Sahabat Maya :

Friday, December 28, 2012

Muhasabah Pertingkat Kualiti Diri

Khutbah Jumaat:

  Muhasabah pertingkat kualiti diri

Sibukkan diri dengan ketaatan, 
cegah lakukan dosa sempena tahun baru


 



Tahun baru bakal menjelma 
dengan bermulanya 2013. 
Tahun yang bakal dipenuhi cabaran ini, 
mudah-mudahan disambut dengan
 rasa tawaduk ke hadrat Allah SWT
 atas segala nikmat-Nya selama ini.
 
 




Seperti tahun baru sebelum ini,
 kita mulakan dengan lafaz kesyukuran kerana
 masih diizinkan untuk meneruskan kehidupan
 di samping menjalankan tugasan harian
 sama ada sebagai anak, ibu, bapa, pendidik,
 pelajar, pekerja amnya dan sebagai 
umat Islam khasnya.








Rasulullah SAW bersabda:






“Orang yang pintar ialah
 orang yang menghitung dirinya

 serta beramal untuk hari selepas kematian

sementara orang yang lemah ialah

orang yang

mengikut hawa nafsunya 

serta berangan-angan 

terhadap Allah dengan

 angan-angan (yang banyak).”



 (Riwayat at-Tirmizi)






Namun, sebagai muslim 
yang memahami kepentingan hidup 
sebagai satu ibadah, seharusnya kita 
lebih lagi mendalami perspektif 
 sambutan tahun baru ini.

 





Firman Allah SWT:
 
 
 
 
 
 “(Katakanlah wahai Muhammad 

kepada mereka): 

Maka segeralah kamu 

kembali kepada Allah 
 
 (dengan bertaubat dan taat), 

sesungguhnya aku diutuskan
 
 Allah kepada kamu sebagai 

pemberi amaran yang nyata.”
 
 
 
 (Surah adz-Dzaariyat, ayat 50)




Bermuhasabah dan insaf





Sambutan tahun baru dalam Islam
 bukan sambutan bersifat bermegah
 dan bergembira semata-mata, tetapi 
harus disandarkan kepada konsep
 bermuhasabah, merenung akan kelemahan,
 kekurangan yang telah dilakukan 
sebelum ini dan menginsafinya.






Semoga kehadiran tahun baru ini
 membawa pengertian cukup besar 
bagi mencetuskan rasa ingin berubah
 dari satu kekurangan kepada
 satu kekuatan baru.





Bermuhasabah diri 
adalah amalan anbiya, mursalin
 dan orang soleh. Justeru,
 perkara penting yang harus 
dijadikan budaya dalam hidup 
ialah menilai diri. 






Muhasabah adalah
 perilaku menilai dan memperelokkan diri
 yang terbentuk dalam jiwa 
seseorang manusia menurut
 kaca mata agama.

 
 
 
 
 
 
Ia juga boleh dimaksudkan 
sebagai mendidik diri sentiasa
 mencela segala kejahatan yang pernah 
dilakukan supaya tidak menjadi penghalang 
untuk mendapat keredaan Allah SWT.




Diriwayatkan oleh Imam at-Tirmizi 
daripada Syadad bin Aus, 
Rasulullah SAW bersabda: 
 
 
 
 
 
“Orang yang pintar ialah 

orang yang menghitung dirinya 
 
 serta beramal untuk hari selepas kematian
 
 sementara orang yang lemah ialah
 
 orang yang mengikut hawa nafsunya
 
 serta berangan-angan terhadap
 
 Allah dengan angan-angan (yang banyak).”
 
 
 
 (Riwayat at-Tirmizi)




Sesiapa yang bermuhasabah diri 
tidak akan membiarkan ruang 
serta masa untuk melakukan perkara
 batil dan mungkar. Menyibukkan diri
 dengan ketaatan akan menghapuskan
 masa untuk membuat kejahatan.






Mereka akan mencela jiwa 
atas setiap kesalahan dan kekurangan
 yang dilakukan terhadap Allah SWT
 kerana takutnya diri ini kepada 
kekuasaan-Nya. 
Jika inilah keadaannya,
 mana mungkin boleh didapati 
jalan dan ruang untuk membuat 
kesalahan serta kebatilan.

 


 
 
Memetik kata-kata ulama’ iaitu
 as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie dalam 
kitabnya Burhan al-Muayyad:
 
 
 
 
 
 “Daripada perasaan takut
 
 akan timbulnya muhasabah.
 
 Daripada muhasabah
 
 timbulnya muraqabah. 

Daripada muraqabah
 
 hati akan sentiasa sibuk 

bersama Allah SWT.” 






Tidak bertolak ansur







Berkata Syeikh Ahmad Zarruq, 
lalai daripada bermuhasabah diri 
menyebabkan apa yang 
dilakukan menjadi silap. 
 
 








Kurang berbincang dengannya
 boleh membawa kepada sifat
 reda nafsu atau berpuas hati terhadapnya. 
Memerangi nafsu boleh menjauhkan
 daripada melekat pada diri dan 
tidak bersikap tegas terhadapnya
 menyebabkannya menjadi pahlawan.




 
 
 
Oleh itu lazimlah diri 
dengan sentiasa bermuhasabah 
dan berbincang serta beramallah
 dengan apa yang betul tanpa 
bertolak ansur terhadap perkara-perkara
 yang salah.

 




Marilah bersama menghitung 
setiap tindakan selama ini, 
sejauh mana kita telah melaksanakan
 amanah sebagai hamba Allah SWT. 
Apakah kita telah benar-benar 
melaksanakannya mengikut 
lunas dan etika Islam.

 
 
 



Percayalah
 dengan bermuhasabah seseorang itu
 dapat mengelakkan diri daripada melakukan
 kesalahan yang sama untuk kali kedua
 kerana orang muslim yang hebat adalah
 mereka yang dapat mempertingkatkan 
kualiti diri dari masa ke semasa.

 




Ingatlah pesanan Saidina Umar al-khattab,
 hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, 
timbanglah amalanmu sendiri sebelum 
ia ditimbangkan untukmu, dan bersedialah
 untuk hari pembentangan amal yang besar, sesungguhnya hisab pada hari kiamat 
menjadi ringan bagi sesiapa 
yang melakukan muhasabah diri 
di dunia ini. 
 
 
 
 
 
 
Sumber 
 
 
 
 
 
p/s : Azam baru????
Konon..hehehehehe..

Rabbi Yassir Wala Tua'ssir, 
Rabbihkum Bilhaq Rabbi Sallim, Sallim, Sallim
Ameen Ya Rabbal Alamin
 http://4.bp.blogspot.com/-Pun5BupVjFI/TtPj1o_suEI/AAAAAAAAAr0/t_REzcPu6sI/s1600/The_Guide_by_Lavaspawn.jpg

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...