Photobucket

Sahabat Maya :

Thursday, December 30, 2010

Sukan sekolah diperkasa 2011





Sukan sekolah diperkasa 2011


Oleh Anwar Hussin,

S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain


bhnews@bharian.com.my


2010/03/18


Kegiatan jadi bahagian khusus, dipisahkan daripada seni, kokurikulum

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan, termasuk memberi lima daripada 10 peratus markah yang diperuntukkan untuk kokurikulum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara lain yang diputuskan ialah menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.
“Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.

“Sebelum ini, kegiatan kokurikulum sukan tidak diberi penekanan di sekolah. Bermula tahun depan, dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah di Bangunan Parlimen.

Muhyiddin berkata, turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.

Katanya, peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini.
“Kementerian juga akan mengambil langkah untuk menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik, kalau boleh sukan itu diajar dalam jadual waktu persekolahan, jadi pelajar tidak perlu pulang,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, langkah itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.

“Cara ini untuk menggalakkan pembangunan sukan di sekolah, bukannya nak tumpu untuk lahirkan atlit, tetapi jika nak majukan sukan di sekolah, mesti dapat mengenal pasti bakat yang boleh diketengahkan menerusi Majlis Sukan Negara, tapi sasaran kementerian ialah pembabitan pelajar dalam bidang pasukan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak berhubung dasar pendidikan seks di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai pakar dalam bidang pendidikan seks, biologi dan hal yang berkaitan.

“Mungkin kita boleh mengambil sedikit contoh daripada apa yang berlaku di setengah negara yang sudah memperkenalkan (dasar ini) dan juga pakar yang ada di kementerian,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, isu pendidikan seks di sekolah sudah dibincangkan oleh banyak pihak.

“Cuma kementerian yang belum lagi membuat keputusan kerana kita faham yang ia adalah suatu perkara yang agak besar dan dinanti bukan saja oleh kementerian tetapi pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, ia adalah satu perkara yang perlu kita halusi semasak-masaknya.

“Jadi, saya bercadang untuk menubuh satu jawatankuasa untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak yang setakat ini (hanya menyuarakannya) kepada media saja, ada pakar kata bagus, ada yang kata tak bagus, ada yang kata sudah sampai masanya,” katanya.


Berita Harian Online



Teruskan membaca..

Sesi orientasi, pendaftaran murid diteruskan esok




Sesi orientasi, pendaftaran murid diteruskan esok

30/12/2010 4:31pm

KUALA LUMPUR, 30 Dis. - Sesi orientasi dan pendaftaran murid bagi persediaan sesi persekolahan 2011 masih diteruskan esok, walaupun telah diisytiharkan cuti umum untuk meraikan kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata sesi tersebut akan diteruskan memandangkan persiapan awal yang telah dibuat oleh kebanyakan sekolah.

Demi kepentingan pelajaran dan kemudahan kepada ibu bapa, kementerian menyarankan supaya aktiviti tersebut diteruskan, kata kenyataan itu. - Bernama






Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...