Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, February 27, 2014

Agihan air berjadual 4 zon di Kluang dilanjutkan 48 jam




Agihan air berjadual 

4 zon di Kluang 

dilanjutkan 48 jam

 

 

 

 



JOHOR BAHRU: Pengagihan air berjadual di empat zon di Kluang dilanjutkan kepada 48 jam sekali berbanding 36 jam sebelum ini berikutan keupayaan Loji Rawatan Air Sembrong Timur membekalkan air terawat semakin berkurangan. 


Ketua Komunikasi Korporat Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ), Jamaluddin Jamal berkata bekalan air terawat daripada Loji Sembrong Timur kendalian Southern Water Corp (SWC) ketika ini berkurangan sebanyak 65.52 peratus.

"Pada hari ini, loji terbabit hanya mampu mengeluarkan bekalan air terawat sebanyak 10 juta liter sehari berbanding 12 juta liter sehari semalam. Lanjutan keadaan ini, SWC gagal membekalkan air terawat kepada SAJ pada pengeluaran sepatutnya bagi mengekalkan jadual sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini. 



Penjadualan baru yang berkuatkuasa daripada 1 sehingga 31 Mac itu, hanya membabitkan kawasan tertentu di Kluang manakala kawasan lain di Johor masih stabil. 


Jamaluddin berkata, sumber air mentah yang diterima daripada semua loji rawatan air yang lain adalah pada paras normal dan masih boleh beroperasi seperti biasa walaupun berlaku sedikit penyusutan. 


"Lapan empangan yang dipantau iaitu Empangan Lebam, Congok, Juaseh, Bekok, Labong, Gunung Pulai, Pontian Kecil dan Layang (Upper) merekodkan paras yang stabil dan masih belum mencapai paras amaran," katanya. 


Menurut Jamaluddin, orang ramai tidak perlu bimbang dengan menyimpan air berlebihan kerana ia akan menyebabkan penggunaan yang tinggi serta mengakibatkan permintaan air berlebihan.
SAJ menasihatkan orang ramai supaya mengambil pendekatan tidak membazirkan penggunaan air bagi menjamin bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan, katanya. 


Orang ramai boleh merujuk jadual pengagihan air di http://saj.com.my atau menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1 800 88 7474 atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 019-7727474 atau menerusi e-mel customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam. 


- BERNAMA 
Sumber
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...