Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, January 27, 2013

Kejayaan lawatan Najib ke Gaza

 



Kejayaan lawatan Najib ke Gaza


 

Thanks google :)




INI sudah lama menjadi impian saya dan lawatan ini saya lakukan mengikut gerak hati.’ Itulah kata Datuk Seri Najib Tun Razak kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di Kaherah sehari selepas beliau melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza.


Lawatan tersebut mencatatkan sejarah kerana Najib merupakan Perdana Menteri yang pertama dari Malaysia berbuat demikian, malahan keberanian beliau memasuki zon perang itu turut dipuji oleh media-media Arab memandangkan setakat ini tidak ada pemimpin Islam dalam kalangan negara Arab berbuat demikian.


Bagaimanapun untuk membuat keputusan bagi membenarkan Perdana Menteri menjejak kaki di bumi Palestin bukanlah satu kerja yang mudah, pelbagai usaha terpaksa dilakukan memandangkan Gaza adalah kawasan berisiko tinggi.


Namun keazaman dan niat ikhlas untuk melihat nasib rakyat Palestin serta menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka telah memungkinkan Najib melupakan semua risiko itu.


Wajah Perdana Menteri ketika bercakap dengan wartawan Malaysia selepas lawatan bersejarah itu jelas ceria. Terbayang kepuasan di wajah beliau kerana akhirnya impian untuk melihat kesengsaraan rakyat Palestin menjadi kenyataan.


Selain impian menjadi faktor kepada wujudnya keberanian Najib untuk memasuki Gaza, apa yang lebih penting bagi Perdana Menteri ialah menyampaikan mesej kepada rakyat Palestin bahawa Malaysia sentiasa berdiri teguh bersama mereka bagi mewujudkan sebuah negara merdeka dan berdaulat.


Sebab itulah, biar pun terpaksa meredah jarak perjalanan sejauh 1,700 kilometer dari Kuala Lumpur untuk sampai ke bumi Gaza, Najib sentiasa ceria walaupun lawatan itu telah disalah tafsir oleh pergerakan Fatah yang membuat bantahan melalui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.


Namun bantahan itu seperti mana kata Najib sememangnya diduga tetapi apa yang pasti beliau ‘tidak tunduk’ dengan desakan Fatah supaya membatalkan lawatan berkenaan kerana Fatah melihat dari perspektif berbeza.


‘‘Itu hak mereka untuk membantah tetapi Malaysia dan saya ada perspektif sendiri kenapa lawatan ini dilakukan. Ini adalah lawatan kemanusiaan dan ia sama sekali tiada kaitan dengan isu dalaman Palestin melibatkan Fatah dan Hamas,’’ kata Najib


Perdana Menteri menyatakan perkara itu dengan nada yang tegas kepada wartawan Malaysia dan sekali gus menunjukkan beliau sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan yang disebabkan salah tafsir.
Ketegasan Najib inilah yang memungkinkan, ketibaan beliau di bumi Palestin pada Selasa lalu disambut dengan penuh meriah, biar pun kawalan keselamatan yang diberikan amat ketat.


Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berada dalam sebuah kereta bersama Najib membawa Perdana Menteri Malaysia itu melawat sekitar bandar Rafah dan Gaza bagi melihat kesan serangan rejim Zionis selama lapan hari bermula 14 November lalu.


Sebelum itu, sebaik sahaja melepasi sempadan Rafah-Gaza, Najib sudah merasai betapa tingginya semangat jihad rakyat Palestin apabila beliau dibawa oleh Ismail Haniyeh melihat kereta Komander Al Qassam Hamas, Ahmed Al-Jafari.


Kereta tersebut dipamerkan di depan pusat pemeriksaan dan kuarantin Rafah sebagai simbol bagi meningkatkan semangat jihad rakyat Palestin kerana kenderaan itu terkena serangan roket Israel 14 November lalu menyebabkan Ahmed Al-Jafari terbunuh.


Sebab itulah dalam lawatan ke Gaza itu, Najib dibawa menziarahi keluarga Ahmed Al-Jafari termasuk beramah mesra dengan anak Allahyarham berusia enam tahun iaitu Hussein Al-Jafari.


Bukan sahaja pembunuhan Ahmed Al-Jafari sahaja menjadi simbol kekejaman puak Zionis, malahan Perdana Menteri juga dibawa melihat bagaimana beberapa buah bangunan yang dimusnahkan oleh rejim itu atas alasan ada kaitan dengan tentera.


‘‘Tetapi saya dapati sepanjang lawatan berkenaan kesemua bangunan itu sama sekali tidak mempunyai signifikan daripada nilai ketenteraan. Sebaliknya yang musnah adalah sekolah, stadium, pejabat Perdana Menteri dan bangunan awam yang tiada kaitan dengan tentera,’’ kata Najib.


Mesej


Ternyata Najib tidak sekadar melihat kemusnahan yang berlaku, malahan dengan semangat untuk membantu rakyat Palestin, Malaysia membina sebuah sekolah yang dikenali Al-Madrasah Al-Malaysie, sebuah hospital dan membina semula pejabat Perdana Menteri Palestin.


Walaupun melakukan lawatan yang cukup singkat namun Najib berjaya menyampaikan mesej kepada rakyat Palestin bahawa Malaysia bersedia melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka mencapai impian mempunyai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.


Berikutan keadaan itulah, Najib yang berucap di hadapan Kabinet dan Ahli Parlimen Palestin dalam sebuah khemah khas yang difahamkan baru dua hari dibeli di Kaherah meminta Fatah dan Hamas bekerjasama bagi menjayakan Pelan Perdamaian yang sedang diusahakan oleh Mesir.


‘‘Inilah prasyarat paling penting, jika mereka mahu melihat Palestin berjaya dalam perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara, Hamas dan Fatah perlu duduk semeja bagi menyelesaikan perbezaan antara mereka kerana pelan itu amat penting demi masa depan rakyat Palestin.


‘‘Bagi Malaysia, walaupun kita tidak mempunyai peranan secara langsung dalam pelan berkenaan namun melalui pertemuan demi pertemuan yang kita adakan dengan kedua-dua pihak itu, kita menekankan betapa pentingnya pelan itu dijayakan,’’ kata Najib.


Sememangnya Najib benar-benar mahu melihat Hamas dan Fatah berbuat demikian sebab itulah dalam ucapan beliau di Gaza dalam dua majlis, Perdana Menteri memberi penekanan kepada perkara itu kerana kata Najib, perpaduan adalah penentu bagi mencapai keamanan dan kemakmuran.


Sementara rakyat Palestin menyanjung tinggi keprihatinan Najib dan media Arab menghamburkan pujian, namun di tanah air sendiri, ada pihak yang tidak senang duduk dengan lawatan mulia Perdana Menteri itu.


Mereka memperlekehkannya termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas pusat, Nasruddin Hassan yang menganggap ia hipokrit. Inilah masalah Pas, mereka melihat segala-galanya dari sudut politik. Bagi Pas, seolah-olah pujian yang diberikan kepada Najib adalah petaka kepada politik sempit mereka.


Sebab itulah, penyokong-penyokong mereka melakukan serangan bukan sahaja melalui kenyataan dangkal Nasruddin tetapi juga melalui Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Malahan puak Pas semakin kepanasan dan tidur tidak lena, apabila bekas Timbalan Presiden parti itu sendiri, Nasharudin Mat Isa turut menyertai rombongan Perdana Menteri itu.


Justeru mereka berusaha memburuk-burukkan lawatan tersebut termasuklah melemparkan pelbagai tuduhan ke atas Nasharudin tanpa mempertimbangkan fakta bahawa Ahli Parlimen Bachok itu ialah Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia yang mempunyai hubungan rapat dengan Palestin.


Tetapi apa hendak buat, kalau minda sudah tertutup dengan politik kebencian, apabila telinga dipekakkan untuk mendengar fakta dan mata sudah dikaburi dengan matlamat memburu kuasa politik, inilah jadinya!. Sehinggakan lawatan yang boleh dianggap jihad dan digalakkan oleh Islam turut diperlekehkan.


Bagi puak-puak Pas ini, hanya mereka sahaja yang layak memperjuangkan nasib umat Islam lain, kalau Perdana Menteri atau UMNO lakukan itu dianggap hipokrit, tetapi hakikatnya kalau dikaji mereka bukan sahaja hipokrit malahan lebih banyak beretorik dalam memperjuangkan Islam.


Oleh itu tidak perlulah kita menghabiskan masa melayan puak-puak atau mana-mana pemimpin Pas yang semakin muflis modal politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.


Apa yang pasti lawatan Najib bukan sahaja berjaya menyampaikan mesej kepada rakyat Palestin terhadap sokongan Malaysia tetapi juga meningkatkan imej Malaysia di mata dunia khususnya negara Islam yang melihat Malaysia sebagai model dalam mempraktikkan Islam dalam zaman moden.










Teruskan membaca..

Friday, January 25, 2013

Rasulullah pendidik unggul


Rasulullah pendidik unggul

 

Sempena sambutan Maulidur Rasul SAW
 Peringkat Kebangsaan 1434H/2013: 


Guru patut contohi cara Baginda
 tangani masalah secara berhemah


Rasulullah SAW seorang pendidik yang cemerlang.
 Hasil didikan Baginda SAW, lahir tokoh ternama dan tersohor seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Tholib serta sahabat yang lain.
Dicontohi sepanjang zaman



" Guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya."
Imam al-Ghazali

 
Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi dan diteladani sepanjang zaman. Allah SWT telah merakamkan beberapa ayat dalam al-Quran mengenai peranan Rasulullah SAW sebagai guru atau pendidik.

 
Firman Allah SWT:

 “Dialah Tuhan yang telah mengutuskan kepada kaum ummi (buta huruf) seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, (berjuang) menyucikan mereka serta mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Sesungguhnya mereka (sebelum diutus Muhammad) benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.” 
(Surah al-Jum’ah, ayat 2)

 
Selain nas al-Quran, 
Nabi SAW juga bersabda: 
“Sesungguhnya 
aku telah diutuskan
 (oleh Allah) sebagai
 seorang guru (pendidik manusia).”
 (Riwayat Ibnu Majah)

 
 Diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

 “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil 
lelaki berkenaan dan berkata kepadanya:  
" Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing."
 
Berpandangan jauh

 
Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu ialah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan, terutama guru. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

 
Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci mengenai kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

 
Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar perlunya bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.

 
Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

 
Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru akan menyedari bahawa sabar memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik.

 
Diriwayatkan daripada Abu Musa, 
Rasulullah SAW mengatakan: 


 “Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di antara bumi itu ada sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Pada hal Allah menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apapun di tanah itu. Gambaran seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan sesuatu yang menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikitpun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia tidak mendapat petunjuk dari Allah yang kerananya aku utusan-Nya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Proses pengajaran

 
Ini menjelaskan kepada kita proses pendidikan dan pengajaran adalah satu metodologi yang perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti psikologi, sosiologi dan daya membuat pertimbangan seseorang pelajar.

 
Gabungan ilmu pengetahuan itu membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar mengikuti pengajaran. 
Sumber




Teruskan membaca..

Anugerah Perdana Maulidur Rasul

Bekas Mufti Sarawak 

penerima Anugerah Perdana 

Maulidur Rasul



PENERIMA anugerah bergambar bersama selepas menerima trofi dan sijil pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. Berdiri dari kiri: Nik Safiah Abdul Karim, Nooh Gadut, Muhammad Fitri Abdullah, Che Wan Alias Wan Abdullah, Mohd. Zaman Khan, Mohd Bakir Mansor, Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. Duduk dari kiri: Anis Abot dan Khairunnisaq Khairuddin.



PUTRAJAYA 24 Jan. - Bekas Mufti Sarawak, Datuk Seri Anis Abot dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini hari ini.





Pemilihan itu membolehkan Anis yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak menerima RM50,000, trofi, sijil dan hadiah iringan. Anis dipilih menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau membangunkan perkembangan dan pengurusan Islam di Sarawak.





Sepanjang tempoh 17 tahun dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak bermula 1985, beliau berjaya menubuhkan enam buah Sekolah Rendah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak dan menubuhkan Lembaga Amanah Kebajikan Darul Falah, khusus memberikan pendidikan Islam kepada saudara baharu.




Anis ketika ditemui berkata, beliau amat terharu dengan penerimaan anugerah tersebut dan mahukan pengiktirafan itu dikongsi bersama masyarakat Islam di Sarawak.







"Syukur kepada Allah yang memberikan kesempatan kepada saya untuk berbakti kepada masyarakat dan agama serta kerajaan yang mencadangkan pemberian anugerah ini,'' katanya.






Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.




Selain Anis, seramai lapan tokoh lagi terpilih menerima anugerah. Mereka termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan; Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam, Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Abdul Karim dan Penasihat Syariah, Pusat Fiqh Muamalat, Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, Mohd. Bakir Mansor.



Selain itu turut menerima anugerah, Pengurus Besar Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program Al Hijrah Media Corporation, Che Wan Alias Wan Abdullah; Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.




Pemenang Anugerah Maulidur Rasul dipilih berdasarkan sumbangan dalam menjalankan tugas yang mencabar, berisiko tinggi dan berinovatif serta menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.
Masing-masing menerima hadiah RM20,000, trofi, sijil dan hadiah iringan.






https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl7otAuBIzY8vaO78gnmA8oHwcix5s6b3LXq8OzGdtOlJszpnmtoC9pGr_XDypbzVXXFz5kpNiesYT-qi_TLGBUIBOSC5d66lSbYoT-xe2EPOONC7WdDx_VImJYYvpe0fgiiJH3d9OofQ/s1600/maulidur-rasul.jpg

Teruskan membaca..

Sunday, January 20, 2013

Lawak la pulak :)




Kisah Pilot dan pesakit jiwa..

 
Satu hari, seorang pilot telah ditugaskan untuk membawa 30 orang pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan dipandunya.



Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan, juruterbang itu pun membawa 30 orang pesakit jiwa tersebut. 29 orang pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu.Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri.



Tiba-tiba,  kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 orang pesakit yang melompat-lompat itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 orang pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan-kawannya supaya berhenti bermain.



5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata..? Apa yang kau bagi tau sama kawan-kawan kau itu?". Pesakit itu pun menjawab "Saya bagi tau kat kawan-kawan saya..... kalau nak melompat-lompat............pergi main kat luar!!!!





p/s :

release tension......


Teruskan membaca..

Melukis bunga ros



how-to-draw-rose-step2
how-to-draw-rose-step3              


    how-to-draw-rose-step5    how-to-draw-rose-step4how-to-draw-rose-step6how-to-draw-rose-step7





~ Selamat Mencuba ~

Belajar di sini :)


Teruskan membaca..

Rakyat diseru jayakan TMM 2014


Rakyat diseru jayakan TMM 2014




NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada pelancaran karnival promosi TMM 2014 malam tadi.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat negara ini agar menjadikan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang didokong oleh kerajaan sebagai misi nasional bagi memastikan ia mencapai kejayaan.


Najib berkata, setiap kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan termasuk rakyat biasa mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan misi tersebut.



Ujarnya, layanan mesra, ceria dan bersopan santun yang dipamerkan kepada pelancong asing merupakan pengalaman yang akan meninggalkan kesan mendalam ketika mereka melawat negara ini.


"Kerajaan boleh buat promosi atau iklan tetapi yang paling berkesan adalah layanan mesra dan keunikan budaya negara ini yang akan diingati oleh pelancong asing.


"Itu kesan kempen promosi yang cukup bermakna dan tiada tandingannya berbanding negara lain," katanya ketika melancarkan karnival promosi TMM 2014 yang dihadiri kira-kira 15,000 orang di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.




ORANG ramai bersorak ketika menyaksikan pertunjukan bunga api.



Turut hadir, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.



Sempena pelancaran promosi itu, Kementerian Pelancongan menganjurkan karnival selama tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 18 Januari lalu hingga hari ini yang menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik kepada pengunjung.
Menurut Najib, kerajaan akan terus memberi sokongan kepada industri pelancongan yang turut menyumbang kepada pendapatan negara selama ini.



Katanya, pada tahun 1999, Malaysia hanya menerima kunjungan seramai tujuh juta pelancong asing dan hasil promosi yang dijalankan, ia mampu menjadikan angka itu bertambah tiga kali ganda setiap tahun.



Jelasnya, ia menunjukkan kesan dasar transformasi negara yang dijalankan telah berhasil dan diiktiraf dunia.
"Melalui insentif yang diumumkan dalam Bajet 2013, saya percaya ia mampu memacu industri ini menjadi lebih maju lagi," tambahnya




Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...