Sahabat Maya :

Saturday, May 4, 2013

Rawatan segera atasi hiperaktif





KBK 3073 MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


ESEI ILMIAH 


TUGASAN 1 (20m)



Menurut Azizi Yahaya et al. (2006) gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. 



Merujuk kepada pernyataan di atas, lakukan satu kajian perpustakaan dengan bersumberkan artikel-artikel dari jurnal atau bahan-bahan lain yang berkaitan sebagai rujukan untuk membincangkan: 




a. Ciri-ciri dan penyebab kepada gangguan hiperaktif atau masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD) 




b. Intervensi awal yang boleh dilakukan melalui model perubatan (Medical Model) dan Model Sosial terhadap kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). 




c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactivity Disorder/ADHD). 




Hasilkan pelaporan penulisan anda dalam bentuk ilmiah. 





ADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.Ia melibatkan 3 jenis kepayahan : 


  • Kurang tumpuan 
  • Hyperaktif
  • Menurut kata hati (Impulsiviti)



Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.



 Gejala
Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.






A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :

  • Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
  • Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
  • Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
  • Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
  • Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
  • Tidak berupaya mematuhi arahan
  • Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
  • Mudah hilang perhatian
  • Pelupa







B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :

  • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
  • Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
  • Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
  • Bising waktu bermain
  • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
  • Banyak bercakap






C. Menurut kata hati (Impulsiviti)
Kanak-kanak akan :

  • Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
  • Tidak sabar menunggu giliran
  • Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
  • Tambahan :
    • Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
    • Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
    • Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam
    • Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
    • Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
    • Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

Sekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.






Komplikasi

  • ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.
  • Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan rakan.
  • Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.


Rawatan

 
Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.






Pemulihan

Intervensi tingkahlaku
 



Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
  • Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.




Pendidikan Khas
 
Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.
Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.



CARA-CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF
 
Selain daripada rawatan kanak-kanak hiperaktif, juga mesti mendapat bimbingan daripada
pihak ibu bapa dan guru-guru. Di sini ada beberapa cara membimbing kanak-kanak hiperaktif 

 Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak sebelum bercakap dengannya.

Kemudian pastikan anak hiperaktif bertentang mata dengan mata anda ketika bercakap.
Berikan arahan dengan tepat dan jelas.

 Buatkan satu jadual untuknya. Pastikan kanak-kanak hiperaktif ini mengikuti jadual
tersebut.

 Suruh mereka mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingati. Berikan ganjaran
kepada tingkahlaku yang baik dan bersesuaian.

 Benarkan kanak-kanak hiperaktif ini berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa
membuat kerja sekolah). Mereka akan lebih baik selepas berehat selama 5 hingga 10
minit.

 Jangan galakkan permainan kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.

 Bagi kanak-kanak yang bersekolah, suruhlah mereka selalu berkomunikasi dengan
guru. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran
kanak-kanak ini dari guru yang sesuai



Kumpulan sokongan
FAMILY SUPPORT GROUP FOR ADHD/LD AND RELATED DISORDERS
Website : http://groups.yahoo.com/group/myadhdsupport

  

 



Rawatan segera atasi hiperaktif







DUDUK diam! Jangan nakal-nakal!'' Mungkin itu adalah ayat biasa yang diungkapkan oleh seorang ibu kepada anak-anak yang sedang 'mengganas'.
Bayangkan mainan yang bersepah di serata ceruk rumah serta tabiat suka melompat dari meja atau sofa selalunya membuatkan si ibu mudah 'naik hantu'.
Jika itu yang sering dilakukan oleh anak-anak, tidak perlu khuatir kerana ia adalah sebahagian daripada proses normal bagi seorang kanak-kanak aktif dan cergas yang sedang membesar.


Jika si kecil gagal memberi tumpuan serta tidak fokus apatah lagi jika mereka juga hiperaktif, cuai, gagal menguruskan apa sahaja, mudah terganggu serta tidak boleh bermain atau melakukan sesuatu dengan senyap, ibu bapa perlu beri perhatian.
Malah bukan sekadar itu, dia juga sering bercakap sendirian, kurang fokus serta kurang sabar dalam menyelesaikan masalah.


Jika anak-anak mengalami simptom- simptom tersebut segeralah berjumpa doktor, kata Perunding Psikiatrik Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh


Menurut beliau, simptom itu sebenarnya dipanggil ADHD atau Gangguan Hiperaktiviti dan Kurang Daya Tumpuan yang merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak bersikap terlampau aktif sejak lahir lagi.


Kanak-kanak yang mempunyai gejala ADHD, lebih mudah terganggu dengan bunyi-bunyian dan benda-benda di sekeliling mereka.


Lazimnya, mereka tidak boleh memberi tumpuan untuk tempoh jangka panjang. Ini kerana mereka mudah berasa bosan dan gelisah sekiranya berada dalam keadaan senyap atau tidak melakukan sebarang aktiviti


''Keadaan ini sebenarnya boleh dikesan pada peringkat awal lagi kerana mereka akan berkelakuan mengikut gerak hati sendiri,'' ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Bagaimanapun tegas Dr. Nor Hamidah, simptom tersebut tidak mudah didiagnosis disebabkan tidak boleh dibezakan seperti penyakit-penyakit lain.


''Jika anda meletakkan 10 budak nakal dan 10 kanak-kanak ADHD dalam satu kumpulan, anda masih tidak nampak perbezaannya. Bagi kanak-kanak nakal biasa, mereka masih boleh dikawal manakala ADHD amat susah dikendalikan sehinggakan kita menyangka mereka menghadapi masalah tingkah laku," ujarnya lagi.


Tegasnya lagi, dalam permasalahan itu, tiada punca utama ditemui berkaitan sindrom tersebut walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah itu.


Bagaimanapun, jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa yang bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.


Terang Dr. Nor Hamidah lagi, disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka.


''Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak perempuan,'' ujarnya lagi.


Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 - 15 tahun menunjukkan seramai 4.3 peratus mempunyai ciri-ciri ADHD.


Kebanyakannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
Katanya, masalah itu boleh dipanggil penyakit yang tidak nampak kerana secara realiti, mereka sihat malah kebanyakan mempunyai tahap setara individu biasa dan lebih menakjubkan sebilangan besar mempunyai kebolehan serta bakat seni luar biasa.


''Kanak-kanak ini sebenarnya tidak sakit. Mereka hanya mengalami ketidakseimbangan sistem neuro di dalam otak menjadikan mereka sukar mengawal diri. Penyakit ini juga bukan berpunca daripada pemakanan, pengambilan gula 
berlebihan, alahan atau terpengaruh dengan televisyen.


Bagaimanapun katanya, ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik.

''Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa dan mereka sebenarnya masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain," katanya.

Dalam keadaan ini, tegas Dr Nor Hamidah, ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa ketika di rumah untuk dipraktikkan.


'' Berikan arahan satu persatu dengan jelas supaya mereka memahami arahan 
 Sekiranya mereka membuatkan sesuatu dengan baik berikan pujian supaya menaikkan rasa harga diri.


Bagaimanapun, biasakan mereka untuk melakukan kerja-kerja asas dirumah bagi membiasakan mereka.


Malah terang Dr. Nor Hamidah lagi, tidak salah jika sebagai ibu bapa wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan mereka berkelakuan dengan baik.
Apabila disekolah minta bantuan guru supaya tempatkan mereka dengan kedudukan di hadapan kelas.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...