Sahabat Maya :

Thursday, March 27, 2014

KRB3013(Prinsip Pengajaran Bacaan)-Esei Ilmiah & Forum UPSI


http://2.bp.blogspot.com/-ChbJgIN6D9E/UL8XKjhF3FI/AAAAAAAAADI/6LQMo8EePAU/s1600/Kaedah+Pengajaran+Bacaan.JPG


PERINCIAN TUGASAN KURSUS KRB 3013 


PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)

KRB 3013 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN



PPG PJJ 
SEMESTER 2 SESI 2013/2014




TUGASAN BERTULIS 


(30 MARKAH)


Tugasan 1 :

 Jawab soalan  di bawah.


Membina Modul Pengajaran Bacaan


i. Bina satu modul yang mengandungi beberapa set aktiviti berasaskan kemahiran yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.   Fokus utama kemahiran ialah kemahiran membaca dan aktiviti yang dibina mestilah daripada pelbagai aras.  Tentukan tema, tajuk dan kumpulan pelajar yang akan menggunakan modul anda.




ii. Berasaskan pengetahuan dan pengalaman anda jelaskan bagaimana penilaian membaca berasaskan Penilaian Bersasakan Sekolah (PBS) dijalankan.



ARAHAN: 



Pilih satu thn shj fokus membaca.



Tugasan anda mesti mengandungi:


·         Pengenalan
·         Topik/subtopik/isi
·         Kesimpulan / penutup
·         Rujukan
·         Sertakan bukti/bahan bagi menyokong esei anda.
·         Gunakan cover tugasan yang diberi(Rujuk lampiran 1)
·         Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran yang lewat daripada tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.



PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH





Penulisan mestilah mematuhi format berikut:


i.        Format APA
ii.      Font: Times New Roman
iii.    Saiz: 12
iv.    Spacing: 1.5
v.      Margins: 


     Atas 1”  (inci) ATAU 2.5 cm
  Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm
      Kanan 1” (inci) ATAU 2.5 cm
      Kiri 1.5” (inci) ATAU 3.0 cm



vi.    Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya: 

     5 buah buku ilmiah
    4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian)
                  4 Sumber internet yang berwibawa.             
     Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi



vii.  Panjang: 18 - 20 halaman.






E-FORUM


 (30 MARKAH)

 

1.   Tutor E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 5 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum).  




2.   Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 200 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah. 



3.   Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar  terhadap sekurang-kurangnya tiga (3) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan. 



4.   Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan. 




5.   Tajuk E-Forum  ditentukan oleh tutor E-Learning mengikut kumpulan masing-masing. 





SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS




Artikel Ilmiah (30%)
E-Forum (30%)
A
Penulisan ilmiah yang cemerlang, menepati format, isi mencukupi,  isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.
A-
Penulisan ilmiah yang baik, menepati format, isi mencukupi,  isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.
B+
Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format,  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.
B
Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format,  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.
B-
Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara),  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian yang baik &  menarik dan ada idea yang kemas
C+
Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara),  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).
Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.
C
Penulisan secara ilmiah, kesalahan format  tidak melebihi 4 perkara.  isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.
Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.
D
Penulisan lemah, kesalahan format  melebihi 5 perkara.  isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.
Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.
E
Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.
Gagal melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.





1.                 PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!!

  • Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.
  • Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.
  • Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir.
  • Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
  • Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
  • Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line.
  • Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.
  • Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.
  • Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda.
  • Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
  •  Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.




       PENILAIAN KURSUS



 Pemberatan


Kategori
Pemberatan
Kerja kursus
60%
Peperiksaan Akhir
40%
JUMLAH
100%




Agihan Pemberatan Kerja Kursus
 

Bentuk Kerja Kursus
Jenis
Tugasan
Agihan Markah (Peratus)
Individu
Esei Ilmiah
30%
E-Forum
30%
JUMLAH
60%





  SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP 
IAITU PADA 27 APRIL 2014




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...