Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, November 16, 2013

:)


Teruskan membaca..

Membentuk anak genius

Membentuk anak genius




Membentuk anak genius
Ekspo beri peluang kanak-kanak
 teroka kemampuan minda 

 
Ekspo beri peluang kanak-kanak teroka kemampuan minda


 
IBU bapa perlu berkemahiran mengenal pasti perkembangan minda anak bagi membolehkan mereka lebih peka kepada keperluan berdasarkan keupayaan anak-anak mempelajari sesuatu perkara baru. 





Kajian saintifik membuktikan minda genius boleh dibentuk, ini berdasarkan fakta bahawa 80 peratus daripada pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku dalam tempoh 1,365 hari pertama kehidupan, bermula di dalam rahim, berterusan hingga usia tiga tahun. 





Ini menunjukkan betapa pentingnya usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum sepanjang tempoh penting ini.

Pengetahuan serta kemahiran itu diterjemahkan kepada umum menerusi ekspo minda anjuran pengeluar susu formula terkemuka Mead Johnson Nutrition menerusi jenama Enfagrow A+. 



 

Pameran interaktif itu menjadi taman penerokaan kanak-kanak untuk mengenal pasti otak manusia dan mengenali blok binaan otak yang membentuk potensi genius mereka. 



 

Pengarah Kawal Selia dan Hal-Ehwal Korporat Mead Johnson Nutrition bagi Malaysia/Singapura/Brunei/Indonesia, Rohaya Mamat, berkata pihaknya menyediakan pelbagai permainan dan aktiviti menarik, bertujuan meneroka satu otak manusia bersaiz mega. 





Gambaran jelas kata beliau, diberikan terutama untuk mengenal pasti ciri genius dalam diri berdasarkan hasil penyelidikan klinikal daripada pakar.

“Ciri berkenaan termasuk memiliki visual penglihatan lebih tajam, kemahiran menyelesaikan masalah dengan lebih baik, perkembangan intelektual lebih tinggi dan berkemahiran bahasa secara pantas,” katanya pada sidang media di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 



 

Turut hadir pada sesi itu, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition Malaysia, Singapura dan Brunei, Martin Wever, Pengurus Pemasaran Malaysia Singapura dan Brunei, Kenny Wong dan Linah Lim. 



 

Rohaya berkata, empat elemen genius iaitu pemahaman bahasa yang lebih pantas termasuklah penggunaan perkataan, pengumpulan perbendaharaan kata dan keupayaan mengekspresi diri secara verbal. 



 

Individu genius itu juga katanya, memiliki tahap intelektual lebih tinggi apabila dia boleh mempelajari, memahami dan mengetahui dengan cepat. Kategori ini juga berkemahiran penyelesaian masalah secara sistematik termasuk mempunyai daya pemerhatian yang tajam, dan mempunyai pemikiran analitikal dan pemahaman secara logik. 



 

Pengunjung juga, kata beliau, mendapat bimbingan daripada pelajar dan kakitangan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjawab memberi penerangan menyeluruh mengenai fungsi otak dan aktiviti berkaitan. 



 

Ketua Jabatan Anatomi Manusia, Prof Dr Fauziah Othman dan Pensyarah Kanan dan Koordinator Muzium Anatomi Manusia, Dr Cheah Pike See, memimpin pasukan terdiri daripada pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 program Doktor Perubatan, pelajar pascaijazah pengkhususan kajian anatomi manusia. 



 

Organisasi Bersama Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (The Joint Food and Agriculture Organisation) (FAO) dan Organisasi Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) (WHO), menyarankan pengambilan pemakanan harian Asid Docosahexaenoic (DHA) itu asid lemak rantaian panjang omega-3, sebagai elemen asas proses pembinaan otak yang sempurna. 



 

DHA sebanyak 10-12 mg/kg berat badan kanak-kanak berusia 12-24 bulan, atau 100-150mg DHA+EPA untuk kanak-kanak berusia dua tahun ke atas, dan 150-200mg DHA+EPA untuk kanak-kanak empat tahun ke atas. 



 

Otak manusia mengandungi 60 peratus lemak, dan DHA asid lemak paling banyak di dalamnya, mengandungi 25-35 peratus, kandungan itu menggalakkan perkembangan otak dan meningkatkan hubungan neuron serta transmisi maklumat. 



 

Apabila seorang kanak-kanak menerima kadar DHA mencukupi dan nutrien penting yang lain, ini merangsang perkembangan yang membawa kepada ciri genius. 



 

Kenali sifat genius anak 



 

Alami perjalanan menerokai otak manusia dan mengenali blok binaan untuk membentuk potensi kanak-kanak genius. Ekspo menyediakan pengalaman dikongsi daripada pakar dalam perkembangan peringkat awal kanak-kanak dan kepintaran mengadakan aktiviti menarik dan ceria. 



 

Setiap aktiviti boleh disertai kanak-kanak daripada semua peringkat usia, dan juga menyediakan maklumat pakar mengenai mengenai pemupukan perkembangan (nurture) dan nutrisi dalam perkembangan otak kanak-kanak. 



 

Bilik genius 



 

Penerokaan dalam ekspo, melihat perkembangan otak bermula dengan pengenalan empat manusia genius yang memimpin perubahan dan kemajuan dalam bidang masing-masing, berbekalkan kelebihan kuasa minda dan kepintaran kreativiti masing-masing. 



 

Ludwig van Beethoven, penggubah muzik terkenal dan berpengaruh, yang terus mencipta, mengarah dan membuat persembahan walaupun selepas beliau menjadi pekak. Penganjur turut menyediakan beberapa ciptaan muziknya yang terkenal.

Sir Isaac Newton, mencipta formula Undang-undang Graviti dengan memerhati sebiji epal jatuh dari pokok, dan teori fizik serta matematiknya yang kekal mengungguli barisan hadapan bidang sains sehingga berabad lamanya. 



 


Sertai eksperimen yang memaparkan kesan graviti terhadap sebiji buah epal seperti yang dilakukan Sir Isaac Newton. 



 


Albert Einstein, seorang ikon genius matematik, saintis terkenal pada abad ke-20 dan mempelopori banyak penemuan saintifik, terutamanya penemuan yang paling terkenal, iaitu Teori Relativiti. Selesaikan soalan matematik di Einstein Brainlab.

Seniman agung P Ramlee, lagenda pelakon filem, pengarah, penyanyi, penggubah muzik, pencipta lagu dan produser tempatan berpengaruh. Hasil kreatif beliau tiada tandingan ikuti perkembangan ikon Malaysia ini dengan lebih lanjut di sudut P Ramlee. 



 


Kemudahan lain termasuk maklumat mengenai transformasi dalam tempoh 1,365 hari pertama dalam hidup dengan kadar 80 peratus perkembangan otak berlaku. Laluan berkenan dipenuhi dengan pelbagai fakta menarik mengenai otak kita.

Sumber
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...