Sahabat Maya :

Friday, December 23, 2011

AS hukum penjara saintis China curi rahsia perniagaan


AS hukum penjara saintis China curi rahsia perniagaan



WASHINGTON: Seorang saintis China dihukum penjara lebih tujuh tahun kerana mencuri rahsia perdagangan bagi satu firma niaga tani terbesar Amerika Syarikat yang memberi manfaat kepada China.




Huang Kexue, 46, mencuri rahsia racun serangga organik dari Dow AgroSciences, majikannya sejak mulai 2003 hingga 2008 dan menyerahkannya kepada pelajar penyelidikan di Universiti Hunan Normal, tempat beliau turut melakukan penyelidikan, kata Jabatan Kehakiman.




Beliau dihukum penjara sehingga 87 bulan dan merayu bagi meringankan hukuman terhadap dua lagi tuduhan.





Huang, dihukum Hakim Daerah Amerika Syarikat, William Lawrence berhadapan dengan penjara sehingga 25 tahun.




“Huang mencuri rahsia perdagangan dari dua syarikat Amerika dan menyerahkannya kepada individu di Jerman dan China,” kata timbalan peguam, Lanny Breuer.




“Pengintipan ekonomi dan mencuri rahsia perdagangan adalah jenayah serius. Melindungi rahsia perdagangan adalah penting bagi kejayaan ekonomi negara kita,” kata Breure.





Dalam satu perjanjian, Huang mengakui terhadap tuduhan melakukan pengintipan ekonomi bagi tujuan manfaat Kerajaan China. – AFP






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...