Photobucket

Sahabat Maya :

Sunday, January 20, 2013

Rakyat diseru jayakan TMM 2014


Rakyat diseru jayakan TMM 2014




NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada pelancaran karnival promosi TMM 2014 malam tadi.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat negara ini agar menjadikan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang didokong oleh kerajaan sebagai misi nasional bagi memastikan ia mencapai kejayaan.


Najib berkata, setiap kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan termasuk rakyat biasa mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan misi tersebut.



Ujarnya, layanan mesra, ceria dan bersopan santun yang dipamerkan kepada pelancong asing merupakan pengalaman yang akan meninggalkan kesan mendalam ketika mereka melawat negara ini.


"Kerajaan boleh buat promosi atau iklan tetapi yang paling berkesan adalah layanan mesra dan keunikan budaya negara ini yang akan diingati oleh pelancong asing.


"Itu kesan kempen promosi yang cukup bermakna dan tiada tandingannya berbanding negara lain," katanya ketika melancarkan karnival promosi TMM 2014 yang dihadiri kira-kira 15,000 orang di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.




ORANG ramai bersorak ketika menyaksikan pertunjukan bunga api.



Turut hadir, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.



Sempena pelancaran promosi itu, Kementerian Pelancongan menganjurkan karnival selama tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 18 Januari lalu hingga hari ini yang menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik kepada pengunjung.
Menurut Najib, kerajaan akan terus memberi sokongan kepada industri pelancongan yang turut menyumbang kepada pendapatan negara selama ini.



Katanya, pada tahun 1999, Malaysia hanya menerima kunjungan seramai tujuh juta pelancong asing dan hasil promosi yang dijalankan, ia mampu menjadikan angka itu bertambah tiga kali ganda setiap tahun.



Jelasnya, ia menunjukkan kesan dasar transformasi negara yang dijalankan telah berhasil dan diiktiraf dunia.
"Melalui insentif yang diumumkan dalam Bajet 2013, saya percaya ia mampu memacu industri ini menjadi lebih maju lagi," tambahnya




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...