Terus berjuang mendidik anak bangsa tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Semoga anak didik menjadi anak Malaysia. Berwawasan, berilmu, berdaya saing, majulah negaraku Malaysia.
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Sunday, April 14, 2013
Friday, February 22, 2013
:) kau kata, aku dengar aje..



lawak la pulak.....
kerap kali
memikirkan..
kenapa manusia..bila berbicara...???????????
???????????????????????????????????????????
to be continue.......:)
Tuesday, February 12, 2013
Sup Champion :)
P/S :
Yang ingin dikongsi ialah
bahan bacaan :)...
Menambah koleksi buku sedia ada.
Sangat bermanfaat .
50 Sup Champion Resepi Rasulullah
50 Sup Champion Resipi Rasulullah SAW bermatlamat untuk mengaspirasikan pembaca dengan hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan terkini, madah hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat dirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW diterap agar resipi bertambah sedap.
Wawasan adalah sebuah perancangan untuk kebaikan masa hadapan. Renungilah sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion yang telah melakar sejarah emas dunia sebagai pembuka minda. Apabila sup Champion terhidang, tandanya bermulalah satu perjuangan.
Harga buku : RM 24.90 ( tak mahal kan :))

Monday, January 28, 2013
Cuba-cubalah kuiz ini.......:)
Adakah Anda
Seorang
Yang Ikhlas?
KITA
mungkin selalu mendengar
orang berkata,"saya ikhlas."
Tapi itu sekadar adat berbahasa
kerana tidak ada siapa pun
tahu keikhlasan seseorang.
Malah hati sendiri pun
susah hendak diteropong
sama ada ikhlas atau
tidak ikhlas.
Tapi sekurang-kurangnya
keikhlasan dapat dibaca
pada sikap dan
tindak-tanduk kita.
orang berkata,"saya ikhlas."
Tapi itu sekadar adat berbahasa
kerana tidak ada siapa pun
tahu keikhlasan seseorang.
Malah hati sendiri pun
susah hendak diteropong
sama ada ikhlas atau
tidak ikhlas.
Tapi sekurang-kurangnya
keikhlasan dapat dibaca
pada sikap dan
tindak-tanduk kita.
Cuba-cubalah kuiz ini.......:)
1. Anda sedang melangkah ke majlis
pengajian di surau apabila ada
yang menegur.
"Rajin ke surau nampaknya,
tak lama lagi bolehlah
jadi ustazah/ustaz." Reaksi anda?
A. Teragak-agak hendak meneruskan langkah.
B. Terus melangkah dengan sopan sambil berkata, "Amin, mudah-mudahan begitulah hendaknya..."
2. Anda sangat menjaga waktu solat bila bersama rakan-rakan sealiran.
Bila berseorangan?
A. Hilang kekuatan dan selalu lewat solat.
B. Alhamdulillah,dapat pertahankan solat pada awal waktu.
3. Ada orang mengutip derma untuk kebajikan. Ketika itu anda hanya ada sedikit wang tapi tidak dapat mengelak.
Bicara hati anda?
A. "Hai...melayanglah duit belanja aku..."
B. "Moga-moga Allah nilai dan Allah ganti dengan yang lebih baik."
4. Anda dipuji seseorang.
Rasa hati anda?
A. Bangga tidak terperi.
B. Mengembalikan pujian kepada Allah.
5. Anda bermuka manis dan memberi senyuman kepada seorang teman, tapi dia seakan tidak memberi respons sahaja.
Komen anda?
A. "Malas nak senyum-senyum lagi kat dia."
B. "Agaknya mood dia tak berapa baik hari ni...Ada masalah agaknya."
6."Amboi! Alim nampak..."
tegur seorang kawan apabila melihat
anda pertama kali berserban.
Reaksi anda?
A. Tersinggung,rasa macam kena perli.
B. Tenang dan masih boleh bermuka manis.
7. Mudahkah bagi anda untuk konsisten membuat sesuatu amalan baik?
A. Susah
B. Mula-mula memang susah,
tapi lama-kelamaan rasa seronok pula.
8. Anda dilucutkan jawatan
dalam persatuan dan menjadi
ahli jawatankuasa biasa.
Bicara hati anda?
A. "Tidak ada moodlah nak buat apa-apa lagi...."
B. "Tak apalah, asalkan aku dapat terus berkhidmat bakti."
9. Anda telah bersusah payah
menjayakan sesuatu projek, tetapi
tiada siapa pun yang menghargai.
Reaksi anda?
A. Kecil hati dan hilang mood hendak buat lagi.
B. Tetap bahagia kerana sudah berjaya sambil mengharap Allah terima sebagai ibadah.
10. Anda ternampak seorang wanita daif menggunakan duit sedekah daripada anda
untuk membeli rokok.
Bicara hati anda?
A. "Tak patut sungguh.Ishh...menyesal pulak sedekah kat dia..."
B. "Tak patut dia buat macam tu.
Tapi tak apalah, mudah-mudahan dia
dapat hidayah dan moga-moga sedekah aku
tetap Allah terima."
(Beri satu markah untuk diri anda
bagi setiap jawapan 'B')
ANALISIS MARKAH
10: Anda masih tidak boleh mendakwa sebagai seorang yang ikhlas, kerana
keikhlasan itu rahsia Allah.Hanya Allah yang dapat menilainya.Tetapi
tanda-tanda keikhlasan sedikit sebanyak ada pada diri anda.Jangan jemu mencari
keredhaan-Nya kerana Dia tidak pernah jemu menerima pengabdian daripada
hamba-Nya.
7-9: Tahap keikhlasan anda belum sepenuhnya.Tetapi keihlasan boleh
diusahakan.Buatlah sebanyak mungkin kebaikan.Walaupun pada peringkat awalnya
anda benar-benar tidak ikhlas, mudah-mudahan lama-kelaman apabila kebaikan itu
menjadi sebati, akhirnya Allah campakkan keikhlasan di hati kita.jangan lupa berdoa
agar Allah masukkan kita ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang ikhlas.
6 ke bawah: Mungkin tahap keikhlasan anda sangat kurang disebabkan anda belum
dapat hayati tujuan sebenarnya hidup ini; untuk apa dan kerana siapa.Carilah
keredhaan Allah, bukan keredhaan manusia.Bumi yang kita pijak ini milik Allah,
kenalah kita berjaga-jaga dengan pandangan Allah.Yakinlah, sungguhpun manusia
suka atau tak suka, ia tetap tak menjejaskan kita kalau Allah suka dan
sayangkan kita.Kita hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk
manusia.
..
Subscribe to:
Posts (Atom)