Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, November 22, 2011

Semangat yang patut dicontohi




Tahniah Harimau Muda Malaysia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkyVhi8y8fhIgVqLCo06JtwiwGuuqngFYqw7I0z0KWpIaop_D5q2CQf4K2Tc6hWZ55SivVjyJ1zyfv-LtLHAYGGANphHo4T5xf6qzvOmxrp0icdep2KwLXKaT8Jx0lTJIvc2JtA6kD0w90/s1600/live-streaming-300x162.jpg

Syabas Malaysia!


Pemain-Pemain Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas
acara bola sepak Sukan SEA XXVI selepas menewaskan Indonesia 4-3
menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Gelora Bung Karno,
Jakarta, malam tadi. – Bernama


JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.



Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.



Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.



Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.


teruskan membaca di sini Utusan Malaysia


Perdana Menteri ucap tahniah


Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dalam masa tambahan.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Muda kerana berjaya membawa pulang pingat emas dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI 2011 menewaskan Indonesia, semalam.



Najib menerusi laman Twitternya mengucapkan syabas kepada pasukan negara kerana berjaya menewaskan musuh tradisi, Indonesia dalam perlawanan yang mendebarkan.



"Syabas dan tahniah pasukan Malaysia! Saya dan rakyat sungguh gembira. Mereka telah bermain penuh semangat," katanya.



Malaysia menewaskan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta.


Malaysia benam Indonesia


Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.

Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...