Sahabat Maya :

Thursday, October 3, 2013

PBSMR untuk capai matlamat PPPM 2013-2025


PBSMR 

untuk capai matlamat

 PPPM 2013-2025



Ayer Keroh: Format peperiksaan baru untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) adalah bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

 




Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, peperiksaan baru dikenali Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bagi menggantikan PMR itu masih belum dapat disahkan. 




“Apabila ada pelan berkenaan, sudah pastinya akan berlaku perubahan format. Bagaimanapun, saya hanya akan membuat komen apabila semuanya sudah dimuktamadkan dan diterima umum.


“Saya tidak gemar komen sesuatu yang tidak pasti dan masih belum diwujudkan, malah saya tidak boleh sahkan perkara itu,” katanya selepas melancarkan program Karnival Perpaduan Bahasa Inggeris 2013 peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pendidikan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan BH kelmarin mengenai peperiksaan PMR yang dimansuhkan tahun depan, dijangka diganti dengan PBSMR. Peperiksaan baru itu dijangka hanya membabitkan empat subjek teras.



Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...