Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran sedia mengkaji saranan memberi
imbuhan khas termasuk kenaikan gaji kepada 30,000 guru dan pensyarah di
sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) yang
mempunyai ijazah lanjutan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr
Mohd Puad Zarkashi, berkata kementerian akan terus berusaha memperbaiki
laluan kerjaya guru supaya dilihat lebih menarik setimpal dengan bebanan
tugas mereka.
Ambil berat kebajikan
Katanya, kementeriannya juga tidak pernah mengabaikan dan
sentiasa menitik berat kebajikan guru di atas sumbangan besar mereka
sebagai warga pendidik.
Kelulusan bergantung JPA
Bagaimanapun katanya, sebarang kelulusan bergantung kepada persetujuan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbendaharaan kerana ia
membabitkan kewangan kerajaan.
Kementerian sedia kaji saranan
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan itu. NUTP boleh
mengemukakan cadangan lebih konkrit untuk kajian, katanya.
Semalam, Presiden NUTP, Hashim Adnan meminta kerajaan
mempertimbangkan cadangan memberi imbuhan dengan memberi kenaikan dua
tangga gaji kepada lulusan ijazah lanjutan dan tiga tangga gaji bagi
pemegang doktor falsafah (PhD).
Katanya, ini berikutan ramai
guru dan pensyarah menyahut seruan kementerian untuk memperoleh ijazah
lanjutan, demi transformasi pendidikan negara.