Photobucket

Sahabat Maya :

Showing posts with label Doa Senjata Orang Mukmin.. Show all posts
Showing posts with label Doa Senjata Orang Mukmin.. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Doa Kecemerlangan :)



1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna (ketika mengulangkaji pelajaran) :

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.

2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.

3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتغِيْثُ

“Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”



Teruskan membaca..

Friday, August 8, 2014

Allah SWT adalah sebaik-baik penjaga :)




 



Segala puji bagi Allah 
pemilik seluruh keutamaan
 dan kebaikan. 




 Segala puji bagi Allah 
atas segala kurnia Nya. 
 




Segala puji bagi Allah 
yang hanya kepada Nyalah
 segala kurnia, syukur dan pujian ditujukan.




Hanya milik Allah segala pujian.



Allah adalah sebaik-baik penjaga.



Ya Allah 
kami mohon kepada Mu
 amal yang baik, niat yang ikhlas, kesihatan dan keselamatan.



Ya Allah 
lindungilah kami daripada fitnah yang menyesatkan dan keselamatan sama ada yang nampak mahupun yang tersembunyi.  




Anugerahkanlah keamanan dan keselamatan ke atas negara kami dan seluruh negara kaum muslimin.



  Ya Allah
 Berilah taufik dan hidayah kepada para pemimpin kami menuju jalan yang Engkau redhai, Wahai Zat yang Maha Mulia. 




Semoga Allah 
sentiasa melimpahkan selawat kepada Nabi dan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan seluruh sahabat baginda. 





Amin Amin Ya Rabbal Alamin. 

:)






Teruskan membaca..

Sunday, November 24, 2013

:)..Doa Semasa Peperiksaan


Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

  
Doa ketika menerima kertas peperiksaan
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
 وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
 وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي
 يَفْقَهُوا قَوْلِي.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku tugasku.
 Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku,
supaya mereka faham perkataanku.”
Doa Nabi Musa a.s.


سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.

- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -

        "   RABBI YASSIR WALA TU' ASSIR "

Maksud :


 " Wahai Tuhanku , permudahkan akan diriku
 dan jangan beri kepayahan pada diriku "
 


Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...