Khutbah Jumaat:
Kebebasan berpaksi Barat
perancangan
musuh Islam
Ketika ini umat Islam
dari seluruh pelusuk dunia sedang menunaikan ibadah haji dan berada dalam ihram
serta mematuhi segala peraturan sama ada secara fizikal ataupun spiritual.
Secara ringkasnya mimbar ingin menjelaskan bahawa ihram simbol kepatuhan ummah
kepada agamanya.
Seseorang yang berihram perlu menahan diri daripada melakukan perkara yang
ditegah oleh Allah SWT selama memakai ihram meskipun sebelumnya ia dibenarkan
oleh syarak. Larangan ini bertujuan supaya kita menjadi umat yang bertakwa.
Firman Allah SWT yang
bermaksud: “Demikianlah ajaran Allah dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar
agama Allah, maka termasuklah dia orang yang bertakwa.”
(Surah al-Hajj, ayat
32)
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan
tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang
yang berlaku zalim.”
(Surah al-Maidah, ayat 72)
Kenapa Allah SWT meletakkan sempadan tertentu sebagai pantang larang bagi umat
Islam? Kenapakah perlunya pantang larang dan peraturan kepada kehidupan umat
Islam?
Hak asasi manusia
Percayalah, kebebasan tanpa sempadan dan hak asasi manusia yang berpaksikan
Barat adalah perancangan musuh Islam di negara ini yang sedang direncanakan
untuk menyuburkan fahaman bercanggah dengan Islam.
Timbullah fahaman liberal, menyemai pluralisme agama, menghalalkan amalan
lesbian, gay, biseksual dan transgender (LBGT) yang akhirnya akan lahirlah
generasi dalam kalangan umat Islam yang mendokong perjuangan mereka dan sanggup
menggadaikan agama Islam serta negara.
Perkembangan ini sangat berbahaya kerana cukup jelas mempengaruhi umat Islam
atas dasar hak asasi manusia. Perbuatan menyokong ideologi asing seperti
kapitalisme, komunisme, sosialisme, libralisme dan menganggap ideologi itu
lebih baik daripada ajaran Islam boleh membawa kepada syirik.
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa jua bentuk sama ada
perkataan, pegangan, perbuatan atau iktiqad iaitu dengan menjadikan sesuatu
yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sebagai sekutu Allah.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan tatkala Luqman berkata kepada anaknya,
semasa ia memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku, janganlah engkau
mempersekutukan Allah sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman
yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)
Isu kalimah Allah akan didengar sekali lagi di Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober
ini. Justeru, umat Islam yang patuh kepada agamanya, marilah sama-sama kita
bersatu demi menolak apa juga usaha yang menafikan hak kita sebagai umat Islam.
Percayalah Allah SWT menyatukan umat Islam pada hari ini dalam ibadah haji
dengan berpakaian ihram, niat dan perbuatan yang sama. Ingatlah bahawa kesatuan
umat Islam di atas satu akidah tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.
Pertahan kalimah Allah
Mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan oleh mana-mana pihak yang
tidak dibenarkan oleh syarak hendaklah dipertahankan. Oleh itu, wajib bagi umat
Islam menjaganya dengan cara yang terbaik.
Jika terdapat unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah itu, maka
ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan. Percayalah mempertahankan kesucian Islam dengan tidak
membenarkan pihak lain menghinanya adalah sesuatu yang dituntut.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan
Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya
ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang yang berlaku zalim.”
(Surah al-Maidah, ayat 72)
Di tangan kitalah letaknya tanggungjawab dan kuasa untuk mempertahankan
kesucian agama Islam Umat Islam memerlukan penghayatan Islam secara menyeluruh.
Berdasarkan maqasid syariah, tanggungjawab setiap umat Islam menjaga lima
perkara, agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.
Salah satu prinsip penting yang mesti dilaksanakan umat Islam bagi memastikan
kedaulatan agama kekal terpelihara ialah dengan menyeru kepada kebaikan dan
menghalang kemungkaran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka
kekuasaan memerintah bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi
zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan
perkara yang mungkar. Dan ingatlah bagi Allah jugalah kesudahan segala urusan.”
(Surah al-Hajj, ayat 41)
Ihram haji mengajar kita mematuhi peraturan dan bersikap insaf diri. Apabila
kita insaf dan beramal dengan falsafah ini, maka kita telah sanggup melutut
dengan kerendahan batin. Tiada lagi sifat takbur di hadapan Allah SWT.
Kita sentiasa mengawal diri, ahli keluarga dan sesama manusia untuk menentukan
kecemerlangan agama Islam dan ummah. Marilah bersama berdoa supaya tetamu Ilahi
yang berada di kota suci Makkah dipermudahkan menunaikan rukun Islam yang
kelima ini.
Sumber
: