Kim Swee enggan letak sasaran tinggi
Liga Singapura jadi pentas terbaik untuk pendedahan kepada pemain Harimau Muda
JURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak mahu terlalu memikirkan untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pembabitan pasukan itu pada saingan Liga Singapura 2012 namun sebaliknya menjadikan ia sebagai pentas terbaik sebagai pendedahan kepada pemain.
Situasi itu jelas berbeza dengan apa yang dilakukan pasukan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain melebihi umur 23 tahun bagi memperkuatkan Lions XII untuk bersaing dalam Liga Super musim depan.
Sementara itu, Kim Swee akan memberi lebih masa kepada Wan Zack Haikal Wan Noor untuk mengembalikan prestasi sentuhan berbisanya.
Sudah tentu Wan Zack tidak ada masalah cuma sekarang prestasinya yang tidak menentu. Saya percaya ia kerana dia lama tidak bermain dan beliau (Wan Zack) memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan kembali sentuhan yang biasa dia lakukan sebelum ini.
Manakala Nazmi (Faiz Mansor) masih lagi menjalani beberapa ujian tapi dia (Nazmi) masih dapat menjalani latihan seperti biasa, katanya.
No comments:
Post a Comment