Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, November 22, 2011

Memperkasa profesionalisme sukan negara


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3kSJDHrIppl1v6hVECmce4FG2TiME-bHT62hhKv6qyO-k1WEoeEIE5dNgp_cYH6o5lMFSlu7qkC1R0KBQaikmjoottiA-FOCNgRc4rgl7j6mM9SWTYi6AkA2Z8daaa4VnyOG1cndZxc52/


Memperkasa profesionalisme sukan negara



SUKAN SEA akan melabuhkan tirai di Palembang-Jakarta pada hari ini, 22 November 2011. Sesetengah atlet yang sudah menamatkan acara masing-masing, sudah pun kembali ke tanah air.



Apa yang berlaku kepada kuartet 4 X 400m negara sememangnya satu 'tragedi kecil' dalam usaha kita meletakkan martabat sukan di tahapnya yang tertinggi. Ketidakhadiran keempat-empat wira negara tersebut untuk menerima kilauan emas, membayangkan kelemahan pengurusan yang sangat nyata.



Benar, mereka mungkin tidak menganggap insiden tersebut sebagai sesuatu yang besar, namun apakah kita mahu kelemahan- kelemahan pengurusan sukan seperti ini terus berlaku dalam senario sukan negara.



Demikianlah juga rintihan Noraseela Khalid (pemenang 4 kali acara 400m berpagar) Sukan SEA dengan kelemahan badan sukan berkenaan dalam mengurus kebajikan para atlet. Apa yang disampaikan oleh Noraseela tidak boleh dipandang sepi - apatah lagi dianggap sebagai 'kurang ajar' dan tidak patuh kepada arahan persatuan sukan.



Noraseela harus percaya bahawa majoriti rakyat juga semakin muak dan mual dengan sikap sesetengah pimpinan badan sukan yang menganggap jawatan sebagai 'platform' mereka mendapat pengaruh dan kepercayaan.



'Jiwa sukan' mereka sangat-sangat diragui. Malahan, ramai juga yang menganggap mereka ini hanya menggunakan badan sukan untuk mencapai kepuasan peribadi. Kelompok politikus khususnya yang menggunakan badan sukan sebagai magnet pengaruh dan tempat melampias dahaga liputan media sudah tidak patut ada lagi dalam rentak 'transformasi' yang sering diungkap oleh pimpinan negara.



Mungkin ada benarnya, pengaruh dan kedudukan ini penting dalam memastikan tajaan yang tidak pernah surut kepada badan-badan sukan tertentu. Namun, tajaan tidak semestinya menjanjikan pengurusan sukan yang tinggi tahap profesionalisme dan tata kelolanya.



Malahan, nama-nama yang rosak dengan isu-isu rasuah dan sebagainya, akan hanya merosakkan 'imej' sukan yang sewajarnya bersih dan bebas daripada bayang gelap rasuah dan sebagainya.



'Jiwa dan semangat kesukanan' ini bukannya boleh dijual beli. Ia mestilah dizahirkan dengan kesungguhan, komitmen, iltizam dan jiwa besar untuk melihat sukan tersebut mencapai tahap yang tertinggi. Ini tidak, sesetengah wajah pemimpin badan sukan hanya akan muncul ketika pasukan/individu tertentu mencapai kemenangan.



Rakyat amat mengharapkan, pasca Sukan SEA nanti akan menyaksikan kesungguhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menilai kembali bukan sahaja prestasi atlet, namun juga meliputi kesungguhan kepimpinan badan sukan.



Badan-badan sukan, khususnya di peringkat negeri dan kebangsaan sewajarnyalah diinduki oleh mereka yang benar-benar komited dengan sukan yang berkenaan. Bukannya mereka yang hanya menggunakan badan sukan untuk tujuan yang lain.



Profesionalisme pengurusan sukan perlulah menjadi sebahagian daripada budaya 'kesukanan' masyarakat Malaysia. Sudah sampai masanya, badan-badan sukan menjadi lebih selektif dan tidak melantik kepimpinan badan sukan atas dasar 'persahabatan' dan 'komitmen kewangan' yang dijanjikan semata-mata.



Apatah lagi, jika setelah beberapa tahun menjawat jawatan yang berkenaan, kita gagal melihat sebarang usaha 'pembangunan' dilakukan di peringkat yang lebih muda.



Satu contoh klasik adalah sebuah skuad yang bukan sahaja gagal menepati sasaran, malahan tewas lebih awal kepada pasukan yang tidak pun terkenal dengan sukan terbabit - mudah menyalahkan penonton dan penganjuran tuan rumah.



Apakah sukan tersebut sahaja yang diejek-ejek oleh penonton tuan rumah? Apakah mereka lupa bahawa skuad bola sepak kita pernah berjaya; walaupun berdepan dengan intimidasi dan provokasi yang maha hebat oleh penyokong tuan rumah? Alasan-alasan yang murah seperti ini hanya menunjukkan semangat melawan yang lemah, bukan sahaja di kalangan pemain, malahan pimpinan dan pengurusan badan sukan.



Peranan pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dirasakan perlu diberikan perluasan amanah, agar tidak semata-mata mengendalikan soal pendaftaran badan sukan; malahan diberikan autoriti untuk menilai kepimpinan badan sukan secara menyeluruh.



Ini termasuk soal pemerolehan penajaan, pembangunan sukan di peringkat umur tertentu, tata kelola kewangan yang telus, imej badan sukan dan pencapaian yang diperolehi oleh badan-badan sukan tertentu. Amat malang sekali, sekiranya badan sukan tertentu hanya wujud pada nama, tetapi tidak pada program pembangunan di peringkat akar umbi.



Dalam memastikan tahap profesionalisme badan sukan berada di tahapnya yang tertinggi, kita tidak boleh sama sekali berkompromi dalam soal-soal melibatkan tata kelola dan tadbir urus yang cemerlang.



Setakat tahun 2011 sahaja, hampir 25 badan sukan pelbagai peringkat (daerah, negeri dan kebangsaan) diberikan arahan pembatalan oleh Pesuruhjaya Sukan. Langkah ini bolehlah disifatkan sebagai baik dan wajar. Dalam pada kita menuju tahap profesionalisme sukan yang tinggi; kalangan yang mengamalkan tadbir urus yang sub-standard wajar diberikan hukuman.



Statistik pembatalan badan sukan sepanjang tiga tahun yang lalu menunjukkan trend yang semakin menurun. Ini sekali gus memberi makna, bahawa tindakan yang diambil oleh pejabat Pesuruhjaya Sukan ini sedikit sebanyak mendatangkan kesan yang baik.



Bersesuaian dengan semangat pelaksanaan Akta Pembangunan Sukan 1997, kita mahu melihat peranan Pesuruhjaya Sukan yang lebih proaktif dalam memastikan 'sukan' tidak lagi menjadi tempat berlonggoknya kepimpinan yang tidak mempunyai jiwa dan semangat kesukanan yang sebenar. Jika perlu diwujudkan kaedah 'audit yang menyeluruh', ia wajar diberikan pertimbangan oleh pihak-pihak yang berkenaan.



Hati dan perasaan rakyat berasa amat bangga dengan 'wajah-wajah generasi baru' sukan yang mempunyai semangat melawan dan kesungguhan luar biasa. Kemenangan pasukan hoki remaja sewaktu merebut Piala Sultan Johor baru-baru ini boleh dijadikan contoh.



Peminat akan dengan sendirinya hadir di gelanggang jika semangat kesukanan yang ditunjukkan adalah tinggi dan tidak mudah mengalah. Kalah menang adat bertanding; namun biarlah ia dilakukan dengan bermaruah dan bersemangat waja.



Cerita-cerita ketidakpuasan hati, kelemahan-kelemahan yang ada sepanjang Sukan SEA perlu dijadikan asas untuk KBS menyusun pelan tindakan susulan yang lebih berkesan. Strategi paling baik adalah mewujudkan kerjasama jangka panjang antara KBS-Kementerian Pelajaran; KBS-Kementerian Pengajian Tinggi; dalam memastikan sukan akan menjadi suatu budaya yang berpanjangan.



Pelan khas 'Transformasi Kepimpinan Sukan' wajarlah dijadikan modul yang khusus selepas ini. Mereka yang sudah jelas tidak inovatif dan selesa dengan budaya kerja lama; perlu memberi ruang kepada mereka yang lebih wibawa dan komited dengan sukan yang terbabit.



Mereka yang punya pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa, pernah mewakili negara juga wajar diberikan 'ruang' untuk mengetengahkan cadangan dan pelan bertindak yang lebih konsisten.







Teruskan membaca..

Guru disiasat



Siasat guru tampar murid hingga pecah cermin mata



JOHOR BAHRU 20 Nov. - Jabatan Pelajaran Johor diminta menyiasat seorang guru wanita di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dekat sini, yang didakwa menampar seorang murid sehingga lebam dan pecah cermin matanya Rabu lalu.



Ibu murid tersebut, S. Rukumani, 49, kesal kerana anaknya, S. Sri Viknesh, 11, tidak melakukan kesalahan tetapi tetap dihukum.



Murid tahun lima itu didakwa oleh guru wanita berkenaan mengisi sendiri laporan kad kemajuannya selain meniru tandatangan guru besar sekolah tersebut.



"Walaupun penjelasan sudah diberikan dan murid yang melakukannya pun telah mengaku, tetapi anak saya tetap ditampar lapan kali, empat di kanan dan empat lagi di kiri hingga pecah cermin mata sebelah kiri.



"Anak saya dipaksa mengaku sedangkan murid yang sebenarnya melakukan perbuatan itu tidak pula dihukum," katanya kepada pemberita di Taman Nesa, Skudai, dekat sini, hari ini.



Rukumani berkata, guru itu memberitahu perkara tersebut pada Selasa lalu apabila dia secara kebetulan datang ke sekolah untuk mengambil wang bantuan persekolahan RM100.



Menurut suri rumah itu, menerusi perbincangan dengan guru wanita dan guru besar sekolah tersebut, perkara berkenaan dianggap selesai.



Bagaimanapun, Sri Viknesh ditampar pada keesokan harinya dan dipaksa mengaku melakukan perbuatan tersebut tetapi anaknya tetap tidak mengaku.



Tidak puas hati dengan tindakan guru terbabit, dia dan suaminya, S. Shanmugham, 51, membuat laporan di Balai Polis Johor Bahru Utara pada hari yang sama.



Mereka turut membawa anaknya menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah di sini kerana tamparan tersebut meninggalkan bekas dan kesan kemerah-merahan di kedua-dua belah pipinya.



Utusan Malaysia Online





Teruskan membaca..

Semangat yang patut dicontohi




Tahniah Harimau Muda Malaysia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkyVhi8y8fhIgVqLCo06JtwiwGuuqngFYqw7I0z0KWpIaop_D5q2CQf4K2Tc6hWZ55SivVjyJ1zyfv-LtLHAYGGANphHo4T5xf6qzvOmxrp0icdep2KwLXKaT8Jx0lTJIvc2JtA6kD0w90/s1600/live-streaming-300x162.jpg

Syabas Malaysia!


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas
acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3
menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno,
Jakarta, malam tadi. – Bernama


JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.



Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.



Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.



Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.


teruskan membaca di sini Utusan Malaysia


Perdana Menteri ucap tahniah


Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dalam masa tambahan.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI 2011 menewaskan Indonesia, semalam.



Najib menerusi laman Twitternya mengucapkan syabas kepada pasukan negara kerana berjaya menewaskan musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan yang mendebarkan.



"Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," katanya.



Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.


Malaysia benam Indonesia


Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia





Teruskan membaca..

Monday, November 21, 2011

Minta tanah untuk letak kapal angkasa





SEORANG lelaki memakai kostum Darth Vader
berjalan masuk ke bangunan dewan bandar raya
Odessa, Ukraine pada Isnin lalu.





‘Darth Vader’ minta tanah untuk letak kapal angkasa



KIEV, Ukraine -- Seorang lelaki memakai kostum watak jahat filem Star Wars, Darth Vader muncul di pejabat Dewan Bandar Raya Odessa, selatan Ukraine dan menuntut sebidang tanah untuk meletakkan kapal angkasanya, kata pihak berkuasa kelmarin



Dia berjalan menuju pintu masuk bangunan dewan bandar raya berkenaan sambil membawa sebilah pedang cahaya plastik dengan jubah hitamnya berjuntaian ditiup angin pada Isnin lalu.


“Saya ialah Darth Vader,” katanya kepada seorang pengawal keselamatan di hadapan bangunan.



“Saya dengar terdapat tawaran lot tanah kosong di Odessa dan ramai pegawai pentadbiran bandar raya ini serta datuk bandar telah menyertai kuasa jahat."



“Saya datang menuntut lot tanah saya untuk dijadikan tempat parkir kapal angkasa saya. Saya fikir tiada masalah untuk permohonan saya diluluskan kerana mereka dikuasai kuasa jahat seperti Darth Vader,” tambahnya kepada tiga pengawal keselamatan yang tercengang.



Laman web tempatan, Dumskaya.net melaporkan kunjungan itu dibuat ketika kontroversi tercetus berhubung keputusan pihak dewan bandar raya Odessa mengagihkan beberapa bidang tanah tepi pantai secara percuma tetapi kepada cuma lima orang warga Ukraine.



‘Darth Vader’ menyerahkan surat surat permohonannya kepada seorang kerani dewan bandar raya sebelum beredar.



Gelagatnya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube. -- AFP








Teruskan membaca..

Final bola sepak Sukan SEA XXVI








Cukup mengecewakan: Kim Swee

KIM Swee sekadar menjadi 'penonton' ketika Malaysia menentang Myanmar, kelmarin.
KIM Swee sekadar menjadi 'penonton'
ketika Malaysia menentang Myanmar, kelmarin.




FOKUS dan tenang – itu perwatakan jurulatih skuad bawah 23 kebangsaan, Ong Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan sepanjang kempen mempertahankan emas bola sepak Sukan SEA di Jakarta.



Namun selepas perlawanan separuh akhir bertemu Myanmar kelmarin, Kim Swee tampak sedikit terganggu dan kecewa walaupun anak buahnya menang 1-0 dan menempah tempat ke final bertemu tuan rumah, hari ini.
“Mengecewakan!” kata Kim Swee berkenaan hukuman dikenakan jawatankuasa pertandingan yang melarangnya masuk ke padang walaupun perlawanan sudah berakhir.
“Mereka sudah menghukum saya untuk hanya melihat dari bangku penonton, itu saya boleh terima.




“Tetapi jika selepas perlawanan pun saya tidak boleh ke padang, saya perlu tahu sebabnya. Apakah kesalahan saya terlalu berat sehingga dihukum sedemikian rupa?”




Kim Swee yang pertama kali diarahkan keluar padang sepanjang kariernya sebagai jurulatih ketika perlawanan menentang Indonesia Khamis lalu, digantung satu perlawanan kerana membantah keputusan pengadil.




“Saya hanya memberitahu penjaga garisan, terjahan ke atas Syahrul Azwari Ibrahim terlalu keras, dan tiba-tiba pengadil (Fahad Al-Kassar dari Emiriyah Arab Bersatu) datang ke arah saya dan mengarahkan saya keluar padang.
“Saya dapat menerima keputusan pengadil itu dan juga susulan penggantungan satu perlawanan yang cuba menghalang saya daripada memberi arahan terus kepada pemain, tetapi tidak boleh masuk ke padang selepas perlawanan, saya tidak faham,” katanya.




Baca lagi di sini Berita Harian Online

Hati-hati provokasi Indonesia - Hamidin




JAKARTA - Pengurus Harimau Muda, Datuk Hamidin Mohd. Amin menuntut barisan pemainnya fokus sepanjang aksi final menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.



Menurut Hamidin, skuad kendalian Ong Kim Swee tidak harus terikut-ikut dengan sebarang provokasi melampau daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda itu.



Bagi Hamidin, barisan pemain negara harus berjuang habis-habisan bagi memburu pingat emas, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimena- ngi pada Sukan SEA 2009 di Vientianne, Laos.



"Saya rasa pemain-pemain sudah cukup arif dan faham dengan apa yang akan mereka hadapi esok (malam ini). Ini bukan kali pertama mereka beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia.



"Sebelum ini di peringkat kumpulan, para pemain telah mengharungi situasi yang sama, tidak kira ketika menentang Indonesia atau pasukan lain. Jadi, situasi yang sama akan hadapi esok (malam ini).



"Jadi saya berharap para pemain tidak terlalu me- ngikut emosi sekiranya mereka diejek oleh penyokong Indonesia. Yang penting mereka fokus sepan- jang perlawanan berlangsung," kata Hamidin kepada Kosmo! semalam.


Teruskan membaca di sini Kosmo! Online



Pertembungan maruah



ONG Kim Swee memberi amanat terakhir kepada pemainnya
pada sesi latihan terakhir di Jakarta semalam,
menjelang pertemuan dengan Indonesia, hari ini.


JAKARTA 20 Nov. – Malaysia dibelenggu kecederaan tonggak menjelang final bola sepak Sukan SEA XXVI hari ini, namun ‘semangat 1979’ menjadi azimat skuad Harimau Muda untuk menumbangkan Garuda.



Tiga puluh dua tahun lalu, gol tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari membantu Malaysia mencatat kemenangan paling masyhur 1-0 ke atas Indonesia untuk membawa pulang kejuaraan di Jakarta.



Biarpun kita kalah 1-0 dalam pertemuan final Sukan SEA terakhir dengan negara itu, juga di Jakarta 1987, namun moral pemain amat tinggi ketika ini selepas menumpaskan tuan rumah 1-0, Khamis lalu.



Namun, kecederaan tiga tonggak, Izzaq Faris Ramlan; sayap kanan, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dan sayap kiri, Mohd. Fandi Othman sedikit merencatkan persiapan.



Izzaq cedera lutut kiri ketika bertemu Myanmar kelmarin dan terpaksa menggunakan topang.



Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Indonesia, Syahrul Azwari Ibrahim juga belum pasti dapat diturunkan.



Ong Kim Swee kini terpaksa mengatur strategi baru dengan harapan disandar kepada A. Thamil Arasu dan Yong Kuong Yong, selain Mohd. Zubir Azmi.



“Tidak banyak yang boleh saya lakukan kerana masalah ini, saya terpaksa menurunkan pemain yang ada. Mujurlah Thamil dan Yong boleh beraksi di mana-mana posisi depan.



“Thamil dan Yong saya harap dapat mengimbangi kepantasan sayap kiri Indonesia menerusi pemain mereka Octovianus dan sayap kanan mereka, Titus Bonai.



“Kita tidak boleh ambil kira perlawanan dengan Indonesia sebelum ini kerana skuad mereka esok pasti sama sekali berbeza,’’ kata Kim Swee. - Utusan







Lebih sengit dari di Laos



JAKARTA - Sebagai tonggak yang membantu Malaysia merangkul pingat emas Sukan SEA dua tahun lalu, kapten skuad negara, Baddrol Bakhtiar mengakui, cabaran untuk mempertahankan kejuaraan kali ini jauh lebih sukar berbanding ketika memenanginya di Laos, menewaskan Vietnam di final.



Jelas pemain sayap berusia 23 tahun itu, pertarungan kali ini bukan saja memerlukan Malaysia berdepan pasukan kuat Indonesia, malah dikelilingi penyokong fanatik negara itu yang melakukan pelbagai serangan psikologi untuk menjatuhkan semangat pemain kita.



Biarpun berjaya menumbangkan tuan rumah 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Khamis lalu, namun Baddrol mengakui, pertemuan kali kedua dalam tempoh lima hari jauh berbeza, apatah lagi Indonesia pasti cuba bangkit membersihkan maruah yang tercalar.



"Final di Jakarta ini memang sukar dan sengit, sudah tentu pengalaman kali ini lebih mencabar berbanding apa yang kami lalui di Laos, dua tahun lalu. Pertamanya kami terpaksa menghadapi ribuan penyokong fanatik mereka.

Berita penuh di sini Utusan Malaysia Online



PARA pemain negara menjalani latihan ringan di luar hotel penginapan mereka di Jakarta semalam sebagai persiapan menghadapi aksi final menentang Indonesia malam ini.


Pesawat khas bawa Harimau Muda


JAKARTA - Sebuah kapal terbang khas akan membawa pulang skuad bola sepak negara ke tanah air sejurus tamat aksi me- nentang Indonesia pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.



Perkara itu telah dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada sidang media di Stadium Tenis Tertutup Senayan semalam.



Menurut Ahmad Shabery, keputusan untuk membawa pulang barisan Harimau Muda dengan pesawat komersial itu telah diputuskan oleh Kabinet baru-baru ini.



Ia bertujuan memberi ruang masa kepada skuad kendalian Ong Kim Swee itu berehat sebelum mereka berdepan dengan Syria pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok (23 Novem- ber).


Teruskan membaca di sini Kosmo!Online










Detik kemuncak buruan emas

JAKARTA - Stadium Gelora Bung Karno kembali menanti kunjungan Harimau Muda.



Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara itu berkunjung ke gelanggang keramat tersebut apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan SEA 2011.



Atas kertas, kedua-dua pasukan sudah memiliki ramuan tersendiri untuk bergelar 'sang juara' pada temasya Sukan SEA yang telah memasuki edisi ke-26.



Bagaimanapun, barisan Harimau Muda tidak harus terpedaya dengan provokasi daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda sepanjang perlawanan berlangsung kerana dikhuatiri mampu menjerat mereka di kandang lawan.



Kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A sebelum ini juga tidak harus dijadikan sebagai 'modal' untuk mereka tampil mendabik dada.


Berita penuh di sini Kosmo!Online


Pengalaman taruhan skuad Harimau Muda



JAKARTA - Tampil selaku kapten Harimau Muda, tugas dan tanggungjawab Baddrol Bakhtiar dianggap lebih besar berbanding rakan- rakan sepasukannya.



Tambahan pula, Baddrol merupakan antara pemain senior yang masih membarisi skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA kali ini.



Justeru, pengalaman Baddrol serta lima lagi rakannya - Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Ahmad Fakri Saarani dan K. Gurusamy - ketika membantu skuad negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos, amat di- tagih barisan pemain Harimau Muda bagi menghadapi Indonesia di pentas final malam ini.


Kosmo! Online


Izzaq sedih bercampur gembira






IZZAQ disahkan tidak dapat beraksi pada aksi final menentang Indonesia
malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialaminya.


JAKARTA - Perasaan gembira bercampur sedih bermain di lubuk hati penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan tatkala Harimau Muda mengesahkan kemaraan ke pentas final.



Apa tidaknya, Izzaq disahkan tidak dapat beraksi pada saingan final menentang Indonesia malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialami ketika Harimau Muda membenam Myanmar 1-0 dalam aksi se- paruh akhir kelmarin.



Turun sebagai pemain gantian, Izzaq yang masuk menggantikan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-72, terpaksa dikeluarkan di penghujung perlawanan selepas bertembung dengan pertahanan Myanmar, Yang Aung Win.



"Saya cukup sedih kerana tidak dapat beraksi pada final menentang Indonesia esok (malam ini) tetapi dalam masa yang sama, saya gembira kerana kita layak ke final.



"Itu yang menyebabkan perasaan saya bercampur sedih dan gembira ketika ini. Siapa yang tidak mahu beraksi di final selepas apa yang kami harungi sebelum ini," jelas Iz- zaq kepada Kosmo! semalam.



Biarpun tidak dapat beraksi malam ini, Izzaq tetap yakin barisan penggempur negara, terutamanya Ahmad Fakri Saarani mampu melaksanakan tugas dengan baik pada pertemuan menentang Indonesia.


Berita penuh di sini Kosmo!




Media Indonesia bakar semangat penyokong



JAKARTA - 'Akhiri dendam 32 tahun', 'Tragedi 1997 Jangan Terulang', 'Ulangi prestasi SEA Games 1991' dan 'Garuda Muda siap robek Malaysia'.



Itu antara tajuk utama akhbar-akhbar Indonesia menjelang aksi final antara Hari- mau Muda dan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.



Ternyata 'permainan' tajuk utama akhbar- akhbar berkenaan telah membangkitkan keghairahan dan semangat para penyokong In- donesia untuk sekali lagi menggamatkan gelanggang keramat tuan rumah itu.



Bagi mereka, tiada gunanya muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA 2011 andai Sang Garuda Muda gagal meraih pingat emas dalam acara paling berprestij temasya dwitahunan itu.



Teruskan membaca di sini...



Cowok Ganteng: 'Bersatu dan bangkit' - tak termasuk Malaysia


BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia.



Semangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.




Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya.
Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.



Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.



Teruskan membaca ...Berita Harian Online










SERIUS...Kim Swee(kanan) memberi arahan kepada pemain di hotel penginapan, semalam.
SERIUS...Kim Swee(kanan)
memberi arahan kepada pemain
di hotel penginapan, semalam.




Harimau naik Barracuda



Dua buah Baracuda yang dinaiki oleh pemain bola sepak Malaysia ketika meninggalkan stadium

Dua buah Baracuda

yang dinaiki oleh

pemain bola sepak Malaysia

ketika meninggalkan stadium



SKUAD negara berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno pada final hari ini, kata pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin.



Beliau berkata keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu.




“Malah kita harap PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan polis dapat berbincang bagi memudahkan pasukan kita pergi dan balik kerana esok (hari ini), persekitaran stadium pastinya akan sesak dengan sekitar 100,000 penyokong mereka yang hadir ke stadium,” katanya.



Mengulas mengenai final bermula jam 8 malam ini, Hamidin berkeyakinan Malaysia mampu menundukkan tuan rumah di gelanggang mereka sendiri.




“Kita telah belajar dan mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelumnya, bertemu Indonesia di peringkat Kumpulan A dan saya lihat pemain kita mempunyai semangat kental dan diharap mereka mampu pamerkan aksi terbaik dan mencipta kemenangan esok.




“Esok (hari ini) kita akan membuktikan bahawa Malaysia masih terbaik di Asia Tenggara,” katanya.



Hamidin berkata Indonesia pasti lebih tertekan pada final kerana pemainnya pasti mengharapkan kemenangan di arena sendiri.



myMetro










Teruskan membaca..

Saturday, November 19, 2011

Empat tahap pendidikan jadi anak salih.




Khutbah Jumaat:

Rasulullah saw

garis

empat tahap pendidikan

jadi anak salih.



ANAK anugerah dan nikmat terbesar
daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.
Mutiara hati bagi pasangan ibu bapa ini
akan menjadi saham dan membawa keuntungan
berlipat ganda jika mereka dididik dan dibentuk
dengan baik serta menjadi anak yang soleh.



Sebaliknya, jika mereka diabaikan
tidak mustahil akan menjadi anak
yang terbiar dan pada masa depan
menjadi sampah kepada masyarakat
serta negara. Justeru,
memiliki anak yang salih serta
baik budi pekerti menjadi impian
setiap ibu bapa dan keluarga.
Contohnya, kisah Nabi Zakaria
yang sudah lanjut usia tetapi
belum dikurniakan anak untuk menjadi
pewaris keturunannya.
Lalu Nabi Zakaria memohon
dengan berdoa kepada Allah SWT
supaya dikurniakan anak yang soleh.



Firman Allah SWT yang bermaksud:




“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa
kepada Tuhan-Nya, katanya:
Wahai Tuhanku!
Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu
zuriat keturunan yang baik;
sesungguhnya Engkau sentiasa
Mendengar (menerima) doa permohonan.”
(Surah Ali-Imran, ayat 38)
.



Anak kita sebenarnya dilahirkan
dalam keadaan fitrah,
ibarat sehelai kain putih
yang suci lagi bersih daripada sebarang
kekotoran zahir ataupun batin.
Maka, menjadi tanggungjawab ibu bapa
untuk mencorakkan mereka menjadi insan
berjaya ataupun tidak.




Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:



“Apabila mati seseorang anak Adam,
maka terputuslah segala amalannya
kecuali tiga perkara,
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat
dan anak soleh yang mendoakan.”
(Hadis riwayat iman Muslim)
.



Menurut Islam memberi pendidikan kepada anak
hendaklah dimulakan sejak awal lagi
kerana pada usia sebegini segala nilai
yang ditanamkan akan tersemat
dalam hati sanubari mereka.




Ibnu Sina berpesan, katanya:



“Ketika anak telah mendapat asuhan ibunya,
maka ajarkanlah ia adab Islam
sebelum ia diserang oleh
nilai yang buruk.”





Rasulullah SAW menggariskan
empat tahap pendidikan kepada anak
iaitu anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun)
hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka
dengan penuh kasih sayang.




Tahap Kedua,
anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun)

hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan,
disiplin dan memberi tanggungjawab.





Tahap ketiga (15 hingga 21 tahun)
hendaklah dididik dengan cara berkawan,
bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka
selagi tidak bertentangan syariat.




Tahap keempat (usia lebih 21 tahun),
hendaklah ibu bapa memberikan kebebasan bertindak
selagi tidak bertentangan syariat.
Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai
penasihat supaya segala tindakan mereka terkawal.




Ibnu Khaldun membahagikan
tujuan pendidikan kepada anak dalam tiga bentuk
iaitu mempersiapkan anak dari segi
keagamaan, akhlak dan pemikiran.




Ibu bapa tidak boleh mengambil sikap lepas tangan.
Jangan beranggapan kita sudah menunaikan kewajipan
dan hak anak apabila mereka dihantar ke sekolah.




Ingatlah tanggungjawab kita
bukan hanya memastikan mereka hidup
tetapi memastikan mereka mempunyai prinsip teguh
dan jati diri yang kuat.




Oleh itu,
pendidikan agama serta menyemai akhlak mulia
penting untuk membantu mereka berdepan
cabaran masa akan datang.
Tanpa prinsip ini ditakuti anak kita
mudah terpengaruh pelbagai pemikiran hingga
sanggup menggadai prinsip kehidupan mereka.




Memelihara anggota keluarga
daripada ancaman neraka tidak bererti
mencegah mereka daripada maksiat.
Kita juga mesti bersikap aktif mendidik
dan menerapkan nilai murni dalam diri mereka
sebagai kubu yang dapat menepis
serta menapis pengaruh sekitar
yang penuh mencabar.




Cuti sekolah sudah bermula
dan ibu bapa hendaklah
mengambil peluang ini
mengatur program bermanfaat
buat anak seperti menghadiri kem ibadah
serta motivasi yang dianjurkan pelbagai pihak.
Rancanglah sesuatu supaya cuti sekolah
dimanfaatkan sebaiknya.




Jangan biarkan mereka sendiri
yang menguruskan masa cuti
tanpa sebarang pemantauan atau panduan
kerana mutiara hati ini
sebahagian daripada amanah Allah SWT
yang akan dipersoalkan di akhirat nanti.




Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia











Teruskan membaca..

Tuanku Mizan rasmi Jambori Malaysia Ke-12



Tuanku Mizan rasmi Jambori Malaysia Ke-12


Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima anugerah Bintang Tunas Kencana daripada Pengerusi Gerakan Pramuka Indonesia, Prof. Dr. Azrul Azwar (kiri) di Kuala Terengganu, semalam. – BERNAMA


KUALA TERENGGANU 18 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berangkat merasmikan Jambori Malaysia Ke-12 dan Jambori Antarabangsa Negeri Terengganu 2011 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di sini, hari ini.



Ketibaan Seri Paduka disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr. Shafie Mohd. Salleh.



Sejurus selepas perasmian, Tuanku Mizan menandatangani plak pengisytiharan penubuhan Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail yang sebelum ini dikenali sebagai Kem Pengakap Telaga Batin dan berkenan melancarkan Syiling Peringatan Pengakap 100 Tahun di Malaysia.



Jambori selama lapan hari bermula semalam itu disertai 10,800 pengakap dari seluruh negara dan juga 800 pengakap dari 15 negara dari seluruh dunia.



Bertemakan ‘Menjelajah Warisan’, pelbagai kegiatan diadakan termasuk kembara bandar, aktiviti lasak dan aktiviti air.






Teruskan membaca..

Usaha teruskan momentum kecemerlangan







Usaha teruskan momentum kecemerlangan




TAHNIAH diucapkan kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam. Kepada yang kurang berjaya, diharapkan tidak berputus asa dan gandakan usaha pada masa depan.



Perjalanan masih jauh dan banyak lagi peringkat pengajian yang bakal ditempuhi sebelum dapat menggapai impian dan cita-cita. UPSR hanyalah satu penilaian sumatif terhadap segala dipelajari sepanjang berada pada peringkat sekolah rendah. Kejayaan dalam peperiksaan itu dapat menentukan di mana pelajar dapat menyambung pengajian menengah sama ada di sekolah berasrama penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), sekolah menengah harian biasa atau sebagainya.





Bagaimanapun apa yang paling penting kesinambungan kecemerlangan yang diperoleh diteruskan pada peringkat menengah yang lebih mencabar. Momentum kecemerlangan semasa di sekolah rendah perlu dikekalkan dan dipertingkatkan ketika berada di sekolah menengah. Pada Mei lalu, sempena sambutan hari guru tahun ini, saya berkesempatan mengikuti satu rancangan bual bicara di televisyen yang seorang panelnya ialah seorang guru besar di sebuah sekolah rendah cemerlang di pedalaman Sarawak yang juga adalah sekolah kluster.
Guru besar itu melahirkan kebimbangan apabila ada sebilangan pelajar yang mereka ‘jaga’ ibarat menatang minyak yang penuh sehingga mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tidak dapat mengekalkan rentak kecemerlangan apabila melanjutkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah. Alangkah sayangnya kejayaan yang berputik tidak berterusan. Justeru, kepada pelajar, hargailah jasa guru.




Ingatlah pengorbanan mereka mendidik anda khususnya untuk menjadikan anda berjaya dalam pelajaran. Ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan kejayaan anak pada peringkat selanjutnya. Sokongan harus dipertingkatkan dan usah kecewa sekiranya anak-anak gagal atau kurang berjaya dalam UPSR kerana UPSR bukanlah penentu masa depan. Kata-kata dorongan perlu berterusan agar anak-anak tidak putus asa. Rakan sebaya juga adalah faktor utama untuk memastikan kesinambungan kecemerlangan pada peringkat sekolah menengah.




Pelajar yang melanjutkan pengajian di SBP, MRSM ataupun sekolah berasrama mungkin akan lebih berdisiplin kerana perlu mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah di samping banyak kemudahan lain yang disediakan untuk memastikan kecemerlangan pelajar. Langkah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melonggarkan syarat kemasukan ke SBP untuk pelajar kawasan luar bandar yang cemerlang dalam UPSR adalah langkah yang sangat wajar.




Masalah yang mungkin akan timbul ialah apabila pelajar menyambung pelajaran di sekolah menengah harian biasa yang mana kehidupan mereka lebih bebas. Kebiasaannya apabila berada di sekolah menengah harian, mereka akan menemui rakan baru dari kawasan berdekatan. Justeru di sini pelajar perlu bijak memilih rakan sebaya.




Banyak kajian menunjukkan pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama pelajar terbabit dalam kancah gejala sosial. Tambah lagi dalam umur yang sedang meningkat, mereka mudah dipengaruhi untuk mencuba sesuatu yang baru. Oleh yang demikian, pelajar yang bakal memulakan pengajian peringkat menengah, semuanya terletak di tangan anda kerana andalah yang bakal menentukan masa depan anda. Jangan jadikan kejayaan dalam UPSR sia-sia sebaliknya jadikan ia titik permulaan kepada kejayaan yang seterusnya.




ABDUL HALIM ABDULLAH,
Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik,
Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai, Johor.










Teruskan membaca..

Sembilan tahun berturut- turut...

SKBU 2 paling ramai calon dapat 5A


SeBAHAGIAN 83 murid yang mendapat 5A bersorak gembira
setelah menerima keputusan UPSR 2011 di SK Bandar Uda 2, Johor Bahru
, kelmarin.


JOHOR BAHRU 18 Nov. -


Sekolah Kebangsaan Bandar Uda (SKBU 2) yang merupakan sekolah berprestasi tinggi (SBT) muncul sekolah mempunyai calon paling ramai mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini untuk tempoh sembilan tahun berturut- turut.




Guru Besar SKBU 2, Fuziah Hassan berkata, seramai 83 daripada 263 murid tahun enam yang menduduki peperiksaan itu mencatatkan keputusan cemerlang UPSR.




"Kejayaan yang diperolehi hasil usaha gigih dan komitmen calon, seluruh warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu demi kejayaan anak-anak.




"Secara jujur saya katakan walaupun jumlah 5A tertinggi di negeri ini namun kami masih tidak berpuas hati dengan pencapaian yang diperoleh kerana jika dibandingkan tahun lalu jumlah mendapat 5A ialah 91 orang dan pada 2009 seramai 105 orang," katanya pada majlis pengumuman keputusan UPSR di sekolah itu semalam.




Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan Yang Dipertua PIBG SKBU 2, Zarin Saniman.




Jelas Fuziah, mulai bulan ini pihaknya akan menyasarkan murid tahun lima dengan perhatian khusus agar persediaan dibuat dari sekarang demi mencapai penanda aras 120 murid mendapat 5A.




Sementara itu Adam ketika berucap pada majlis itu mahukan kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah tersebut wajar dipertingkatkan kerana ia sedikit sebanyak menyuntik semangat ibu bapa dan masyarakat setempat.




"Semangat kerjasama dan hubungan harmoni antara warga sekolah khususnya guru, murid dan ibu bapa harus dipupuk secara berterusan kerana kaedah ini boleh melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah kokurikulum," katanya.








Teruskan membaca..

Monday, November 14, 2011

Haha , i'm just kidding



Girl -- Why do you love me ? ♥ ♥


Boy -- Because abcdefghijk :)


Girl -- What is abcdefghijk ?



Boy -- a is because your adorable ,
b is beautiful , c is cute ,
d is because your my darling ,
e is exciting , f is you are fascinating
and g is because your gorgeous . ♥



Girl -- Aww , that's so sweet of you .
But what about hijk ?




Boy -- Haha , i'm just kidding








Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...