Photobucket

Sahabat Maya :

Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts
Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Memaknai keberkatan :)






Memaknai keberkatan



Secara umumnya keberkatan
 dapat didefinisikan sebagai “
sesuatu yang dapat membawa kebaikan.





Definisi ini memang sangat umum 
dan belum dapat menjelaskan 
 pengertian berkat dengan sepenuhnya.
 Konsep keberkatan lebih mudah 
dijelaskan dengan melihat sejarah awal
 kehidupan Nabi Muhammad SAW. 
Setelah dilahirkan Nabi SAW disusui
 oleh seorang ibu daripada 
Bani Sa’ad bernama, Halimah al Sa’diyah.






Bani Sa’ ad adalah salah satu 
kelompok daripada suku Quraish 
di Mekah. Sebelum kehadiran
 Nabi Muhammad SAW, keadaan
 kehidupan Bani Sa’ad adalah dalam
 keadaan kesukaran makanan yang 
tergambarkan pada kurusnya
 binatang ternakan, keringnya
 susu ternakan, ketidaksuburan tanah 
dan sedikitnya hasil tanaman.





Namun, semenjak baginda 
Rasulullah SAW dibawa oleh 
Halimah ke kampung Bani Sa’ad,
 ternakan mereka beransur gemuk,
 malah kantung susu turut menjadi
 penuh,dan tanah berubah menjadi subur.
 Kehidupan keluarga Halimah pula
 mula menjadi sejahtera.




Perubahan keadaan yang terjadi ini 
diakui asbab kepada kehadiran
 Nabi Muhammad SAW yang telah 
membawa barokah kepada Bani Sa’ad. 






Secara logik akal, tidak mungkin
 Nabi Muhammad SAW yang masih bayi,
 belum mampu untuk duduk dan berdiri, 
malah masih memerlukan bantuan orang lain 
untuk makan dan minum, dapat membawa 
perubahan kepada Bani Sa’ad. 




Namun secara logik tauhid, 
perubahan pada Bani Sa’ad ini 
dapat terjadi atas dasar kehendak 
Allah SWT yang ditandai dan diawali 
dengan kehadiran Nabi Muhammad SAW 
yang masih bayi. Untuk itulah, 
kehadiran baginda disebut 
sebagai barokah.





Al-Quran menegaskan bahawa 
Allah SWT merupakan sumber keberkatan. 




Firman Allah SWT yang bermaksud: 




" Maha Suci (Maha Barakah)
 Allah Yang di tangan-Nyalah 
segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa 
atas segala sesuatu."





(al-Mulk: 1)





Di dalam al-Quran banyak contoh 
makhluk-makhluk-Nya yang
 dianugerahi keberkatan.
 Di antaranya: tempat 
(negeri, kota, kampung), manusia
 (keluarga, orang perseorangan), 
waktu, benda (pohon, rezeki, air)
 dan lain-lain.





“Keberkatan kepada  "tempat" 
digambarkan dengan firman 
Allah SWT yang bermaksud:  




" Maha Suci Allah
 yang telah memperjalankan hamba-Nya
 pada suatu malam dari Masjidil Haram
 ke Masjidil Aqsa yang telah Kami
 anugerahkan keberkatan pada
 negeri/tempat sekeliling-nya agar
 Kami perlihatkan kepadanya
sebahagian daripada landa-tanda
 (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia
 adalah Maha Mendengar lagi
 Maha Mengetahui."



 (al-Isra’: 1)



Dalam ayat yang lain,
 Allah SWT berfirman yang bermaksud:  




" Sesungguhnya rumah
 yang mula-mula dibangunkan 
untuk (tempat beribadat) manusia,
 ialah (Baitullah) yang di Bakkah
 (Mekah) yang dianugerahi barokah
 dan menjadi petunjuk bagi
 semua manusia. "



(Ali Imran: 96)




“Keberkatan kepada "manusia"
 digambarkan dengan firman 
Allah SWT yang bermaksud:





" Dan Dia menjadikan aku
 (Nabi Isa a.s) seorang yang
 dianugerahi keberkatan di mana 
sahaja aku berada dan Dia
 memerintahkan kepadaku untuk
 (mendirikan) solat dan (menunaikan) 
zakat selama aku hidup. "



(Maryam: 31)





Keistimewaan





Anugerah keberkatan yang
 diterima Nabi Isa a.s menyebabkan
 sebuah keistimewaan.
 Ke mana pun dia pergj,
 maka tempat yang ia singgah
 dan sesiapa pun yang bertemu 
dengannya mendapat manfaat keberkatan
 daripadanya, seperti orang
 yang sakit akan menjadi sembuh, 
yang susah menjadi 
mudah urusannya dan seterusnya.




“Keberkatan kepada "keluarga" pula
 digambarkan dengan firman-Nya
 yang bermaksud: 





"Katakanlah: Ya Tuhanku, 
Tinggalkanlah saya di negeri
 yang berkat. Engkau sebaik-baik
 yang memberi tempat."


 (al-Mu’minun: 29)



“Keberkatan kepada "waktu" pula 
digambarkan dengan firman Allah SWT 
yang bermaksud:





" Sesungguhnya Kami 
menurunkannya (al-Quran) pada
 suatu malam yang dianugerahi 
keberkatan dan sesunggguhnya 
Kami-lah yang memberi peringatan. "



(ad-Dukhan: 3)



“Keberkatan kepada "air"
 digambarkan dengan firman 
Allah SWT yang bermaksud:




" Dan Kami turunkan dari langit,
 air yang telah dianugerahi keberkatan. 
Lalu Kami tumbuhkan dengan air
 itu pohon dan biji-bijian."


 (Qaf: 9)




Mengenai “Keberkatan 
kepada "rezeki" Rasulullah SAW 
mengajar umatnya untuk selalu
 berdoa, memohon kepada Allah SWT 
agar diberi rezeki yang berkat. 
Salah satu daripada doa tersebut ialah 
yang bermaksud: 




"Ya Allah, 
anugerahkan lah keberkatan
 kepada rezeki kami dan
 jagalah diri kami 
daripada api neraka.




“Keberkatan dalam "kehidupan"
 digambarkan Allah SWT dengan
 firman-Nya yang bermaksud:



" Jikalau sekiranya
 penduduk desa / negeri beriman 
dan bertakwa, pastilah Kami
 anugerahkan kepada (kehidupan)
 mereka keberkatan dari langit 
dan bumi, tetapi mereka mendustakan
 (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami 
seksa mereka disebabkan
 perbuatannya. "


(aI-A’raf: 96)




Allah SWT dan al-Quran 
adalah merupakan sumber keberkatan. 
Apabila nilai-nilai al-Quran diamalkan
 dalam kehidupan, maka secara automatik
 kehidupan di negeri, kota, desa, 
kelompok dan orang perseorangan
 yang menerapkan nilai-nilai tersebut
 menjadi objek sasaran keberkatan. 



 
Apabila keberkatan dianugerahkan 
kepada kehidupan di negeri, kota,
 desa dan seterusnya, maka segala
 sesuatu yang diusahakan bakal 
mencapai hasil yang luar biasa atau 
di luar dugaan akal manusia, sesuai
 dengan sifat keberkatan itu sendiri 
yang melebihi perhitungan 
akal manusia.





Teruskan membaca..

Wednesday, June 18, 2014

Manfaat tonton Piala Dunia buat ibadah sunat :)



Manfaat tonton Piala Dunia buat ibadah sunat

 


Setiap empat tahun, kejohanan bola sepak Piala Dunia dinanti-nanti peminat bola sepak seluruh dunia dan tidak terkecuali negara kita Malaysia. Kejohanan Piala Dunia kali ini diadakan di negara yang terkenal dengan gaya bola sepak 'samba' Brazil. 
 
 
 


Walaupun begitu, jangan dilupakan tidak lama lagi umat Islam akan menyambut bulan mulia, Ramadan penuh barakah yang mana setiap pahala amalan dilipat gandakan. 
 
 
 

Perlawanan Piala Dunia awal pagi
 
 
 
Melihat jadual perlawanan, hampir semuanya berlangsung pada awal pagi antara jam 12 malam hingga 4 pagi. Dalam minat kita menonton perlawanan khususnya pada tengah malam dan awal pagi, alangkah baik jika diselangi dengan ibadah malam.
 
 


Jika dilihat dari sudut positif, kita boleh mengambil beberapa masa sebelum menonton perlawanan Piala Dunia untuk melakukan solat sunat dua rakaat pada awal pagi yang mempunyai keistimewaannya tersendiri. Antaranya, solat sunat taubat dan hajat yang lebih afdal dilakukan pada waktu satu pertiga malam. 
 
 


Ini sebagai latihan yang baik untuk menempuh Ramadan al-Mubarak selain kita juga dapat menonton Piala Dunia. Justeru, kesediaan kita berjaga malam sewajarnya menjadi peluang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melaksanakan ibadah sunat.
 
 


Hakikatnya bukan mudah untuk mengikhlaskan diri melaksanakan solat sunat, tetapi lebih malang lagi jika kesempatan yang datang itu tidak dimanfaatkan. Berbanding duduk saja menantikan perlawanan bermula, sebaknya memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT. 
 
 
 

Hikmah Piala Dunia pada Ramadan
 
 


Mungkin ada hikmahnya Piala Dunia kali ini berlangsung pada Ramadan kerana secara tidak langsung memudahkan mereka yang berjaga untuk mengamalkan sunah Rasulullah SAW yang menggalakkan mereka yang berpuasa supaya bersahur.
 
 


Jika dulu ramai meninggalkan sahur atas alasan tidak bersedia bangun di awal pagi, kini sambil menonton Piala Dunia, masing-masing boleh menikmati juadah bersahur, diikuti dengan menunaikan solat Subuh. 
 
 


Khususnya bagi generasi muda yang sebelum ini lebih suka bersahur sebelum tidur, boleh berlatih bersahur pada awal pagi. Diharapkan apabila mereka merasai nikmat bersahur pada awal pagi, ini akan menimbulkan azam untuk meneruskan amalan itu walaupun pada Ramadan yang tiada Piala Dunia.
 
 


Banyak perkara boleh mendatangkan kebaikan kepada semua jika kita bersedia mengambil manfaat positif yang ada padanya. Jangan suka mempertikaikan sesuatu perkara sebaliknya ambil yang terbaik daripadanya untuk faedah bersama. 
 
 
 
Sumber




Teruskan membaca..

Saturday, January 25, 2014

Keutamaan ikhlas Allah melihat kepada hati









http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcStcObn4vdFORLnup-u739HKUwqhGPaGTiD1ByRvFSFHfU5Hehqsw

Keutamaan ikhlas Allah melihat kepada hati

DALAM menjalani kehidupan yang penuh dengan kesibukan dan dugaan, sifat ikhlas sangat penting dipraktikkan. Sifat ikhlas mestilah datang dari hati dan jiwa yang mementingkan kualiti kehidupan yang ditempuh.







Sifat ikhlas juga ada kaitannya dengan harga diri, bertanggungjawab, amanah, toleransi, kerajinan dan kasih sayang. Perkaitan sifat dan nilai murni ini sangat rapat dalam melaksanakan ibadah dan amanah yang dipertanggungjawabkan.







Sebagai contoh, ikhlas dan kasih sayang terhadap anak dan keluarga, ikhlas terhadap anggota keluarga yang terdekat, mengekalkan tradisi kekeluargaan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga.






Di samping itu, sifat ikhlas juga dapat dipraktikkan dalam menyayangi dan menghargai alam sekitar, peka terhadap isu-isu alam sekitar, ikhlas cintakan negara, sanggup berkorban demi negara. Begitu juga dalam kehidupan, seperti ikhlas dalam melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, menghormati hak golongan kurang upaya dan bekerjasama dalam masyarakat.






Nabi SAW menjelaskan dalam sabdanya: 




" Agama ialah keikhlasan (kesetiaan). 

Kami lalu bertanya, 

Kesetiaan kepada siapa, ya Rasulullah?

 Rasulullah SAW menjawab, 

Kepada Allah,

 kepada kitab-Nya (al-Quran), 

kepada rasul-Nya, 

kepada penguasa Muslimin dan

 kepada rakyat awam. "



 (riwayat Muslim)







Perasaan jujur






Akal fikiran akan memastikan sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas dan jujur. Perasaan jujur dan ikhlas yang terbit dari hati menjurus kepada akal fikiran mengajak melakukan apa yang dianggap baik dan menolak mengerjakan apa yang dianggap buruk iaitu berdusta dan melakukan penyelewengan.






Dalam hal ini Nabi SAW bersabda: 




" Barang siapa memberi kerana Allah, 

menolak kerana Allah,

 mencintai kerana Allah,

 membenci kerana Allah dan 

berkahwin kerana Allah, 

maka sempurnalah imannya."



 (riwayat Abu Daud)






Justeru, apa yang dilakukan untuk mendapat keikhlasan hati mestilah dilakukan kerana Allah SWT. Akhirnya, pastilah keikhlasan itu akan mendapat balasan pahala di sisi Allah SWT di akhirat nanti. 




Ini dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bersabda: 




" Barang siapa membangun 

sebuah masjid kerana mencari keredaan Allah,

 maka Allah membangunkan baginya

 sebuah rumah di syurga. "



(riwayat Muttafaq Alaihi)







Manakala dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda: 



" Barang siapa memperbaiki 

hubungannya dengan Allah, maka Allah 

akan menyempurnakan hubungannya

 dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa

 yang dirahsiakannya, maka Allah akan

 memperbaiki apa yang dilahirkannya

 (terang-terangan). ":

 (riwayat al-Hakim)







Berkaitan dengan melakukan sesuatu dengan rahsia. 
Nabi SAW bersabda: 


" Seorang sahabat berkata kepada Rasulullah,

€œYa Rasulullah, seorang melakukan amal (kebaikan) 

dengan rahsia dan apabila diketahui orang, 

dia juga menyukainya (merasa senang).

Rasulullah SAW berkata,

€œBaginya dua pahala iaitu pahala merahsiakannya 

dan pahala terang-terangan. "

(riwayat At Tirmizi).





Oleh itu, kita digalakkan merahsiakan apa yang kita lakukan khususnya berkaitan dengan amal kebaikan dan kebajikan seperti sedekah, memberi hutang tanpa bunga kepada orang lain dan membantu seseorang dalam kesusahan.





Sifat ikhlas juga sebagai buah daripada akidah. Ia adalah amal daripada hati dan berada di hadapan daripada amal-amal hati. Sebab diterimanya berbagai-bagai amal adalah apabila seseorang itu melakukannya dengan ikhlas.





Lantaran itu, ikhlas adalah menghendaki keredaan Allah SWT dengan satu amal yang dilakukan, membersihkan daripada segala noda yang dilakukan oleh individu di dunia untuk mendapat reda Allah SWT. Ini adalah disebabkan asas amal yang ikhlas adalah memurnikan niat kepada Allah semata-mata.






UKM. 





 http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140121/ba_04/Keutamaan-ikhlas-Allah-melihat-kepada-hati
Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...