Photobucket

Sahabat Maya :

Saturday, June 15, 2013

70% guru bahasa Inggeris tidak capai tahap


70% guru bahasa Inggeris tidak capai tahap

 

 

KUALA LUMPUR 14 Jun - Kira-kira 70 peratus daripada 60,000 guru bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan Cambridge Placement Test (CPT) pada pertengahan tahun lepas tidak mencapai tahap memuaskan.





Timbalan Menteri Pendidikan Satu, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, sebilangan besar guru hanya mencapai penguasaan bahasa tahap pertengahan, Sound English Proficiency (SEP) dan tahap rendah, Low English Proficiency (LEP).



Menurut beliau, hal tersebut dipandang serius oleh kementerian yang kini giat melaksanakan inisiatif bagi membantu guru-guru terlibat meningkatkan kemahiran bahasa tersebut.




"Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, guru-guru yang mencapai tahap sederhana dan rendah akan diberi kursus dan latihan bagi memperbaiki penguasaan bahasa tersebut secara menyeluruh.




"Malah, kementerian juga mendapat kerjasama daripada British Council serta Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (Padu) sebagai langkah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ke tahap lebih tinggi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Kepimpinan Sekolah Pintar di Hotel Royale Bintang di sini hari ini.



Program anjuran Yayasan Pintar itu disertai seramai 35 pengetua serta guru besar sekolah di bawah yayasan tersebut bertujuan mengukuhkan kepimpinan serta pengurusan sekolah sebagai satu langkah menjamin kejayaan pelajar.
Program tersebut bermula semalam dan akan berakhir esok.




Tambah Mary, dalam usaha menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016, guru-guru harus bijak dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut.




Jelas beliau, ini amat penting bagi menjamin penguasaan bahasa Inggeris yang baik sebelum diguna pakai dalam pengajaran subjek penting seperti Sains dan Matematik.
"Guru-guru boleh gunakan pelbagai cara antaranya dengan mengadakan sketsa atau pertandingan debat bahasa Inggeris bagi meningkatkan mutu bahasa dalam kalangan pelajar.



"Malah, panitia bahasa Inggeris di sekolah juga disaran untuk bergerak proaktif dalam memastikan peranan guru dalam proses pengajaran berkesan terhadap pelajar," katanya.
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...