Sahabat Maya :

Thursday, March 27, 2014

BML3063(Sintaksis Bahasa Melayu)-Esei Ilmiah & Forum UPSI

http://www.dawama.com/store/pic/dawama/item/B4567.jpg


PERINCIAN TUGASAN KURSUS BML 3063 


PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)

BML 3063 
SINTAKSIS BAHASA MELAYU



PPG PJJ 
SEMESTER 2 SESI 2013/2014



TUGASAN KERJA KURSUS






Butiran Tugasan




(a)    Tajuk:  Analisis Ayat  Bahasa Melayu. 



(b) Bilangan Halaman: 10 halaman, tidak termasuk nota hujung,dan          lampiran.

        

(c)    Ditaip dengan langkau dua pada kertas A4, fon 12 dan Times New Roman.



(d)    Diserahkan selewat-lewatnya  pada 
20 April 2014. 
 Sebanyak satu markah akan ditolak jika lewat.



(e)    Tugasan ini boleh dilakukan seorang atau lebih daripada seorang, tetapi tidak lebih daripada tiga orang.









4.         Format Penulisan



(a)    Pendahuluan: Dalam tiga  atau empat ayat tentang  apa dan bagaimana.





(b)   Tujuan:  Dua atau tiga m/s. Jika ada perbandingan teks, barulah tiga.



(c)    Bidang:  Kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis.



(d)   Bahan:  Bahan yang dikaji melibatkan bahan penggunaan bahasa dalam bahasa Melayu. Bahan hendaklah bertarikh 17 Feb. 2014 ke atas.  Bahan ini boleh berupa rakaman lisan-temu bual dlm rakaman utk analisis ayat yang digunakan, surat khabar, novel, cerpen-dr surat khabar, majalah-cari 1 m/s yg byk slh ejaannya  dan bahan bertulis yang lain.  Boleh lebih daripada satu  bahan jika dalam tujuan melibatkan perbandingan dalam sesuatu aspek yang dipilih. Jika seorang, data hendaklah terdiri daripada 50 ayat. Jika berdua, masing-masing hendaklah menganalisis 25 ayat daripada bahan yang berlainan . Jika bertiga, masing-masing hendaklah menganalis 20 ayat daripada bahan yang berlainan.



(e)    Kaedah:  Kajian ini perlu berdasarkan kuantitatif. Kuantitatif di sini merujuk kepada analisis  dari segi bilangan unsur dan peratusan

 

(f)      Konsep:  Terdapat konsep penting yang digunakan dalam tugasan.  Konsep ini perlu didefinisikan  untuk keperluan tugasan tersebut.  Definisi itu perlu dengan perkataan sendiri, bukan secara memetik.

 

(g)   Analisis:  Dapatan daripada analisis sepenuhnya dalam Lampiran I akan digunakan dalam bahagian analisis ini.  Contoh perlu representatif, selebih-lebihnya empat contoh untuk sesuatu penjelasan aspek atau subaspek.





(h)   Penutup:  Bahagian ini memuatkan tujuan secara ringkas sama ada tercapai atau sebaliknya tujuan di atas.  Selain itu, dimasukkan dapatan  secara ringkas.  Kajian lanjutan dicadangkan dalam bahagian ini sama ada dari segi penumpuan yang lebih khusus pada data yang sama genre atau pada genre yang berlainan.



(i)    Nota Hujung:  Masukkan jika perlu.  Nota ini merupakan penjelasan yang mungkin mengganggu kelancaran idea jika dimasukkan ke dalam isi.



(j)    Bibliografi:  Perlu ada.  Pastikan formatnya seragam. Seboleh mungkin, gunakan Gaya Dewan.



(k)   Lampiran I:  Lampiran ini memuatkan analisis sepenuhnya terhadap bahan    yang dipilih.  Gunakan huruf (a) dan (b) jika berkongsi dua orang. (a), (b) dan (c) jika bertiga dengan nama masing-masing.



(l)   Lampiran II:  Bahan yang menjadi kajian tugasan difotostat atau dirakam dan ditranskripsikan dan dilekatkan   pada bahagian ini.  Kegagalan berbuat demikian akan menjejaskan pemberian markah. 


 http://3.bp.blogspot.com/-ONTn6VJjK2g/TqC8DlJ-mtI/AAAAAAAAAkc/fKU06DtIz9U/s1600/Kulit%2Bbuku%2BTeras%2BPendidikan%2BBahasa%2BMelayu.JPG


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...