Sahabat Maya :

Friday, January 25, 2013

Anugerah Perdana Maulidur Rasul

Bekas Mufti Sarawak 

penerima Anugerah Perdana 

Maulidur Rasul



PENERIMA anugerah bergambar bersama selepas menerima trofi dan sijil pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. Berdiri dari kiri: Nik Safiah Abdul Karim, Nooh Gadut, Muhammad Fitri Abdullah, Che Wan Alias Wan Abdullah, Mohd. Zaman Khan, Mohd Bakir Mansor, Mohd. Ridhuan Tee Abdullah. Duduk dari kiri: Anis Abot dan Khairunnisaq Khairuddin.



PUTRAJAYA 24 Jan. - Bekas Mufti Sarawak, Datuk Seri Anis Abot dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini hari ini.





Pemilihan itu membolehkan Anis yang juga bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak menerima RM50,000, trofi, sijil dan hadiah iringan. Anis dipilih menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau membangunkan perkembangan dan pengurusan Islam di Sarawak.





Sepanjang tempoh 17 tahun dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak bermula 1985, beliau berjaya menubuhkan enam buah Sekolah Rendah Kebangsaan Agama Majlis Islam Sarawak dan menubuhkan Lembaga Amanah Kebajikan Darul Falah, khusus memberikan pendidikan Islam kepada saudara baharu.




Anis ketika ditemui berkata, beliau amat terharu dengan penerimaan anugerah tersebut dan mahukan pengiktirafan itu dikongsi bersama masyarakat Islam di Sarawak.







"Syukur kepada Allah yang memberikan kesempatan kepada saya untuk berbakti kepada masyarakat dan agama serta kerajaan yang mencadangkan pemberian anugerah ini,'' katanya.






Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.




Selain Anis, seramai lapan tokoh lagi terpilih menerima anugerah. Mereka termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut; Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan; Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam, Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Abdul Karim dan Penasihat Syariah, Pusat Fiqh Muamalat, Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, Mohd. Bakir Mansor.



Selain itu turut menerima anugerah, Pengurus Besar Pembangunan Kandungan dan Penyelidikan Program Al Hijrah Media Corporation, Che Wan Alias Wan Abdullah; Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah.




Pemenang Anugerah Maulidur Rasul dipilih berdasarkan sumbangan dalam menjalankan tugas yang mencabar, berisiko tinggi dan berinovatif serta menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.
Masing-masing menerima hadiah RM20,000, trofi, sijil dan hadiah iringan.






http://2.bp.blogspot.com/-Bs_z1q2Lc20/UPV-lOZFrAI/AAAAAAAAAVc/NjOjH3Ab7yU/s1600/maulidur-rasul.jpg

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...