Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, December 22, 2011

Pelakon komedi bangga anak peroleh 8A dalam PMR



Pelakon komedi bangga anak peroleh 8A dalam PMR

DIDIE  menganggap pencapaian cemerlang Nur Dinie sebagai hadiah paling bernilai untuknya bagi tahun ini.
DIDIE menganggap pencapaian cemerlang
Nur Dinie sebagai hadiah paling bernilai untuknya bagi tahun ini.




KUALA LUMPUR: Anak pelakon komedi popular, Didie Alias, Nur Dinie Mohd Ridzuan, 15 yang memperoleh pencapaian cemerlang 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan Khamis lalu menghadiahkan kejayaan terbabit kepada ibunya yang banyak berkorban mencari rezeki membesarkan mereka lima beradik.




“Saya tidak mampu membalas jasa mummy dengan wang ringgit sebaliknya dengan kejayaan mendapat keputusan cemerlang ini diharap mampu membahagiakan mummy. Mummy memang mengharapkan semua anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan mendapat segulung ijazah.



“Waktu di rumah saya belajar mengikut jadual disediakan manakala di sekolah dan kelas tambahan yang dihadiri, saya akan tumpukan sepenuh perhatian kepada kelas.
“Saya berterima kasih kepada mummy yang banyak berkorban serta guru dan rakan yang banyak membantu mengulang kaji pelajaran,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang saintis dan ahli astronomi.




Sementara itu Didie Alias atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad menganggap pencapaian cemerlang anak ketiga daripada lima beradik itu sebagai hadiah paling bernilai untuknya bagi 2011.




“Sebagai seorang ibu saya amat berbangga dengan keputusan cemerlang yang diperoleh Dinie dan segala penat lelah mencari rezeki dalam industri seni ini seakan berbayar.




“Saya akui jarang membahagikan masa bersamanya kerana sibuk dengan aktiviti seni, namun jika ada masa terluang saya duduk bersama dan memantau setiap perkembangan pembelajaran dan aktiviti persekolahannya selain menghantarnya menghadiri kelas tambahan selepas waktu sekolah,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.






Teruskan membaca..

Sisipan Minda bantu cemerlang

Sisipan Minda bantu cemerlang


CALON Pendidikan Khas, Muhammad Danial Zainuddin,16  dan adiknya Nurul Diana Zainuddin,15  mendapat keputusan 9A  dalam peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik semalam.

CALON Pendidikan Khas, Muhammad Danial Zainuddin,16
dan adiknya Nurul Diana Zainuddin,15 mendapat
keputusan 9A dalam peperiksaan PMR di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik semalam.





Calon anggap rujukan mudah difahami, bahan latih tubi terbaik





KUALA LUMPUR: Kebanyakan calon yang menggunakan akhbar sisipan Minda terbitan Berita Harian pada setiap Selasa sebagai bahan latih tubi, berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan, semalam.
Malah, beberapa calon bukan Melayu turut menganggap Minda bahan rujukan terbaik terutama bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) kerana penerangan diberikan jelas, disertakan contoh dan mudah difahami, sekali gus membantu mereka memperoleh A dalam subjek itu.





Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (Perempuan) Methodist, Kuala Lumpur, Serafim Rumiris Putri, berkata beliau menggunakan Minda sebagai bahan rujukan dan latih tubi tambahan terutama bagi meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran BM.






Beliau yang bertutur bahasa Indonesia di rumah, berkata menghadapi masalah menguasai BM dengan baik, tetapi penggunaan Minda sejak Tingkatan Satu berjaya mengatasi kelemahan itu hingga berjaya memperoleh A dalam PMR.







“Apabila sudah banyak membuat latihan bagi soalan yang sukar dan mudah dalam Minda, saya lebih bersedia dan yakin menjawab soalan dikemukakan dalam PMR,” katanya.






Bagi pelajar SMK Assunta, Petaling Jaya, Karishma Thillinadan, fokus terbaik dalam Minda ialah BM dan Sejarah kerana soalan latihan dikemukakan setiap ming- gu mempunyai standard lebih tinggi serta sukar berbanding pelajaran dalam kelas, sekali gus membantu calon meningkatkan pencapaian.







Beliau yang bercita-cita menjadi doktor pakar pergigian berkata, pengisian Minda sangat bermanfaat membantu calon PMR meraih kecemerlangan kerana disediakan guru pakar.






Kebaikan Minda turut diakui pelajar SMK Sinar Bintang, Segambut, Choo Han Lim, yang mula menggunakan sisipan itu sejak tahun lalu dan berjaya meningkatkan pencapaiannya dalam semua mata pelajaran.






Choo berkata, kandungan fokus BM dalam Minda banyak membantunya memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran penting itu kerana penerangan diberikan mudah difahami, selain kepelbagaian bentuk soalan boleh menguji penguasaan tatabahasa calon.






Sementara itu, sekolah yang menggunakan sisipan Minda turut mencatatkan keputusan cemerlang dalam PMR termasuk SMK Seksyen 4, Bandar Kinrara yang melanggan Berita Harian sejak 2009 apabila 54 pelajarnya mendapat semua A.






Pengetuanya, Kek Lee Beng, berkata peratus lulus tahun ini iaitu 87.9 dengan gred purata 2.12 meningkat berbanding 86 peratus pada 2010.






















Teruskan membaca..

Hanya 25% lepasan SPM pilih bidang vokasional




Hanya 25% lepasan SPM pilih bidang vokasional




KUALA LUMPUR 22 Dis. - Hanya 25 peratus daripada kira-kira 425,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) setiap tahun menjurus kepada bidang teknikal dan vokasional manakala selebihnya memilih untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).




Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, hal tersebut adalah berpunca daripada sikap sesetengah anggota masyarakat yang memandang rendah terhadap bidang tersebut dan beranggapan kelulusan akademik IPT akan lebih menjamin masa depan.




"Selain itu pihak industri juga masih kurang memberi sokongan untuk melatih pekerja mahir serta terlampau bergantung kepada bantuan kerajaan.




"Akibatnya jumlah tenaga kerja berkemahiran tinggi negara pada masa ini berada di tahap 28 peratus berbanding negara luar seperti Singapura sebanyak 52 peratus, Hong Kong dan Taiwan sebanyak 40 peratus serta Korea Selatan, Jepun dan Jerman pula sudah mencapai 70 hingga 80 peratus,” katanya. - BERNAMA




Sumber









Teruskan membaca..

UTP jadi universiti penyelidikan swasta pertama 2013


Flower


UTP jadi universiti penyelidikan swasta pertama 2013





KUALA LUMPUR 22 Dis. - Universiti Teknologi Petronas (UTP) menetapkan sasaran untuk menjadi universiti penyelidikan swasta pertama Malaysia dalam masa dua tahun akan datang.




Naib Canselor, Datuk Dr. Zainal Abidin Kassim berkata, selaras dengan wawasan ini, UTP telah secara aktif terlibat dengan peserta utama dari semua industri bagi memastikan ia kekal relevan.




"Universiti itu tidak boleh bekerja secara berasingan lagi, dan kami kini bekerja bersama-sama dengan 400 syarikat tempatan dan luar negara dalam menjalankan projek-projek penyelidikan kami,” kata beliau pada taklimat media mengenai Kongres Kejuruteraan, Sains dan Teknologi Sedunia 2012 (ESTCON 2012) di sini hari ini. - BERNAMA




Sumber







Teruskan membaca..

Tiada kes H5N1 di Malaysia setakat ini - KP Kesihatan


Lily 2


Tiada kes H5N1 di Malaysia setakat ini - KP Kesihatan





PUTRAJAYA 22 Dis. — Tiada kes Influenza A (H5N1) dikesan di negara ini setakat ini, sama ada di kalangan manusia ataupun unggas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman.




Beliau berkata, kementerian sedang memantau perkembangan terkini kejadian tersebut berikutan laporan media mengenai kejadian H5N1 di Hong Kong.




"Orang ramai tidak perlu risau dengan wabak H5N1 yang hanya berlaku di kalangan unggas di Hong Kong. Tiada jangkitan di kalangan manusia yang berlaku dan pihak berkuasa Hong Kong sudah mengambil langkah kawalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.




Hasan berkata, untuk tahun ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan terdapat 57 kes Influenza A (H5N1) dengan 30 kematian di kalangan manusia di empat negara iaitu Mesir (36 kes dengan 13 kematian), Kemboja (lapan kes dengan lapan kematian), Indonesia (11 kes dengan sembilan kematian) dan Bangladesh (dua kes tanpa kematian).




Beliau berkata, kementerian bersedia menghadapi sebarang kejadian pandemik influenza melalui Pelan Kesiapsagaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPPP) sejak 2006 lagi.




Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melalui pemantauan seluruh negara juga mengesahkan tiada sampel yang positif Influenza A (H5N1) di kalangan unggas sejak 2007.




"Untuk tahun 2011, JPV telah menjalankan 1,600 ujian H5N1 terhadap sampel unggas dan kesemuanya adalah negatif,” katanya.




Hasan berkata, walaupun risiko dijangkiti H5N1 adalah rendah namun sebagai langkah pencegahan dan kawalan, orang ramai dinasihat supaya mengelakkan pasar yang menjual unggas hidup apabila mengunjungi negara yang terlibat dengan jangkitan itu.




Beliau berkata, orang ramai juga dinasihat supaya tidak memegang unggas yang didapati mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar berdekatan, manakala penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa patuh kepada nasihat dan panduan dari JPV.




Orang ramai juga dinasihat selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, mendapatkan rawatan di klinik apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI) terutama bagi mereka yang terlibat dalam pengendalian unggas serta melaporkan sebarang kejadian kluster ILI ke Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, katanya. — BERNAMA





Sumber








Teruskan membaca..

Kampus baru Maktab Tentera Diraja siap 2013


Kampus baru Maktab Tentera Diraja siap 2013



KUALA LUMPUR: Kampus baru Maktab Tentera Diraja (MTD) yang kini di peringkat awal pembinaan dijangka siap pada hujung 2013, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Beliau berkata, kampus itu yang akan menggantikan kampus sekarang di Kem Perdana Sungai Besi, dekat sini, dijadual dapat beroperasi pada Januari 2014.
"Pembinaan kampus baru itu diharap dapat menyelesaikan masalah seperti ketiadaan air dan elektrik," katanya selepas perbarisan tahunan dan penyampaian hadiah MTD, di sini, hari ini.




Beliau berkata, kemudahan yang dibina berhampiran kampus sedia ada itu akan dilengkapi setanding dengan sekolah berasrama penuh lain di negara ini.



“Ini penting dalam usaha kementerian menjadikan MTD antara sekolah berasrama penuh terbaik di kalangan negara ASEAN,” katanya.



Perbarisan Tamat Latihan Putera MTD kali ini membabitkan 482 pelajar yang terdiri 236 putera Tingkatan Lima dan 246 putera Tingkatan Empat.



Sepanjang pengajian di MTD, mereka mengikuti pembelajaran akademik seperti sekolah menengah lain di negara ini dan juga latihan ketenteraan. Majlis hari ini juga menyaksikan penyampaian enam anugerah untuk individu cemerlang serta dua anugerah untuk kompeni terbaik. - BERNAMA





Teruskan membaca..

Manusia jenis apakah ini???????






“Jangan kamu menyangka bahawa Allah

lalai terhadap apa yang diperbuat oleh

orang-orang yang zalim.

Hanya sanya Allah menangguh (balasan terhadap)

mereka ke hari yang mata-mata terbeliak (Hari Kiamat) … “



(Al-Quran).














Teruskan membaca..

Penyakit lazim di negara maju



pix_middle

“BAPA borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal...,” kata Perunding Dermatologi Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Leong Kin Fon sambil tersenyum. Kaum bapa jangan marah ya, kata-kata ini bukannya bertujuan menyindir sesiapa tetapi ia digunakan bagi menerangkan masalah kegatalan kronik akibat ekzema iaitu sejenis penyakit kulit.

Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu daripada penyakit kulit yang paling lazim, membabitkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus orang dewasa di seluruh dunia. Ia penyakit kulit yang kronik dan sangat gatal menyebabkan pesakit khususnya kanak-kanak menderita.

Di seluruh dunia, kadar kelaziman ekzema semakin meningkat terutama di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian tempatan, didapati kadar kes ekzema di kalangan kanak-kanak sekolah di Malaysia meningkat kepada 12.6 peratus (2006) berbanding 9.5 peratus pada 1999. Di kalangan remaja berusia 13 hingga 14 tahun, kes ekzema antara 9.5 peratus dan 6.3 hingga 9.5 peratus.

Tidak dapat menahan rasa gatal inilah yang membuatkan pesakit menggaru bahagian kulit yang mengalami keradangan. Semakin digaru semakin sedap rasanya, tetapi masalahnya lebih giat anda menggaru, lebih luaslah kawasan kulit yang mengalami ekzema.


Tindakan ini juga menyebabkan masalah kulit pesakit bertambah teruk. Adakalanya kerana terlalu gatal dan asyik menggaru, pesakit tidak sedar kulit yang digaru itu luka dan mengundang masalah lain pula kerana ia terdedah kepada jangkitan bakteria.





Menurut Dr Leong, ekzema ialah sejenis penyakit kulit dengan beberapa ciri iaitu:





  • Rasa gatal dan sakit - Ia adalah penyakit yang sangat menyeksakan. Rasa gatal ini akan menyebabkan pesakit menggaru dan apabila kulit digaru terlalu kuat ia akan mengalami kerosakan. Ketika inilah badan akan menghasilkan bahan kimia keradangan yang membuatkan kulit menjadi lebih gatal dan keinginan untuk menggaru akan lebih tinggi.

    Ia tidak sekadar menyebabkan rasa sakit pada pesakit tetapi turut menjejaskan kualiti hidup ibu bapa. Apabila anak tidak boleh tidur (kerana gatal dan asyik menggaru), ibu bapa juga tidak dapat melelapkan mata.

  • Kulit sangat kering - Pesakit ekzema mempunyai kulit yang sangat kering kerana ketiadaan lapisan penghalang untuk memerangkap cecair dalam kulit. Tidak kira berapa banyak air yang diminum, ia masih tidak dapat mengatasi masalah ini.

  • Bahagian kulit yang mengalami ekzema terasa panas. Tahap kepanasan ini bergantung kepada keadaan ekzema setiap pesakit sama ada sedikit, sederhana atau teruk.

  • Ekzema bermula dalam lima tahun pertama kehidupan seseorang kanak-kanak. Bagi kebanyakan pesakit, keadaan ekzema mereka akan bertambah baik dengan peningkatan umur. Bagi pesakit bertuah, ekzema mereka akan hilang sendiri pada usia enam hingga 12 bulan. Bagaimanapun, 30 peratus kes ekzema berlanjutan sehingga dewasa.

    “Kira-kira 50 peratus kes ekzema berlaku sebelum kanak-kanak berumur setahun dan lebih 80 peratus kes apabila kanak-kanak mencapai umur lima tahun.

    “Tempoh pengulangan serangan ekzema berbeza antara pesakit - ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan atau tahun. Biasanya penerimaan pesakit terhadap serangan berulang ini lebih baik apabila umur mereka meningkat. Kajian mendapati 50 hingga 70 peratus pesakit dewasa tidak terganggu dengan serangan ekzema yang sudah dialami sejak kecil,” katanya pada majlis pelancaran kempen Bersama Membanteras Kegatalan anjuran Leo Pharma.

  • Faktor genetik - Ekzema ada kaitan dengan faktor genetik dan jika salah seorang ibu atau bapa ada masalah ini, anak-anak mempunyai 20 hingga 40 peratus mengalami ekzema. Ini bersesuaian dengan ungkapan ‘bapa borek, anak rintik. Bapa gatal, anak pun gatal’ di atas.

    Jika salah seorang anak ada alahan, peluang anak seterusnya mendapat ekzema ialah 30 peratus. Peluang anak mendapat ekzema akan lebih tinggi (40 hingga 60 peratus) jika kedua-dua ibu bapa ada alahan dan sekiranya mereka mengalami gejala alahan yang sama peluang ini melonjak kepada 72 peratus! (Rujuk Jadual 1)

    Punca dan gejala

    Ibu bapa terutama yang tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami alahan sering bertanya bagaimana anak mereka boleh mendapat ekzema. Pakar perubatan percaya ia disebabkan interaksi kompleks antara faktor genetik dengan persekitaran. Ia boleh disebabkan faktor genetik saja atau dirangsang persekitaran atau tindak balas dua faktor ini.

    Sesetengah orang yang ada mewarisi genetik ekzema boleh mengalami tindak balas dengan sesuatu dari persekitaran yang tidak mendatangkan masalah pada orang lain. Ia juga dikaitkan dengan masalah kecacatan pada fungsi sekatan atau halangan pada kulit dan sistem imun yang tidak normal.

    “Apabila serangan ekzema berlaku, kulit pesakit akan berasa sangat gatal, menjadi merah, timbul ruam dan kadangkala lesi. Gejala ini biasanya bermula di muka dan merebak ke dada. Apabila kanak-kanak membesar, lebih banyak kawasan yang akan mengalami ekzema terutama di kulit yang berkedut seperti di siku dan lutut.

    “Oleh kerana kulit pesakit mengalami kecacatan pada fungsi sekatan, maka ia akan menjadi kering. Kulit yang kering akan mudah berasa gatal. Apabila pesakit menggaru, ia akan mengganggu fungsi sekatan dan jika kulit luka, boleh berlaku jangkitan bakteria khususnya Staphylococcus aureus. Keadaan ekzema akan lebih teruk pada kulit yang lebih kering.

    “Menggaru bukan saja mendedahkan pesakit kepada jangkitan tetapi ia juga akan membuatkan kulit menjadi tebal dan menjadi lebih tidak sihat,” kata Pensyarah Kanan Onkologi Dermatologi Universiti Buckingham, United Kingdom, Prof Anthony Chu.

    Bakteria S aureus ini bukanlah asing pada kita. Namun 70 peratus pesakit ekzema ada bakteria ini dalam hidung mereka berbanding 30 peratus pada bukan pesakit. Hampir 100 peratus kulit yang mengalami ekzema ada bakteria ini dan ia boleh membiak (membentuk koloni) dengan cepat kerana ia akan melekat pada kulit yang kering.

    Jika kulit pesakit luka, bakteria ini akan memasuki badan dan menghasilkan bahan kimia eksotoksin yang bertindak sebagai antigen super (bahan yang merangsang pembentukan atau pengeluaran antibodi). Antigen super inilah yang akan merangsang tindak balas sistem imun untuk menyebabkan ekzema menjadi lebih teruk (bengkak, merah dan sangat gatal).

    Menurut Dr Leong, teori kebersihan yang dikemukakan pakar penyelidik juga ada munasabahnya kerana kajian mendapati kes ekzema di kalangan kanak-kanak bandar yang tinggal dalam persekitaran ‘terlalu’ bersih lebih tinggi berbanding kanak-kanak luar bandar.

    Berdasarkan teori ini, dalam keadaan bersih, sistem imun badan menjadi tidak matang dan ‘malas’. Ia tidak dapat membezakan antara penceroboh yang baik dengan jahat. Akibatnya, sistem imun ini akan bertindak balas terhadap semua penceroboh badan dan inilah yang menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu sensitif atau mengalami alahan.

    Teori ini diperkuatkan dengan keputusan banyak kajian yang mendapati kadar kelaziman ekzema meningkat dua hingga tiga kali ganda di negara industri dan maju dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini membabitkan 15 hingga 30 peratus kanak-kanak dan dua hingga 10 peratus orang dewasa.

    Jadi tidak hairanlah jika kes ekzema di kalangan kanak-kanak di negara maju seperti United Kingdom jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu antara 20 hingga 30 peratus.





  • Rawatan dan pengurusan



  • Sehingga kini tiada ubat yang boleh menyembuhkan ekzema yang juga dipanggil penyakit sistem imun kerana ia membabitkan banyak faktor. Bagaimanapun, ia boleh dirawat dan sasaran rawatan bukanlah untuk menyembuh tetapi mengurangkan gejala memanjangkan tempoh bebas daripada serangan berulang yang secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit.

    Antara rawatan yang ada ialah steroid sapuan (dalam bentuk krim, gel atau balsam dalam pelbagai kekuatan) untuk menghentikan keradangan dan membantu menyembuhkan kulit.

    Doktor juga mungkin akan mencadangkan penggunaan krim kombinasi steroid dan antibiotik khususnya apabila steroid sapuan tidak berkesan. Krim kombinasi ini lebih berkesan untuk merawat ekzema kerana ia boleh disapu pada kulit yang luka untuk menghentikan rasa gatal dengan segera. Malah ia juga boleh digunakan walaupun tiada kesan jangkitan.

    “Steroid adalah ubat yang sangat baik tetapi ia mestilah digunakan mengikut arahan doktor. Malangnya kebanyakan ibu bapa di Malaysia mahukan ubat yang kuat supaya penyakit anak mereka sembuh. Mereka mahu anak mereka diberikan antibiotik untuk membunuh semua bakteria yang boleh merangsang ekzema tetapi kaedah ini tidak praktikal kerana kita sentiasa terdedah kepada bakteria.

    “Cara yang lebih baik ialah mengawal dan menguruskan penyakit anak. Antaranya dengan mengetahui faktor yang boleh merangsang serangan seperti rasa gatal, tindakan menggaru, cuaca panas dan lembap, bakteria, alergen (bahan yang boleh menyebabkan alahan), penggunaan sabun atau bahan pencuci yang kuat (bagi individu dengan kulit sensitif), alahan makanan dan habuk rumah,” kata Dr Leong.

    Kaedah rawatan konvensional masih berguna dan boleh diamalkan. Ini termasuk:

  • Mandi setiap hari (sekerap yang dikehendaki jika tinggal di negara panas lembap). Jika pergi ke negara lain pada musim sejuk, hanya dibenarkan mandi sekejap sekali sehari. Serangan ekzema boleh menjadi lebih teruk pada musim sejuk kerana cuacanya yang kering dan penggunaan alat pemanas hawa yang menyebabkan kulit semakin kering.

  • Menggunakan sabun yang lembut.

  • Menyapukan losen pelembap selepas mandi (sangat penting).

  • Menyapukan ubat steroid atau kombinasi steroid dan antibiotik.

  • Memberikan suntikan sedatif antihistamin (hanya untuk kes yang teruk, biasanya pada bayi atau kanak-kanak kecil).

    “Orang kita selalu percaya ekzema disebabkan alahan makanan. Ia mungkin ada kaitan tetapi makanan laut bukanlah puncanya. Ia boleh menjadi faktor perangsang kepada serangan ekzema. Justeru, buatlah pemerhatian, sama ada anak anda ada alahan pada makanan laut.

    “Namun secara umumnya tidak perlu menyekat diet anak kerana dalam tempoh inilah mereka sangat memerlukan pemakanan seimbang untuk membesar. Berbincanglah dengan doktor sebelum anda mengehadkan pemakanan anak.

    “Pengurusan masalah ekzema anak perlulah bersifat dinamik dan seimbang iaitu berubah mengikut keadaan, umur dan cuaca. Dalam soal ini, biarlah kita mengambil pendekatan yang lembut. Janganlah pilih kaedah untuk ‘menghapuskan’ semua bakteria kerana kesan jangka panjangnya mungkin lebih serius.

    “Manusia sebenarnya boleh hidup dengan bakteria pada tahap tertentu. Memang kita mahu hidup dalam persekitaran yang bersih tetapi kita perlu ada had supaya ia tidak mendatangkan masalah kepada anak,” kata Dr Leong.

    Ibu bapa di Scandinavia yang mempunyai anak ekzema akan membawa bayi mereka menunggang kuda untuk mendedahkan anak kepada persekitaran ‘kotor’ dan ia didapati mampu mengurangkan sedikit masalah ekzema.

    Akhir sekali, kita perlu membantu anak menghentikan kitaran garu-gatal-keradangan-jangkitan yang menyebabkan ekzema semakin teruk. Antara langkah yang boleh diambil ialah memastikan kuku sentiasa pendek, ubah kaedah daripada menggaru kepada menepuk-nepuk bahagian yang gatal, balut tangan anak dengan tuala lembap dan sejuk untuk mengurangkan rasa gatal, menyapukan ubat steroid mengikut arahan doktor dan sentiasa memberi sokongan kepada si kecil.



  • Teruskan membaca..

    34,271 calon dapat A









    34,271 calon dapat A



    PMR











    PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.






    Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.




    "Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.



    Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.




    Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.








    Teruskan membaca..

    Mitra Clip atasi kebocoran injap


    Mitra Clip atasi kebocoran injap

    MITRA Clip mampu mempercepatkan pemulihan  injap  jantung tersumbat.

    MITRA Clip mampu mempercepatkan
    pemulihan injap jantung tersumbat.









    Percepat pemulihan pesakit jantung







    KUALA LUMPUR: Kebocoran injap mitral dialami oleh pesakit jantung terutama mereka yang berusia, kini boleh diatasi dengan kaedah terbaru dipanggil Mitra Clip yang mana ia tidak memerlukan pembedahan besar manakala proses pemulihannya pula lebih cepat.
    Institut Jantung Negara (IJN) menjadi pelopor kepada kaedah terbaru yang mana rawatan berkenaan boleh dilakukan dengan pembedahan kecil dengan alat Mitra Clip dimasukkan melalui salur darah di kaki terus ke jantung untuk menutup kebocoran.





    Ketua Pengarah Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, berkata setakat ini seramai tujuh pesakit di IJN sudah menjalani rawatan menggunakan kaedah berkenaan tanpa sebarang komplikasi, malah sembuh dalam tempoh dua hari berbanding pembedahan biasa yang mengambil masa sehingga 10 hari.





    Katanya, masalah kebocoran injap mitral ialah apabila kelopak injap tidak berfungsi secara normal, menyebabkan darah dipam kembali ke dalam saluran kiri jantung dan mengakibatkan ia bekerja lebih kuat untuk mengepam darah. Keadaan itu juga menjadi penyebab lemah jantung.





    “Kaedah ini mula diperkenalkan di Amerika Syarikat. Ia digunakan di Australia dan New Zealand enam bulan lalu, dan kini di negara kita. Setakat ini, sebanyak 4,000 klip sudah digunakan seluruh dunia,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
    Sistem Mitra Clip ini merangkumi tiga komponen iaitu dawai peranti, sistem pengawalan proses meletakkan implan dan klip itu sendiri.





    Dr Robaayah berkata, penggunaan teknologi terbaru itu dapat direalisasikan dengan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta hasil sumbangan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).






    Teruskan membaca..

    SULTAN Ibrahim bertemu mangsa banjir



    Jangan main air: Sultan Ibrahim

    SULTAN  Ibrahim   bertemu mangsa banjir,  Siti Hawa Tamim, 23, yang memangku  bayinya berusia sebulan, Mohd Alfatih Zarif Mohd Riduan  di pusat pemindahan di Sekolah Agama Sri Kampung Tengah 1, Kampung Tengah, Kluang, Johor.

    SULTAN Ibrahim bertemu
    mangsa banjir, Siti Hawa Tamim, 23,
    yang memangku bayinya berusia sebulan,
    Mohd Alfatih Zarif Mohd Riduan di pusat pemindahan
    di Sekolah Agama Sri Kampung Tengah 1,
    Kampung Tengah, Kluang, Johor.



    Sultan Johor habiskan masa 45 minit melawat mangsa banjir




    KLUANG: “Jangan main air,” titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, secara ringkas, sebagai pesanan kepada semua penduduk kawasan terjejas banjir di negeri ini ketika mencemar duli melawat pusat pemindahan banjir sementara di Sekolah Agama Sri Kampung Tengah 1 di sini, semalam.



    Sultan Ibrahim bertitah demikian sebagai ingatan kepada penduduk di kawasan terjejas banjir supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan nyawa ahli keluarga masing-masing.



    Baginda yang tiba kira-kira jam 1.50 petang di pusat pemindahan banjir itu, mengenepikan protokol yang diatur apabila bergegas menemui mangsa banjir di situ sejurus turun daripada kenderaan.



    Sultan Ibrahim menghabiskan masa kira-kira 45 minit untuk bersalaman serta beramah mesra dengan 685 mangsa banjir daripada 179 keluarga di pusat pemindahan berkenaan. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai.



    Terdahulu, baginda yang sempat meluangkan masa melawat seramai 330 mangsa banjir yang berlindung di Sekolah Kebangsaan Sri Kenchana, Machap.



    Sementara itu, Pegawai Daerah Kluang, Abdul Karim Abu Bakar, ketika ditemui selepas lawatan diraja itu, menasihatkan mangsa banjir daerah ini tidak pulang ke rumah masing-masing walaupun banjir mulai surut berikutan cuaca baik semalam.
    “Dalam keadaan cuaca tidak menentu sekarang, mangsa banjir dinasihatkan supaya tinggal dulu di pusat pemindahan sementara sehingga Jumaat ini sebelum pihak berkuasa memberi kebenaran untuk pulang ke rumah masing-masing.



    “Dikhuatiri air banjir naik semula sekali gus membahayakan penduduk kerana hujan lebat dijangka berlaku dalam masa terdekat ini.



    "Saya berharap mangsa banjir mematuhi nasihat Sultan Johor yang mahu mereka supaya lebih mengutamakan keselamatan ahli keluarga melebihi segala-galanya," katanya.



    Abdul Karim berkata, paras Sungai Kahang terus mencatatkan peningkatan menyebabkan jalan masuk ke beberapa perkampungan Orang Asli masih ditutup kerana tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan kecuali bot penyelamat.



    “Bantuan serta bekalan makanan kepada masyarakat Orang Asli yang berlindung di beberapa penempatan pinggir daerah ini yang terputus hubungan sudah dihantar sejak lewat petang semalam (kelmarin) dan masih diteruskan hari ini (semalam),” katanya.



    “Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar bekalan makanan untuk seminggu bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan kemungkinan air terus naik di kawasan itu,” katanya.



    Sementara itu, sehingga jam 10 malam tadi, hanya tinggal 902 orang daripada 218 keluarga yang masih ditempatkan di 14 pusat pemindahan banjir di Johor.
    Cuaca baik sejak kelmarin membolehkan air surut bagi membenarkan mangsa banjir balik ke rumah masing-masing.



    Menurut laporan portal banjir Majlis Keselamatan Negara, jumlah pusat pemindahan yang masih dibuka ialah empat di Kluang dengan 469 mangsa, empat di Segamat (173 mangsa); lima di Batu Pahat (224 mangsa) dan sebuah pusat pemindahan di Pontian (36 mangsa).



    Kawasan yang masih dilanda banjir ialah di Kampung Isnin Maarof, Kampung Sungai Linau, Parit Haji Hassan, Parit Seri Paya dan Kampung Contoh di Kluang serta Kampung Batu Badak, Kampung Pogoh, Kampung Paya Dalam dan Kampung Spangloi di Segamat.

    Teruskan membaca..

    Terokai dunia menerusi bacaan



    Terokai dunia menerusi bacaan




    KHAIRIL bermesra dengan penerima Tokoh Nilam Negeri selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nilam Peringkat WPKL 2011 di Cheras, baru-baru ini.

    KHAIRIL bermesra dengan penerima
    Tokoh Nilam Negeri selepas Majlis Penyampaian Hadiah
    Pertandingan Membaca Program Nilam
    Peringkat WPKL 2011 di Cheras, baru-baru ini.





    MEMBUDAYAKAN tabiat membaca perlu didorong aspek intrinsik iaitu sebahagian daripada sifat, minat atau keinginan yang benar-benar timbul dalam hati.



    Budaya murni itu tidak seharusnya bersifat ekstrinsik iaitu terdorong dengan tindakan dari luar seperti mengharapkan ganjaran atau pengiktirafan.


    Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Datuk Khairil Awang, generasi muda yang membaca kerana minat mampu mendekati dunia luar, menerokai dunia tanpa sempadan dan seterusnya melihat sesuatu aspek dalam perspektif berbeza.
    Sebaliknya bagi aktiviti membaca yang dilakukan semata-mata kerana mahukan hadiah atau ganjaran, katanya, hanya bersifat sementara dan tidak akan kekal.



    Keadaan ini kata beliau, menyebabkan kerugian kerana ilmu yang terkandung di dalam setiap bahan bacaan itu tidak dikuasai sepenuhnya.



    “Kuat atau lemahnya seseorang itu dapat diukur melalui ketinggian ilmu pengetahuan yang dimiliki menerusi pembacaan, bukan memandang kekayaan atau kekuatan fizikal semata-mata.



    “Masyarakat yang banyak membaca akan menjadi masyarakat pencipta yang boleh menguasai dunia kerana ilmu yang dikuasai membolehkan mereka berfikiran kritis, kreatif dan berkeyakinan tinggi.
    “Golongan yang malas membaca akan menjadi pengikut atau pengguna yang tidak boleh menjadi pemimpin,” katanya.
    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Membaca Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (Nilam) Peringkat WPKL 2011, baru-baru ini.



    Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL, Mohd Sanusi Saseetharan Abdullah.



    Pada majlis itu, seramai 141 pelajar menerima hadiah Nilam bagi kategori individu dan enam Anugerah Pengurusan Fail Pusat Sumber Sekolah Terbaik bagi zon Pusat Kegiatan Guru Bangsar, Pudu, Keramat, Kampung Pandan Sentul dan Segambut Jaya.



    Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Regina Tan Jia Xin dan murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Pandan 2, Cecilia Tan Xiyie dipilih sebagai Tokoh Nilam WPKL tahun ini.



    Tempat kedua kategori sekolah menengah dimenangi Muhammad Nabil Mohamed Nezam dari Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur diikuti Kamraj a/l Shanmuganathan dari SMK Bandar Seri Petaling ketiga.



    Murid SK Taman Segar, Iman Nabila Nur Fateha Mohd Nazul memperoleh tempat kedua kategori sekolah rendah diikuti Elwin Raj a/l Paul Raj Vethamuthu dari SK Seri Permaisuri ketiga.



    Sementara itu, Regina yang sudah membaca dan merekodkan isi kandungan kira-kira 450 buku yang dibaca sejak Tingkatan Satu berpendapat budaya membaca membolehkan dia memperbaiki penguasaan tatabahasa, menambah pengetahuan serta meningkatkan daya imaginasi.



    Anak tunggal yang memiliki perpustakaan mini di rumah ini gemar membaca buku cerita remaja, novel misteri dan majalah serta memperuntukkan sehingga RM200 sebulan untuk membeli bahan bacaan yang digemari.



    Manakala Cecilia pula yang sudah boleh membaca seawal usia enam tahun menyifatkan membaca dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah.



    Katanya, dia sekeluarga mempunyai minat sama dan mengisi masa terluang pada hujung minggu dengan mengunjungi perpustakaan awam untuk mencari bahan bacaan yang sesuai, selain mengumpul duit saku untuk membeli buku yang diminati setiap bulan.





    Teruskan membaca..

    PMR: 12 calon berkeperluan khas dapat semua A







    PMR: 12 calon berkeperluan khas dapat semua A

    PUTRAJAYA: Pencapaian calon berkeperluan khas dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu dengan 12 daripada 1,370 calon mendapat gred A dalam semua subjek.



    Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud, berkata jumlah itu adalah peningkatan berbanding hanya lima pelajar pada PMR 2010.


    “Seramai 208 calon mendapat minimum gred D, 33 mendapat gred E dan 1,117 mendapat kombinasi gred,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini, hari ini.


    Abd Ghafar berkata, prestasi mata pelajaran pendidikan kesenian yang merangkumi Seni Tari, Muzik Teater dan Seni Visual juga meningkat.



    Ini adalah tahun ketiga kementerian itu menawarkan mata pelajaran Pendidikan Kesenian dalam PMR kepada pelajar di Sekolah Seni Johor Baharu, Johor dan Sekolah Seni Kuching, Sarawak.



    Pencapaian dalam bidang kesenian itu ditaksir oleh guru masing-masing dan penaksir luar membabitkan tenaga pengajar Aswara, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. - BERNAMA





    Teruskan membaca..

    PMR: Prestasi Bahasa Melayu, Cina, Iban dan Pendidikan Islam menurun






    PMR:

    Prestasi Bahasa Melayu, Cina,

    Iban dan Pendidikan Islam menurun



    PUTRAJAYA: Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.




    Beliau berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Melayu merosot 1.3 peratus berbanding tahun lalu, Bahasa Iban (4.4 peratus) manakala Pendidikan Islam pula menurun 1.7 peratus.



    "Bagi Bahasa Cina, sekali pun pencapaian gred A meningkat sedikit 0.1 peratus, pencapaian gred B, C dan D menurun, manakala gred E melonjak hampir dua peratus," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini hari ini.
    Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 0.8 peratus masing-masing.




    Katanya, calon yang mendapat gred A dalam subjek Matematik juga meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, sementara subjek Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.




    Bagi mata pelajaran Sejarah, pencapaian gred A menurun 0.9 peratus kepada 20.4 peratus berbanding 21.3 peratus, tahun lalu.




    Seramai 441,137 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun ini dan daripada jumlah tersebut 34,271 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. - BERNAMA






    Teruskan membaca..

    Keputusan PMR 2011 terbaik tempoh 4 tahun




    Keputusan PMR 2011 terbaik tempoh 4 tahun



    PUTRAJAYA: Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata.





    Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.






    Teruskan membaca..

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...