Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Beijing: Seekor kura-kura dilaporkan berjaya menewaskan arnab dalam
pertandingan ski yang dianjurkan untuk haiwan peliharaan di utara China
semalam.
Pelbagai jenis haiwan seperti kucing, anjing, ayam jantan dan itik
saling bersaing ke garisan penamat di cerun bersalji di Hunan, lapor
akhbar China News Service.
Seramai 40 pemilik haiwan dibenar meletakkan haiwan peliharaan mereka di atas peralatan ski atau luncuran salji. Dalam
keputusan yang tidak dijangka menyerupai kisah dongeng Greek, seekor
kura-kura mengalahkan arnab dengan haiwan reptilia itu mendapat tempat
ketiga secara keseluruhan.
KURA-KURA dan arnab bersaing sesama sendiri dalam pertandingan ski membabitkan haiwan peliharaan di Hunan, China, semalam.
Akhbar melaporkan arnab tewas kerana ia suka melompat dan tidak mematuhi arahan pemiliknya.
“Keadaan itu membolehkan arnab dipintas kura-kura,” lapornya.
Kura-kura yang biasanya dijangka berhibernasi ketika musim sejuk dilihat bergerak di atas peralatan ski pemiliknya.
Akhbar
itu turut menyiarkan gambar seekor itik kuning memakai tali leher
merah yang diberi sijil penghargaan kerana berjaya menamatkan
perlumbaan. - AFP
Masyarakat Islam patut perteguhkan ukhuwah, semai akhlak mulia
Sesungguhnya
ulama sepakat antara cara untuk menanam dan mendidik hati mencintai
Rasulullah SAW adalah dengan menghormati hari serta bulan kebesaran
Islam seperti Maulidur Rasul dan Israk Mikraj.
Imam Abu Syamah, iaitu guru kepada Imam Nawawi memberitahu,
“Termasuk perkara yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang
dilakukan setiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah (beliau
merujuk kepada sambutan Maulidur Rasul) dengan memberikan sedekah dan
berbuat amal kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia.
Sesungguhnya, semua itu termasuk bersikap lemah lembut terhadap fakir
miskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW dan penghormatan
kepada Baginda dalam hati orang yang menyambutnya. Ia juga suatu tanda
kesyukuran kepada Allah kerana diutusnya Rasulullah kepada seluruh alam
semesta.”
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan apa juga
suruhan yang dibawaoleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia
serta amalkan, dan apa juga yang dilarangnya kamu melakukannya maka
patuhilah larangannya. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat
berat azab-Nya (bagi orang yang melanggar perintah-Nya).”
(Surah
al-Hasyr, ayat 7)
Kita membuat pengakuan mencintai Rasulullah SAW dengan
menghadiri majlis Maulidur Rasul juga bukti kecintaan itu. Namun,
biarlah kehadiran kita dengan azam menjadikan Baginda sebagai contoh
teladan terbaik yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
Perteguhkan ukhuwah
Justeru,
persoalan yang memerlukan jawapan kita, adakah kita benar-benar
mencintai Rasulullah SAW kerana Baginda berpesan supaya sentiasa
memperteguhkan ukhuwah sesama ummah, malangnya kita asyik bertelagah dan
berbalah.
Baginda meminta kita sentiasa berakhlak baik, namun
akhlak tercela yang kita sarungkan. Buruk sangka, berdendam kesumat,
bertegang urat mengagungkan pendapat sendiri, hidup berpuak-puak dan
seribu satu macam kerenah buruk yang telah serta sedang kita lakukan.
Bagaimana mungkin kita mencintai Rasulullah SAW jika pada
masa sama kita melakukan perkara yang dibenci Baginda. Tanda cinta patut
sejajar dengan setiap tindak- tanduk dalam usaha kita menggembirakan
hati orang yang dicintai.
Tidak perlu pergi jauh atau mengambil
contoh yang berat-berat, cukup sekadar melihat di sekeliling kita saja.
Baginda SAW mendidik umatnya supaya sentiasa memelihara kebersihan
kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.
Apa yang
berlaku adalah sebaliknya kerana kita suka membuang sampah merata-rata,
membaling tisu dari tingkap kereta di jalan raya sedangkan tisu kotor
itu boleh disimpan sementara tiba di destinasi dan membuangnya dalam
tong sampah yang disediakan.
Marilah secara jujur bertanya pada
diri, apakah anjuran Baginda yang lain sudah kita penuhi. Kini, tahap
kesedaran untuk menjaga kesihatan semakin meningkat, namun jumlah
pesakit kencing manis, darah tinggi dan jantung turut meningkat.
Ini membuktikan nasihat Rasulullah SAW yang sangat sayangkan umatnya
tidak diendahkan. Petua supaya makan ketika lapar dan berhenti sebelum
kenyang, jauh tersasar daripada budaya masyarakat hari ini yang makan 24
jam kerana adanya restoran beroperasi sepanjang hari.
Rasulullah SAW bersabda:
“Kami adalah satu kaum yang
tidak makan sebelum
lapar dan
apabila kami makan
tidak terlalu banyak
(tidak sampai
kekenyangan).”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Krisis keluarga
Sebenarnya, banyak yang berlaku hari ini menunjukkan masyarakat sudah
jauh menyimpang daripada mencurahkan kasih sayang kepada Rasulullah SAW
seperti yang dikatakan. Baginda sentiasa berlemah-lembut kepada
keluarganya, tetapi masyarakat kita berdepan pelbagai krisis sehingga
menjejaskan institusi keluarga.
Sempena meraikan sambutan
Maulidur Rasul yang menjadi manifestasi kasih sayang umat Islam terhadap
junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah menghayati sirah Baginda
yang penuh dengan panduan untuk membina kesejahteraan hidup di dunia
serta akhirat.
Baginda SAW diutuskan sebagai rahmat untuk
sekalian alam, maka alangkah ruginya jika rahmat yang sudah ada di depan
mata tidak direbut sebaiknya. Andainya selama ini kita kehilangan arah,
kembalilah kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya Ulumuddin" berkata:
"Sesungguhnya berlipat gandanya pahala selawat atas Nabi s.a.w. itu bukan kerana selawat mangandungi
satu kebaikan, akan tetapi mengandungi banyak kebaikan."
Nabi s.a.w bersabda:
"Jibrail menemuiku dan berkata: "Barangsiapa yang
membaca
selawat kepadaku 10 kali akan dinilai dengan kebaikan dan dihapus 10
keburukannya."
(HR Suyuti)
Dalam hadith lain disebutkan:
"Orang yang paling kedekut adalah ketika
disebut
namaku, tetapi tidak mahu menjawab dengan mengucap selawat bagiku."
(HR Ahmad, Ibnu Hiban)
Sesungguhnya setiap selawat yang dibaca kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w
oleh umatnya tidak lain adalah akan memberi manfaat kepada pembacanya.
Dengan kekuatan selawat semoga kita mendapat syafaat di hari kiamat.