Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Sahabat Maya :
Showing posts with label Apa yang saya baca hari ini?. Show all posts
Showing posts with label Apa yang saya baca hari ini?. Show all posts
Imam al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya Ulumuddin" berkata:
"Sesungguhnya berlipat gandanya pahala selawat atas Nabi s.a.w. itu bukan kerana selawat mangandungi
satu kebaikan, akan tetapi mengandungi banyak kebaikan."
Nabi s.a.w bersabda:
"Jibrail menemuiku dan berkata: "Barangsiapa yang
membaca
selawat kepadaku 10 kali akan dinilai dengan kebaikan dan dihapus 10
keburukannya."
(HR Suyuti)
Dalam hadith lain disebutkan:
"Orang yang paling kedekut adalah ketika
disebut
namaku, tetapi tidak mahu menjawab dengan mengucap selawat bagiku."
(HR Ahmad, Ibnu Hiban)
Sesungguhnya setiap selawat yang dibaca kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w
oleh umatnya tidak lain adalah akan memberi manfaat kepada pembacanya.
Dengan kekuatan selawat semoga kita mendapat syafaat di hari kiamat.
Kemahiran pemujukan merupakan salah satu komponen yang terkandung dalam
kemahiran antara perorangan. Antara kemahiran perorangan ialah kemahiran
memujuk,kemahiran membimbing serta kemahiran membimbing.
Peranan Kemahiran Memujuk kepada kita amat penting kerana pemujukan mampu
untuk mempengaruhi orang lain untuk mempercayai kita. Kita seringkali mendengar
kemahiran pemujukan ( persuasif ) ini terutamanya yang melibatkan urusan jual
beli.
Antara lain ialah iklan itu sendiri sudah menunjukkan cubaan penjual untuk
mempengaruhi pengguna.Tujuan utama pemujukan ialah untuk mempengaruhi pendapat
dan reaksi seseorang.Selain melalui lisan,kemahiran pemujukan boleh dilakukan
dalam pelbagai bentuk seperti dalam blog,facebook mahupun e-mail.
Dalam
kemahiran pemujukan ini,suasana persekitaran amatlah penting,oleh sebab itulah
seseorang yang ingin menggunakan kemahiran pemujukan perlu melihat keadaan
samada sesuai atau tidak kita menggunakan kaedah ini.
Secara mudahnya,kemahiran
pemujukan jarang memberi implikasi negatif sekiranya penggunaanya dilakukan
secara betul.Contoh kemahiran pemujukan ialah,apabila seseorang penceramah
memberikan penerangan tentang dadah maka itu adalah penerangan tetapi apabila
penceramah meminta untuk kita menjauhi dadah maka itu adalah pemujukan.
Teknik pemujukan ini berlaku hampir di semua bidang samada dalam bidang
pengiklanan,rumah tangga,mahupun dalam bidang politik.
Dalam bidang pengiklanan
sebagaimana yang dijelaskan tadi,ia bertujuan untuk mendorong pengguna untuk
membeli barangann yang diiklankan.Dalam proses pengiklanan ini,tidak semua
barangan yang ditawar sama sebagaimana yang diiklan kerana tujuan pemujukan
melalui iklan ini hanyalah untuk melariskan jualan semata-mata.
Manakala
kemahiran pemujukan dalam intitusi kekeluargaan pula berlaku apabila anak atau
isteri merajuk.Biasanya si ibu akan menggunakan kemahiran pemujukan bagi
memujuk anak yang sedang menangis.
Biasanya bagi kemahiran pemujukan ini,banyak
kata-kata manis ditabur bagi menyedapkan hati.Begitulah juga si suami akan
menggunaakn kemahiran pemujukan apabila si isteri merajuk.Dalam kaedah ini juga, si pemujuk biasanya
tidak akan menggunakan kata-kata yang kasar kerana ini boleh menyebabkan
semakin kuat merajuk.
Pemujukan ini
boleh berlaku dalam kaedah memujuk ataupun dalam kaedah mengancam.Contohnya jika isteri merajukbagi memujuknya ada sesetengah suami mengugut
untuk berkahwin lain yang semestinya akan menyebabkan si isteri tadi berhenti
dari merajuk.
Bagi ahli politik
pula,kemahiran memujuk amat penting.Ini
kerana kaedah memujuk ini akan menarik sokongan kepada ahli politik berkenaan.Kemahiran Pemujukan dalam kalangan ahli
politik banyak berlaku semasa pilihanraya.Banyak janji-janji manis ditabur kepada pengundi dengan hanya satu
tujuan yang nyata iaitu bagi menarik sokongan pengundi untuk mengundinya.
Walaupun malam menyambut kedatangan 2014 lusa diancam dengan
penganjuran perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan, kita menaruh
kepercayaan penuh kepada polis untuk menanganinya dengan tegas serta
memastikan pelbagai acara sambutan nanti berjalan lancar dan selamat.
Agak malang bagi rakyat Malaysia kali ini kerana terpaksa
menyambut kedatangan tahun baru dalam kebimbangan berikutan agenda
tindakan kumpulan yang tidak menghormati undang-undang dan menghargai
keamanan itu. Tahun baharu seharusnya disambut dengan keriangan dan azam
untuk kebaikan.
Yang jelas, majoriti rakyat negara ini bukan saja tidak menerima
tindakan seumpama itu tetapi menyedari agenda sebenar kumpulan dan
dalangnya. Sehingga semalam, lebih 1,000 laporan polis dibuat di seluruh
negara membantah perhimpunan haram itu.
Bagaimanapun, kebimbangan sebenar rakyat terutama yang
berpendapatan rendah ialah bagaimana untuk menghadapi kesan kenaikan kos
sara hidup tahun depan. Kenaikan tarif elektrik mulai 1 Januari dan
kemungkinan kadar tol di beberapa lebuh raya turut dinaikkan, pasti
mendorong peniaga menaikkan harga perkhidmatan dan barangan.
Sementara rakyat mungkin memahami rasional kenaikan tarif elektrik
seperti mereka terpaksa menerima kenaikan harga petrol baru-baru ini,
mereka juga berharap pihak berkuasa berkaitan bertindak tegas terhadap
peniaga yang menaik harga barangan dan perkhidmatan sewenang-wenangnya.
Bukan amaran kosong
Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu lagi mendengar kenyataan
yang hanya memberi amaran kosong kepada peniaga yang menjadikan
kenaikan kadar elektrik dan tol sebagai alasan menaikkan harga barangan
serta perkhidmatan berkali ganda.
Bagi sebahagian besar rakyat yang menerima kesan daripada kenaikan
itu, tidak ada azam tahun baru yang lebih baik daripada tekad untuk
berjimat dan berbelanja dengan berhemat. Bagi meringankan beban
keluarga, mereka juga mungkin mencari sumber pendapatan tambahan seperti
berniaga kecilan atau bekerja tambahan.
Kedatangan 2014 turut menjanjikan keriangan yang sedikit sebanyak
boleh mengubati keresahan rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Bermula Februari, kira-kira 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu
belum berkahwin, akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Bajet 2014 menetapkan kadar bayaran BR1M kepada isi rumah,
dinaikkan daripada RM500 kepada RM650. Individu belum berkahwin berusia
21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan, akan
menerima RM300 berbanding RM250 sebelum ini, manakala warga tua berusia
65 tahun ke atas dan tinggal seorang diri, akan menerima RM650.
Mulai tahun depan juga, semua 10,019 sekolah kerajaan akan
dilengkapkan dengan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi. Sekolah di
kawasan bandar akan menggunakan talian optik fiber dengan kelajuan
empat megabit sesaat, manakala sekolah di luar bandar dilengkapi
rangkaian VSAT pada kelajuan 2Mbps. Projek di bawah 1BestariNet ini akan
menyediakan kemudahan pembelajaran maya, sekali gus meningkatkan mutu
pendidikan di sekolah kerajaan.
Sasar 28 juta pelancong
2014 ialah Tahun Melawat Malaysia dengan kerajaan menyasarkan
ketibaan 28 juta pelancong yang dijangka menjana pendapatan RM76
bilion. Pengalaman tahun melawat Malaysia sebelum ini menunjukkan ia
memberi kesan langsung kepada pendapatan rakyat khususnya yang terbabit
dalam bidang perkhidmatan, pengangkutan dan hospitaliti.
Bagi rakyat Pantai Timur, khususnya Terengganu, 2014 mungkin
mengakhiri penantian mereka sejak tiga penggal pilihan raya lalu untuk
menikmati lebuh raya sebenar dari Jabor ke Kuala Terengganu. Berdasarkan
laporan terbaru, yang memetik Menteri Kerja Raya baharu, Datuk Fadillah
Yusof, semua 16 pakej fasa dua Lebuh Raya Pantai Timur (LPT2) dijangka
siap sepenuhnya selewat-lewatnya akhir tahun depan.
Projek bermula pada 2004 dan dijadualkan siap pada 2009 itu sudah
ditangguhkan beberapa kali berikutan kegagalan kontraktor yang terbabit
dalam pakej kendalian Jabatan Kerja Raya. Anehnya, 30 peratus daripada
projek itu sejauh 64 kilometer oleh AlloyMtd di bawah kelolaan Lembaga
Lebuhraya Malaysia, siap lebih awal.
Walaupun beberapa menteri kerja raya sebelum ini pernah memberi
jaminan serupa LPT2 belum juga siap, rakyat Terengganu tetap menaruh
keyakinan kepada janji terbaru itu. Sekurang-kurangnya ada berita baik
buat mereka pada 2014.