan



DIBURU...Rahmat menunjukkan abu al-Quran yang dipercayai sesetengah pihak mempunyai khasiat tersendiri.
DIBURU...Rahmat menunjukkan abu al-Quran
yang dipercayai sesetengah pihak mempunyai khasiat tersendiri.




IPOH: Abu pembakaran al-Quran oleh sebuah syarikat yang diberi tanggungjawab melupuskan kitab suci yang rosak kini diburu orang ramai untuk pelbagai tujuan, termasuk mengubati penyakit dan ada yang mencampurkannya ke dalam air untuk diminum anak supaya terang hati.

Itu antara perbuatan pelik segelintir orang yang percaya abu al-Quran mempunyai keistimewaan seperti diceritakan pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang menguruskan pembakaran naskah al-Quran untuk tujuan pelupusan.


Katanya, dia menyedari perkara itu selepas orang yang datang mengambil abu berkenaan bertambah sejak berita pembuangan abu puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan ke dalam laut berhampiran Pulau Sembilan di Lumut, Perak, disiarkan media Oktober lalu.

“Kebanyakannya memberi pelbagai alasan. Seorang lelaki mahu mencampurkan abu itu ke dalam air untuk diminum anaknya supaya pandai membaca al-Quran.


“Saya membenarkannya mengambil sedikit abu tetapi memaklumkan hanya untuk sekali. Saya mengingatkan ia tidak boleh dijadikan kepercayaan sebaliknya ikhtiar semata-mata, selebihnya berserah kepada Allah,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Bagaimanapun, katanya, tidak semua yang datang dibenarkan mengambil abu berkenaan.naskah al-Quran itu.

Katanya, pertambahan mendadak pengunjung menyebabkannya mengambil langkah keselamatan tambahan bagi mengelak kecurian abu Al-Quran.


“Saya tengok orangnya juga dan hanya memberinya kepada orang yang ikhlas mahu menggunakannya sebagai ikhtiar. “Saya bimbang ada pihak yang mahu menggunakan abu ini untuk tujuan tidak elok. Berikutan semakin ramai yang datang semata-mata untuk mengambil abu, saya memberi peringatan lebih awal mengenai larangan pengambilan abu,” katanya.

Perkara ini mungkin disebabkan kejadian luar biasa ketika proses pembuangan abu pembakaran naskhah al-Quran di Pulau Sembilan apabila abu yang dibuang ke laut, berwarna kelabu yang dianggap pelik berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.


Ia disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di laut dalam.


Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut menggunakan van milik syarikat berkenaan.


Katanya, pelupusan sisa ayat Al-Quran dalam apa juga bentuk perlu dilakukan mengikut tertib demi menjaga kesucian wahyu Allah.


yang menjadi mukjizat Nabi Muhammad dan panduan hidup umat Islam hingga kiamat.


Menurutnya, al-Quran yang buruk, tidak berkulit dan koyak atau risalah serta buku teks yang mempunyai ayat al-Quran perlu dilupuskan dengan cara tertib.


Katanya, bahan terkumpul dilupus menggunakan mesin pembakar khas (insinerator) dibangunkan syarikatnya di Pusat Pengumpulan dan Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.


Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harrusani Zakaria menegur sinis pihak yang berpegang kepada kepercayaan berkenaan.


“Bukan khasiat yang kita dapat, sakit perut mungkin. Saya minta mereka berhenti melakukannya kerana tidak memberi kesan.


“Mereka sepatutnya melakukan cara yang paling mudah iaitu bersembahyang, berdoa dan bertawakal,” katanya.




Sumber






Teruskan membaca..

Chu Sian, Nur Suryani Olimpian MOM 2011



Chu Sian, Nur Suryani Olimpian MOM 2011


Nur Suryani Mohamed Taibi dan Cheng Chu Sian bersama
cek kemenangan RM10,000 selepas dipilih Olimpian MOM 2011 di Kuala Lumpur, malam tadi.




KUALA LUMPUR - Atlet memanah Cheng Chu Sian dan penembak wanita Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olimpian Majlis Olimpik Malaysia (MOM) 2011, semalam.

Kedua-duanya dinilai melalui pencapaian pada Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 bulan lalu.

Chu Sian yang telah pun menempah tiket ke Sukan Olimpik 2012 di London meraih dua pingat emas pada temasya dwi tahunan itu.

Chu Sian, 25, yang membawa misi besar untuk memburu pingat pada Sukan Olimpik mengutip emas pertama di Jakarta dalam acara recurve individu lelaki selepas mengalahkan rakan sepasukan, Mohamad Khairul Anuar 6-2 dalam final.

Dia kemudian mengetuai Malaysia menjuarai acara berpasukan bersama Khairul dan Haziq Kamaruddin, malah turut memenangi pingat perak dalam kemunculan sulung acara beregu campuran bersama Nurul Syafiqah Hashim.

Chu Sian berkata, anugerah yang dimenanginya itu merupakan satu penghormatan buatnya sepanjang menceburkan diri dalam bidang sukan.

"Saya gembira dengan anugerah ini kerana ia adalah kali pertama saya mendapat pengiktirafan sebegini. Ini membakar semangat saya untuk beraksi cemerlang di London 2012 nanti," katanya.

Begitu juga Nur Suryani yang turut membawa pulang dua emas dalam temasya sama.

Nur Suryani akan sentiasa diingat sebagai penyumbang emas pertama kontinjen Malaysia di Indonesia apabila menjuarai acara 50m rifle tiga posisi dalam keadaan perut meragam.

Penembak berusia 29 tahun itu kemudian memahat sejarah menembak negara apabila muncul penembak pertama Malaysia berjaya merangkul dua pingat emas dalam satu temasya dengan menjuarai acara 10m air rifle.

Suriani ketika ditemui berkata: "Saya berasa berbaloi dengan anugerah ini, meskipun sedar saingan daripada calon-calon lain sengit.

"Selepas ini saya akan memberi tumpuan untuk memburu tiket ke Olimpik pada tahun depan pula."

Dalam pada itu, pemilihan Chu Sian sebagai Olimpian 2011 mengetepikan pencabar terdekat antaranya atlet terjun Byran Nickson Lomas dan atlet boling Adrian Ang.

Kejayaan Nur Suryani pula cukup buatnya untuk menewaskan tiga lagi calon wanita, Fatehah Mustapa (basikal) serta dua atlet renang berirama, Png Hui Chuen dan Katrina Ann Abdul Hadi.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Saingan merebut anugerah Olimpian 2011 antara yang paling sengit sejak ia diperkenalkan pada 1993 kerana semua enam calon akhir (tiga lelaki, tiga wanita) yang dipilih menampilkan prestasi amat cemerlang pada Sukan SEA XXVI, dan merangkul lebih daripada sebutir pingat emas.

Tahun lalu, jaguh karate negara, R. Puvaneswaran serta pemain skuasy wanita No. 1 Dunia, Datuk Nicol David dipilih sebagai pemenang Olimpian.





Sumber









Teruskan membaca..

Al-Quran bahasa Belanda



Al-Quran bahasa Belanda



KITAB al-Quran itu dipercayai dicetak pada tahun 1934 dan tertera tulisan De Heilige Qoer-an.





SURAKARTA - Senaskhah al-Quran yang mempunyai terjemahan bahasa Belanda ditemui di muzium tertua di Indonesia, Muzium Radya Pustaka di sini, Jawa Tengah.



Al-Quran itu dipercayai dicetak pada tahun 1934 dan tertera tulisan De Heilige Qoer-an.



Melihat keadaan al-Quran tersebut, ia seperti buku kuno yang tersimpan lama dengan warna kertasnya telah bertukar menjadi kuning kecoklatan dan beberapa halaman telah hilang.



Ketua jawatankuasa Muzium Radya Pustaka, Sandjata berkata, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai kewujudan al-Quran itu sehinggalah ia ditemui pada 2009.



"Ia ditemui di gudang oleh kakitangan muzium bersama seorang pelajar Universiti Sebelas Maret (UNS) yang menjalani latihan praktikal di muzium ini.



"Saya sendiri tidak tahu sejak bila dan kenapa ia boleh berada di sini tetapi apa yang pasti muzium ini adalah bekas bangunan milik Belanda ketika negara ini dijajah,"katanya kepada VIVAnews.



Tebal al-Quran ini ialah 10 sentimeter dan ia terbahagi kepada dua bahagian yang mana bahagian kiri tertulis ayat-ayat al-Quran dan di sebelah kanannya pula tertera terjemahan dalam bahasa Belanda dan ia lengkap 30 juzuk. - AGENSI





Sumber





Teruskan membaca..

MRT tergendala



MRT tergendala





RIBUAN penumpang terkandas di stesen kereta api MRT di Singapura, kelmarin. – AFP






SINGAPURA 16 Dis. – Beribu-ribu penumpang terkandas apabila sistem pengangkutan MRT (Transit Rel Massa) negara ini, tiba-tiba terhenti pada waktu puncak semalam, mengakibatkan orang ramai terperangkap dalam kegelapan selama lebih lima jam.



Kejadian itu berlaku pada pukul 6.50 petang di laluan MRT Utara-Selatan. Ia dilapor berpunca daripada masalah bekalan elektrik.



Akhbar Straits Times melaporkan, penumpang di sebuah daripada gerabak kereta api itu terpaksa memecahkan tingkap bagi membolehkan udara masuk selepas pemandu enggan membuka pintu atas sebab-sebab keselamatan.



Sebahagian penumpang yang terkandas turut berjalan di sepanjang terowong yang gelap untuk ke stesen-stesen berhampiran, dalam kejadian terburuk sepanjang 24 tahun operasi MRT tersebut.



Straits Times melaporkan, seorang wanita turut pengsan dalam kejadian berkenaan.



“Kami bergelap dan terperangkap tanpa udara. Keadaan sungguh gelap dan kami hanya menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan cahaya,” kata penumpang, Oh Shu Fen, 23, kepada akhbar tersebut.



Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.



Perkhidmatan MRT hanya disambung semula lebih lima jam kemudian.



Operator MRT, SMRT Corp. Ltd. hari ini memohon maaf atas kesulitan tersebut dan berjanji akan menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. – AFP





Sumber












Teruskan membaca..

Amerika tempatkan kapal tempur baru di Singapura



Amerika tempatkan kapal tempur baru di Singapura




Kapal tempur Amerika, USS Freedom (LCS 1) sedang berlayar di Lautan Atlantik. - AGENSI






WASHINGTON 16 Dis. - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) akan menempatkan kapal tempur baru di kawasan pesisir pantai di perairan Singapura dan Filipina dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tindakan yang akan meningkatkan kebimbangan China dikepung oleh Barat.



Ketua Operasi Lautnya, Laksamana Jonathan Greenert berkata, pasukan keselamatan itu memberi fokus untuk meningkatkan strategik maritim di rantau Asia Pasifik.



Tentera laut merancang menempatkan kapal tempur pesisir pantai (LCS) terbaru di pusat tentera laut Singapura sejajar dengan rancangan diumumkan Presiden, Barack Obama untuk memulakan kerahan anggota marin secara pusingan ke Darwin, Australia bermula tahun depan, katanya dalam jurnal Proceeding yang diterbitkan oleh Institut Tentera Laut AS.



Beliau berkata, kapal AS di Singapura akan menjalankan kerjasama memerangi lanun atau penyeludupan di sekitar Laut China Selatan.



''Pada 2025, pesawat Poseidon P-8A atau pesawat pemantau maritim kawalan jauh akan dijadualkan ke Filipina atau Thailand bagi membantu memantau maritim negara berkenaan,'' ujarnya.



Sumber berkata, tentera laut juga menimbang untuk menempatkan kapal perang di Filipina.



Pada bulan lepas, AS dan Australia mengumumkan rancangan untuk meningkatkan kehadiran tentera AS di Asia Pasifik dengan 2,500 anggota marin AS beroperasi di Darwin.



Tuntutan bertindih ke atas kawasan perairan di Laut China Selatan merupakan ancaman keselamatan terbesar di Asia ekoran dituntut oleh China, Taiwan, Filipina, Malaysia, Vietnam dan Brunei. - REUTERS





Sumber







Teruskan membaca..

Tangani segera isu bantahan skim SBPA




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCLYr2QUHzuy3LbkSqYLLdyeuuV0ghje0M_xF25nj0t_XP1kxKGeibKBilNoYqpN6UtrAb0UCdkzNFPnjZeUObhbpjl00TCSZbg0Ye3K5Io_5OBAP7XiFty_Udzx2w7yhGPVP8hZIJrLc/s1600/Pekeliling+Sistem+Saraan+Baru+Perkhidmatan+Awam+SBPA.jpeg





Tangani segera isu bantahan skim SBPA




DI Pusat Khidmat Ahli Parlimen Putrajaya di Presint Diplomatik pagi semalam, pegawai pusat khidmat berkenaan menerima kedatangan tiga orang penjawat awam. Tidak seperti mana kebiasaannya didatangi isu-isu kecil, kali ini ia didatangkan tentang soal bantahan terhadap skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).




Salah seorang daripadanya berkata, jika dahulu penilaian kenaikan gaji berdasarkan prestasi, menerusi SBPA nanti, ia akan ditentukan oleh cadangan daripada bos mereka. "Kalau menerusi cadangan, dapatkah kami kenaikan gaji yang lebih baik, apa jaminan kepada kakitangan sokongan," katanya.



Isu mengenai bantahan terhadap skim SBPA ini perlu diselesaikan segera. Ini memandangkan hampir 90 peratus daripada jumlah pengundi di Putrajaya terdiri daripada penjawat awam. Daripada keseluruhan 90 peratus itu pula, 90 peratus daripadanya adalah kumpulan sokongan.



Kerajaan sejak kebelakangan ini telah bermula dengan baik dalam langkah-langkahnya yang cenderung memenangkan pihak rakyat dalam soal yang berupa kepentingan untuk rakyat. Apatah lagi kepada penjawat awam. Imbuhan RM100 kepada pelajar sekolah sudah disalurkan, bantuan RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pun sedang diusahakan.



Kemungkinan masih ramai yang tidak memahami terma yang terkandung dalam SBPA ini.



Dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga membantah skim ini kerana menurut Presidennya, Datuk Omar Osman banyak perkara yang tidak jelas dalam tawaran berkenaan. Kesatuan tersebut yang mewakili 1.4 juta penjawat awam mahukan rundingan lanjut diadakan bagi membincangkan mengenai skim berkenaan.



SPBA diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300.



Dalam pengamatan kerajaan, skim ini baik untuk penjawat awam tetapi di sebelah pihak ia barangkali ada terma yang tidak bersesuaian.



Sewajarnya tidak ada unsur paksaan untuk penjawat awam menandatangani surat tawaran skim SBPA yang ditutup 30 Disember ini.



Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah ketika mengulas mengenai tawaran skim itu baru-baru ini menyatakan, hanya penjawat awam yang mempunyai alasan yang munasabah dibenarkan memulangkan surat tawaran itu selepas tarikh berkenaan seperti sakit atau berada di luar negara.



Dan mereka yang tidak menerima opsyen itu akan kekal kepada skim perkhidmatan lama sekali gus tidak akan menerima sebarang penambahbaikan terhadap skim tersebut.



Apa pun, penulis berharap pertemuan Exco-exco CUEPACS dengan Perdana Menteri pada tengah hari 22 Disember ini bagi berunding mengenai bantahan skim SBPA tersebut, akan ada situasi 'menang-menang'.




Sumber






Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...